Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

Cucu

Cucu Sulong.

Pada hari Isnin lepas,  10 Februari 2014, jam 11 mlm, menantu saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel.  Syukur Alhamdulillah. Cucu sulong saya . Tahniah Zaid Mohd Haslan & Maryam Dzul 
Semoga amanah Allah ini dapat dicorakkan dengan sebaik nya mengikut landasan agama yg benar sehingga menjadi anak solehah. Ameen.

Assalamualaikum dunia ^^ doakan semoga saya jd anak yg solehah yg comel ^^

Thursday, August 22, 2013

Lepas raya siapa rajin masak?

Assalammualaikum..


Lepas raya memang malas nak masak la kan. Setiap hari saya buat akai la tak mau masak. Malas OOoooOOoooOOooo. Masak malas, tapi nak makan. Mat Fariq pun memang dah masak dengan perangai isteri dia ni, dia tau dah. Antara alasan yang paling top dan hangat ialahhhhhhhhhhhhhhh......

1. Abanag, barang rumah tak dan beli lagi la, kosong je peti ais ni.
2. Abang, lama kan kita tak makan kat kedai .................. Jom makan luaq.
3.Abang, mulut ni dok rasa nak makan chicken chop je, jom!
4. Abang, kenduri banyak la, kita pi makan kenduri dah la. Lama kita tak pi kenduri kan.
5. Abang, ayang penat la kerja hari ni, kita beli oblong na!!

Hehehhe..isteri yang baik sangat kan? hehehe..

Mat Fariq konon2 tak selera makan luaq, tapi dia yang over! Nasi tambah!!


ni sesi perasan. dulu masa budak-budak takda hp dik..


ni sesi gedik ;)

Mari bergambar sebelum gi kenduri ;)

Dannnnnn....
Ini hasilnya kutipan telur di rumah kenduri. 
Sambal telur. 
Selera pulak makan, yela....lama tak masak kan..



Tuesday, August 13, 2013

Raya!

Assalammualaikum..

Selamat hari raya!!!!! Dah kerja ke bercuti lagi?? Saya dah kerja dah selepas 8 hari bercuti. Wahhhhhhhhh lamanya saya cuti kan?? Orang yang balik kampung pun tak cuti selama tu. Yela... saya kena la cuti awal, nak kemas rumah, kan nak beraya kat rumah yang takda sofa tu untuk pertama kalinya, kena la mengemas.

Pagi raya tu, macam biasa la, sembahyang raya pastu gi ziarah kubur. Lepastu baru la beraya raya dan raya!!  Sesi bergambar memang meriah le..

selamat hari raya!!




sesi maktok, chaq ngan cucu2 yang kusssss semangat! ali ngan medina je yang diam. Diam sebab tido ;)

afdlin ngan azhad aktif sesangat!!

kakcik & abangcik

yon & irine

Malam raya pertama, saya dah sibuk kat rumah, buat rendang, puding ngan kek, semua tu untuk open house raya ke2. Saya masak yang tu je, nasi tempah. Serik dah buat open house masak sendiri ni. Saya ni jenis 'lepot' atau dalam bahasa yang lebih bertamadunnya kurang daya ketahanan. Kerja lebih sikit ada je la, sakit belakang la, sakit urat la, sakit sendi la, sakit kepala la. So, sebab hati berkobar-kobar nak buat open house, kami tempah je la. ;)

the puding's

kek kukus ku

the making of rendang ayam.

rendang ku impian mu ;)

Hari open house tu tak sempat nak bergambar meriah-meriah sangat. Phone pun simpan dalam bilik je. Sesi bergambar sangat ciput tau. Sedih.

saya ngan medina

kebetulan, semua pakai hijau. ;)
Tapi, seronok sangat sebab adik beradik, saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan ramai yang datang. Kawan dari Pendang pun ada mai tau. Semata-mata untuk open house saya ni, memang terharu sangat. Tapi yang sedihnya lupa nak bergambar! Kawan-kawan lama yang satu sekolah dulu-dulu pun ada mai, terus rasa muda bila jumpa depa ni.. Rasa macam zaman sekolah pula, merapu-rapu je bercerita. Best sangat!!

Ni semua kawan zaman sekolah

ni asma, suami n si iman yang comel bangat!

Malam tu kami mengemas sampai kul1, terleleh. Tapi puas hati sangat!!

Besoknya, raya ke3, close house!! buka pintu untuk keluar je. Ha... raya ke3 ni kami berjalan-jalan. Gi open house rumah kawan, gi kenduri kawen, dan gi rumah sedara mara. Kul 12 tengah malam baru sampai rumah. Puas! Hehe..

abaikan aksi mat fariq tu!!

Raya ke4, dah janji nak buat steamboot kat rumah, ajak ibu, ayah dan adik beradik saya tu. Selalunya kalau buat, tak cukup ahli, kali ni semua ada. Lengkap.



Layan je la..


dua hero ni memang banyak akal la kan..

ok..layan je la.. hahha..

ni ayat & ayon. Depa ni memang geng arr!


Insyallah nanti bila berkumpul boleh buat lagi. Saya rasa kan, steamboot ni satu jenis makanan yang simple, sedap dan boleh merapatkan hubungan. Saya memang tak pernah buat steamboot makan berdua ngan mat fariq, kalau reramai baru buat. Baru meriah!! Best!! Lagipun senang sgt nak buatnyer.

Raya ke5, keluarga mertua dah balik dari kampung, so depa pula buat open house. Buat laksa & bihun goreng. Sebagai menantu, saya la tulang belakang majlis tu. Hahahahhahaaa...okey, tipu! Saya tolong sikit-sikit ja. Potong2 bawang, ulam, itu je la. Pastu sembang pandai. Hehehee.. Saya mana tau buat kuah laksa, mak mertua saya pakar bab tu, so biarlah pakar uruskan semuanyan ye. Menantu bertuah sangat!

Mat fariq suka buat muka macam2!!

chef terkejut tergempaq..

adik ipar n anak buah
 Kul11 Baru saya balik rumah.

Okey, raya ke6, memang set untuk mengemas rumah, sebab besoknya dah nak kerja. Ku gagahi jua walaupun penat, ku sental bekas2 steamnoot, kusapu sampah, ku kemas dapur, ku lipat kain. Tapi kan, tiba-tiba, rasa semangat nak buat pavlova membuak2. Yela..keciwi oven baru. Laju je buat pavlova walaupun takde buah-buahan, i letak cokolat kolat je dik, tapi jadi tau pavlova i tu. Suka! Suka! Pastu i buat teh pudina. Sedap sangat. Ehhhhhhh...boleh yek puji masakan sendiri? hehe...


tu saya saja je bagi tajam-tajam tu
sedap!! buat teh macam biasa, pastu letak pudina je.
Dalam kul6 lebih-lebih kan, saya dah 'belengaih' a.k.a comot gila dah ni, baru je nak tutup pintu, ada orang bagi salam. Dua orang lelaki, siap bawa anak. Dah la rabun, tenang punya tenang, kawan lama yang sangat lama!! Last jumpa 7 tahun lepas!! Nak pelawa masuk rumah memang tak boleh la, mat fariq takda, so pelawa duduk kat kerusi luar je la. Ya Allah..memang terkejut beruk!! Rasa best sangat jumpa kawan masa zaman kegemilangan dulu-dulu nuuuu. Bila mat fariq balik, depa siap salam peluk-peluk lagi. Tapi sembang kejap je, anak dia pun tak nak duduk sangat. Insyallah lepas ni boleh la call2 @ msg2.. dah tukar2 no fon kan.. 

Ni..tak habis lagi ni, lepas dia balik, Mat fariq bagitau, mak sedara nak mai makan nasi kat rumah. Masa tu dah kul 7 lebih. Bersilat la saya ngan mat fariq. Kira hentam apa yang ada je. Daging masak asam, sayur, goreng ikan ngan ayam, sambal belacan (mak mertua bawa), ulam. Tu je la yang termampu saya siapkan. Alhamdulilah, semua kenyang, tapi kan... saya rasa mat fariq yang makan banyak sekali!! 

persidangan sik bersatu.

mek amni ni orang makan,dia main masak-masak, pastu buat macam pegang hantaran. Lawak betul budak comel ni!!
 
Begitulah kisah raya pertama sampai raya ke6. Nak kata padat tak la padat sangat, tapi best! Saya ngan mat fariq memang suka tetamu datang rumah. Ceria hidup tau.

Alhamdulilah, raya tahun ni semuanya dalam keadaan sederhana tapi meriah. Semoga kita semua akan dapat merayakan hari raya lagi untuk tahun depan. Kalau ada salah dan silap, saya minta maaf ye. 

Selamat hari raya.

nilah, rumah 4 bilik tak bersofa, tapi berpelita ;)




Tuesday, June 4, 2013

dazita kawen kat perak ooiiii...

Assalammualaikum..

Adik kite kan kawen hari tu, so minggu lepas kenduri sebelah suami dia la pula. Sebelah suami dia pun buat kat dewan jugeee. Best gak majlis kat sana. Ada adat istiadat askar ni. Betul ke orang panggil adat istiadat?? Errrrrr...... Anggap je la betul yek... ;)

Merasa la minah tu jalan bawah pedang. Suka la tu!! Ehh...i bukan jeles yek, cuma rasa nak gak jalan-jalan bawah pedang tu. Nak feeling2 pengantin baru gak.... ahakkkssss ;)

Afdlin & Azhad macam biasa semangat je tengok pedang. Tapi ayat Afdlin best "Nanti abang takde pedang, sebab abang doktor, bukan askar". Yakin sungguh dia akan jadi doktor, takpe abang...makteh doa bagi abang jadi doktor ye.. makteh tak jaga sangat pemakanan makteh, so nanti bila tua-tua nanti, kalau makteh sakit, makteh nak duduk bilik VIP kat hospital swasta abag tu. Abang bayar ye. Abang kongsi la dengan abangcik Azhad tu. Dia pun doktor gak. ;)

saya,ibu,bibik & kak rina

Silalah jalan dibawah pedang.

doa.

afdlin "makteh,abang nampak orang tu buat macam ni(tabik) kat maksu'


potong kek,tapi tak nampak kek..hehe..

ayah & ibu dengan menantu bongsu

u cakap banyak i tembak u yek!! hahahha..

 ustaz azhad berdoa. ;)

abang macam biasa, jaga keterampilan. hahah!

Okeylah, takde apa sangat pun nak cite.. saja je nak memeriahkan blog ni
;)

Tuesday, May 28, 2013

Dazita kawen oooiiiiii....

Assalammualaikum..



Akhirnya ayah & ibu selesai melaksanakan tugasnya sebagai seorang ayah & ibu. Semua anak dah dinikahkan. Alhamdulilah.. Mesti dada ayah ngan ibu  lapang selapangnya..Suka la tu. Dah boleh gi jalan-jalan dengan tenangnya.  ;)





Malam adik nikah hujan. Tapi tak lebat.. Sejuk je.. Masa masuk dalam masjid tu, rasa sedih sangat..tapi tahan. Yang tak boleh tahannya kakcik. Siap nangis lagi!! Bukan sebab sedih adik nikah, tapi sebab teringatkan arwah chaq & tok. Saya terus tak tengok kakcik masa dia nangis!! Takut nanti ter'join' nangis. Tapi saya tengok je 'tempat' tok tu... Sayu sangat sangat sangat tau!! bertahun-tahun itulah 'tempat' tok & kami solat. Insyallah sampai mati akan saya ingat kenangan sepanjang kami ngan masjid tu. Kenangan yang dulunya biasa-biasa dah jadi kenangan luar biasa. ;)

Adik jadi isteri orang dengan sekali lafaz je. Lepas nikat tu kot la dia nak malu-malu, nak sedih-sedih ke, nak syahdu-syahdu ke.. dia relex je.. senyum bersimpul-simpul lagi. Seronok!! Tapi okey la..tak ada sesi airmata berlinangan. Semua sesi senyum simpul sambil menahan perut yang lapaqqqqq!!!! Rasanya sebab tu kot dia tak sedih. Lapaq! ;)




Besoknya tugas saya, gi ambil kek dari kak najah yang baik kat Seriab. Lepas tu terus je pi kat dewan. Adik & gula hatinya sampai kat dewan awal. Kul 12.30 dah duduk atas pelamin. Awal kan.... kami si kakak-kakak ni la yang paksa dia pi makeup awal,ambil gilir no.1!!  kul 6.45pagi dia dah pi makeup. hehehe...bukan kakak-kakak ni kejam, tapi nak pastikan pengantin tak sampai lambat. Tak mau la kul2 pengantin tak siap-siap lagi. Rugi... ;)


Alhamdulilah..majlis lancar je. Lagipun saya ada peneman. Si zubai ada.Pengantin pun tak de peneman tau.hehe... Setia je depa ni sepanjang majlis. Siap hack IG saya lagi. Kelassssssss.... Best tau ada kawan macam depa ni. Happy je!!!  Terima kasih tau sebab banyak tolong & menceriakan suasana. Bab saya ngan kawan-kawan kita cita dalam post lain ye. ;)



Best gak rupanya buat majlis kat dewan ni. Tak panas dan selesa. Tandas pun bersih. Kiranya puas hati sangat la. Sewa pun murah, berbaloi-baloi tau! Kawan-kawan & jiran yang datang pun cakap berbaloi sewa dewan tu, selesa. Alhamdulilah... bila tetamu rasa selesa, tuan rumah pun rasa seronok. ;)



Tema kami warna pich nak ke pink. Pengantin songket putih silver. Adik saya ni ada minat hampir-hampir sama dengan saya. Agak tradisional gitu. Saya dulu pakai cucuk sanggul besar, dia pakai macam cucuk sanggul tapi cekak. Tak tahu la apa namanya. Tapi saya suka!! Bila lagi kan nak pakai tradisional gitu, kalau pakai masa hari biasa orang kata tak betul pulak. heheeee.... tradisional tu cantik tau... ;)



Okey la yek, gambar pun tak banyak.. biasa la.. saya kan sibuk melayan tetamu,so tak sempat nak bergambar.. ;)







Gambar Belangkas