Kami dari Suara Melayu Baru dengan rendah diri menyusun jari memohon ampun dan maaf jika ada yang terkasar bahasa, terusik jiwa sepanjang perjalanan kami memperjuangkan kebenaran...
Sesungguhnya, baik dan buruk daripada Allah dan kami sebagai perantara pastinya tidak terlepas dari salah dan silap...
Jadi, jangan malu-malu, jangan segan-segan... silalah menjamu selera hidangan tak seberapa dari kami...
Jemput... jemput... jemput...
Sebelum balik, jangan lupa tinggal-tinggalkan duit raya untuk kami... jangan marah... gurau je...
7 GAMBAR FESYEN TUDUNG YANG MENGEJUTKAN | Sebuah syarikat fesyen, CR Fashion Brand telah mengetengahjan beberapa rekaan hijab yang agak ganjil dan pelik dengan tudung yang kita biasa dijual di pasaran.
Rekaan tudung ini dikatakan telah mendapat sambutan yang agak memuaskan daripada pengemar-pengemar fesyen. Namun, tudung jenis ini belum lagi dijual di Malaysia.
Tulisan otai hartanah, Faizul Ridzuan di Facebook beliau sememangnya sasarannya tepat menuju orang Melayu. Bacalah kritikan ini bukan kosong, tapi kritikan membina:
hiasan
Baru-baru ini, ada keratan surat khabar yang menunjukkan bahawa orang melayu cuma memiliki kurang dari 9% daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia. Walhal kalau ikutkan populasi orang Melayu ada 60%. Kenapa jumlah kekayaan org Melayu di Malaysia ni sikit sangat? Mungkinkah kerana orang melayu sering ditindas atau dibuli oleh orang bukan melayu? Kalau ikut pendapat saya, orang melayu akan kekal miskin sebab kita tak mahu belajar cara nak tingkatkan ekonomi dan memandaikan diri. Anda tgk gambar buku best-seller di MPH pun anda dah nampak perbezaan kualiti bacaan buku org melayu. Mereka lebih berminat mengetahui bertapa sotongnya, perfect, sombongnya suami-suami mereka. Nak bukti lagi? Cuba teka majority orang apa yang pergi : 1. Perhimpunan bantahan GST 2. Yang layan drama cerita suami sotong, n raja lawak 3. Turun Karnival mengarut macam JomHeboh! 4. Yang minta dan harapkan BRIM. 5. Yang tukar kereta setiap 2-3 tahun tapi rumah sewa je. Seangkan mereka tahu yang kereta tu akan susut nilainya 6. Duduk rumah sewa lama2. Harga hartanah akan makin lama makin mahal. Lepas tu menyalahkan semua pihak lain kerana harga hartanah dah sampai level "mampu-tengok" saja sbb bila time rumah masih level mampu milik, mereka sibuk beli besi buruk mcm kereta, henfon. 7. Bila suruh berniaga atau kerja sales, mereka cakap pekerjaan ini takde kelas. Lebih senang berkerja pejabat dlm aircon walaupun gaji kecil. 8. Duit takde tapi terus nak kahwin. Sanggup berhutang RM20k-RM50k utk kawin. Kalau nak terus buat perkara diatas, jgnla lepas ni sibuk nak salahkan org lain, kerajaan, bangsa kenapa kita kekal di takuk lama n tak berharta. Jangan nak salahkan orang Indonesia atau Bangla yang bekerja keras sampai boleh bukak perniagaan sendiri. Allah itu maha adil, siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih, tak kira warna kulit ataupun agama.Ketika kita sibuk di buat semua benda karut di atas, ada yang sibuk buat benda lain. 1. Fikir macammana nak tingkatkan pendapatan 60% sbb GST 6% akan bermula bulan depan secara berniaga atau pelaburan. 2. Pergi belajar ilmu pelaburan sebelum melabur apa pun. Byk sifu-sifu terer yang low profile mcm : Saham : Alwi Adam EzazWealth, Pakdi Suzardi M, Hartanah : Abang Ensem, Rohaniahnoor Di Sini, Azizul Azli Ahmad, Shafie Bustan,Ishmael Ho, Wan Infolelong Emas : Azizi Ali Mentor Wang, Afyan Mat Rawi. Kewangan (simpan duit): Azizi Ali, Zaidi Ismail Bukan mahal pun. Kalau anda rasa nak bayar beli buku RM30 dan masuk kursus RM200-RM300 tu mahal, cuba tanya mereka yang pernah kerugian berpuluh dan beratus ribu sbb salah melabur. 3. Belajar ilmu perniagaan dgn pakar perniagaan macam Pn Ainon ( maaf saya tak dapat nak tag beliau. Kalau ada berkawan dgn beliau boleh tag dia ke post ini). Masih tak percaya lagi? Cuba teka bangsa mana yang tak nak belajar lepas tu kena sontot emas, FX, MLM dan pelbagai variasi skim cepat kaya/sontot? Bila kerja kita asyik baca buku/tgk tv mengenai suami sotong, mmg padanlah kita disontot. WE ARE, WHAT WE READ.TO CHANGE YOUR LIFE, CHANGE WHAT YOU READ EVERYDAY. KITA ADALAH APA YANG KITA BACA. KALAU NAK UBAH NASIB, KENA UBAH BAHAN BACAAN
Meskipun filem genre romantik percintaan Azura 2012 arahannya di bawah terbitan produksi sendiri, Ace Motion Pictures Sdn Bhd meraih kutipan kurang memuaskan di pawagam, namun Aziz M Osman tidak pernah mengalah.
Sebagai anak seni sejati, dia terus gigih berkarya walaupun industri perfileman tempatan kini agak merudum. Kini, Aziz akan mempertaruhkan filem baru terbitannya, Jengka.
Bergenrekan seram, filem Jengka arahan Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman itu akan menemui penonton di pawagam tanah air mulai 26 Mac ini.
Antara barisan pelakon yang membintangi filem Jengka ialah Riezman Khuzaimi sebagai Basir, Ramona Zamzam (Nini) Afida Es (Mak Fida), Raja Azrey (Along), Eyka Farhana (Aqish), Jobot (Ustaz Mizi) dan Sahiddin (Nyun).
Berbicara mengenai inspirasi filem itu, Aziz, 53, berkata, semuanya berlaku secara kebetulan kira-kira lima tahun lalu.Katanya, ketika itu dia sibuk menyiapkan drama hari raya untuk TV3.
“Pada 2010, ketika terbabit menyiapkan penggambaran drama di satu lokasi, seorang lelaki datang bertemu saya dan dia menceritakan kisah ini yang didakwa berlaku pada keluarganya.
“Lelaki yang juga anak jati Jengka, Pahang itu berjaya meyakinkan saya bahawa kisah diceritakannya cukup menarik untuk dijadikan karya.
“Saya sendiri akui berminat dengan cerita itu kerana ia ada kelainan untuk dikongsi bersama penonton. Kisahnya bukan seperti cerita seram yang biasa didengar,” katanya.
Bagaimanapun, Aziz berkata, ketika itu dia tidak ghairah mahu menerbitkan filem hantu. Namun, dia tetap bercadang menghasilkan cerita itu ke layar perak.
Berbekalkan sumber kewangan yang dikumpul, pada mulanya Aziz merancang menghasilkan filem bajet kecil. Apapun, selepas melihat hasilnya dia dapati ada potensi untuk dibesarkan.
Membuat penambahan bajet pelaburan, maka terhasillah filem Jengka yang memberi ruang kepada Aziz bertindak sebagai penerbit dan penasihat cerita.
“Apapun, saya menganggap pertemuan dengan lelaki itu sebagai rezeki untuk terus menghasilkan karya baru. Pada masa sama, cerita itu ada kelainan tersendiri.
“Cerita disampaikan itu berbeza dengan kisah seram yang pernah diangkat menjadi karya filem sebelum ini. Ia lebih menjurus pada kewujudan entiti,” katanya.
Mengulas soal bajet, Aziz berkata, setakat ini, perbelanjaan digunakan untuk filem Jengka hampir mencecah RM1 juta.
Bercerita mengenai elemen entiti atau makhluk halus diketangahkan, Aziz berkata, bukan mudah sebenarnya menghasilkan filem bergenre seram atau hantu.
Katanya, filem seram menuntut seseorang pengarah itu lebih kreatif daripada pelbagai aspek seperti sudut penceritaan, teknik kamera, elemen kejutan, mendebarkan, takut dan sebagainya.
“Menghasilkan filem seram tak sama dengan karya cinta dan romantik. Biasanya dalam filem cinta, segala emosi dan perasaan digalas oleh pelakon sebagai peranan utama.
“Bagi filem seram, pengarah perlu bijak mencipta babak menarik yang mampu membuatkan penonton dapat merasai kisah penceritaan yang dimuatkan dalam karya itu,” katanya.
Menurut Aziz yang berkarya bukan untuk mengejar keuntungan, dia hanya mahu menjadi pencerita terbaik melalui karya berkualiti untuk dikongsi bersama penonton.
Sebagai penggiat seni yang tidak asing di persada industri hiburan tanah air, Aziz pernah menghasilkan karya filem hebat seperti Femina, Fenomena, XX Ray, Senario The Movie, Leftenan Adnan dan banyak lagi.
Sinopsis Filem Jengka
Filem ini berkonsepkan ‘paranormal’ menceritakan Nini yang sarat mengandung meminta suaminya, Basir menghantar dia pulang ke kampungnya di Jengka, Pahang untuk melahirkan anak.
Basir hanya mengikutkan saja kehendak isterinya dengan alasan dia pun sibuk dengan urusan kerja dan tidak boleh menemani Nini.
Kepulangan Nini di kampung diraikan keluarganya dengan mengaturkan majlis kenduri doa selamat sempena menyambut kelahiran bayi dikandung Nini.
Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan. Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’.
Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah.
Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba. Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya.
Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Nini? Adakah Nini dan bayinya selamat? Semua jawapan untuk kisah yang berlaku ini ada jawapannya dalam filem Jengka.
Diterbitkan Ace Motion Pictures, Jengka yang menjurus pada kisah gangguan entiti dan makhluk halus itu diletakkan dalam klasifikasi tontonan P13. Filem ini berdurasi satu jam 20 minit.
Sudah bergelar penyampai radio dan pengulas sukan, Kieran kini melebarkan langkah dalam bidang lakonan pula menerusi filem Zombie vs The Lucky Exorcist arahan Jaguar Lim yang mula ditayangkan hari ini.
Menerusi filem genre komedi aksi kungfu ini, Kieran membawakan watak bomoh bernama Osman yang berlawan dengan Zombi yang menyerang sebuah kampung.
Saya memang suka filem kungfu dan waktu kecil dulu suka juga layan filem Cina. Tak sangka tiba-tiba datang pula tawaran untuk berlakon filem Cina tempatan. Saya memang tak pernah terfikir nak berlakon filem Cina.
Saya terima tawaran ini kerana wataknya yang tak berat. Jaguar hubungi saya dan seterusnya saya diberikan skrip. Saya juga diberitahu pelakon Hong Kong, Bobby Yip dan Hidy Yu turut berlakon sekali gus membuatkan saya lagi bersemangat,” katanya.
Kieran berkata, dia pernah didatangi tawaran lain, tapi terpaksa menolak kerana terikat dengan kerjayanya sebelum ini sebagai penyampai radio di Hot FM.
Agak susah kerana saya bekerja pada waktu petang dan penerbit sukar membuat jadual. Tapi Jaguar Lim sanggup buat penjadualan dan tak ganggu masa bekerja saya. Bahkan dia sanggup ikut kesesuaian masa saya untuk penggambaran.
Saya pun tak sukar nak bawa watak Osman kerana dah tahu karakter bagaimana yang dikehendaki pengarah, sekali gus memudahkan saya berlakon. Menariknya, saya juga bertutur beberapa dialog bahasa Mandarin dalam filem ini,” katanya.
Menurutnya lagi, penggambaran filem ini dibuat dua tahun lalu ketika bulan Ramadan dan baru sekarang ditayangkan.
Ia bukanlah filem pertama lakonan Kieran kerana sebelumnya dia sudah berlakon filem berjudul Kantoi.
Saya pun tak tahu perkembangan filem ini, tapi saya sekarang terfikir nak serius berlakon sekiranya ada tawaran. Tambahan lagi saya dah tak terikat dengan tugas sebagai penyampai radio dan hanya bekerja secara sambilan dengan Sinar FM setiap Sabtu.
Sekiranya ada penerbit yang tawarkan peluang berlakon, tak salah untuk saya mencuba. Secara peribadi saya dikenali dengan karakter keras, jadi tentunya saya sukakan watak antagonis seperti gangster dan mafia kerana lebih mudah dihayati, katanya.
Fokus pada perniagaan
Selain bertugas secara sambilan di Sinar FM, Kieran juga selesa dengan perniagaan sejuk Kieransfoodproducts sejak 8 Oktober tahun lalu.Dia gembira kerana sambutan yang diterima semakin hari semakin menggalakkan.
Saya lebih senang menjual secara online atau menerusi pengedar kerana setakat ini saya belum ada kedai tetap. Ejen pengedar saya kini berkembang di Alor Setar dan Johor Bahru dan saya menyasarkan banyak lagi kawasan akan dimasuki nanti.
Sebenarnya bukan mudah terbabit dengan perniagaan kerana saya perlu fokus dan banyak habiskan masa di sini. Saya lebih senang pasarkan produk sendiri dan bukan ambil barang orang kemudian labelkan dengan jenama saya, katanya.
Biarpun sibuk, Kieran tetap bersyukur kerana bidang ini memberikan lebih banyak masanya untuk bersama dua anaknya, Muhammad Adam, 6, dan Muhammad Iman, 4, serta ibunya, Kamariah Akbar Ali, 60.
"Hantu Galah" merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin atau syaitan.
Ia dikatakan berbentuk seperti manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan mampu menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.
Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.
Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.
Hantu galah dipercayai hanya mengusik tetapi tidak membahayakan orang.
Hantu galah dikatakan nampak dalam keadaan normal apabila kita pertama kali melihatnya tetapi menjadi tinggi dan tinggi sampai ke satu masa kita hanya melihat kakinya. Seseorang dinasihatkan supaya tidak mendongak ke atas atau kepala kita akan selama-lamanya mendongak ke atas.
Seseorang juga dinasihatkan tidak berjalan di celah kakinya atau hantu ini akan mengepit orang itu dengan kakinya yang panjang.
Kalau ditakdirkan terjumpa hantu galah, dinasihatkan supaya meniarap. Kerana tubuh makhluk ini yang tinggi lampai, ia tak akan perasan manusia yang meniarap.
Hantu galah antara hantu-hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam. Sesetengah orang Melayu percaya hantu galah dapat dilihat jika seseorang itu mempercayai kewujudannya