Showing posts with label Teater Muzika Ramlee. Show all posts
Showing posts with label Teater Muzika Ramlee. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

Teater Muzikal Pesta Ramlee


Scene Teater di Ipoh diteruskan lagi dengan pementasan terbaru Teater Muzikal Pesta Ramlee.....
pementasan akan diadakan pada 29 - 31 Mei 2015........
bertempat di Auditorium JKKN Perak bermula jam 8.30 malam....
karya dan arahan Pengarah Teater Tersohor Negeri Perak ..Ard Omar ...

pada yang dah tengok pementasan Teater Muzika Ramlee tahun lepas....
dan kome terhibur .... (reviu Teater Muzik Ramlee)
awok pasti kome tak sabo nak menunggu pementasan Teater Muzikal Pesta Ramlee pulak...

jadinya pada pencinta teater .....
jangan lepaskan peluang untuk sama2 menonton pementasan Teater Muzikal Pesta Ramlee.......
moh kome!!!!!!!

Thursday, October 23, 2014

Teater di Ipoh


Pada yang anggap scene teater di Ipoh malap....
kome boleh fikir semula...
walopon mungkin tak semeriah di Lembah Klang...
tetapi dengan khalayak yang terhad....
scene teater di Ipoh masih mampu mementaskan sekurang-kurangnya 1 - 2 buah teater sebulan....

Walopon sebelum ini sudah ada 2 - 3 buah teater dipentaskan tahun ini di Ipoh...
tapi pada awok Teater Muzika Ramlee memulakan trend....
betoi2 mengejutkan khalayak/peminat/penonton teater di Ipoh....
dan mencetuskan minat masyarakat menonton teater.....
agak mengejutkan juga dengan promosi yang terhad ......
ruang di Auditorium JKKN Perak penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri.......



Momentum itu diteruskan pula dengan pementasan teater Gelanggang Tuk Wali...
walopon konsepnya bukanlah muzikal...
tetapi masih mampu menarik audien yang ramai untuk kedua-dua malam pada 26 & 27 September yang lalu...... 
(nantikan reviu awok mengenai Teater Gelanggan Tuk Wali ni).....

Pihak Persatuan Seniman Anak Perak (SNAP) juga berjaya mementaskan sebuat teater ...
yang bertajuk Degup pada 17 - 18 Oktober 2014 yang lalu......
Degup yang agak mendalam masih mampu menarik penonton yang agak ramai menonton teater ini...






Badan Budaya Perak akan mementaskan Teater SEDAR bermula pada 24 & 25 Oktober 2014 ....
awok tak pernah lagi menonton teater yang berbentuk komedi....
selama awok menonton teater elemen komedi hanya sedikit ataupun sekadar tempelan untuk sesebuah teater itu....
tak sabo pulak nak menonton teater bentuk komedi ni......





Pada 31 Oktober & 1 November 2014 pula...
akan dipentaskan Teater Muzikal Kaduk...
msaih lagi dipentaskan di Auditorium JKKN Perak...
bermula pada 8.30 malam....


Dalam perancangan pihak JKKN Perak...
Insyallah akan dipentaskan teater kanak-kanak yang dijangka akan dipentaskan pada bulan November  2014.....
Selain itu, teater Muzikal Saloma dijangka akan dipentaskan pada bulan Disember 2014....
Terima kasih dan tahniah pada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Perak...
yang tak jemu-jemu memartabatkan seni teater di negeri Perak khususnya......

Monday, May 26, 2014

Reviu - Teater Muzika Ramlee

Gambo copy paste dari FB kengkawan awok.......


Baru-baru ni ada awok up kan entri berkenaan Teater Muzika Ramlee
Teater arahan saudara Ard Omar ni telah dipentaskan di Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Perak....
pada 23 & 24 Mei yang lalu......
walopon diterbitkan dalam skala yang kecil....

tapi apa yang awok tau....
tiket untuk 2 hari ni SOLD OUT .....
lupe awok nak kabo....
Teater ini dibawakan oleh Persatuan Kesenian & Kebudayaan Daerah Kinta dan pihak JKKN Perak....

awok berkesempatan menonton teater ni pada hari kedua (Sabtu 24/05/2014)....
awok udah lama tak menonton teater...
dan teater yang terakhir sekali awok tonton ialah Ronggeng Rokiah di Istana Budaya....
uiiii.... lama gila.....
yang bestnya awok dapat duduk di seat kedua depan pentas....
memang mabeles....

awok terhibur dengan persembahan teater ni....
walopon sistem audio nya kadang2 mengganggu kita.....
awok cukop gemo bila scene penanyi undangan nya Nona Asiah (sila google kalo nak tau sapa dia)....
penyanyi tu menyanyi sebijik suara Nona Asiah.....

oh ye...
sinopsis teater ni lebih kurang macam ni....

"Tiga sahabat (Osman Zailani. J.Jamil & Kassim Selamat) bekerja di sebuah kelab malam kepunyaan Tn Hj Bakhil...... Kelab Malam ni kiranya tak berapa terkenal la di Malaya masa tu....... dan pada satu malam tu.... tiga bujang lapok tu berlagak kononnya deme ni tuan manager kelab ni........ deme terkantoi bila Tn Hj Jamil datang ke kelab masa malam tu...... dan deme bertiga Tn Haji Bakhil pecat dengan serta merta....... tapi..... hasil pujukan Salmah (Pekerja yang cantik berkerja di kelab tu jugak)...... dan tiga bujang lapuk ni merayu..... 

deme berjanji untuk membawa P.Ramlee untuk menyanyi di Kelab Tn Hj Bakhil.... tujuannya supaya ramai yang datang ke kelab ni....... disini le yang bermula lawak dan lucu bila deme terpaksa mengotakan janji pada Tn Hj Bakhil untuk membawakan P.Ramlee ke Kelab ni..... 

ada scene dimana Ketua Samseng yang konon2nya Ibrahim Pendek(tuan punya bangunan ni) menyerbu kelab ni bila tahu P.Ramlee nak datang ke kelab ni..... Ibrahim Pendek tak suka P.Ramlee datang ke sini disebabkan hutang lama P.Ramlee dengan dia..... tapi disebabkan pujukan Cik Salmah ...Ibrahim Pendek cair dan setuju dengan cadangan P.Ramlee menyanyi ke kelab ni... 

Tiga Bujang Lapok tadi terpaksa mencari mana-mana orang yang hampir menyerupai P.Ramlee untuk mengelabui mata Tn Hj Bakhil dan pengunjung ke kelab malam ni.....  sampei le akhirnya..... bila Ketua Samseng dan konco2 nya serta pengunjung kelab malam udah tak sabo... disebabkan P.Ramlee masih tak muncul2 lagi.... tengah kelam kabut bergaduh itu la.... tiba2 sayup2 muncul satu suara dari luar menyanyi lagu P.Ramlee..... yang awok suka tu.... boleh pulak pelakon yang melakonkan watak P.Ramlee tu ...... suaranya lebih kurang macam P.Ramlee, berpakaian macam P.Ramlee dan gerak gaya sebijik macam P.Ramlee....... apa yang Tn Hj Bakhil, Ketua Samseng dan pengunjung kelab tak tau....... P.Ramlee yang muncul tu sebenonye P.Ramlee celup..... kengkawan bujang lapuk bertiga yang bernama Omar..... kekekekek.....


apa yang penting penonton suka dan terhibur....... 
gambo2 ni semuanya awok ambik dari fb kengkawan awok...
awok tak bawak kamera masa malam tu......
awok enterframe gambo deme je.....


Errrr.... ini bukan scene lakonan....
tapi sesi bergambo dengan pelakon2 Teater nya....
yang kiri sekali tu la Ketua Samseng Ibrahim Pendek.....
yang tengah2 sekali tu la Kassim Selamat.....
yang kanan sekali J.Jamil dan disebelah nya Osman Zailani......

Scene dimana tetiba ane yang bergaduh dengan bini nya dalam Filem Seniman Bujang Lapok muncul...
bergaduh dengan bini nya dalam kelab malam.....

Scene akhir setelah P.Ramlee muncul .....
deme menyanyi gembira ....
misi berjaya....


Sunday, May 18, 2014

Teater Muzika Ramlee


Moh kome...
pada sape2 yang berada di Ipoh pada 23 & 24 Mei ni...
sesekali kita tuko selera pulak...
moh kita layan teater....
tiket nye RM5 je....
tempatnya...
macam iklan kat ateh tu...
bertempat di Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Perak ....
bersebelahan dengan Perpustakaan Negeri Perak....
moh kome!!!!!!

Gambar Belangkas