Showing posts with label Jordan. Show all posts
Showing posts with label Jordan. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Menjejaki Para Sahabah Syuhada' di Dataran Syams

Alahmdulillah...kunjungan kali ke-2 ke bumi Urdun membawa saya kembali menjejaki denai laluan para sahabah di Dataran Syams... kunjung kali pertama pada tahun 2007 ...tetapi kali ini, pakcik driver Arab yang membawa rombongan kami, telah memandu sedekat mungkin ke sempadan utara Jordan bersebelahan Syria , Israel (Palestin) dan Lubnan... kami dapat melihat dengan dekat Tasik Tobari ... mungkin sahabat sekelian sudah tahu atau belum tahu mengenai kisah tasik ini...?? tasik ini menjadi rebutan di antara 4 negara ini kerana ia merupakan sumber air bersih untuk rakyat dan tanaman di sekitar Dataran Syams... dahulunya dikuasai oleh Syria tetapi sekarang sudah di bawah kuasa Israel... begitu juga Golan heights yg terletak di sempadan Jordan -Syria...

 Inilah Tasik Tobari@Tiberias @ Sea of Galilee,  yg menjadi rebutan, sekarang berada di bawah kuasa Israel.. 
boleh cerita sesiapa yg tahu kisah tasik ini?
Golan Heights - juga di bawah kuasa Israel skrg
Cuasa panas terik sehingga mencecah 40 darjah .... berlatar belakang Tasik Tobari @ Sea of Galilee

Friday, June 24, 2011

Bendera Jordan diambil dalam perjalanan ke Irbid dari Amman

2007 - 2011 - 4 tahun sudah berlalu...Sesungguhnya semua itu dalam perancangan Allah jua. Pernah menjejakkan kaki ke bumi Allah ini pada tahun 2007.  Alhamdulillah banyak juga tempat yang telah dapt saya lawati dahulu, namun begitu masih ada tempat yang belum saya lawati lagi tetapi sangat ingin melihatnya seperti makam 3 sahabah yang gugur syuhada' di Perang Mu'tah.  InsyaAllah setelah selesai majlis konvo anak saya, ingin pergi melawat ke sana...'

Gambar Belangkas