Showing posts with label coretan deena. Show all posts
Showing posts with label coretan deena. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Suka-suka ngan anak-anak...



Hurmm.. bape hari dah tak update blog nih, biasa la bila anak-anak ada kat umah sibuk manjang takde ruang nak mencilok layan tenet.  Xtvt hari ni patutnya nak gi island hopping bwk dorang tak jadi coz hujan plak, so tukar plan gi tengok kapal M.Y.Sakinah di harbour park atas permintaan anak-anak haa... tingin sangat katanya pas tengok ibu dorang berposing sakan dalam kapal tuh..


 



Masa ni jer la deena dapat luangkan masa ngan anak-anak, melayan karenah si danish asyik la suh masak itu ini. tak kering tangan dibuat nya ada jer menda nak di makan dorang nih. waktu nak tido plak siap mintak tepuk.. ngada-ngada tul.. !  ;-)  Kakak ( nadira) tahun ni upsr, so tak bleh nak lelama kat sini coz wlau cuti pun kelas tuisyen tetap dibuka mcm biasa. Sian kat adik-adik dia, punya la excited nak joli sakan duk sini tapi tak dapek den nak nolong nyooo... kena tunggu cuti hujung tahun ni baru puas hati..  


p/s: 2-3 hari ni letih sangat-sangat... :)

Wednesday, May 18, 2011

Sape nak gi Pulau Dayang Bunting... !


Semalam jenjalan jap ke jeti pelancongan tengok abang anto group Uitm shah alam,  dorang  naik satu bot, amik masa 3 jam gak la ronda di tiga buah pulau antaranya pulau beras basah, pulau singa besar dan destinasi terakhir ke pulau dayang bunting, so sape yg tingin nak mandi manda kat tasik dayang bunting jangan lepaskan peluang klu dah sampai situ. Untuk island hopping ni kita bleh naik melalui jeti pelancongan, di awana porto malai atau yang terbaru bleh gak naik di jetty point kuah. lokasi deena posing tu di jeti pelancongan. sehari hanya ada dua trip jer yer, kul 9.30 pagi  dan 2.30 petang. details tuuuu... hehe...



Deena tak penah sampai lagi, insyaallah dlm masa terdekat ni mesti pergi haa..  sebenor nya banyak lagi tempat-tempat yg menarik kat langkawi ni, kalau dulu kita pikir asalkan sampai langkawi jer pala duk ingat shopping, padehal ada banyak lagi tempat yang kita boleh lawati,  melawat tempat bersejarah, melihat keindahan pantai dan juga beberapa pulau yang ada kat sini... cewahhh ni bukan nak jual minyak tau.. !  bila dah duk sini jiwa tenang beb, nak di banding dolu2 duk dlm suasana yang sentiasa dalam kesibukan , sesak sana sini, kira rasa macam bercuti dan berbulan madu duk sini haa.... :-)



 p/s : tunggu abang free nak ikut gi mancing plak, la ni dia sibuk skit.. :-)

Saturday, May 7, 2011

Terima kasih abang.. !



Pagi-pagi dah dapat kek dari abang sempena hari ibu... " abang, ucapan pun dah memadai pada mell.., " trima kasih abang, dari mula kita kenal hingga kini abang tak pernah lupa hari istimewa yang pernah kita raikan termasuk hari ibu.. sesungguh nya apa yg di lafazkan dan janji abang pada mell , abang kotakan dan mell hargai  kasih sayang dari abang..." Luv u so much sayang.. ! "



p/s:  mell luv b... =)

my dedication for my mum



and thats my mum.. :)

(: Assalammualaikum :)
hi everyone , doing good ? me too . :) ouhkay , alhamdulillah , dpt jugak bkk blog using another pc , just dropping here to give my grantitude to my only mother . Ibu , no matter what happens , no matter what's coming , i will always love you . there's no one else out there who can replace ur position in my heart . 

ibu , thanks for being my mum . thanks for taking care of me since i was a small girl until now, i've grown up , im getting bigger year by year . tak mampu utk kakak balas jasa ibu , terima kasih sbb ibu lahirkan akak bersusah-payah , hanya utk berkongsi kehidupan . kehidupan yang tak ternilai harganya.. wlaupun kite terpisah beribu batu , tp sebenarnya hati kite xmacamtu.. hati kite selalu bersatu , kan? :)



the video above was done by me , i did it with all of my heart . insyaAllah , dgn berkat doa ibu , akak akan berusaha menjadi insan yg berjaya , Amin .. :) Nadira&Syahirah&Danish akan sntiasa mendoakan yg terbaik utk ibu&babah.. semoga ibu&babah dicurahkan rezeki yg melimpah ruah dan kasih syg dri YangMahaEsa , semoga ibu&babah berada dlm perlindungan Allah.. Amin... :)

tulus ikhlas ,
Nadira, Syahirah, Danish.. :)


p/s: thanks princes nud ,syukur pada Allah kerana wlau ibu tidak dapat berada disisi anak2 ibu seperti ibu yg lain, kalian mampu menerima dan akur dgn ketentuan dariNya. malah anak2 ibu tidak pernah sesekali mengguris hati dan perasaan ibu selama ini..  kalianlah kekuatan, semangat dan nyawa ibu... 

Friday, May 6, 2011

Terima kasih anak-anak ibu.... !

credit to http://adiksayangkucing.blogspot.com

Tersentuh dengan nukilan anak deena ( syeera ).. thanks sayang... 

8 mei 2011...iaitu kita akan meyambut hari ibu,dimana kita akan diingat kan
betapa pentingnya peranan seorang ibu bagi kita....setiap hari ibu akan ku teringat
akan ibu yang selalu mendampigiku selama ini..ibu yang menasihatkan ku dimana
ade kesalahan ku.ibu ku juga mengajari ku pelbagai hal...ibu ade untukku..i love ibu
yang tersayang.
terus kan perjuangan sebagai ibu..walaupun diri mu selalu dalam kesusahan
tetapi engkau tetap teguh menghadapinya..di situ aku dapat melihat kasih seorang ibu
betapa gigih nya engkau mencurah bakti..Demi anak-anak mu.....

Saya dan adik beradik ingin mengucap kan terima kasih kepada ibu yang tercinta..
yang selama ini menjaga dan memberi kasih sayang mu itu..walaupun hanya sekejap...

                        I LOVE MOTHER .....MMMUUUAAAHH..
                               SYAHIRAH,DANISH,NADIRA....

          
p/s:  thanks adik, tiap saat dan detik kalian x pernah luput dr ingat ibu, wlau kita tidak berkesempatan
utk bersama.. ibu yakin satu hari nanti kita pasti dapat bersama semula... kenangan dikala adik, danish dan kakak kecil dahulu selalu membuat ibu tersenyum dan adakala mengalir air mata bila mengenangkan anak-anak ibu disana.. jaga diri baik2 dan ingat apa yg selalu ibu pesan ? "Anak Ibu kena kuat dan hebat !                 

Thursday, May 5, 2011

Selamat Hari Ibu...

picture credit to pokcik google

Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan.. insyaallah...

Selagi dia masih hidup.....

~ Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuapkan kita makan & memandikan kita. Ibu sanggup berjaga malam bimbang anaknya digigit sang nyamuk...
Kita pula membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam... itu balasan kita pd ibu.

~ Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita.
Kita membalas budinya dgn menumpahkan makanan ke atas lantai, namun ibu tetap terhibur dgn karenah nakal kita...


~ Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon dan bermacam alatulis.., agar kita nanti jadi insan intelek.
Kita pula membalas budinya dengan menconteng didinding rumah.. ada pulak tu bila dah besar sanggup menconteng arang di muka ibu kita..


~ Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan baju baru untuk Hari Raya... supaya kita dapat bergembira bersama rakan2 dgn menggayakan baju baru berwarna-warni...
Kita pula membalas budi ibu dengan mengotorkan  baju apabila jatuh ke dalam lopak.

~ Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah.. dengan niat mendidik minda dan jiwa si anak.
Kita membalas budinya dengan menjerit, " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH " memukul2 ibu... merajuk dengan ibu....

~ Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan, ibu bimbang.. gusar anak ibu nanti terpesong arah...
Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa "Ibu tak ada TASTE" jgn campur peribadi saya !!! kadang2 ada yg cakap ' ibu nih ketinggalan zaman betul lah !

~ Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk, kita tak langsung reti utk hiburkan ibu sekali sekala...
Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian didalam bilik... malas nak melayan ibu yang pasti menanyakan itu ini...

~ Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.. gembiranya ibu tak terkata.. "alhamdulillah ya allah.... anak yg Kau kurniakan kini berjaya dlm ujian hidupnya..."
Kita membalas budi ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana sibuk, enjoy & celebrate dgn kawan2..

~ Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang ringgit yg banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dgn kasih sayang sampai ke hostel kita. sedih hati ibu utk berpisah dgn kita sebagai si anak utk sementara waktu...
Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan ibu di luar dorm, takut malu nanti dilihat kawan2...

~ Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita, kita membalas dengan berkata " Saya akan cuba jadi yg terbaik sehabis yg boleh... dan yg pentingnya ibu... saya tak mahu jadi macam ibu ! " ibu pasti tersenyum kelat.

~ Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yg pertama dan tinggal dirumah sendiri. Ibu membelikan baju utk kita memulakan kerja baru.
Kita membalas budi ibu dengan memberitahu kawan2 bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yg belikan...taste ibu taste org dlu2... takde class langsung !

~ Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata betapa ibu kasih dan sayang pada kita...
Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari ibu, malas takut nanti ibu mengganggu rumahtangga kita... hmmmm ada ke patut...

~ Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita..
Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu... tak sama dah dengan cara ibu besarkan saya !!!.....

~ Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung....
Kita membalas budi Ibu, dengan kata " Saya sibuk ! i'm very sorry... "

~ Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang...
Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera ke pejabat....



~ Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia... dan tidak sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu... Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu... dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu, doakan kesejahteraan ibu... siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya...

TIADA YANG LAIN SELAIN IBU YANG SANGGUP DAN MAMPU BERKORBAN UNTUK ANAKMU INI....

* sahabat... doakanlah kebahagiaan ibu kita... bkn sahaja ibu semata-mata.. kerana ibu itulah AYAH... yg jua turut sama berusaha mendidik, mentarbiyyah dan membesarkan kita... SANGGUPKAH.... sanggupkah kita jika ditakdirkan esok masanya kita berpisah dgn ibu dan ayah utk selamanya di dunia ini..... Betapa peritnya Ibu melahirkan kita....

credit to Mama'aDam


p/s : selamat hari ibu pada mak dan mak mertuaku... =)

Thursday, April 28, 2011

Sweet memories...

pic yg reramai tu masa umo 25 kot...

Sebelum bernikah ngan abang, life deena kerja, anak-anak dan merayap. hehe.. hujung minggu atau cuti sekolah anak-anak akan tinggal dgn deena ( klang ), selalu nya deena akan bawa dorang balik umah mak di puchong ( skang mak dah duk kg di N9 ) atau gi jenjalan cari makan. dah jadi rutin masa tu.



dira,syeera n danish masa tecik-tecik

Deena menetap di klang lama gak, hampir 15 tahun kot, dulu deena keje kat sana ( forwarding company ) pastu berhenti buat freelance ( Unit Trust Consultant - Public Mutual ) dan Insurans. (MAA ) nak cari pengalaman keje sendiri. Macam-macam ragam manusia kita jumpa.. ;-) dan waktu tu memang kena cekal coz kita bukan nya makan gaji lagi.



 Skang dah berubah, bila dah tertulis bertemu jodoh dgn abang, deena perlu berkorban walau berat untuk tinggalkan kan semua di sana termasuk anak-anak dan teman2 rapat. So kena tunggu cuti sekolah baru dapat amik dorang kat sana. tahun ni tak beraya ngan anak-anak coz  giliran dgn keluarga belah sana ( klang ). kesian gak ngan anak2 tak sempat nak jumpa arwah yasmin..



Alhamdulillah, sejak duduk sini (langkawi) deena tak terasa sunyi atau bosan sangat, coz ada spare parts no 2.. hehe jgn ingat apa-apa haa..  notebook dan pc yg deena hadap hari-hari tu la dia ;-) nak kuar sorang- sorang malas, bila perlu jer deena kuar. makan coklat tak larat dah nak plak skang badan tengah kembang lagi.. tak bleh jadi kena diet giler pasni..


p/s : rindu mak ngan abah..

Thursday, April 14, 2011

Doa dan berzikir..

picture credit to google

Bohong kalau deena katakan skang dah bleh terima sepenuhnya... tiap saat teringat dan masih terngiang2 di telinga suara dan tangis arwah yasmin, walaupun hanya 2 minggu dapat tatap arwah. ada waktu bila perasaan rindu tu datang bagai tak tentu arah gak dibuat nya.

Apa yang mampu deena lakukan hanya berzikir dan mendengar ayat2 zikir bagi menenangkan hati. ikutkan hati malas nak keluar, lebih-lebih lagi buka di laman facebook coz bila tengok kwn2 letak gambar baby dorang, hati ni dah tersentuh tingat kt arwah yasmin.. asalkan nampak jer orang dukung baby kat mana-mana lagi la terbayang si arwah, rasa mcm dia ada jer.


picture credit to google

Barang-barang arwah smua abang dah simpan dalam katil arwah, tunggu nak dibalut elok-elok dan simpan kat bilik sebelah. tentang berpantang plak deena masih lagi berbengkung , bertungku dan makan jamu, cuma bab makan deena bedal jer yg pedas dan bergoreng. Susu badan masih ada lagi tapi takda bengkak mcm tempohari, lama-lama nanti kering la tu..


p/s: misi dr klinik kesihatan asyik jer la datang umah amik buku merah dan mintak dokumen.. nak siasat ape lagi...?!

Gambar Belangkas