Showing posts with label RUMAH TINGGAL. Show all posts
Showing posts with label RUMAH TINGGAL. Show all posts

Monday, December 29, 2014

SEBUAH FILEM EKSPERIMENTAL SYAFIQ YUSOF TERBITAN VIPER STUDIOS & SKOP PRODUCTIONS.


Villa Nabila filem seram arahan Shafiq Yusof terbitan Viper Studios & Skop Productions bakal di tayangkan pada pertengahan Januari 2015 ini amat dinanti nantikan.Dengan harapan filem bergenre seram ini tidak sama seperti filem-filem yang kita pernah tonton sebelum ini.

SAKSIKAN TRAILER VILLA NABILA INI



Friday, January 13, 2012

BALAI POLIS LAMA GOMBAK

Episod 1 tirai pembukaan bagi tahun 2012 bersama 6 kru Az PAG,AJ,Ash,Atoi,Mirol,Yusri dan seorang rakan jemputan dari fan page FB kami yang bernama Ron pergi ke sebuah lokasi yang agak terkenal dengan kisah mistik dan bualan mulut orang tempatan.Ada juga yang memberi pandangan bahawa tempat itu telah di `xplore` oleh banyak team paranormal.

Setelah berbincang,kami memutuskan untuk membuat kajian disana.Kes paranormal ini banyak berhubung kait dengan `rezki`.Kalau ada rezki kita,adalah.Ianya tidak sesekali untuk mematahkan semangat kru-kru PAG untuk terus membuat kajian dan berkongsi dengan orang ramai tentang kejadian dan kewujudan entiti paranormal ini.

Pada mulanya kami tidak bersetuju untuk ke lokasi tersebut atas faktor keselamatan kru.Kru `peninjau` AJ telah pergi ke lokasi itu pada akhir tahun 2011 untuk melihat sendiri kesesuaian bagi kru PAG membuat kajian.

Dalam pada masa itu juga AJ sempat berjumpa dan bertanya dengan penduduk kampung orang asli tempatan tentang kisah tempat itu,dan majoriti menyatakan bahawa tempat itu sangat merbahaya untuk orang luar kerana ia terletak jauh dari penempatan dan terletak betul-betul ditengah hutan.

Ada juga yang menyatakan ada warga asing yang hilang dikawasan itu dan paling menakutkan kehadiran `pak belang` dan babi hutan yang gemar berkeliaran pada waktu malam.Setelah kru PAG membuat keputusan bersama,kami menyediakan kesemua peralatan dan terus ke kawasan terbabit pada tepat jam 12 malam 14 Jan 2012.

 Sedikit gambar di lokasi..
Pintu masuk telah ditutup dangan kayu untuk ke kawasan balai Polis lama Gombak


Selepas melepasi pintu masuk,pokok besar misteri di sebelah kiri menjadikan bulu tengkuk anda naik menegak.Ada pihak yang memberi maklumat bahawa pontianak dan langsuir ada muncul dan menjelma di pokok besar ini. 

AJ berseorangan ketika membuat tinjauan dan dia menyatakan pada masa itu angin kuat bertiup membuai buai pohon pohon di sekeliling sehinggakan langkah AJ terhenti seketika.

Namun AJ tidak dapat meneruskan perjalanan untuk mengambil gambar dengan lebih dekat lagi bimbang akan keselamatan diri.

Tepat jam 12 malam 14 Jan 2012..kami PAG ti ba di lokasi..

Atoi (hadapan) sedang menggunakan EVP gabungan Parabolic dan sedang diperhatikan oleh Mirol (belakang)

Gambar dalam bangunan terbabit yang telah di conteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pintu masuk hadapan.

Keadaan bumbung bilik kecil di belakang balai.

Bentuk tingkap rumah lama yang terbuka luas dan agak menyeramkan.

Az PAG sedang mencatit segala kajian yang kami buat pada malam terbabit untuk di failkan dalam arkib PAG.

Lorong ke tandas di belakang rumah yang menakutkan.

Mirol diberikan tugas untuk meneliti tenaga yang ada di sekeliling dengan menggunakan EMF.

Az PAG (kiri) Atoi PAG (tengah) Ash PAG (kanan) sentiasa bersama dan akrab sejak kecil lagi.

Alat yang digunakan untuk berhubung dan melihat melalui kegelapan.

CCTV Infra Merah (1) di letakkan di hot spot.

CCTV Infra Merah (2) di sudut yang berlainan.

Sony Still Motion Sensor dapat merakam kemunculan kelibat lembaga hitam.

Inilah dia bukti yang mensahihkan lagi bukti tentang kehadiran entiti paranormal berbentuk kelibat atau bayang.

Kelibat itu mula menghilang dari pandangan.


Tuesday, February 15, 2011

PUAKA BANGLO 50AN


Kisah mengenai banglo ini masih lagi misteri kerana ia betul-betul terletak di atas bukit yang kini sunyi sepi dari pandangan mata manusia.Namun team PAGparanormal berasakan tempat ini mempunyai ceritanya tersendiri.Tempat yang telah lama ditinggalkan tanpa berpenghuni membuatkan lokasi ini dipilih untuk kajian paranormal.

Kenapa dan mengapa kami menggelar banglo ini 'Saloma Bistro'?Mungkin kerana bentuk dan dari sudut usianya lebih kurang dengan rekaan bangunan bangunan Saloma Bistro.Terdapat juga team-team paranormal yang telah menbuat kajian di lokasi ini dan kedengaran bualan mulut ke mulut menyatakan yang tempat ini mempunyai kejadian mistik atau fenomena paranormal.Dengan itu membuatkan kami lebih teruja untuk merekodkan sesuatu di dalam dokumentari kami.

Didalam kajian kali ini kami belum lagi memerlukan orang luar untuk menjadi sukarelawan, namun kami telah bersepakat untuk memberi peluang kepada krew PAG sendiri untuk merasai apa itu seram dan ketakutan.








PERINGATAN! Penggunaan nama SALOMA BISTRO didalam tajuk kajian ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan RESTORAN terbabit.Ini adalah kerana rupa bentuk banglo tinggal ini seakan akan bangunan SALOMA BISTRO dan mengambil faktor usia bangunan tersebut.Sekian Terima Kasih.


HAK CIPTA
P A R A N O R M A L   M A L A Y S I A 

Gambar Belangkas