Showing posts with label jejalan. Show all posts
Showing posts with label jejalan. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Akikah Fiska Medina

Assalammualaikum..


Ni lah cik mek molek Fiska Medina. Masa majlis akikah si kecil ni hari tu, makteh & maksu & paksu drive jauh tau nak join majlis medina. Ehh...paksu je yang drive, makteh & maksu tidoq je.. ;). Rindu tau nak jumpa medina ni. Last jumpa pun masa raya, asyik facetime je, mana cukup kan..

Masa majlis tu, saya buat-buat bz!! Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...sibuk bergambar ngan saudara mara & adik-adik bloger ni. Tapi yang paling best, gambar dengan adik ipar sendiri terpadam! Ni semua salah maksu medina!! Menyesal guna hp dia!! huh!


baju tu basah sebab kena hujan ye..

Ni Dengan  Fatin Liyana & Datin. Saya ni jenis tak perasan orang. So, pemberi maklumat saya is my adik (yang dukung medina tu). Dia datang bisik:

 'ateh2...belakang ateh tu bloger tu, nama apa tah.'

Saya laju je toleh belakang nak tengok.

 Dia terus marah 'jangan la tengok macam tu!! ni dok belakang ateh je ni'.

Saya pun buat muka arrrrr 'dah tu, macam mana nak tau sapa? tak tengok nak kenal camna???'.

 Dia pun jawab 'ala...yang adik ipaq sapatu?? yang dok belajaq lagi tu.......'

Tengok...tengokkkkk...tengokkkkkkkkk dia punya penerangan. Sakit jiwa i tau!!

 Tapi nasib baik otak ni tangkas tangkap. 'Fatin Liyana ka?'

My adik pun jawab 'haaaaaaaaaaaaaa.....dia la..'

Berdebar-debar ni nak tengok Fatin Liyana. Haahahaaa....mestila la semangat  kan nak jumpa orang yang top top top ni.  Saya siap pesan kat irine lagi, 'irine, bagitau dia, nanti sebelum balik tangkap gambaq dengan ateh dulu'. ;) ;) ;) ;) Bila ingat balik, macam malu la pulak,. tapi takpa la...Janji ada gambaq ngan sesama...


Ni dengan Linda Roslan pulak. Cantik, tinggi & kurus. Terus rasa diriku ini gemok yang terlampau. Ish...ish..ish.... awat kurus & cantik angat ni?? Perut kempis jeeee... jelesssss tau!! Bila tengok gambar ni, terus rasa nak diet!!!!! 



Ni ngan Dena n Saif yang cute angat! Tapi saif demam, macam tak berapa ada mood. Dena pulak, comel je.. Bila tengok gambar ni, memang serius rasa nak diet!! Ehhhh...ke baju tu membuatkan saya nampak gemok ye?? Ehhhhh..ke sebab hari tu saya makan banyak ye?? Ehhhhhhh Fidayu oiiiii...dah memang badan tu bulan, terima la kenyataan. 

Dengan Rina Salleh je saya tak bergambar. Masa tu dah penat bergambar dah. Tu yang tengok Rina Salleh dari jauh je... Penat tau. Ahakssss!!


Candy!! Candy!! Candy!! Hari tu ter'layan' la pulak semua gula-gula ni. Biskut je tak sempat nak ambil, habissssss. Tapi cup cake, gula-gula lain, saya makan bayak laaaa... ;)



Ni dengan keluarga, sebenarnya kan, Arwah Tokwan & Tok memang asal Perlis. Tapi pindah ke Felda Lurah Bilut, jadinya, kakak ibu ngan ibu je sempat sekolah kat Perlis. Tu pun kejap je, masa sekolah rendah. Disebabkan itulah saudara- mara semua duduk Pahang & Kuala Lumpur. Kalau kenduri kat sini, ramailah boleh turun. Kiranya, saya ngan adik je yang datang dari jauh.


Hari tu semua lepak sampai lewat petang. Meleset sambil makan gula-gula. Tuan rumah sibuk layan tetamu, kami sibuk makan...makan...makan.. 

dari kanan, paksu (adik ibu), bibik (kakak ibu), ibu, maksu
Tak ada pulak gambar ngan Pakcik, mana dia gi pun tak tau.. Pakcik.....oooooOOOoooo Pakcikkkkkkkk..

Geram sangat tengok medina masa ni. Yang maksu pun...nak je tiru. Medina dah ngantuk sangat2 dah masa ni..


dan
akhirnya



Medina tidoq gak...
Gaya tidoq tu sebijik macam chaq!! 
hahahaaa..


Besoknya, makteh pun balik la, sebab lusanya makteh kerja.
Sebelum balik, gomol2 Medina dulu. 
tengok medina, muka minta kena gomol!!!



TAPI!!!





Adalah satu penyesalan kalau tak pi Ikea
Muahahaaa..(gelak jahat!!)



Tingggggggg!!!!!































jemputlah tengok ;)

Ni almari impian kakcik, tapi masa dia nak beli dulu, habis!! Jadinya, rezeki saya la.. ;) nasib baik adik ipaq sanggup pesah tau!! Berat gila almari ni!!

ni pemandangan dalam kereta. nasib baik muat.
Jadinya, saya balik dengan hati yang riang ria!!!
;)
;)
;)

Balik rumah, merap la Mat Fariq suh pasang.
Tapi dia buat donoooo ja.


















Tapi kan..

Besoknya

Lepas balik kerja

Tengok-tengok

Almari dah terpacak dalam bilik


Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

nampak tak almari kat belakang tu ;)

Tamatlah cerita..
;)

Tuesday, April 9, 2013

#Pic @ Taman Negara


Assalammualaikum..

Saje je nak letak gambar-gambar masa kat taman negara.Terima kasih kepada semua sebab bagi kerjasama yang sangat baik. Rasa berbaloi sangat usaha saya ni sebab semua yang pi cakap best dan betul-betul merehatkan minda. Hilang stress katanya.. Okey, insyallah  lepas ni kita buat program lagi yek.. ;)

TQ sebab semua sporting!

Baru sampai, semua lapaq..



Pemandangan kat taman negara

Tempat makan sepanjang kami kat sana

Jauh dari perlis!

Semua nak bergambar ye..

sejuk tau!

ish..ish...selambak!



baru lepas mandi


suka je ada mat saleh..


Sebelum mendaki semangat je..


Ulat bulu ni bagi salam perkenalan!!

Tinggi tau!

Rehat jap.. masa ni semua dah ketaq lutut.. hehe..

Sumpit time!!

Tok batin dapat hamper! suka la tu..

bagi makanan kat diaorang..

mandi depan kampung orang asli.. ;)

model tak berbayar.. hehehe.. tu bos saya tau!


Best!!

muka penat ke tu??















Monday, April 8, 2013

Taman Negara ~ Sangat menarik!!



Assalammualaikum..

Semangat ni nak cerita.. ;)

Saya baru je balik dari Taman Negara, Pahang. 3 hari 2 malam kat sana. Best sangat tau! 

Kami sampai tengah hari, sampai-sampai tu, terus makan, pastu baru check-in & solat. Lepas tu bersiap-siap nak gi mandi sungai.




Nak bermandi manda pun kena panjat-panjat gak ye, jauhnyer 800m. Kira kami mandi peluh dulu la sebelum mandi sungai tu. Tapi masa tu semua semangat, laju je jalan. Walaupun penat, bila sampai tu, fuhhh...berbaloi-baloi.. Air sejuk sangat. Orang pun tak ramai. Best.


Kami berjalan lebih kurang 15-20 minit gak rasanya. Lama kami madi kat sini. Kul 6 petang baru kami balik. Puas berendam!


 Satu nasihat saya, kalau boleh, pakailah kasut yang khas untuk mandi, sebab kat sini banyak batu-batu kecil, kalau berkaki ayam, sakit. 

Ala...tak mahal pun kasut mandi tu.. ;)



Lagi satu, bawa air ye.. Saya jamin sesiapa sahaja akan dahaga sepanjang jalan tu.












Lepas mandi, malam tu kami sepatutnya ada aktiviti masuk hutan, tapi sayangnya hujan. Lebat pulak tu..

So, aktiviti malam tu makan dan tidur je.

Kami makan sedap.. Patin masak tempoyak!! memang terbaik aaarrrrr... Habis!!


Besoknya, pagi-pagi kami dah bersarapan, dan siap sedia nak masuk hutan. Kul 9 pagi kami dah masuk meredah hutan belantara..Ecewahh.. Belantara la sangat!


Perjalanan kami 2km mendaki, 2km turun.  Penat & best. Apalah sangat 4km  tu kan, tapi jangan lupa ye, bukan jalan rata, tapi mendaki. Sebab tu tu la terasa jauh sangat perjalanan tu.



Jangan lupa bawa air ye, dahaga sangat!! Saya je bawa 3 botol air!! 


Banyak mat-mat & minah-minah saleh kat sini. Siap bawa anak-anak lagi. Kecil-kecil pulak tu. Diaorang semua menghayati keindahan hutan kita. 

Kita??? Errrr.... Tepuk dada tanya minda. ;)





Saiz bukan halangan ye. Yang penting kemahuan. 

Lagipun bersama-sama kami ada guide yang terlatih. Baru-baru ni dia dapat sijil dari kedutaan sebab dia pikul mat saleh yang beratnya 100kg++ yang patah kaki masa mandi sungai. Jauh tu dia pikul. So..kami memang tak risau la. Rasa selamat je..






Sebenarnya jalan yang macam papan tu baru je siap tahun lepas. Sebelum ni semua jalan atas tanah je.

Guide bagi kami merasa dua-dua jalan. Jalan yang senang dan jalan yang penuh berliku. 

Menarik tau!!






Masa sampai kat kawasan lapang yang nampak pemandangan indah ni, ingatkan dah puncak bukit terisek, tapi salah.. ada lagi 400m nak sampai tau!

Ku gagahi jua..

Tapi nasib baik jalan mendatar je.. tak lah tinggi sangat nak mendaki.

Dalam 10 minit dari kawasan lapang tu dah sampai kat Bukit Terisek.

Alhamdulilah.. Dapat tengok Gunung Tahan. Pemandangan yang sangat indah.



Terjumpa pulak dengan mat saleh yang cute ni. 
So..bergambar dulu la ye..

Baik diaorang ni, ramah.. ;)


Heee.... gatai kejap!!

Okey, kami lepak sini dalam 10 minit, lepas tu masa untuk turun. 

Nak pi ber'canopy walk' pulak. 

Masing-masing semangat nak mencabar kegayatan sendiri. Wah..wah...

Canopy walk ni best tau.  Tapi siapa yang gayat tu kena berhati-hati la sikit ye.

Kami ni kira untung tau, tak payah beratur, pandai guide kami ejas masa, kalau tak memang kena tunggu lama. sebab ramai orang.

Jauhnya dalam 250m, rasanya la.. lupa-lupa ingat dah.. ;)

Kita kat atas ni tak boleh jalan dekat-dekat tau, kena jarak 10m antara satu sama lain, so tak boleh la nak bergosip kat atas tu. 


Nak cakap kena main jerit-jerit manja ye.. ;)

Masa ni semua dah penat dan lapar, tapi muka masing-masing teruja je nak berjalan 'atas pokok'.

Tak ada sorang pun yang berani main goyang-goyang titi tu. Semua takut..

Muahahahhahaaa.....





Habis sesi pagi. Panjat bukit kul9 pagi, sampai bawah kul1 tengah hari. Lama tuu kami berhutan-hutanan..
Sangat penat tapi sangat berbaloi..

Petang tu aktiviti yang dinanti-nantikan. Rapid shooting!!!  Yang ni tak ada gambar. Takada siapa yang berani bawa keluar camera ye.. semua basah!!  Masa ni enjoy sangat!! Saya tak pernah lagi main lumba-lumpa bot macam tu, siap melawan arus sungai lagi. 

Bercawan-cawan air sungai tu masuk dalam perut ni ha.. kira halal je la.. ;)  Saaaaaaaaaaangat best! 5 bintang!!!

Dengan basah-basah tu, kami gi kampung orang asli. Belajar menyumpit, hidupkan api dalam masa kurang 30 saat dan diberi penerangan pasal kehidupan diaorang. Best jugak!!



Kami ada la bawa buah tangan sikit. Bawa makanan sikit, baju sikit..  Siapa yang nak pergi, saya syorkan bawa la buah tangan kat diaorang ni, kesian tau..




Lepas beramah mesra dengan orang asli tu, kami mandi sungai lagi!!!  Masa ni semua main macam budak-budak! Best sangat. 





Kul6 lebih baru kami balik tau. Sebenarnya rasa macam nak mandi sampai malam!!  muhahahaa..

Sepatutnya malam tu kami masuk hutan, ganti yang malam 1st tu, tapi malam ke2 pun hujan gak. So terpaksa dibatalkan.

Lepas makan malam, dalam kul 10 lebih hujan pun dah reda, kami gi night safari pulak. Masuk kebun kelapa sawit yang gelap gelita! Takut tau! Kami disambut oleh burung hantu. ;) 

Binatang yang kami nampak, rusa, kucing hutan, musang apa tah namanya, tapi sangat comel, dan lembu. heehehheee... banyak najis gajah kat situ, tapi nasib baik tak jumpa gajah tau! Kat tengah-tengah hutan tu kan, tetiba je abang driver tu matikan enjin dan tutup lampu. Semua cuak je!! Dia cakap kita duduk diam dalam 5 minit kat sini. 

Ya allah.. takutnya masa tu.. Takut kot-kot gajah mai kat kami.. Masa tu kan.. saya dongak tengok langit.. Bintang banyak sangat. Cantik... Terpegun jap..

Rasanya tak sampai 5 minit kami kat situ, masing-masing menyembang dengan nada berbisik. hehehee.. semua takut, abang driver tu pun malas nak tunggu la kot. Sorry abang driver ;)

Tu aktiviti terakhir kami. Besok tu lepas sarapan, terus balik.

Kesimpulannyer, semua aktiviti kat sini buat kami semua bertambah rapat. Sifat setia kawan bertambah. Harap sangat aktiviti ni akan buat kami jadi satu pasukan yang lebih baik dari sebelum ni. Saya juga harap sangat kami semua akan lebih mencintai alam semulajadi kita. hargai hutan kita. go green!!






Nak iklan sikit.. ni la guide kami. Kak Maya & Atan. Diaorang ni memang terbaik. Jaga kami macam anak-anak. Ambil berat, call je berdesuppppppppp sampai. Yang penting diaorang ni terlatih. Pakej yang ditawarkan pun sangat murah. Makanan yang disediakan sangat sedap!  Setiap RM yang dikeluarkan berbaloi-baloi tau! Kira puas hati sangat!! So..kalau ada yang nak gi sana, cari la diaorang ye.. kalau nak no fon, minta kat i ye.. email i, baru i bagi no ye..






Gambar Belangkas