Showing posts with label Minda jutawan. Show all posts
Showing posts with label Minda jutawan. Show all posts
Friday, September 4, 2015
Berani merubah kehidupan.
Berani merubah kehidupan. Semua orang pun ingin menjadi kaya. Tetapi berapa ramai yang berani mengubah hidup mereka? Kita lebih selesa berada di dalam zon selesa. Tidak perlu memikir bagaimana untuk mencari dan menambah pendapatan. Tetapi sedarkah kita, pendapatan yang terhasil daripada titik peluh kita itu bukanlah hak mutlak kita? Aku dah lama memikirkan akan hal ini. Dan ianya di tambah lagi selepas aku membaca artikel di blog top bloggers malaysia, Tuan denaihati.
Semua orang ada keinginan nak jadi kaya. Kalau di tanya pada aku, aku juga nak jadi kaya dan menjadi seorang jutawan. Tetapi adakah dengan bekerja dari jam 9 hingga ke lewat petang atau membawa hingga ke malam mampu menjadikan kita mencapai apa yang kita inginkan? Adalah suatu perkara gila jika kita mempunyai impian seperti itu.
Kita tak suka tapi kita tetap teruskan untuk bertahun lamanya. Malahan hingga ke hujung hayat kita. Inilah yang berlaku dalam kehidupan hari ini. Malah, tak terlalu keras kalau aku cakap, kehidupan kini semakin tertindas berbanding 5 atau 10 tahun lepas. Persoalan sekarang, siapa yang berani keluar daripada kehidupan selesa dan mula mencari kehidupan yang mereka inginkan?
Kalau di tanya pada 10 orang. Siapa yang dengan beraninya, berhenti kerja serta merta dan mula berniaga. Berkemungkinan hanya 1 daripada 10. Atau langsung tiada. Apa yang mereka fikirkan? Takut segalanya menjadi susah dan lebih teruk. Bayaran rumah, kereta, anak-anak, insurans, belanja harian, dan macam-macam lagi. Dan tahulah akan perkara inilah yang menghalang ramai orang daripada menjalani kehidupan yang mereka impikan.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa ramai yang merungut dengan kehidupan mereka tapi masih lagi berada dan melakukan perkara yang sama setiap hari, bulan, tahun dan selama-lamanya. Orang cakap dah tak boleh nak buat apa. Ini ketetapan. Sebenarnya salah! Ini bukan ketetapan. Ini adalah pilihan. Anda yang memilih untuk terus hidup seperti ini.
Tak siapa yang boleh mengubah kehidupan kita melainkan diri kita sendiri. Kita yang menentukan bagaimana jalan kehidupan kita. Pilihan di tangan kita. Jangan disebabkan kita tak mahu berubah, keluarga dan anak cucu kita terkesan. Jalan meniti kejayaan memang sukar dan banyak rintangannya. Tapi ketahuilah akan manisnya yang menanti.
Wednesday, August 19, 2015
Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.
Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya. Perkataan miskin biasanya dikaitkan dengan status kewangan seseorang individu. Dan boleh dikatakan juga, individu miskin memiliki minda miskin yang menjadikan mereka kekal miskin. Inilah hakikat yang perlu di terima mereka.
Bagaimanapun, jika mereka yang tergolong mengelakkan 10 tabiat ini, mereka mampu mengubah sama sekali kehidupan mereka. Perlu sentiasa ingat, perkara yang paling utama dalam usaha mengubah kehidupan adalah mengubah cara kita berfikir.
Elakkan 9 Tabiat Ini Jika Anda Mahu Berjaya Dan Kaya.
1. Melihat masalah tetapi tiada usaha menyelesaikannya.
Masalah berlaku pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Tetapi kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang miskin adalah, mereka lebih memberi tumpuan kepada masalah berbanding mencari jalan penyelesaiannya. Kita tidak mampu mengubah sesuatu perkara yang telah berlaku, tetapi apa yang mampu kita lakukan adalah, berfikir dengan pantas jalan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.
2. Belajar daripada orang yang salah.
Ramai orang dengan mudahnya memberi nasihat kepada orang lain mengenai sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak pernah melakukan atau berhadapan dengannya. Orang miskin lebih gemar menerima nasihat daripada mereka yang sebenarnya dari kalangan mereka juga iaitu orang miskin. Ini adalah kesilapan terbesar dilakukan oleh mereka.
3. Membelanjakan wang kepada perkara yang tidak perlu.
Orang miskin lebih cenderung membelanjakan wang mereka untuk suatu perkara yang tidak bernilai. Sebagai contoh, mereka lebih gemar menggunakan wang bonus untuk membeli baju berjenama atau menaiktaraf kenderaan mereka sebagai hadiah di atas kepenatan mereka bekerja. Setelah kehabisan wang, mereka akan mula bekerja untuk mencari wang atau lebih buruknya kembali meminjam wang dari saudara atau rakan terdekat.
4. Fokus kepada apa yang mereka ingin beli,
Apabila orang miskin bekerja untuk mencari wang, mereka lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada apa yang mereka inginkan. Sebagai contoh, mereka memasang impian untuk memiliki rumah mewah, kereta mewah dan sebagainya.
Hakikatnya, semua itu hanyalah impian kosong dan bukannya matlamat yang sebenar. Ayat yang berbunyi seperti "memiliki perniagaan sendiri" atau "memiliki jenama sendiri" adalah sesuatu yang salah!
Jawapan yang betul, yang akan membawa kepada kejayaan adalah, cuba untuk jadi yang terbaik di dalam apa jua bidang yang di ceburi. Inilah sebenarnya target yang mereka perlu capai dalam usaha menjadi seorang jutawan.
5. Punya banyak alasan untuk mereka terus maju.
Suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara. Orang berjaya tidak menunggu untuk melakukan sesuatu. Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu dan melihat hasilnya. Dengan alasan kurangnya pendidikan atau kesibukkan masa, hanya menyebabkan mereka terus kekal dalam kehidupan miskin.
6. Ada idea yang hebat tetapi hanya bermain di mulut sahaja.
Setiap kali orang kaya berkongsi idea atau cara bagaimana mereka mampu menjadi kaya, orang miskin juga mempunyai idea yang hebat di dalam minda mereka. Ini adalah suatu perkara yang salah! Jika hanya mempunyai idea yang hebat tetapi tidak bersedia untuk melakukan sesuatu, ia hanyalah sia-sia.
Orang yang berjaya, memulakan langkah dan meletakkan kesemua tenaga mereka di hadapan. Sekaligus menarik lebih ramai orang luar biasa untuk menyertai mereka.
7. Dikelilingi oleh mereka yang lemah supaya mereka nampak hebat.
Pernah tak terfikir kenapa orang miskin berkawan dengan orang miskin? Banyak perkara yang boleh dikaitkan, antaranya, mereka lebih cenderung bergaul dengan mereka yang punya pemikiran yang sama dengan mereka. Ini adalah kerana, tekanan yang mereka hadapi adalah kurang dan memberi minda mereka ketenangan untuk menjawab soalan-soalan atau pendapat di dalam kalangan mereka.
8. Percaya bahawa orang lain akan membantu mereka ke puncak kejayaan.
Orang miskin mengharapkan ada bantuan dari pihak lain untuk mereka berjaya. Dan mereka tidak akan benar-benar berusaha untuk berjaya! Mereka bekerja keras dari jam 9 ke 5. Tetapi adalah tidak masuk akal jika mereka meminta bayaran yang mahal atas usaha mereka itu.
Ia bukanlah bagaimana kita menghabiskan masa di tempat kerja, tetapi bagaimana kita memanfaatkan masa terluang kita!
9. Minta pandangan tetapi tiada tindak balas.
Orang miskin lebih gemar meminta pandangan dan kemudiannya di simpan menjadi kenangan. Ianya sama seperti menyimpan wang tunai di dalam kocek dan berharap wang itu akan berkembang. Biarlah berapa ramai pun jutawan yang berkongsi ilmu, jika ianya hanya dijadikan kenangan, maka hidup mereka hanyalah sia-sia.
Inilah 9 perkara yang perlu dihapuskan jika anda mahu berjaya dan kaya. Mungkin juga kita ada melakukan di antara 9 sebab ini. Berubahlah sekarang dan pilih jalan yang betul di dalam mengejar impian anda. Jangan pernah putus asa dan kembali bersemangat di dalam mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini.
Tuesday, August 11, 2015
3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.
3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya|Setiap dari kita perlu menjadi seorang jurujual. Ya! Ini kerana, walaupun anda tidak pernah terniat untuk menjadi seorang jurujual, anda sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan.
Jualan adalah sebahagian daripada aktiviti seharian kita. Tak percaya? Baik, apabila kita bercakap dengan rakan-rakan kita mengenai sesuatu rancangan atau perkara, kita sebenarnya sedang menjual idea kita. Apabila kita memilih di antara 2 perkara yang terbaik untuk diri kita *kedua-duanya melibatkan kos* secara automatiknya kita menjadi jurujual. Bidang jualan adalah universal.
Jadi! Apa yang perlu kita tahu mengenai jualan dan bagaimana kita boleh menjadi lebih baik? Ha, itulah yang kalian perlu teruskan bacaan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Hehehe.
3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya.
#1 Jualan adalah mengenai beberapa perkataan.
Bukan semua orang suka menjual, tetapi ramai orang suka membeli. Kata-kata ini perlu sentiasa bersama kita, terutamanya ketika kita memikirkan cara bagaimana ingin mewujudkan kepercayaan orang untuk membeli dengan kita.
Semua orang minat membeli dan apa yang mereka perlukan adalah "sebab" yang besar untuk berbuat demikian. Dan di antara salah satu sebabnya adalah "kepercayaan".
Ada 2 peranan kepercayaan di dalam jualan.
i) Seseorang pembeli itu akan terus membeli produk kita jika produk kita berjaya menyelesaikan masalah mereka.
ii) Yang keduanya, syarikat atau penjual datang kepada pembeli dan memberikan mereka "harga istimewa".
"Nilai" dan "harga" adalah 2 perkataan yang berbeza. Pembeli mahukan sesuatu produk yang memberi nilai kepada mereka dan bukannya harga.
Walaupun harga produk daripada syarikat Apple boleh dikatakan mahal, tetapi ianya tetap menjadi pilihan. Ini adalah kerana Apple telah membina "kepercayaan" pembeli dengan menghasilkan produk yang bermutu dan memberi nilai kepada mereka.
#2 Jualan adalah mengenai keyakinan dalaman.
Jika anda tiada keyakinan, anda tidak akan mampu menjual. Idea jualan adalah mengenai penjual yang memiliki keyakinan yang tinggi kepada produk yang mereka jualkan. Jika anda tidak mampu menyakinkan orang membeli produk anda, anda haruslah pelajari ilmu ini terlebih dahulu.
Dalam proses jualan, penjual mestilah di dalam keadaan agresif! Pembeli akan merasakan keyakinan yang ada di dalam diri anda. Dan inilah juga di antara rahsia jualan. Pembeli akan turut merasai keghairahan ini dan akan membeli produk tanpa ada alasan yang kukuh. Hebat kan?
#3 Menjual cerita adalah lebih bernilai daripada jualan produk.
Mempunyai cerita yang hebat mengenai produk adalah sangat membantu di dalam proses jualan. Tumpuan pertama di dalam proses jualan adalah ketahui cerita di sebalik produk jualan, apabila anda tahu apakah kelebihan produk, tidak sukar bagi anda untuk menjual produk tersebut.
Anda mungkin bukan seorang penjual yang hebat. Dan tidak mustahil anda mampu menjadi begitu hebat jika mempraktikan 3 langkah mudah menjadi seorang jurujual yang paling berjaya ini. Ini adalah kunci kepada kejayaan jualan anda. Bila dah ada kunci, anda mampu memasuki apa sahaja pintu kejayaan. Semoga maju jaya dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.
Monday, August 10, 2015
9 Teknik mencapai matlamat hidup!
9 Teknik mencapai matlamat hidup!|Entry ini khas untuk mereka yang punyai matlamat berjaya di dalam kehidupan. Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Jadi, jika anda tidak mempunyai apa-apa matlamat di dalam hidup, sila hentikan bacaan anda sekarang, dan beralih kepada bacaan buku #amranfans. Wahahahaha.
Aku lebih suka kongsikan di blog ceritaejoy ini, mana-mana tips atau teknik yang ada kaitan dengan diri aku. Sebagai contoh 9 Teknik mencapai matlamat hidup ini. Ianya juga berkaitan dengan diri aku. Aku baca dari blog lain, aku fahamkan dan aku cuba kongsikan di blog ceritaejoy. Blog ini ibarat buku rujukan kepada aku 1 masa nanti *jika aku lupa apa yang perlu aku lakukan*.
Baik. Setiap dari kita ada yang telah menetapkan apakah matlamat hidup mereka. Tetapi, berapa ramai yang benar-benar mencapai matlamat mereka? Ini mungkin kerana matlamat mereka tidak cukup mencabar. Atau mungkin juga matlamat mereka tidak selari dengan definasi kejayaan yang ingin mereka kecapi.
Kenapa perkara seperti ini berlaku? Ini adalah kerana visi kita di dalam mencapai matlamat itu sendiri tidak jelas. Matlamat itu bukan bermaksud kita berjaya membina perniagaan sendiri atau berjaya membina rumah yang sempurna. Ia adalah lebih kepada perjalanan dan bukannya destinasi yang hendak kita tuju.
*Setakat ini ada yang tak faham tak? Jika ada, sila
Ini adalah apa yang perlu anda, aku, #amranfans lakukan.
9 Teknik mencapai matlamat hidup!
#1 Jangan melihat ke belakang.
Mungkin ada perkara yang pernah menjadi pengalaman hitam kita, yang mana ia menghalang kita dari terus bergerak ke hadapan. Kenal pasti apakah ia, dan mula berhenti memikirkannya! Anda perlu tetap dengan matlamat anda!
#2 Tetapkan matlamat BESAR.
Jika matlamat anda tidak cukup besar, anda tidak akan ada momentum untuk melakukannya! Serius! Jadi mula menetapkan matlamat yang cukup besar, secara automatiknya, cara anda berfikir juga akan berbeza.
#3 Terjemahkan ianya di dalam bentuk tulisan.
Kita tak mampu berfikir semua perkara dalam 1 masa. Jadi tuliskan setiap dari matlamat anda dan sentiasa berpegang dengannya. Tampalkan pada mana-mana tempat yang mudah di lihat.
#4 Dateline.
Biasa tak kerja dengan dateline ni? Kalau tempoh dateline semakin dekat, dan segala urusan kerja masih belum sempurna, kita akan melakukan pelbagai perkara hanya untuk memastikan ianya siap dalam tempoh yang diberikan.
Jadi, mula tetapkan dateline pada matlamat anda.
#5 Tanyakan mengapa.
Tuliskan pada kertas. Kenapa anda perlu capai matlamat anda. Kenapa ianya sangat penting? Apa yang bakal anda perolehi jika anda berjaya mencapai matlamat yang telah di tetapkan.
9 Teknik mencapai matlamat hidup!
#6 Kenal pasti di mana permulaan langkah.
Matlamat dah ada, kejayaan dah nampak, tapi tak tahu mana nak mula. Pun tak jadi apa kan? Jadi kenal pasti di mana mahu mula. Fikirkan juga apakah langkah-langkah logik yang akan memberi lebih banyak kejayaan.
#7 "Reset" semula emosi.
Dalam usaha kita untuk mencapai matlamat kita, pasti kita akan kurang bersemangat jika ianya mengambil masa yang terlalu lama.
Apa yang perlu anda lakukan adalah, lihat semula matlamat anda. Kemudian fikir adakah ianya masih relevan dengan misi anda.
Jika tidak, fikirkan semula langkah-langkah yang perlu anda buat. Anda cuma perlu ubah langkah dan bukannya matlamat yang telah anda tetapkan.
#8 Biar orang terdekat tahu apakah matlamat anda.
Aku pernah di beritahu untuk merahsiakan apakah target dan matlamat aku kepada orang lain. Kerana takut kalau ianya tidak berhasil.
Yang sebenarnya ianya salah!
Anda perlu kongsikan matlamat anda kepada orang terdekat anda. Untuk apa? Kerana mereka akan membantu anda ketika anda berada di dalam keadaan yang sukar. Dan mereka juga akan menolong anda untuk sentiasa mengingatkan anda kepada matlamat anda!
#9 Ketahui dengan jelas rupa kejayaan yang sebenar.
Berikan diri anda penghargaan bagi setiap tangga kejayaan yang berjaya di capai sepanjang menuju kepada matlamat anda. Jika anda tidak bercita-cita tinggi, anda tidak akan kemana-mana.
Fuh! Penat sungguh aku bercerita. Impian dulu nak jadi pakar motivasi, tetapi memandang diri ini masih dalam proses pembelajaran, terpaksa la tangguhkan impian aku tu. Tapi lepas sahaja aku bercerita perihal 9 Teknik mencapai matlamat hidup ini, aku kembali bersemangat di dalam mengejar matlamat hidup aku.
Apa yang penting
Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.
Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri|Setiap dari manusia yang ada di muka bumi ini di lahirkan dengan kekuatan dan kelebihan diri masing-masing. Tetapi tidak semua manusia yang benar-benar menggunakannya. Malah! Ada yang langsung tidak tahu apakah kekuatan dan kelebihan diri mereka.
Jika kita melihat kepada aspek pekerjaan. Apakah jawatan yang di sandang sekarang? Apakah bezanya diri kita dengan mereka yang berjawatan besar? Apakah kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri mereka berbanding diri kita? Cuba tanyakan soalan ini kepada diri sendiri.
" Apakah kekuatan terbesar yang ada di dalam diri kita"
Ramai dari kita sebenarnya, tidak suka atau selesa berada di dalam suasana pekerjaan sekarang. Dan percayakah anda yang mereka berada di dalam ketidakselesaan ini dalam tempoh bertahun lamanya! Kegilaan apakah ini? Berhenti melakukannya sekarang!
4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.
Antara jawapan kepada yang berlaku ini adalah kerana tiada keghairahan dalam melakukan kerja harian. Mereka termasuk diri aku sendiri langsung tidak tahu apakah 1 perkara yang paling besar, yang ada di dalam diri, yang mampu membuatkan diri kita menjadi sangat mahal.
Aku cuba kongsikan apa yang aku baca dari 1 blog ini. Bagaimana pemilik blog ini mencari kekuatan yang ada di dalam diri beliau. Bagaimana mengaktifkan kekuatan dan kelebihan diri. Bagaimana beliau mencari apakah kemahiran kerja yang terbaik yang ada di dalam diri.
4 Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri.
#1. Apakah kemahiran diri yang ada (Skill)
Jika tanya pada diri sendiri, mungkin kita tidak akan beroleh jawapan yang tepat. Ibarat kita bertanyakan pada cermin.
Apa yang perlu kita lakukan adalah, cari 5 atau 10 orang yang kerap berhubung dengan kita. Atau yang sudah lama bekerja bersama kita.
Tanyakan soalan ini: "Apakah kemahiran diri aku?" "Apakah kebolehan aku yang kamu semua nampak?" Tanyakan juga "apakah kelemahan diri aku?"
Selepas memperolehi semua jawapan, rumuskan semuanya menjadi satu. Perkara yang paling utama di dalam mencari kekuatan diri anda adalah dengan menghapuskan semua kelemahan diri.
#2. Apakah kekuatan diri anda?
Anda mungkin yang terhebat di dalam sukan bolasepak. Anda mungkin mempunyai suara yang paling merdu di dalam bidang nyanyian. Tetapi ini semua tidak membantu diri anda di dalam bidang pekerjaan. Jangan hanya kerana anda mempunyai kelebihan ini, anda merasakan anda adalah yang terbaik.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mula mencari kekuatan yang baru *bukan kekuatan yang sudah sedia ada di dalam diri* Dalam erti kata lainnya, ia adalah suatu tambah nilai di dalam diri anda. Senaraikan apakah kekuatan yang anda perlukan di dalam diri dan mula belajar tentangnya!
#3. Mula membaca.
Membaca yang bagaimana? Ia bukanlah bermaksud anda perlu membaca buku-buku motivasi setiap malam dan bangun pada paginya dengan semangat yang masih sama.
Anda perlu bercuti! Ya! Pergi bercuti!
Ambil masa untuk rehatkan minda dari segala macam hal di tempat kerja. Ambil masa untuk benar-benar melihat ke dalam diri anda. Baca semula apakah yang anda telah tuliskan tentang diri anda. Apakah kelemahan & kelebihan yang ada di dalam diri anda.
Fikirkan tentang apakah kelebihan yang telah anda lakukan sehingga mendapat pujian ramai orang. Dari situ cuba kembangkan apakah yang mampu anda lakukan, supaya ianya menjadi lebih baik dari itu.
Aku suka ingatkan, ia bukanlah perbuatan "bodek". Ia adalah benar-benar pekerjaan yang anda lakukan. Si pembodek itu hanya mampu berbicara tanpa langsung ilmu di dalam diri mereka!
Jika lupa apa yang anda tulis, baca semula #1 ya!
#4. Tanyakan soalan pada mereka yang tidak dikenali.
Semua orang ada media sosial kan? Dan semua orang punya ramai kawan. Tetapi aku sangat percaya, tidak semua dari rakan-rakan dalam media sosial itu yang benar-benar korang kenal. Betul tak? Rakan 5000, yang kenal cuma 100. Ini perkara biasa. Hehehe.
Baik. Gunakan medium ini untuk tanyakan apakah kekuatan peribadi diri anda? Apakah perkara yang mereka suka anda lakukan? Apakah bantuan yang mampu mereka berikan? Apakah perkara yang perlu anda lakukan untuk menjadi yang terbaik di dalam pekerjaan anda? *selain dari bodek dari muda sampai ke tua". Apakah potensi diri anda?
Rakan-rakan di media sosial sebenarnya kerap memerhatikan diri kita. Samada melalui pembacaan pada setiap status atau melalui gambar yang kita kongsikan. Tidak mustahil mereka juga mengalami perkara yang sama dan punya cara untuk menjadi lebih baik.
Nasihat aku, walaupun korang berkawan dengan #amranfans , janganlah pula korang tanyakan hal ni pada beliau. Sebabnya mudah je, takut apa yang dikongsikan nanti, boleh menyebabkan korang menjadi lebih supersaiya dari sekarang. hahahaha.
Baik. Inilah Teknik mencari kekuatan dan kelebihan diri yang boleh digunakan untuk mencari nilai tambah di dalam diri korang. Berhenti untuk hidup di dalam keadaan tidak selesa. Anda perlu menjadi sesuatu yang sangat bernilai di dalam pekerjaan anda mulai sekarang.
*Jangan hanya mencari ilmu bodek! Ilmu yang hanya sia-sia."
Thursday, August 6, 2015
Bahayanya comfort zone.
Bahayanya comfort zone|Ramai daripada kita *mungkin* sangat selesa berada di dalam comfort zone. Tetapi tahukah kalian semua akan bahayanya comfort zone ini? Sebelum aku mula membebel panjang perihal perkara ni, jom kita ketahui apakah maksud comfort zone. Ianya bermaksud "tempat atau keadaan di mana seseorang berasa selamat atau selesa dan tanpa tekanan".
Dalam bahasa mudah, situasi selamat bagi seseorang. Contohnya seorang pekerja yang makan gaji. Mula kerja dari awal pagi hingga ke lewat petang, dari awal bulan hingga hujung bulan. Dan di pengakhirannya dapat wang gaji, gunakan untuk segalanya dan kembali bekerja semula. Ini yang dimaksudkan dengan comfort zone. Jika dilihat, bunyinya semacam kehidupan selesa, tetapi ramai yang tidak sedar akan bahayanya comfort zone ini.
Mungkin ada yang cakap, mereka sudahpun bekerja selama berpuluh tahun tanpa ada masalah. Ya! memang benar, mungkin anda benar-benar selamat berada di dalam kehidupan selesa anda. Mungkin juga anda tidak diuji dan mungkin juga anda sudah benar-benar bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Anda sememang hebat kerana anda sudah sedia maklum akan bahayanya comfort zone ini. Soalannya, bagaimana dengan mereka yang tidak bersedia?
Apa yang cuba aku sampaikan adalah, mereka yang hanya berharap dengan apa yang mereka dapat. Jumlah amaun yang mereka dapat setiap bulan adalah sama. Yang mana digunakan untuk hampir pada setiap perkara. Disinilah bahayanya comfort zone. Bahaya jika "sesuatu" terjadi kepada diri dan pekerjaan mereka. Ini adalah perkara yang tidak dijangka.
Katakan mereka mengalami kehilangan upaya ataupun syarikat tempat mereka bekerja mengalami kerugian teruk yang mana boleh menjejaskan pekerjaan mereka. Apa yang bakal terjadi kepada mereka yang tidak bersedia ini? Sudah pasti 1 masalah yang lebih besar akan wujud. Inilah bahayanya comfort zone.
Tidak salah untuk anda kekal berada di dalam keadaan selesa anda. Tetapi kata orang, sediakan payung sebelum hujan, kerana langit tak selalunya cerah. Aku teringat kata-kata seorang pakar motivasi, yang mana katanya, kita perlu menyediakan simpanan sekurang-kurang 3 bulan perbelajaan bulanan kita. Ini kerana, jika berlaku apa-apa, kita mampu untuk terus hidup selama 3 bulan tanpa pendapatan dari pekerjaan kita. Soalannya, adakah semua orang mempunyai simpanan sebanyak ini? Inilah Bahayanya comfort zone.
Kenapa perlu mentor untuk berjaya?
Kenapa perlu mentor untuk berjaya?|Soalan ini sebenarnya pernah aku tanyakan pada diri aku bila aku ke sebuah seminar berkaitan kejayaan dan kekayaan. Kenapa perlu mentor untuk berjaya? Apa kalau sendiri-sendiri tak boleh ke? Atau belajar mengikut buku dan kemudiannya lakukan, tak boleh? Kenapa mesti ada mentor?
Lama jugalah aku tanyakan soalan itu. Dan mungkin penceramah tu tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran aku ketika itu, Kenapa perlu mentor untuk berjaya? dan secara spontannya dia berikan jawapan tanpa perlu bertanyakan soalan pada aku.
"Mentor ibarat guru, belajar melalui buku tidak sama dengan belajar dengan mereka yang sudah lama lakukan apa yang kita baru hendak lakukan. Melalui mentor juga, kita mampu "memendekkan" masa kita untuk berjaya dan mengelakkan kita dari melakukan banyak kesilapan"
Dalam erti kata mudahnya, kalau ada mentor, dia akan guide kita. Apa yang perlu dan tidak perlu kita lakukan. Mereka sudah semestinya melakukan banyak kesilapan sewaktu awal-awal nak berjaya. Jadi dengan adanya mentor, kita mampu mengelakkan segala kesilapan itu dan sudah pastinya memendekkan masa untuk berjaya.
Katakan seorang mentor mengambil masa selama 10 tahun untuk berjaya *ini termasuklah melakukan kesilapan dan membetulkannya semula* dan jika mentor guide seseorang itu, mungkin ianya hanya mengambil masa selama 5 tahun. Ha, faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Hahahaha. Dan inilah jawapan kepada soalan Kenapa perlu mentor untuk berjaya?
Kini timbul pula soalan terbaru, kenapa aku tiba-tiba bercerita pasal mentor bagai ni? Apa yang cuba aku sampaikan? Sebenarnya, entry ini aku anggap sebagai penyambung kepada entry aku yang bakal datang *hamboi, macam nak terbitkan album pulakkan?* hehehe. Ini macam nak tarik mood aku nak berceritalah. InsyaAllah.
Wednesday, June 10, 2015
Kenapa yang kaya makin kaya.
Kenapa yang kaya makin kaya|Semalam merupakan "tarikh keramat" bagi pekerja di Syarikat tempat aku bekerja. Tarikh di mana pembayaran bonus dilakukan. Bonus tahun ini, boleh dikatakan yang paling besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulilah rezeki. Baik, apa kaitannya dengan tajuk entri aku kali ini?
Golongan sederhana terbahagi kepada 2. Yang pertama lebih cenderung ke arah "mengembangkan" dan yang keduanya lebih ke arah "mengurangkan". Aku nak fokus kepada mereka yang berada dalam kelompok yang kedua. Kenapa? Kerana, golongan inilah yang paling banyak di kawasan atau sekitar aku.
Apabila golongan ini mendapat sejumlah wang yang banyak, mereka lebih cenderung untuk menghabiskannya dalam masa yang paling singkat. Contoh singkat, bonus masuk pagi hari, kalau boleh, pada sebelah malamnya juga, mereka ingin gunakan wang itu. Ha, nampak tak perasaan kurang sabar disitu?
Kenapa boleh jadi macam tu? Mereka beranggapan, wang yang mereka terima adalah atas hasil penat lelah mereka bekerja, jadi wang itu haruslah digunakan sehabis mungkin. Itu yang berada di dalam fikiran mereka. Tapi ada sesuatu yang mereka lupa. Mereka lupa bahawa apabila wang tersebut habis dalam sekelip mata sahaja, mereka akan kembali berhempas pulas, berpenat lelah, menghabiskan masa di tempat kerja untuk tempoh yang lama, hanya untuk kembali mencari wang. Di sinilah rahsia kenapa yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.
Kalau kita lihat kelompok manusia yang berkembang. Apabila mereka mendapat sejumlah wang yang banyak, mereka lebih cenderung berfikir, apakah satu bentuk cara untuk membolehkan mereka memperolehi wang yang lebih banyak. Wang yang mereka ada, mereka laburkan, atau buat modal perniagaan,yang sudah pasti akan membolehkan mereka memperolehi lebih banyak wang.
Kenapa aku cakap kebanyakkan rakan-rakan aku lebih kepada kelompok mengurangkan? Sebabnya, apabila mereka memperolehi wang mereka, perkara pertama yang mereka lakukan adalah, memilih lokasi makan beramai-ramai. Duit tengah banyakkan, haruslah makan seperti orang-orang kaya. Dan yang keduanya, shopping beramai-ramai. Konvoi berkereta ke shopping mall mewah dan beli apa yang mereka tidak mampu beli dengan wang gaji bulanan mereka.
Dan apa yang jadi apabila mereka selesai melakukan semua perkara? Mereka akan kembali bekerja seperti biasa dan kembali melakukan "pinjaman kewangan" apabila hampir hujung bulan. Bukankah lebih baik wang yang mereka ada itu, menjadi simpanan tetap mereka? Disinilah rahsia kenapa yang kaya menjadi semakin kaya.
Golongan sederhana terbahagi kepada 2. Yang pertama lebih cenderung ke arah "mengembangkan" dan yang keduanya lebih ke arah "mengurangkan". Aku nak fokus kepada mereka yang berada dalam kelompok yang kedua. Kenapa? Kerana, golongan inilah yang paling banyak di kawasan atau sekitar aku.
Apabila golongan ini mendapat sejumlah wang yang banyak, mereka lebih cenderung untuk menghabiskannya dalam masa yang paling singkat. Contoh singkat, bonus masuk pagi hari, kalau boleh, pada sebelah malamnya juga, mereka ingin gunakan wang itu. Ha, nampak tak perasaan kurang sabar disitu?
Kenapa boleh jadi macam tu? Mereka beranggapan, wang yang mereka terima adalah atas hasil penat lelah mereka bekerja, jadi wang itu haruslah digunakan sehabis mungkin. Itu yang berada di dalam fikiran mereka. Tapi ada sesuatu yang mereka lupa. Mereka lupa bahawa apabila wang tersebut habis dalam sekelip mata sahaja, mereka akan kembali berhempas pulas, berpenat lelah, menghabiskan masa di tempat kerja untuk tempoh yang lama, hanya untuk kembali mencari wang. Di sinilah rahsia kenapa yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.
Kalau kita lihat kelompok manusia yang berkembang. Apabila mereka mendapat sejumlah wang yang banyak, mereka lebih cenderung berfikir, apakah satu bentuk cara untuk membolehkan mereka memperolehi wang yang lebih banyak. Wang yang mereka ada, mereka laburkan, atau buat modal perniagaan,yang sudah pasti akan membolehkan mereka memperolehi lebih banyak wang.
Kenapa aku cakap kebanyakkan rakan-rakan aku lebih kepada kelompok mengurangkan? Sebabnya, apabila mereka memperolehi wang mereka, perkara pertama yang mereka lakukan adalah, memilih lokasi makan beramai-ramai. Duit tengah banyakkan, haruslah makan seperti orang-orang kaya. Dan yang keduanya, shopping beramai-ramai. Konvoi berkereta ke shopping mall mewah dan beli apa yang mereka tidak mampu beli dengan wang gaji bulanan mereka.
Dan apa yang jadi apabila mereka selesai melakukan semua perkara? Mereka akan kembali bekerja seperti biasa dan kembali melakukan "pinjaman kewangan" apabila hampir hujung bulan. Bukankah lebih baik wang yang mereka ada itu, menjadi simpanan tetap mereka? Disinilah rahsia kenapa yang kaya menjadi semakin kaya.
Wednesday, May 13, 2015
Punca perniagaan tidak berjaya.
Punca perniagaan tidak berjaya|ceritaejoy.
Aku bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang perniagaan. Aku juga bukan seorang yang pakar perniagaan. Jadi, siapa aku untuk bercakap mengenai punca perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Aku sebenarnya mencari jawapan dan meluahkan apa yang mata aku lihat.
Baik, kenapa perniagaan yang dijalankan, tidak berjaya? *Fokus aku adalah pada perniagaan yang tidak berjaya dan terkandas di tengah jalan ya. Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan jawapan yang paling utama, yang sering kedengaran adalah, kurangnya ilmu. Tak usah cakap bisnes la, apa pun, kalau tiada ilmu, tak kemana perginya.
Yang menjadi bualan utama aku adalah, mereka yang sungguh hebat di dalam penghasilan produk, samada yang sedia ada ataupun produk terbaru, yang tak pernah ada pun sebelum ni. Bunyinya dah menunjukkan mereka ini cukup pakar di dalam bidang pernigaan. Tetapi, perniagaan mereka juga tidak berkembang. Apa puncanya? Ini yang selalu buatkan aku tertanya-tanya.
Kita ambil contoh, perniagaan makanan ya. *Ini adalah pendapat aku ya, mungkin tidak sama dengan pendapat orang lain. Burger yang di hasilkan di bahu-bahu jalan, atau di dalam-dalam kampung, lebih sedap daripada burger yang dihasilkan di sebuah restoran terkenal. Betul. Aku lebih suka makan burger-burger daripada kedai-kedai ini. Tetapi, kenapa perniagaan mereka tidak sangat berjaya dan hanya berada di kawasan itu sahaja? Yang akhirnya membawa kepada penutupan kedai.
Sebaliknya berlaku dengan restoran yang menghasilkan burger tadi. Perniagaan mereka menjadi sangat berjaya. Tak salah kalau aku cakap, burger mereka adalah burger sepanjang zaman. Sejak aku kecil, hinggalah aku dewasa dan mempunyai anak-anak, mereka masih menghasilkan burger yang sama. Kedengaran sangat hebat kan?
Jadi, apakah punca perniagaan tidak berjaya? Produk dah hebat, rasa dah sedap, tapi tak juga berjaya. Kalau nak dibandingkan masakan kedai-kedai biasa dengan hotel-hotel mewah, sedap lagi masakan di kedai-kedai biasa ni, tetapi kenapa perniagaan mereka tak juga berjaya?
Aku pernah terbaca dalam 1 buku. Antara yang aku ingat sampai sekarang adalah, produk menjadi no 2 di dalam perniagaan. Aiks? Dah nama pun bisnes, dah tentulah produk menjadi perkara paling utama. Tetapi kenapa ia menjadi no 2 di dalam perniagaan?
Yang buatkan aku jadi lebih sakit hati adalah, buku tu tak menceritakan langsung apakah perkara paling utama di dalam perniagaan hinggalah aku selesai baca buku tu, barulah dikongsikan apakah perkara paling utama di dalam perniagaan. *Biasalahkan, kita ni malas nak membaca dan mencari ilmu, jadinya, semua perkara nak cepat. Kalau boleh, nak orang beritahu dan ajar terus langkah-langkah menjadi sangat berjaya di dalam perniagaan.
Ok, aku rasa macam dah membebel panjang-panjang pulak. Kesudahannya, takda orang baca pun. Hahahahaha. Apakah perkara paling utama di dalam perniagaan? Inilah punca kenapa perniagaan tidak berjaya. Perkara yang paling utama bukanlah produk tetapi ia adalah bagaimana cara anda niagakan produk anda.
Ambil contoh perniagaan burger tadi. Bagaimana perniagaan restoran tadi menjadi sangat berjaya. Yang sebenarnya, mereka langsung tidak menjual burger, sebaliknya mereka menjual hartanah. Apa yang mereka lakukan adalah, mereka memastikan pelanggan mereka, boleh menikmati burger mereka walau di mana sahaja mereka berada dan yang lebih hebat lagi, dengan rasa yang sama!
Rasanya itu masih belum hebat lagi, pada mata aku, yang menjadikan mereka lebih hebat adalah, walaupun mereka dah berniaga belas atau puluhan tahun, pekerja yang baru sehari bekerja, mampu menghasilkan burger yang punya rasa yang sama dengan burger yang dihasilkan belas atau puluhan tahun dulu. Hebat bukan?
Ini bermakna, walaupun burger mereka dikatakan hebat, sesiapa sahaja boleh menghasilkannya walaupun pekerja yang baru masuk kerja tu adalah seorang mekanik kereta sebelumnya. Ha. Amacam? Boleh buat?
Inilah rahsia mereka. Kenapa mereka sangat berjaya di dalam perniagaan. Dan inilah punca kenapa perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Kuncinya adalah, jangan sekadar menghasilkan produk, sebaliknya, belajar bagaimana memasarkan produk, siapa target pelanggan, masalah pelanggan yang bagaimana yang kita selesaikan, dan kesenangan pelanggan di dalam mendapatkan produk kita walau di mana mereka berada.
Benar, 90% punca rezeki adalah daripada perniagaan, dan semua orang ingin menjalankan perniagaan. Tetapi ianya tidak semudah kata-kata. 90% itu melambangkan usaha dan bakinya adalah kejayaan yang bakal anda kecapi. Hehehehe.
Haffizul iskandar.
Tuesday, April 14, 2015
Bagaimana Cara Majikan Berfikir.
Bagaimana Cara Majikan Berfikir|ceritaejoy.
Terlalu banyak isu berkaitan tempat aku bekerja sekarang. Sekarang ni, isu yang paling panas adalah bagaimana cara majikan berfikir. Hahaha, sampai ke tahap itukan pekerja fikir. Sebenarnya aku pernah juga berfikir, apa yang sebenarnya majikan ni mahu selain daripada bodek selama 24jam. Tapi masih belum bertemu jawapannya.
Yang menjadi isu besar sekarang adalah, pekerja yang sudah berkhidmat melebihi 10 tahun tiada bezanya dengan pekerja yang baru 5 tahun berkhidmat. Gaji lebih kurang sama je. Ha, percaya tak? Orang yang dah lama kerja, yang dah masak sangat dengan "environment" sekitar takde bezanya dengan orang yang baru nak menapak ni. Hish.
Bunyinya macam, tiada langsung keistimewaan mereka yang dah lama berkhidmat ni. Kerja 10tahun, basic gaji sama macam orang yang bekerja 5 tahun. Aiks, memang terdapat masalah di situ kan? Ini yang buatkan aku berfikir, bagaimana cara majikan berfikir. Apa yang mereka tengok, apa yang mereka nak sebenarnya?
Syarikat aku bekerja sekarang dalam proses menaikkan pangkat pekerja. Sekali lagi ia menjadi isu apabila pekerja yang pada aku baru setahun jagung sudah boleh naik pangkat. Apa nasib dengan pekerja lama ni? Jawapannya, makan asap jelah. Langsung tak dapat apa-apa. Dah kenapa kan?
Aku faham kalau pekerja lama ni, "tak bekerja" atau ada kelemahan berbanding dengan pekerja "baru" yang punya banyak kelebihan. Masalahnya, pekerja lama ni lagi banyak task dia. Macam-macam kerja kena buat. Apa diarang ni tak nampak ke?
Aku bukan bercakap perihal diri aku. Aku sekadar meluahkan rasa bagi rakan-rakan aku. Aku sedih+kesian dengan mereka ni. Aku tahu kerja apa yang mereka buat. Jadi aku sangat faham. Kalau ikutkan, aku pun tension dengan apa yang berlaku. Nak jugak aku tanya pada majikan ni, apa yang sebenarnya diarang nak.
Tapi masalahnya sekarang, siapa aku untuk bersuara? Kang dibuatnya majikan ni boikot aku, dah sudah. Kerja aku pulak yang di timpa masalah. Kalau majikan jenis yang profesional, apa salahnya kan? Tapi nak jumpa yang profesional yang susah kan?
Pernah sekali aku tanyakan pada engineer aku, dengan harapan perkara itu akan sampai ke pihak atasan. Rupanya hancur jugak. Tak kemana perginya pun, balik-balik kat situ jugak. Aku cuma nakkan jawapan, bagaimana cara majikan berfikir. Sebabnya mereka je ada jawapan. Mungkin kita pekerja bawahan fikir lain, cara pihak atasan berfikir lain pula. Itu yang aku nak tahu tu.
Atau korang ada idea yang lebih bernas untuk aku dapatkan jawapan kepada permasalahan bagaimana cara majikan berfikir ni?
Haffizul iskandar.
Wednesday, April 1, 2015
Hilang Kuasa Membeli.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Tahun 2015 adalah tahun yang mana di dalam pandangan aku, merupakan permulaan tahun kepada pengguna hilang kuasa membeli. Atau ianya sudah lama berlaku tanpa aku perasan sedikit pun?
Manakan tidak, bermulanya cukai baru ni, segala macam harga barang naik. Setahu aku, kalau dibandingkan dengan sistem pencukaian sebelum ni, harga barang sedia ada sepatutnya menurun. Kan?
Kalau kita tengok dengan harga barang semasa yang berkemungkinan meningkat lagi, di tambah dengan cukai sedia ada, mestilah lebih mahal kan? Ambil la contoh roti. Kalau sebelum ni, beli roti cuma RM0.80. Selepas sistem cukai yang baru, harganya sedikit naik kepada RM0.85. Tak mustahil, sedikit masa lagi, bila semua barang untuk membuat roti naik, harga roti pun naik dan menjadikan harga roti menjadi RM1.50 katakan. Harga semakin meningkat dengan bentuk yang semakin mengecil. Betul tak?
Dulu kalau kita beli, penuh je plastik tu dengan roti, sekarang ni, harga makin mahal, tapi penuh dengan ruang kosong je plastik tu sebab roti dah semakin mengecil. Ini yang aku maksudkan hilang kuasa membeli tu.
Lepas tu, sekarang ni, aku banyak dengar kawan-kawan bercakap perihal kad tambah nilai juga dikenakan cukai. Kalau sebelum ni, harganya adalah RM10, tetapi selepas cukai baharu, ianya menjadi RM10.60.
Ini juga aku maksudkan dengan hilang kuasa membeli. Kita beli dengan harga RM10.60 untuk kegunaan RM10. Bayar mahal untuk perkara yang kecil. Lainlah kalau kita beli murah dengan penggunaan maksima. Kan?
Ramai orang yang dah perasan dengan benda ni. Perbelanjaan rumah sekarang ni, boleh dikatakan beratus-ratus kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Ni, lepas sistem cukai baru ni, sudah pasti jumlah ini akan bertambahkan? Kita keluarkan jumlah yang besar hanya untuk perkara yang sama tetapi dengan kuantiti yang semakin mengecil. Owh! Apakah yang sudah berlaku?
Nilai yang sama dengan pengunaan yang semakin mengecil. Pengguna semakin hilang kuasa membeli.
Bercakap tidak mendatangkan apa-apa. Kerana setiap tahun, kita perlu berhadapan dengan inflasi. Kalau sebelum ni, aku cukup risaukan, bagaimana kehidupan anak-anak aku kelak, tetapi sekarang, mindset aku berubah serta merta!
Aku sekarang lebih risaukan bagaimana kehidupan aku sekeluarga. Aku macam rasakan kehidupan yang ada sekarang semakin terhimpit. Mahu tak mahu, kita perlu berhadapan dengan semua perkara ni.
Tahun 2015 adalah permulaan kepada tahun-tahun sukar. Kehidupan mereka yang seperti aku, perlu menambah waktu kerja yang sememangnya sudah sampai ke tahap maksimum. Bukan kerana mahu hidup senang lenang, tetapi untuk meneruskan kehidupan sedia ada. Masa bersama keluarga akan menjadi lebih singkat.
Tumpuan kepada anak-anak akan menjadi semakin berkurang. Manakan tidak, keluar kerja, anak masih tidur, pulang kerja anak sudah tidur. Jadi, tidak hairanlah mengapa kanak-kanak sekarang menjadi lebih "extreme"! Semua kerana kehidupan sedia ada.
Masa itu sentiasa ada. Betul. Cuma soalan aku adalah, cukup atau tidak masa itu? Sempat atau tidak? Ini bukan zaman dimana orang baru mengenal dunia. Ini adalah zaman dimana orang mengubah dunia menjadi sesuatu yang lain.
Jom kita sama-sama fikirkan apakah langkah-langkah yang perlu untuk berhadapan dengan dunia yang semakin extreme ni. Pengguna yang semakin hilang kuasa membeli.
Tahun 2015 adalah tahun yang mana di dalam pandangan aku, merupakan permulaan tahun kepada pengguna hilang kuasa membeli. Atau ianya sudah lama berlaku tanpa aku perasan sedikit pun?
Manakan tidak, bermulanya cukai baru ni, segala macam harga barang naik. Setahu aku, kalau dibandingkan dengan sistem pencukaian sebelum ni, harga barang sedia ada sepatutnya menurun. Kan?
Kalau kita tengok dengan harga barang semasa yang berkemungkinan meningkat lagi, di tambah dengan cukai sedia ada, mestilah lebih mahal kan? Ambil la contoh roti. Kalau sebelum ni, beli roti cuma RM0.80. Selepas sistem cukai yang baru, harganya sedikit naik kepada RM0.85. Tak mustahil, sedikit masa lagi, bila semua barang untuk membuat roti naik, harga roti pun naik dan menjadikan harga roti menjadi RM1.50 katakan. Harga semakin meningkat dengan bentuk yang semakin mengecil. Betul tak?
Dulu kalau kita beli, penuh je plastik tu dengan roti, sekarang ni, harga makin mahal, tapi penuh dengan ruang kosong je plastik tu sebab roti dah semakin mengecil. Ini yang aku maksudkan hilang kuasa membeli tu.
Lepas tu, sekarang ni, aku banyak dengar kawan-kawan bercakap perihal kad tambah nilai juga dikenakan cukai. Kalau sebelum ni, harganya adalah RM10, tetapi selepas cukai baharu, ianya menjadi RM10.60.
Ini juga aku maksudkan dengan hilang kuasa membeli. Kita beli dengan harga RM10.60 untuk kegunaan RM10. Bayar mahal untuk perkara yang kecil. Lainlah kalau kita beli murah dengan penggunaan maksima. Kan?
Ramai orang yang dah perasan dengan benda ni. Perbelanjaan rumah sekarang ni, boleh dikatakan beratus-ratus kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Ni, lepas sistem cukai baru ni, sudah pasti jumlah ini akan bertambahkan? Kita keluarkan jumlah yang besar hanya untuk perkara yang sama tetapi dengan kuantiti yang semakin mengecil. Owh! Apakah yang sudah berlaku?
Nilai yang sama dengan pengunaan yang semakin mengecil. Pengguna semakin hilang kuasa membeli.
Bercakap tidak mendatangkan apa-apa. Kerana setiap tahun, kita perlu berhadapan dengan inflasi. Kalau sebelum ni, aku cukup risaukan, bagaimana kehidupan anak-anak aku kelak, tetapi sekarang, mindset aku berubah serta merta!
Aku sekarang lebih risaukan bagaimana kehidupan aku sekeluarga. Aku macam rasakan kehidupan yang ada sekarang semakin terhimpit. Mahu tak mahu, kita perlu berhadapan dengan semua perkara ni.
Tahun 2015 adalah permulaan kepada tahun-tahun sukar. Kehidupan mereka yang seperti aku, perlu menambah waktu kerja yang sememangnya sudah sampai ke tahap maksimum. Bukan kerana mahu hidup senang lenang, tetapi untuk meneruskan kehidupan sedia ada. Masa bersama keluarga akan menjadi lebih singkat.
Tumpuan kepada anak-anak akan menjadi semakin berkurang. Manakan tidak, keluar kerja, anak masih tidur, pulang kerja anak sudah tidur. Jadi, tidak hairanlah mengapa kanak-kanak sekarang menjadi lebih "extreme"! Semua kerana kehidupan sedia ada.
Masa itu sentiasa ada. Betul. Cuma soalan aku adalah, cukup atau tidak masa itu? Sempat atau tidak? Ini bukan zaman dimana orang baru mengenal dunia. Ini adalah zaman dimana orang mengubah dunia menjadi sesuatu yang lain.
Jom kita sama-sama fikirkan apakah langkah-langkah yang perlu untuk berhadapan dengan dunia yang semakin extreme ni. Pengguna yang semakin hilang kuasa membeli.
Wednesday, March 18, 2015
Menang Dalam Perniagaan.
Teknik Berniaga Online
Aku sekarang ni, lebih suka berbual mengenai perniagaan. Ini mungkin disebabkan keghairahan aku dalam proses memiliki kehidupan sendiri. Bagaimana mahu menang dalam perniagaan.
Bukanlah bermaksud bekerja dengan orang bererti tiada kehidupan, cumanya, jika perniagaan milik kita, masa juga adalah milikan penuh kita.
Aku mencari-cari apakah teknik berniaga online yang terbaik. Dan hampir kebanyakkan orang berkongsi akan pentingnya iklan yang berkesan.
Kalau kita tengok dalam pasaran malaysia sekarang ni, boleh dikatakan hampir kesemua produk sudah ada. Jadi, bagaimana kita yang baru nak bertapak ni, nak masuk dalam pasaran?
Boleh juga aku katakan, dalam pasaran online pun, banyak blogger malaysia yang menjalankan perniagaan. Ini juga adalah cara jana income dengan blog.
Jadi, macamana nak bersaing? Jangan cakap dengan aku pakai bomoh bagai semua ya.
Aku nak bagi sedikit contoh, katakan ada 100 peniaga tudung, dan aku adalah peniaga yang ke 101. Macamana aku nak bersaing dengan 100 peniaga tudung yang sememangnya berpengalaman luas dalam bidang perniagaan.
Fikir punya fikir, makan punya makan, jalan punya jalan. Aku berbual dengan wife aku. Apa yang aku dapat adalah,
Ini sahaja caranya untuk kita menang dalam perniagaan. Ini sahaja caranya untuk kita menjadi unik di dalam perniagaan. Hehehe.
Aku teringat 1 ayat yang aku pernah baca kat dalam email aku, antara ayatnya berbunyi:
Fikir punya fikir, makan punya makan, jalan punya jalan. Aku berbual dengan wife aku. Apa yang aku dapat adalah,
"Bila produk sudah semakin banyak, apa yang membuatkan kita unik dan menarik, kau memang dabomb adalah, penggunaan "ayat-ayat" berkuasa di dalam peniagaan serta tawaran-tawaran mengila untuk para pelanggan"
Ini sahaja caranya untuk kita menang dalam perniagaan. Ini sahaja caranya untuk kita menjadi unik di dalam perniagaan. Hehehe.
Aku teringat 1 ayat yang aku pernah baca kat dalam email aku, antara ayatnya berbunyi:
"Berikan tawaran kepada pelanggan yang mana pelanggan itu tidak akan mampu untuk menolaknya"
Tuesday, February 24, 2015
7 Tips Mudah Jadi Jutawan Berjaya. Baca Tips #6!
Tips #1: Lihat apakah yang terbaik pada diri.
Jangan simpan kebaikan dan kelebihan kita hanya untuk majlis-majlis khas.
Perkara pertama yang perlu kita lihat pada setiap awal pagi adalah merasakan diri kita bernilai jutaan ringgit.
Apa sahaja yang kita buat, seperti memberus gigi, memakai pakaian, memberus, bercukur, apa sahaja!
Ambil sedikit rasa bangga pada penampilan kita dan ambil masa untuk melihat yang terbaik. Ini bermakna kita perlu bangun lebih awal setiap pagi untuk ini!
Ia akan memberikan perbezaan yang besar bila kita bermula dengannya!
Tips #2 : Bekerja dengan badan.
Secara ringkasnya, kita perlu bersenam 3-4 kali seminggu.
Ini akan memberikan:
· -Rasa yang lebih baik
· -Penampilan yang lebih baik.
· -Tidur yang lebih baik.
Tidak perlu masa yang lama berada di gym. Pertaruhan yang baik adalah buat dengan kerap dalam sesi yang pendek.
Jadikan ia semudah mungkin. Bersukan selama seminggu dan dalam masa yang panjang boleh mendatangkan masalah!
2. Menjadi kreatif.
Jika kita melakukan perkara yang sama setiap hari dan sepanjang masa. Ia amat membosankan! Jadi, jadikan ianya berbeza!
Tips #3 : Bina gaya hidup yang kita ingin dan sukakan.
Untuk membina gaya hidup yang kita sukakan adalah dengan selalu berkata YA!
Secara ringkasnya: katakan lebih YA!
Bila kita sentiasa berkata YA, kehidupan kita akan mula berubah. Mula katakan YA sebanyak mungkin dan lihat perubahannya.
Tips #4 : Amalkan perancangan 5 minit.
Jika keyakinan adalah kawalan, kita mesti tahu kemana kita pergi setiap hari. Terlalu ramai daripada kita yang tidak tahu. Kita bangun dan habiskan separuh pertama pagi untuk memikirkan apa yang ingin kita lakukan.
Apa yang perlu kita lakukan adalah, mengetahui apa tujuan kita sebaik sahaja bangun dari tidur.
Jadi, sebelum tidur malam, buat perancangan 5 minit. Ini adalah jadual kasar, apakah rancangan kita untuk keesokkan hari.
Ia seperti menulis apakah 5 keutamaan yang paling besar untuk hari esok.
Dengan cara ini, kita boleh memastikan perkara-perkara penting dapat kita lakukan setiap hari.
Tips #5 : Dapatkan sekarang.
Kita tidak bekerja untuk berseronok selama 5 tahun. Jika kita tidak bermula sekarang, maka pasti kita tidak akan dapat.
Tips #6 : Perkara teruk yang pertama.
80% daripada tekanan kita datang daripada 20% perkara-perkara di dalam senarai tugasan kita.
Apakah 20% kita sekarang?
Ramai di antara kita yang mengisi perkara-perkara yang tidak penting dan kemudiannya memberitahu yang diri kita sentiasa sibuk.
Sibuk tidak sama dengan produktif!
Mula kenal pasti apakah yang penting kepada kita dan mula mengendalikannya.
Tips #7 : Perlu berhubung rapat dengan orang yang rapat dengan kita.
Jika mereka berada jauh dari kita, mulakan panggilan telefon kepada mereka untuk membantu kita untuk sentiasa rapat dengan mereka.
Apabila kita merasa baik tentang hubungan dengan orang lain, kita akan rasa disayangi dan dihargai.
Pastikan kita sentiasa berhubungan.
Monday, February 23, 2015
Kuasa Minda Bawah Sedar.
Rasanya dah ramai yang bercerita dan biasa dengar dengan minda bawah sedar ni. Dan hampir kebanyakkan jutawan berjaya dengan kuasa minda bawah sedar mereka. Persoalannya sekarang, bagaimana kita nak aktifkan dan mula berfikir mengunakan minda bawah sedar kita ni.
Conscious mind = Minda Sedar
Subconscious = Minda Bawah Sedar
Jelas dan terangkan gambar kat atas ni? Hampir kebanyakkan manusia mengunakan minda sedar. Dan hampir kesemua manusia hebat yang berjaya mengunakan minda bawah sedar mereka. Ini rahsia kejayaan mereka. Inilah kuasa minda bawah sedar.
Kita ambil contoh seorang petani:
Minda sedar seorang petani adalah apa yang mereka perlu tanam.
Minda bawah sedar petani pula adalah bidang petani.
Jika petani tanam benih jagung, maka jagunglah yang akan tumbuh. Sama juga kalau tanam benih tembikai, tembikailah yang tumbuh
Sangat kurang bijak kalau petani tanam benih jagung dan mengharapkan buah tembikai yang tumbuh. Tetapi, inilah yang paling banyak berlaku dalam kehidupan ramai orang hari ni.
Jika minda kita menumpukan perhatian kepada masalah ataupun perkara negatif, maka kita akan beroleh kegagalan.
Kita membuat keputusan benih apakah yang ingin kita tanam daripada apa yang kita fikir. Ramai orang telah cuai dengan apa yang mereka tanam selama ni. Dan kini ladang mereka hanya penuh dengan lalang. Ia akan mengambil masa untuk bersihkannya semula.
Minda bawah sedar akan menggunakan kuasa semula jadi untuk menghasilkan keputusan. Belajar bagaimana untuk memberi arahan yang akan menghasilkan apa yang kita mahu.
Mulakan dengan bertanya beberapa soalan kritikal. Mula berfikir dengan lebih berkesan. Gunakan soalan berikut untuk mendapatkan jawapannya.
· Bagaimanakah kehidupan kita dari gaji ke gaji?
· Apa yang kita rasa tentang pekerjaan sekarang?
· Apa yang menghalang kita dari memperbaiki kehidupan kita sekarang?
· Apa yang kita rasa apabila orang sekeliling kita menentang usaha kita untuk memperbaiki diri?
· Cuba kita fikir, apakah yang difikirkan para jutawan tentang diri mereka? Bolehkah kita berfikir seperti mereka juga?
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...