Showing posts with label Blog Review. Show all posts
Showing posts with label Blog Review. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Segmen blog review bersama wowberita

Selepas tamatnya Topup Giveaway yang dianjurkan oleh wowberita.com pada 28/2/2011 yang lepas, aku telah membuat keputusan untuk mewujudkan segmen terbaru untuk blog ini. Seperti tajuk entry ini, segmen ini aku namakan sebagai "Segmen blog review oleh wowberita".

Aku bukannya hebat sangat kalau nak review blog orang secara terperinci. Tapi apa yang aku akan review lebih kepada untuk promosikan blog anda terutamanya entry-entry yang menarik. Jika terdapat struktur blog anda yang perlu diperbaiki, mungkin aku akan highlight kan dalam review tersebut.

Tapi kalau nak join mestilah ada syaratnya.

1. Buat entry bertajuk "Segmen blog review oleh wowberita".
2. Ambik banner kat atas dan letak dalam entry tersebut.
3. Follow blog ni dan klik like pada facebook like button dibawah.
4. Korang boleh tulis apa saja dalam entry tersebut. Kalau tak nak tulis apa pun tak apa janji ikut syarat no.1 dan no.2 tu.
5. Tag blogger lain dan follow blog ini (terpulang pada korang).
6. Tinggalkan link entry korang pada ruangan komen dibawah.

Setiap penyertaan akan aku review setiap hari. Ini bermakna setiap hari akan ada satu blog aku di review oleh wowberita. Rasanya berbaloi tak? Penyertaan dimana entry tersebut diletak dalam blog contest korang sama sekali TIDAK akan dilayan. Semoga segmen ini sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan blog korang.

Antara blog yang telah di review oleh wowberita.com ialah:
1. Yana's Journal

Tuesday, March 8, 2011

Blog review - Blog vs Diari

Sesi blog review diteruskan lagi dengan blog bertemakan pooh yang menarik ni. Pemilik blog yang berasal dari Sibu Sarawak ini memakai gelaran Geminigurlz. Jom tengok apa yang menarik dalam blog Pooh ni.

Tuan punya blog - Mumui a.k.a GeminiGurlz


Blog vs Diari - http://bibie-mumui.blogspot.com/


Berikut adalah beberapa entry terbaru dalam blog Mumui ni:

1. Bermadu dengan anak sendiri
Sebuah berita yang dipetik dari akhbar dimana seorang suami sanggup berasmara di dapur bersama anak kandung sendiri ketika ketiadaan isteri.

2. Saya baru tahu
Sebuah cerita menarik tentang empunya blog. Nak tahu apa dia? Baca la yerk.

3. 6 perkara yang lelaki dan wanita lakukan dalam dewan peperiksaan
Satu perkongsian menarik. Jom sama-sama baca.

Dalam blog Mumui juga terdapat blogger toolbar di bahagian atas blog. Kalau boleh buangkan toolbar tersebut kerana dikhuatiri ada orang yang tekan report abuse. Satu lagi tentang widget lagu dalam blog Mumui, ramai pelawat yang tak suka kalau blog yang ada lagu ni. So mumui fikirkan sebaiknya ok. Yang lain semua dah ok dah. Mungkin Mumui ada sebab tersendiri letak widget tersebut.

Ranking Alexa secara keseluruhan blog ini berada pada tahap yang kurang memuaskan iaitu 11,222,249 dan 58,331 di Malaysia. Usahakan untuk menambah pelawat blog dan seterusnya dapat menurunkan lagi ranking Alexa. Saya cadangkan anda baca entry cara paling mudah dan berkesan untuk menaikkan traffic blog (100% berkesan). Jangan lupa untuk terjah blog menarik ni.

Inginkan blog anda di review sebegini? Sertai segmen blog review sekarang.


Monday, March 7, 2011

Blog review - Intan Izani

Segmen blog review bersama wowberita.com diteruskan lagi dengan blogger yang kedua. Blog ini menggunakan identiti pemilik blog itu sendiri iaitu Intan Izani. Tapi facebook bernama Intan Norbaizura? Secara ringkasnya, blog ini simple tapi memang menarik.

Tuan punya blog - Intan Izani


Intan Izani - http://intanizani.blogspot.com/


Berikut adalah beberapa entry paling terbaru yang ada dalam blog Intan Izani:

1. Jom makan keropok
Disebabkan aku orang Terengganu jadi keropok lekor memang menjadi idaman terutamanya musim hujan. Jom baca cerita pasal keropok Intan Izani plak.

2. Jalan-jalan window shopping
Ikuti kisah beliau bersama suami shopping sakan.

3. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan
Ayat tersebut selalunya menjadi tanda tanya bukan? Jom baca apa kata Intan Izani.

Sebelum menutup sesi review bagi blog ini, izinkan saya highlight sedikit perkara. Kalau boleh, buangkan blogger toolbar pada bahagian atas blog kerana dikhuatiri ada tangan yang akan menekan report abuse button. Hehe...Kedudukan widget di kedua belah sidebar tersusun kemas tapi kalau boleh biarlah ianya balance di bahagian kiri dan kanan blog.

Ranking Alexa secara keseluruhan blog Intan Izani berada pada tahap yang baik iaitu 1,201,031 dan 15,568 di Malaysia. Usahakan untuk menambah pelawat blog dan seterusnya dapat menurunkan lagi ranking Alexa. Baca entry, cara paling mudah dan berkesan untuk menaikkan traffic blog (100% berkesan). Jangan lupa sama-sama kita terjah blog Intan Izani.

Inginkan blog anda di review sebegini? Sertai segmen blog review sekarang.


Sunday, March 6, 2011

Blog review - Yana's Journal

Segmen blog review dari wowberita.com dimulakan dengan peserta yang pertama iaitu Yana Houry. Blog yang diberi nama Yana & Journal ini menggunakan tema ungu sebagai latar belakang blog membuatkan blog ini sangat menarik untuk dilawati.

Tuan punya blog - Yana Houry


Yana & Journal - http://valianthoury.blogspot.com/


Berikut adalah antara post terbaru dalam blog Yana & Journal:

1. JAKIM: Satu perceraian pada setiap 15 minit
Statistik JAKIM tahun 2009 menunjukkan berlakunya penceraian setiap 15 minit. Dimanakah puncanya?

2. My Comel
Siapakah my comel beliau? Jom baca selanjutnya.

3. Sedih La
Kenapa bersedih? Nak tahu kisah pendek ni kena la baca ye.

Kedudukan semua widget dalam blog ni sangat tersusun rapi dan nampak kemas. Tapi apa yang mungkin perlu diambil perhatian ialah "disable right click". Rasanya tak perlu nak gunakan option ini dalam blog Yana. Bagi saya, option "disable right click" hanyalah menyusahkan pelawat yang ingin membuka beberapa post dalam satu masa. Mungkin Yana ada sebab tersendiri.

Sebelum itu, ranking Alexa bagi blog Yana berkedudukan di 2,101,778 secara keseluruhan dan 18,607 di Malaysia. Baca entry, cara paling mudah dan berkesan untuk menaikkan traffic blog (100% berkesan). Bagi yang mempunyai masa terluang, jangan lupa untuk singgah di blog Yana kerana banyak cerita menarik anda boleh baca dalam blog beliau. Semoga Yana sukses dalam aktiviti blogging ok!

Inginkan blog anda di review sebegini? Sertai segmen blog review sekarang.


Gambar Belangkas