Showing posts with label Galeri Sultan Azlan Shah. Show all posts
Showing posts with label Galeri Sultan Azlan Shah. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Pameran Keris Taming Sari


Kepada peminat sejarah Melayu atopon peminat Senjata Melayu .....
jangan lepaskan peluang kome untuk menyaksikan Pameran Keris Taming Sari.........
bersempena dengan Pertabalan Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV..........
yang akan diadakan pada 6 - 14 Jun 2015 bermula jam 10.00 pagi – 5.00 petang di Galeri Sultan Azlan Shah ...

Keris Taming Sari yang rasanya tak perlu diperkenalkan pada semua......
merupakan senjata asal milik Laksamana Hang Tuah.....
bagaimana Keris Taming Sari boleh berada di Perak....
jangan lupa ke Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar .....

Monday, March 17, 2014

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar....
merupakan galeri yang mempamerkan koleksi Tuanku selama ini....
galeri ini dibahagikan kepada 2 seksyen....
disebelah kiri merupakan barangan koleksi tuanku yang bersaiz kecil..
sementara galeri di sebelah kanan merupakan barangan koleksi tuanku yang bersaiz besar seperti kereta...

Mudah nak kesini...
pada yang berada di lebuhraya PLUS...
kome susur keluo ke Kuala Kangsar....
dan perhatikan papan tanda menuju ke Bandar Kuala Kangsar...

senang cerita ...
keluo je dari highway tu...... kome ambik ke kanan...
dan terus jeeee....... sampai di roundbout tengah2 Bandar Kuala Kangsar...
pun kome terus je......
kome dalam perjalanan ke Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar...
kome perhatikan disebelah kanan kome....
Insyallah akan jumpa.....

Dibawah ini awok sertakan caption yang awok dapat dari website Majlis Perbandaran Kuala Kangsar...














Map data ©2014 Google, MapIT
Map
Satellite

:
Galeri Sultan Azlan Shah : Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Telefon : 05 - 777 5362
Faks : 05-777 4957
Email : gsas@perak.gov.my
website : http://gsas.perak.gov.my (lupa kan le niat kome.... laman web deme tengah naiktaraf).

"Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.
Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak"

Sementara gambo2 dibawah adalah koleksi peribadi awok semasa membawa pelancong dari luo ke Kuala Kangsar sebelum ini...
dan yang tak semapt awok nak up kan entri nye sebelum ni.....
awok kumpoikan sekali......
Beso tempat ni kome....


Kalo kome ada le Labu Sayong beso ni...
takde masalah catuan air kat tempat kome...
ye le... kome udah nyimpan air siap2......

Masa ni awok membawa rombongan keretapi E & O yang singgah di Kuala Kangsar....
golongan ekspatriat yang kebanyaknya bermastautin di Singapura  dan Hong Kong.....

Antara koleksi tuanku yang disini.....
di galeri yang ni awok berani le tangkap gambo...
kalo di galeri yang satu lagi tu...
awok tak berani...... 





Monday, April 23, 2012

Sehari di Kuala Kangsar Bersama UGM

Udah lame tak bersiaran ni....
awok mule kan dulu dengan aktiviti awok yang baru lepas....
aktiviti lawatan produk ke Kuala Kangsar....

sebenonye bersempena dengan Festival Kebudayaan Universiti Teknologi Petronas yang baghu2 ni .....
atas permintaan UTP.....
pejabat awok diminta mengiringi kumpulan pelajar dari Universitas Gadjah Mada (UGM), Yogyakarta......
melawat disekitar Kuala Kangsar pada 8 April 2012 yang lepas.....

udah deme ni tetamu kite...
dan tambah pulak sempena Tahun Melawat Perak 2012 ni...
kita kena terima deme ....
walaupun macam2 cerita kita dengar hubungan Malaysia - Indonesia ni.....
ok sambung balik...

Klik Gambar Lebih Jelas











































Gambar Belangkas