Showing posts with label Nang Ta-khian. Show all posts
Showing posts with label Nang Ta-khian. Show all posts

Monday, June 16, 2014

WANITA MISTERI DI BAWAH POKOK BESAR?

Penduduk bersatu gali akar pokok cari ‘wanita misteri’

Media tempatan semalam melaporkan, kebanyakan penduduk kampung di situ bermimpi seorang wanita misteri berdiri berhampiran sebatang pokok.

Wanita terbabit dilihat meminta tolong kerana berada di bawah pokok berkenaan sejak beratus-ratus tahun silam. Anehnya, lapor akhbar, penduduk terbabit mengalami mimpi yang sama selama beberapa malam. Selepas mengadakan perbincangan, mereka bersepakat melawat kawasan yang dikenal pasti sama seperti dalam mimpi dan mula menggali pokok berkenaan.


Menggunakan jengkaut, mereka mengambil masa selama empat hari sebelum dapat mengalih pokok mempunyai lilitan 4.7 meter itu.

Namun mereka tidak menemui sesiapa atau kesan manusia di bawah pokok berkenaan.

Penduduk tradisional Thailand percaya pokok hopea odorata (atau pokok ta-khian) itu didiami roh wanita dikenali sebagai Nang Ta-khian.

Mereka kemudian bersetuju menyimpan pokok berkenaan di kuil tempatan kerana beranggapan ia boleh mendatangkan tuah.


Gambar Belangkas