Showing posts with label Tips Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Tips Pelancongan. Show all posts

Saturday, May 30, 2015

MAHU MENDAPATKAN PENTERJEMAH PERIBADI SECARA PERCUMA SEMASA MELANCONG?

Lumrahnya manusia hanya memahami beberapa bahasa. Biasanya bahasa ibunda dah bahasa Inggeris. Jadi, apabila melancong, masalah bahasa boleh menggangu perjalanan. Contohnya bagi negara yang mengutamakan bahasa kebangsaan mereka, kebanyakan papan tanda adalah di dalam bahasa mereka. Begitu juga bagi makanan, jika mahu tahu kandungannya, kita terpaksa mencari kamus satu-persatu.

Mahu belajar, lambat! Mahu upah penterjemah, kena keluar duit!

Jangan risau,kini ada cara yang lebih mudah untuk menterjemah secara langsung daripada gambar. Hanya ambil gambar dan aplikasi ini akan mencapai internet untuk menterjemah ke bahasa yang anda fahami. Tak perlu menaip satu-persatu. Saya rasa mungkin ada yang dah tau, baguslah. Bagi yang lain, gunakanlah Apps dari Google yang bernama "Google Goggles".



Penggunaanya  amatlah mudah seperti yang saya katakan tadi. Ambil gambar, masuk internet dan Goggles akan menterjemah untuk kita. Ia boleh menterjemah semua benda jika tulisannya jelas dan terang. Sudah tentu ada kelemahan tetapi ia bukanlah penghalang bagi kita untuk memahaminya. Jika mahu, boleh ulang semula, apa salahnya bukan!

Penggunaaan Goggles tidak terhad kepada menterjemah tetapi juga mencari maklumat mengenai simbol, gambar, logo dan sebagainya. Jadi, download dan cubalah. Ia pasti memudahkan. Cuba ambil gambar patung contohnya (banyak patung ukiran di Itali kami lihat dulu) dan dapatkan maklumat mengenainya secara langsung! Cuma pastikan anda ada internet!

Saya pernah mengambil gambar sebuah lukisan di hotel dan akhirnya dapat mengetahui yang ia adalah lukisan bertajuk tertentu oleh pelukis Perancis. Harganya juga ada jika mahu beli Begitu juga, ketika di Itali, saya mengambil gambar kandungan makanan bagi barang yang mahu dibeli dan Goggles dapat menterjemah bahan-bahan itu ke bahasa Inggeris supaya mudah kita tahu halal haramnya.


Jadi, jika mahu memudahkan pengembaraan anda di luar negara (juga dalam negara), cubalah guna Goggles dan kongsilah disini akan kebaikannya (dah kekurangannya)!

Keywords: Google apps, Android, Apps, Goggle, translate, travel, melancong, terjemah

Monday, April 13, 2015

SAYA DAPAT 6,000 ENRICH MILES DENGAN BUAT HOTEL BOOKING DI ROCKETMILES

Sebelum ini saya pernah menulis tentang Rocketmiles. Korang tahu tak ape itu Rocketmiles? Pengumpul Enrich Miles, sila ambil tahu tentang Rocketmiles jika masih tak tahu sebab Rocketmiles memang rocks!

Sebelum ini saya buat hotel reservation secara terus dengan hotel. Hotel yang saya pilih adalah dari senarai Enrich partnes and affiliate... sebab saya boleh mendapat 600 enrich miles untuk setiap stay (STAY yer, bukan NIGHT) apabila bermalam di hotel tersebut. Tapi, selepas mengenali Rocketmiles, saya terus jatuh cinta. Sebab Rocketmiles boleh memberikan saya 1,000 enrich miles untuk setiap malam! Bayangkan stay 3 malam, senang-senang je dapat 3,000 Enrich Miles!
 
Saya sudah mendapat ganjaran mudah dari Rocketmiles, iaitu 6,000 Enrich Miles hanya dengan 1 kali hotel booking di website Rocketmiles itu. Wow, kan! Tak percaya, meh saya tunjukkan..
 
 
Jadual di atas adalah jadual kutipan Enrich Miles saya sendiri. Perhatikan pada 7/9/2014 saya hanya mengutip 600 enrich miles bila booking direct dengan hotel traders. Tetapi pada 22/9/2015, saya telah mendapat 6,000 enrich miles dengan hanya book hotel melalui Rocketmiles.

Saya mendapat 3,000 enrich miles untuk 3 malam dan tambahan 3,000 enrich miles lagi untuk first time booking = total 6,000 enrich miles! Saya tak pasti sama ada promosi ini masih ada atau tidak, tapi kalau ada, korang yang belum pernah booking hotel di website Rocketmiles sila berbuat demikian!
 
So ape lagi, mulakan langkah pertama dengan book hotel di Rocketmiles sekarang!
 
 


Sunday, March 22, 2015

PROMOSI TIKET PERCUMA AIRASIA DATANG LAGI!

Inilah masa yang saya tunggu-tunggu buat sekian lama. Ingat tak entry saya pasal Merancang Percutian ke Korea? Nampaknya angan-angan untuk ke Korea akan menjadi kenyataan dengan kembalinya promosi RM0 dari Airasia ni.
 
 
Promosi ini sudah dibuka untuk ahli-ahli BIG sejak semalam (22 Mac 2015), dan sekarang dibuka untuk kita semua. Percuma bukanlah bermaksud tak perlu bayar apa-apa, tau. Kita still kena bayar cukai dan surcharges yang dikenakan oleh airports. Paling murah kena bayar RM9 untuk domestic destinations. OK ape pegi langkawi bayar RM9... lebih murah daripada naik bas, uolls... best, kan?
 
Promosi ini berlangsung dari sekarang sehingga 29 Mac 2015 ini. Seminggu je. Ni based on siapa cepat dia dapat. Kalau lambat, tak dapat. Huhu.. Penerbangan boleh dibuat dari 1 Sep 2015 sehingga 31 May 2016. Haa.. itu dia.. sampai tahun depan punya flight tickets kita leh beli. Owhsemm!!
 
Berminat, leh ke website airasia di www.airasis.com.
 
 

Friday, March 20, 2015

PENGALAMAN DI LAPANGAN TERBANG KLIA2 DAN TUNE HOTEL KLIA2

Sempena cuti sekolah bulan Mac ini, saya sekeluarga pulang ke kampung di Penang. Anak-anak dah bertolak awal beberapa hari dengan menaiki keretapi (depa memang dah lama minta naik keretapi lagi). Saya dan suami menyusul kemudian dengan menaiki kapal terbang untuk meminimumkan masa perjalanan dan mengoptimumkan masa di kampung. Kalau diikutkan dari Melaka ke Penang boleh mengambil masa 8 jam jika memandu kereta di musim cuti sekolah begini, tapi kalau naik kapal terbang hanya 1 jam penerbangan sahaja. Banyak jimat masa.
 
Kami mengambil penerbangan awal pagi kul 8am dari KLIA2, jadi malam sebelum terbang tu saya dan suami bermalam di Tune Hotel, KLIA2. Kalau nak bertolak dari Melaka terlalu awal takut mengantuk dipertengahan jalan, dan yang paling digeruni ialah tak bangun awal, jadi jalan paling selamat ialah bermalam di KLIA2 untuk kurang risiko tertinggal kapalterbang. Kami park kereta di parking berbumbung di Putrajaya Sentral. Sehari lebih kurang dalam RM4 je. Dari Putrajaya Sentral menaiki KLIA Transit ke KLIA2 dengan kos RM6.20 seorang. Owh ya, tiket penerbangan Malindo Air dari KLIA2 ke Penang yang kami beli berharga RM38 seorang, amat murah walaupun beli seminggu sebelum terbang.
 
Saya tak pernah ke KLIA2, so saya agak excited untuk ke sana. KLIA2 amat moden, dan facility di sini juga amat bagus. Memang bertaraf antarabangsa. Ianya adalah airport tambang murah yang besar.. lebih 5 tingkat kalau di kira dari parking ke tingkat paling atas. Stesen KLIA Express/Transit berada di Level 2, Arrival juga di Level 2 manakala Departure di Level 3.
 
Check-in counter Level 3, KLIA2
 
KLIA2 menempatkan shopping complex yang dinamakan Gateway@KLIA2. So, kalau boring menunggu masa untuk boarding, bolehlah jalan-jalan cuci mata atau habiskan duit di sini. Nak makan/minum juga amat mudah, sebab tempat makan memang bersepah-sepah di sana-sini. Kelihatan banyak lagi ruangan kedai yang masih kosong, mungkin sebab KLIA2 amat baru jadi belum sempat nak penuhkan kedai-kedai di sini.

Foodstalls di Level 2M KLIA2
 
Pemilik-pemilik kad kredit yang memberikan FREE ENTRY ke Plaza Premium Lounge jangan lupa untuk masuk ke lounge ini. Ada 2 buah PP Lounge di KLIA2. Satu di Level 2M, dan satu lagi selepas pemeriksaan immigration untuk international departure. Saya dan suami hanya menunjukkan kad kredit Maybank Visa Infinite kami untuk masuk percuma ke PP lounge di Level 2M sebab kami akan menaiki penerbangan domestik sahaja. Selain daripada menyediakan sofa yang selesa dan makanan percuma, PP Lounge ini juga menyediakan private suite untuk tidur. Free entry yang kami dapat melalui Maybank VI hanya layak untuk 3jam sahaja. Kalau nak lebih, kena bayar..
 
Sebelum naik flight, kami bersarapan di Premium Plaza Lounge, KLIA2
 
Memandangkan kitorang dah buat reservation di Tune Hotel, jadi cukuplah 3jam yang diberikan oleh Maybank VI di PM Lounge. Tune Hotel terletak di luar bangunan KLIA2, tetapi tidak susah untuk ke sana sebab terdapat tempat pejalan kaki khas yang menyambungkan KLIA2 dan Tune Hotel.
 
Tune Hotel KLIA2 di malam hari 
 
Tune Hotel ini tidak mengecewakan dengan harga yang dikenakan memandangkan lokasinya yang amat strategik. Harga semalam untuk 2 orang bagi bilik double bed ialah RM180 nett. Biliknya comel, tetapi tidaklah sempit. Peralatan dalam bilik di susun kemas jadi nampak teratur dan mudah nak bergerak. Ada towel (biasanya di Tune Hotel lain nak pakai towel kena bayar tambahan) dan peti besi untuk simpanan barangan berharga. Tandas amat bersih, lengkap dengan separate rain shower. Tiada almari baju disediakan, tapi ada tempat gantung baju. Cukuplah untuk pelanggan mereka yang rata-rata bermalam 1 malam jer.. sebab airport begini orang jadikan tempat bermalam untuk transit atau penerbangan awal je. Orang tak duk lebih daripada itu, jadi almari memang tak perlu. Owh ye, sarapan tidak disediakan di sini, juga tiada room service. Kalau rasa lapar, boleh ke KLIA2 untuk makan, tidakpun boleh dapatkan pelbagai snek di 7eleven di ground floor Tune Hotel ini.
 
Bilik hotel
 
Malam itu kami tidur nyenyak di Tune Hotel. Katilnya memang selesa. Selepas mandi warm shower, kitorang terus check-out sebaik selepas subuh. Check-out process juga amat mudah; cuma pulangkan semula keycard dan off we go! No question asked... sebab bayaran semua dah langsai, dan takde mini bar untuk dicaj.

Sebenarnya, kalau Tune Hotel melampaui bajet, bolehlah mencuba Capsule by Container Hotel yang terletak di tingkat P2 bangunan KLIA2. Capsule ni berkonsepkan hostel dormitory. Mereka caj ikut jam, iaitu RM45 untuk 3jam, RM70 untuk 6jam dan RM90 untuk 12jam. Satu cabin hanya untuk seorang; takleh kongsi2. Konsep dorm bermaksud, toilet on sharing basis ye. Lelaki dan perempuan berasingan dorm. Jika berminat, leh buat reservation di sini: http://www.capsulecontainer.com/index.html. Kalau terus walk-in, caj mahal RM5 daripada online rate.

Entry ke Capsule

Beginilah keadaan dalaman Capsule.. (gambar dari website Capsule)
 
KLIA2 amat luas. Untuk penerbangan domestik, kita kena berjalan dari security check ke boarding gate dalam 15min! Fuh!! Bayangkan kalau terlewat sampai, memang naya nak kena berlari jauh-jauh macam tu. Saya tak pasti berapa jauh kedudukan boarding gate penerbangan antarabangsa, tapi dari pemerhatian saya rasa agak jauh juga. So, saya nasihatkan jika korang menggunakan airport ini, silalah datang awal.
 
Sudah ramai yang menunggu gate dibuka.. patutlah Malindo Air sanggup menyediakan penerbangan lebih 8kali sehari ke Penang, laku rupa2nya!

So, itulah sahaja serba-sedikit tentang KLIA2 dan Tune Hotel KLIA2 untuk pedoman bersama. Arini saya nak pekena cendol di Kulim yang best tu! Yummy!! 

Sunday, February 15, 2015

PENGANGKUTAN MURAH DI LONDON : BERBASIKAL HANYA GBP2/DAY




Pernah dengar tentang London Cycle Hire Scheme?

Saya tertarik dengan inisiatif ini yang menggalakkan pelancong berbasikal di bandaraya Metropolitan London. 'Share a Bike' ni membolehkan kita meronda sekitar London dengan hanya GBP2 untuk 24jam. Sewa secara self-service dari mana-mana docking station, kemudian pulangkan sahaja di mana-mana station yang lain.Lepas tu boleh ambil semula basikal daripada mana-mana docking station yang ada.  First 30min is free! 

Bagi yang nak meronda di London secara DIY tapi mempunyai budget yang ciput, ini adalah alternatif terbaek. I'll give it a try when we are there in May, inshaAllah.

OK, meh nengok video ni tentang bagaimana nak sewa basikal ni.


Wednesday, February 11, 2015

JIMAT LEBIH RM20 RIBU UNTUK KELAS BISNES MALAYSIA AIRLINES KE EROPAH

Entry ini saya buat khas untuk menunjukkan kira-kira bagaimana saya dan suami terbang ke Eropah secara PERCUMA. Erm.. OK.. bukanlah percuma sepenuhnya sebab kami tetap kena bayar taxes dan surcharges. Tapi kos tambahan ini tidak banyak dan masih menguntungkan. Saya akan tunjukkan bagaimana kami jimat lebih daripada RM20 ribu untuk trip ke Itali nanti.

Antara perks naik bisnes class ialah makanan yang sedap tak putus-putus served in real plates

KOS SEBENAR PENERBANGAN KE EROPAH

Saya buat carian di website MAS untuk perjalanan ulang-alik dari Kuala Lumpur (KUL) ke Paris (CDG), tapi sebenarnya lebih kurang je harga tiket untuk mana2 destinasi MAS di Eropah. Ini adalah sebagai contoh sahaja. Hasil carian saya untuk penerbangan 2 orang dewasa pergi-balik adalah seperti berikut :

  • Tiket ekonomi = RM 5,768.00
  • Tiket bisnes = RM 29,246.00

 
Tiket kelas ekonomi untuk 2 orang

 
Tiket kelas bisnes untuk 2 orang


BERAPA ENRICH MILES YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN TIKET PERCUMA?

Di website Enrich ada dinyatakan jumlah Enrich Miles yang diperlukan untuk setiap zone. Untuk mendapatkan tiket pergi-balik ke Eropah, zone yang betul ialah Zone 5. Hanya Paris, London, Istanbul dan Frankfurt yang disenaraikan sebab itu je destinasi Eropah yang MAS pergi. Yang lain tu depa fly through Oneworld dan affiliate flights yang lain (pengiraan enrich miles untuk Oneworld dan affiliate flights berlainan dengan MAS).

Jadi untuk kami berdua, tiket penerbangan pergi balik memerlukan:

  • Tiket kelas ekonomi =  60,000 x 2orang + taxes & surcharges = 120,000 enrich miles + (RM715/pax/trip  x 4) = 120,000 enrich + RM 2,860
  • Tiket kelas bisnes = 110,000 x 2 + taxes and surcharges = 220,000 enrich miles + (RM715/pax/trip x 4) = 220,000 enrich + 2,860.00

Jadual penebusan Enrich Miles untuk Zone 5


BERAPAKAH PENJIMATAN UNTUK PENERBANGAN KE EROPAH INI?

Untuk kelas ekonomi = kos tiket sebenar [tolak] kos tiket penebusan enrich = RM 5,768 - RM 2,860 = jimat RM 2,908 ataupun 50%  dari harga tiket sebenar.

Untuk kelas bisnes = RM 29,246 - RM 2,860 = jimat RM 26,386 atau 90% daripada harga tiket sebenar!


KESIMPULAN

Berbaloi kami mengumpul Enrich selama ini. Jimat lebih daripada RM 20,000 untuk menikmati kelas bisnes MAS yang terkenal dengan keselesaan dan layanan istimewa.

Nak tahu bagaimana saya dan suami mengumpul Enrich miles bgitu banyak? Salah satu cara yang ohsem ialah daripada ROCKETMILES di mana saya boleh dapat 1,000 enrich untuk setiap malam penginapan.

Selain daripada itu, kitorang collect enrich miles dengan beberapa cara lain yg saya ada stori di entri saya sebelum ini:

1. Kumpul 2x Enrich semasa booking hotel di Agoda
2. Kumpul Enrich di hotel-hotel affiliate ini
3. Cara kumpul Enrich tanpa naik kapal terbang



Tahun lepas kami ke Jerman pon guna teknik yang sama. Masa tu dapat naik kapal terbang MAS yang baru A380 kelas bisnes. Memang best! Jom baca kat sini sebagai panduan.


Friday, February 6, 2015

MERANCANG PERCUTIAN KE ITALI



Kalau tahun lepas saya dan En. Suami ke Jerman, tahun ini kami berangan hendak ke Itali pula. Sebenarnya En. Suami dah bercakap pasal Itali sejak tahun lepas lagi, sebaik pulang dari Jerman. Dia telah membaca terlalu banyak novel Inggeris yang berlatar-belakang sejarah Roman, jadi teringinlah beliau nak melihat sendiri kehebatan bangsa Itali ini dengan mata sendiri. Secara jujurnya saya takdelah teringin nak ke Itali sangat. Saya lebih teruja nak ke negara K-Pop Korea tapi takpelah, Itali pon pasti best juga.

#1 of Tourist Attractions In Rome
Coloseum Aku Datang!

Kitorang akan bercuti secara DIY. Nak kenal sesuatu tempat tu, kita perlu berani untuk buat sendiri.. kena adventurous, takleh takut sesat-barat sket2 tu. Selain tak terikat dengan masa lawatan yang ketat, kos juga akan jauh lebih jimat berbanding pergi ikut tour group. So, untuk memastikan perjalanan kami berjalan lancar, kenalah buat perancagan serba-sedikit agar lebih cost-efficient dan mengelakkan unnecessary frustration.

JADUAL

Kitorang akan ambil cuti selama 2 minggu untuk trip ini. Beginilah kira-kiranya rancangan jadual perjalanan kami:

Day 1 : KUL-CDG
Day 2 : Tiba di Paris Charles De Gaulle Airport awal pagi. Kena keluar dari airport ni untuk ke Orly Airport yang jaraknya dalam 45min dari sana untuk terbang ke Rome. Check-in hotel dan berehat to kill jetlag.
Day 3 : Rome
Day 4 : Rome
Day 5 : Rome
Day 6 : Bertolak ke Florence dengan menaiki keretapi express Trenitalia. Check-in hotel di Florence dan berehat.
Day 7 : Florence
Day 8 : Florence
Day 9 : Bertolak ke Venice, sekali lagi dengan kereta express Trenitalia. Check-in hotel di Venice.
Day 10 : Venice
Day 11 : Venice
Day 12 : Terbang ke London (sebab nanti nak balik naik MAS dari London sebab nak merasa A380 dari London plak.. huhu..). Check-in hotel dan berehat.
Day 13 : London
Day 14 : LHR-KUL flight tengahari
Day 15 : Sampai kembali ke tanahair terchenta, inshaAllah...

So, sebenarnya 3 tempat je kitorang akan pergi di Itali nanti, dan 1 tempat di London. Kitorang memang tak berapa suka bercuti tergesa-gesa ataupon 'touch & go'. Kitorang lebih suka nak mengenal tempat itu betul2 dan berasimilasi dengan keadaan sekitar.



KAPAL TERBANG

Seperti tahun lepas, kami akan ke sana dengan menaiki kapal terbang MAS kelas bisnes. Kitorang bukan orang kaya, dan takde sapa nak sponsor pergi berjalan, so jangan fikir yang bukan-bukan ye. Berkat mengumpul Enrich Miles sejak setahun lalu dan penggunaan kad kredit setiap kali ada peluang, alhamdulillah jumlah Enrich Miles mencukupi untuk penukaran tiket kelas bisnes dari Kuala Lumpur - Paris dan pulang dari London-Kuala Lumpur. Penyumbang Enrich Miles paling banyak adalah En. Suami sebab dia selalu outstation, jadi penggunaan kad kredit terutama untuk bayaran hotel, minyak kereta dan bayaran-bayaran lain adalah tinggi berbanding saya yang tak kemana-mana ni.

Melalui website Enrich, kita boleh tahu yang penerbangan Zone 5 memerlukan sekurang-kurangnya 55,000 Enrich Miles untuk sehala. Bila buat redemption melalui online, automatically kita dapat 15% discount, so jumlah Enrich Miles yang diperlukan hanyalah 46,750 sahaja.

Bagi kami berdua, beginilah jumlah Enrich dan kos tambahan (surcharges dan taxes) yang diperlukan:
  • KUL-CDG : [46,750 Enrich Miles + RM715 (tax, surcharges)] x 2pax
  • LHR-KUL : [46,750 Enrich Miles + GBP 307.96(tax, surcharges)] x 2 pax
Memandangkan kitorang masuk Eropah melalui Paris dan keluar melalui London, jadi kami terpaksa ambil penerbangan lain dari Paris dan ke London tu.

Dari Paris ke Rome : Naik Iberia..  member Oneworld, so boleh kutip Enrich Miles ;-)
Euro185.54 untuk kami berdua. Yang ni kelas ekonomi je. Takde hal sebab penerbangan 2jam sahaja.

Dari Venice ke London :  Naik British Airways.. juga member Oneworld so bolehlah kutip Enrich Miles lagi. Huhu.. Kelas ekonomi juga sebab penerbangan dalam 2jam lebih saja, dapat check-in 1 luggage each person dan boleh carry hand luggage each person. Jumlah kos penerbangan ini untuk kami berdua ialah Euro 88.

Total cost : ~RM5,500 untuk kami berdua. Sebenarnya ini adalah kos yang amat murah, berbanding kos sebenar kelas bisnes RM11k-RM13k/pax untuk return trip ke Europe. Itu yang saya suka giler ngan Enrich Miles program ni. Orang tak berapa kaya macam kita ni pon leh merasa selesa naik kapal terbang 13jam macam orang berada yang lain :-)


PENGINAPAN

Kami akan menetap 5hari 4malam di Rome. Untuk jangkamasa yang agak panjang macam ni, sebaiknya duduk apartment yang ada dapur dan mesin basuh baju. Lagipun, selepas google sana-sini, saya dapati kos apartment lebih murah berbanding hotel, terutamanya di kawasan strategik yang dekat dengan kawasan pelancongan dan stesen metro. Saya masih lagi mengodek-godek website apartment seperti airbnb.com dan waytostay.com. Setakat ni nampak masih ada lagi apartment studio atau 1-bilik yang menetapi kriteria kitorang yang harganya kurang daripada Euro 100/nite.

Kena booking cepat-cepat. Kalau lambat, pasti habis yang murah dan tinggal yang mahal jer..

Di Florence, hanya 3malam. Tapi rasa-rasanya saya nak cari apartment juga. Venice pon begitu juga, 3 malam di apartment. Kos satu malam harapnya ada yang di bawah Euro 100/nite juga.

Di London, kami bercadang nak menetap di hotel saja sebab hanya 2 malam.

Jadi, jumlah anggaran kos untuk penginapan ialah :
Itali : Euro 100/nite x 10nites = Euro 1,000 (~RM4,000)
London : POund Sterling 100/nite x 2 nites = Pound sterling 200 (~RM1,000)

So bila tukar ke RM.. dalam  RM5,000! Whoa.. banyak juga rupa-rupanya!! Bila convert Euro ke RM, memang terasa mahalnya.


PENGANGKUTAN

Selain kapal terbang, kami juga kena sediakan duit untuk pengangkutan in the city dan inter-city. Saya tak study lagi. Jadi saya akan buat anggaran tinggi sedikit. 

Saya budget Euro 500 untuk in the city transportation
Untuk intercity Rome-Florence-Venice : Euro 500 juga

Total Euro 1,000 (~RM4,000).


TIKET MASUK (ENTRANCE FEES)

No idea at the moment. Katakan Euro 200 (~RM800) untuk kesemua tempat lawatan untuk kami berdua. Saya akan update lagi di sini bila saya dah habis study nanti.

MAKAN DAN LAIN-LAIN

Saya anggarkan Euro10/pax sekali makan x 3 kali makan (lunch, dinner & snacking) x 11 days = Euro 330 (~RM1,500)


JUMLAH KASAR ANGGARAN

Kapal terbang = RM 5,500
Penginapan = RM 5,000
Pengangkutan = RM4,000
Tiket masuk = RM 800
Makan dan lain-lain = RM 1,500
GRAND TOTAL = RM 17,000

Saya cakap ngan suami, kita kena ada RM20k untuk trip kali ni. Biar bajet lebih, jadi kita akan lebih bersedia. Kalau tak habis kita leh simpan belennya tu. Harap-harap bonus tahun ni membantu.. huhu..

Kalau korang leh bagi tips, tricks dan maklumat-maklumat best yang boleh membantu kitorang dalam perancangan trip kali ni, silalah komen ye. Kitorang memang amat memerlukan sebanyak mungkin maklumat (terutamanya cost-saving tips!)



Sunday, December 14, 2014

10 WEBSITE HOTEL BOOKING YANG TRAVELLERS MESTI TAHU

Sebagai seorang traveller, adalah amat penting untuk kita tahu di mana untuk mencari penginapan dengan mudah dan pantas. Dengan adanya internet, kebanyakan website hotel booking yang saya listkan di bawah boleh dicapai dengan mudah. 

Siapa tak tahu Agoda.com, jangan gelar dirinya traveller. Haha..! Agoda membolehkan kita buat booking sambil mengumpul points. Bila points dah banyak, boleh ditukar kepada penginapan percuma. Sekarang, lebih menarik kerana pemegang kad kredit Maybank boleh mendapat Enrich Miles percuma dengan membuat booking di agoda.

Booking.com juga sehebat dan seglamer Agoda. Boleh cari hotel, B&B dan hostels di sini.

Syarikat ini menawarkan lebih daripada penginapan. Ada pakej pelancongan, kereta sewa dan tiket penerbangan. One-stop centre untuk traveller yang malas nak tengok kat banyak tempat. 

Yang ini popular kerana menawarkan airmiles yang banyak kepada sesiapa yang book hotel melalui websitenya. Paling koman leh dapat 1,000 airmiles tau. Macam saya, Rocketmiles adalah lubuk saya mengumpul Enrich Miles. Sesapa takde account Rocketmiles, wajiblah register. Amat berbaloi. Cuma, harga bilik di sini agak mahal daripada tempat-tempat lain, tapi ia adalah disebabkan oleh imbuhan airmiles yang ditawarkan. 

Backpackers sewajibnya tahu kewujudan hostels.com ni. Kat sini tersenarai hostel yang terdapat di seluruh dunia. 

Jika anda mencari apartment sewa harian atau homestays di seluruh dunia, carilah di airbnb.com. Serius! Banyak apartment/rumah tersenarai dari harga mampu-sewa sehinggalah harga tak mampu sewa. Hahaha..

Takde bajet untuk penginapan tapi nak travel seluruh dunia? Takde hal.. korang leh ke couchsurfing.com untuk mencari penginapan percuma. Tapi hati-hati ye.. menginaplah di rumah orang yang mempunyai ratings yang baik. Manalah tahu, takut ada yang membenarkan orang menginapa atas tujuan tidak baik.. Wanita tidak dinasihatkan couchsurf tanpa kawan-kawan atau lelaki.. bahaya!

Website ini agak baru.. tapi sudah top di Malaysia dan Asia. Jika mencari penginapan di kawasan Asia ini, boleh cuba di sini.

Wego mengangkat dirinya sebagai Malaysia's leading travel site for cheap flights and hotels. Nak tahu murah ke tidak, wajiblah compare harga di sini dengan harga di website yang lain sebelum kita book hotel.

Ini adalah website popular di Malaysia. Bukan setakat untuk jual-beli barang, di sini kita boleh membuat carian tentang homestays dan apartment sewa harian yang ditawarkan di Malaysia. Saya pernah jumpa rumah sewa 3bilik di area PD yang disewakan pada harga RM100/day. Amat berbaloi2!!

Selain daripada senarai di atas, sebenarnya banyak lagi website lain yang ada memberikan servis yang sama. Sebagai traveller yg bijak, kita boleh buat perbandingan harga dari satu website ke website yang lain untuk mengoptimumkan savings.

Monday, December 1, 2014

PERCUTIAN PERCUMA DI MELAKA BERSEJARAH

TAKDE IDEA NAK PERGI MANA CUTI SEKOLAH INI?
ATAU TAKDE MODAL NAK BAWA ANAK-ANAK BERJALAN?

Takde masalah.... JOM KE MELAKA... !!

Melaka adalah antara negeri yang paling kerap dikunjungi pelancong, tak kiralah rakyat Malaysia sendiri atau dari luar negara. Sebab yang amat ketara ialah kerana Melaka amat kaya dengan sejarahnya yang unik. Selain daripada itu, Melaka juga mempunyai taraf hidup yang sederhana, dan ini membolehkan ramai orang berkemampuan untuk ke sini.

Sebenarnya Melaka mempunyai banyak tarikan PERCUMA untuk semua. Jadi, kalau korang kekurangan bajet untuk bercuti bersama keluarga atau kekawan, datanglah ke Melaka. Sekurang-kurangnya terdapat sepuluh (10) tempat/tarikan yang korang musti pergi tanpa memerlukan sebarang kos :

1. A Famosa - pintu kota pertahanan yang dibina oleh orang Belanda ini adalah satu tempat yang wajib dilawati kalau ke Melaka. Senang cakap, tak sah ke sana kalau tak tengok A Famosa.
 Depa mai dari Penang untuk posing depan A Famosa nih..

2. Panjat Bukit St. Paul - dah alang-alang kat A Famosa, pastikan panjat bukit itu. Atas bukit tu ada perkuburan saja, tapi pemandangan dari atas bukit itu terlalu menarik untuk dilepaskan. 
 Kat Bukit St Paul

3. Stadhyus - bangunan merah binaan Belanda sememangnya berwarna merah. Jangan lupa try cendol mamak yang kat depan Stadhyus ni tau. Memang terbaik!
Pemandangan di Red Square

4. Beca - ini saya punye faveret. Beca di Melaka amatlah cantik dihias pelbagai dekorasi dan meriah dengan lagu-laguan. Kat tempat lain memang takde cenggini. Hanya di Melaka! Kalau setakat tengok saja, memang PERCUMA. Kalu nak naik, harga RM40 untuk pergi balik 1 round. .
 Meriah tul beca depa.. (pic from richardtulloch.wordpress.com)

5. Sungai Melaka - terdapat kawasan pejalan kaki di sepanjang sungai Melaka. Kalau korang nak tau, sungai Melaka amat cantik dan airnya bersih, antara sungai terbersih di Malaysia. Pemandangan amat indah dan romantik. Ada yang kata, pemandangan diwaktu malamnya ada mirip2 Venice gitu...
 River by night (pic from tripadvisor)

6. Masjid Tengkera, Masjid Tanjung Kling dan beberapa masjid yang lain - sekali pandang mungkin ada yang menyangka bangunan masjid itu adalah bangunan tokong sebab siap ada pagoda. Pengaruh Cina meresap ke dalam binaan bangunan di Melaka sebagaimana budaya Melayu meresap kepada kaum Cina hingga terhasilnya Baba & Nyonya. Apa kata buat solat sunat Masjid di salah satu masjid ini?
 Pandangan Masjid Tengkera dari luar

7. Jonker Walk - di sini korang boleh menjamu mata melihat binaan bangunan lama dengan rekabentuk Cina. Di sini ada banyak kedai menjual barangan antik mampu milik, kedai-kedai makan kopitiam dan hotel bajet. 
 Chinatown Melaka - Jonker Walk

8. Pantai Klebang, Pantai Puteri dan beberapa pantai yang lain - sesuai untuk lepak2 dan piknik bersama keluarga. Petang2 pasti ada yang main layang2 di sini. Dataran 1 Malaysia terletak di Pantai Klebang. Ambillah peluang untuk melihat bas-bas lama dijadikan kedai makan dan kedai di Dataran 1 Malaysia ini. Kalau nak bermalam dalam bas pon boleh, cubalah BUSTEL.

9. Dataran Pahlawan  - tahukah korang yang Melaka adalah tempat di mana Perdana Menteri yang pertama mengisytiharkan kemerdekaan negera? Haa... sinilah tempatnye!
 Gambo arkib nih..

10. Last sekali, Mahkota Parade. Mahkota Parade dah sinonim dengan Melaka.. sebab ia adalah antara shopping complex yang tertua di Melaka.. dan bertahan sampai sekarang.

Dengan adanya 10 tempat menarik di atas, saya rasa kita tak perlu takut lagi bila anak-anak ajak bercuti ketika kita pokai. Jom ke Melaka!



Gambar Belangkas