Showing posts with label panas. Show all posts
Showing posts with label panas. Show all posts

Saturday, September 5, 2015

PANAS!!! "PONDAN" Yang Dikenali Sebagai Nur Sajat MENGAMUK Di Instagramnya.


"Aku Pondan Cantik ! Pakai Tudung Cantik ! Tak Pakai Tudung Cantik !" - Nur Sajat









cakap saja nama MissKepoh mula lah artis-artis Malaysia tidak senang duduk kerana individu ini adalah yang terkenal dalam memberi komen panas jika artis atau sesiapa sahaja rakyat malaysia yang melakukan kesilapan yang memuat naik apa-apa dalam media sosial.


Terbaru seorang pondan cantik terkenal yang dikenali dengan nama Nur Sajat telah menerima kritikan pedas daripada Miss Kepoh kerana baru-baru ini Nur Sajat memaklumkan kepada orang ramai bahawa dia akan memakai tudung tetapi cuma tahan beberapa minggu sahaja. Kini tudungnya itu telah pun ditanggalkan. Oleh kerana itu, Misskepoh telah memberi komen yang berbunyi :

"wei pondan. Ituhari kau bertudung kan? tu miss ckp golongan yg tak boleh di percayai adalah golongan pondan"

Oleh sebab itu Nur Sajat mengamuk di laman Instagramnya kerana tidak boleh menerima kritikan sepedas itu. maka berlakulah peperangan antara mereka berdua.

Di bawah ini adalah komen-komen yang diberikan oleh Nur Sajat di Instagram Miss Kepoh. Yang melucukan, Nur Sajat print screen komennya sendiri dan post di Instagramnnya sendiri.


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_crosscol_AdSense1_468x15_0ads_al_s -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:468px;height:15px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="8910585620"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<!-- hal-dunia_sidebar-right-1_AdSense3_300x250_as -->
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:inline-block;width:300px;height:250px"
     data-ad-client="ca-pub-2302247726563110"
     data-ad-slot="2864052024"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>


PANAS!!! Raja Farah Bakal Nikah Esok, Bekas Suami Doakan Kebahagiaan Mereka.

Raja Farah Bakal Nikah Esok, Bekas Suami Doakan Kebahagiaan Mereka.





PETALING JAYA: Bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria mendoakan kebahagian wanita itu yang bakal berkahwin buat kali kedua pada Ahad ini.

Megat, 30, berkata, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa.

"Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri," ujarnya kepada mStar Online menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Jumaat.




Megat Bashirun Qhuyum Zakaria.
Megat diminta mengulas tentang perkahwinan Raja Farah dengan ahli perniagaan berusia 33 tahun pada Ahad ini yang akan diadakan di sebuah masjid di Shah Alam dekat sini.

Bagaimanapun, Megat enggan mengulas sama ada dia hadir atau tidak pada majlis tersebut.

Dalam pada itu Megat turut meminta agar masyarakat tidak lagi mempersendakan hal-hal masa lalu berkaitan kegagalan rumah tangga mereka.

"Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka peluang orang mencemar maruah saya... cukuplah dengan doa dan harapan pada dia," ujarnya.

Ketika ditanya tentang kehidupan peribadinya kini, Megat berkata dia belum lagi mempunyai pengganti dan selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.

"Saya masih belum ada pengganti dan sekarang saya beri ruang untuk keluarga dan teman-teman sahaja. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah," ujarnya.

Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

PANAS!!! Pengacara MHI TV3 Teruk Dimaki Hamun Azwan Ali Akibat "TARIK HINGUS" Ketika Rancangan Live.


Pengacara TV3 Tarik Hingus Ketika Rancangan LIVE Dimaki Hamun Azwan Ali






Pengacara TV3 Selamba Tarik Ingus Dalam Rancangan MHI Kena maki Dengan Azwan Ali | sekali lagi Diva AA Azwan ali menimbulkan kontroversi,kali ini mangsanya adalah salah seorang wanita pengacara program MHI di TV3. difahamkan selain dari pada orang ramai yang melihat aksi pengaacara wanita itu rupanya azwan ali juga tidak ketinggalan menonton rancangan tersebut.rupanya ramai yang perasan pengacara wanita tu dok asik tarik ingus.


Kemudian azwan ali yang kurang selesa dengan pangacara wanita itu beliau turut membuat satu status di ekaun instagramnya yang memaki dan menghina pengacara wanita berkenan.


Tidak dapat dipastikan maksut dan tujuan azwan ali berbuat sebegitu,mungkin pengacara itu sedang sesema dan tidak dapat lagi menahan ingusnya,daripada keluar elok tarik kan.






Tuesday, September 1, 2015

PANAS!!! Seorang Anak Artis Popular 90 an Tampil Dengan Gaya Tayang "TUTTT" Dan Gaya Hidup Bebas Kini Teruk Di Kritik Netizen.




Jika ibunya terkenal dengan bakat berlakon dan menjadi pujaan ramai peminat di negara ini kerana kehebatan di dunia seni, lain pula dengan anak perempuannya yang seorang ni..


Anak pelakon popular 90 an Sofea Jane kini terkenal dengan kehidupan sosial yang sangat terbuka serta gaya berfesyen yang sangat berbeza dengan budaya melayu..

Sebelum ini, gambar anak selebriti ini berbikini bersama adiknya mendapat kritikan para netizen di dunia maya.. Kini muncul pula beberapa keping gambar tentang anak selebriti ini yang menonjolkan imej buruk kepada keluarganya.

Sambil terkangkang berpeluk dengan lelaki, serta pakai baju berfesyen tayang lurah dada kepada umum, ia jelas menunjukkan bahawa gadis itu memang kurang didikan agama dan tak menmperdulikan segala peraturan yang ditetapkan kepada Umat Islam.

Mungkin bagi Arissa, pakaian serta sikapnya itu membuktikan dirinya liberal serta bukan kekampungan. Tetapi sebagai anak kepada seorang yang dikenali ramai, perbuatan Arissa itu akan memalukan ibu serta keluarganya sendiri.

Lain lah kalau mereka sendiri merestui gaya hidup liar yang ditampikan oleh gadis muda berkenaan. Bagaimanapun, diharap Arissa akan berubah ke arah kebaikan suatu hari nanti.

Setiap manusia tidaklah sempurna.., begitu juga dengan Arissa... Semoga dia dibawah lindungan Tuhan hendaknya..
Aminn.

Saturday, August 29, 2015

PANAS!!! Keadaan Menjadi Lebih Tegang Apabila "KAKA" Masuk Campur Dan Mengatakan Gosip Adalah Punca Tasha Shilla PUTUS!





KUALA LUMPUR: Ramai yang sudah maklum pelakon Tasha Shila dan teman lelakinya yang juga seorang peninju dari Thailand, Han Chen Wong, 24, sudah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, tiada angin tiada ribut, baru-baru ini timbul khabar mengatakan hubungan pasangan itu putus di tengah jalan dan muncul pula cerita mengenai orang ketiga, Kaka Azraff bintang kelahiran program realiti TV, Mentor. Kaka ketika dihubungi hari ini untuk kepastian, terkejut apabila dikaitkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca hubungan Tasha dan Hans putus. "Persoalannya sekarang adalah kenapa Kaka dikaitkan dalam cerita ini? Apa yang boleh saya katakan, saya tidak ada kena mengena langsung dalam hal mereka. "Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini. Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan pihaknya mendapat tahu hubungan Tasha dan kekasihnya terputus disebabkan Kaka. Lebih dramatik lagi, Kaka dan Tasha dikatakan mempunyai hubungan yang sangat rapat sebelum ini, malah mereka pernah bersama-sama ke sebuah pulau peranginan terkenal di Indonesia untuk sesi fotografi pra-perkahwinan seorang rakan artis. Walaupun mengaku berkawan dengan Tasha, Kaka akui langsung tidak pernah terfikir apatah lagi mahu mengambil tahu hubungan wanita itu bersama kekasihnya. "Saya pernah terserempak dengan mereka bersama hanya sekali di sebuah majlis. Itu saja dan kami OK saja. "Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya. "Saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain," katanya yang mahu mengambil isu ini sebagai satu yang positif. Sepanjang bergelar penyanyi, Kaka berkata ini adalah gosip pertamanya dikaitkan dengan lelaki. Dia turut rasa terkilan apabila namanya dikaitkan dalam gosip berkenaan. Bagi Kaka, dia mungkin dikaitkan dengan gosip itu kerana dia peramah. Justeru, sebagai pengajaran, dia akan cuba mengehadkan pergaulan selepas ini. Jelas gadis itu lagi, dia mempunyai banyak perkara lain yang perlu difikirkan termasuk memberi fokus kepada single baharu berjudul Bukan Hal Aku. Dia turut menolak dakwaan yang mengatakan gosip itu sengaja dibangkitkan bagi mempromosikan single baharunya itu. "Mungkin ini hanya kebetulan. Sekarang saya hanya lebih teruja untuk bercakap mengenai single baharu saya. "Single ini menonjolkan siapa diri saya yang sebenar dan saya harap peminat boleh nampak genre dan muzik yang mahu saya bawa. Ia bersesuaian dengan jiwa saya," katanya yang berharap single Bukan Hal Aku itu dapat mencuit hati pendengar. Untuk single baharu itu, Kaka bekerjasama buat kali kedua bersama kumpulan Sleeq. Kali ini juga Kaka akan menampilkan teman rapatnya, Juliana Evans dalam klip video yang turut akan dilancarkan pada 24 Mac ini.

Sumber : Berita Harian

Friday, August 28, 2015

PANAS!!! Satu Lagi Pengakuan Han Wong Tentang "PEKUNG" Yang Selama Ini Di Selindungi Oleh Tasha Shilla. SENSASI!!!




Kira-kira dua minggu lepas, pelakon Tasha Shila telah terlibat dengan satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Menurut sumber kami, Tasha yang menaiki kereta BMW telah melanggar sebuah kereta Hilux. Kereta yang dipandu oleh Tasha terbalik, tetapi mujur dalam kejadian yang berlaku pada pukul tiga pagi itu Tasha tidak cedera.
Dia masih okay dan sempat menjadi tetamu menyambut kedatangan Jay Park di sebuah butik di KLCC beberapa hari lepas, selepas itu berada di Zouk pada pagi Jumaat.

Pukul tiga pagi biasanya wanita seusia Tasha sedang enak beradu di kamar tidur. Tetapi mungkin Tasha masih berada di luar untuk mencari ketenangan. Dan mungkin juga Tasha berada dalam keadaan mengantuk waktu ia berlaku.
Diharap Tasha akan memandu dengan lebih berhati-hati selepas ini. Kalau ada apa-apa yang buruk berlaku keluarga juga yang susah hati, kan?
Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.





Thursday, August 27, 2015

PANAS!!! Kenyataan Seorang Artis Tentang Anaknya Yang Berkelakuan Tidak Senonoh Amat Memalukan Imejnya Sebagai Seorang Artis.


GAMBAR HIASAN




Kami menerima sekeping gambar dua gadis melayu selesa berbikini di tepi kolam renang.. Menurut maklumat yang diterima, katanya ia milik anak kepada aktres popular tahun 90 an iaitu Sofea Jane.

Umum mengetahui bahawa Sofea Jane mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Arissa, Khadeja serta Soraya. Katanya yang beraksi memakai bikini didalam gambar berkenaan adalah Arissa dan juga Khadeja.

Walaupun ramai yang sudah sedia maklum gaya kehidupan sosial anak-anak kepada pelakon tersebut, ia ternyata sedikit memalukan apabila kita melihat anak melayu yang sudah tentu beragama Islam berpakaian sedemikian.

Di negara kita sekarang, semakin ramai artis wanita melayu yang beranggapan pemakaian bikini adalah merupakan satu perkara biasa didalam hidup. Tak mustahil suatu hari nanti bikini akan menjadi "pakaian rasmi" wanita melayu jika mahu bersantai di tepi kolam renang ataupun pantai..

Memanglah ramai yang akan tertarik jika wanita memakai pakaian "hampir bogel" itu.., khususnya lelaki. Tetapi apakah dengan memakai bikini, ia akan dapat menaikkan darjat seseorang wanita dimata umum?

Hak pemakaian sememangnya hak masing-masing.., tetapi diharap wanita melayu/Islam jangan pula merosakkan imej agama dengan menegakkan kononnya hak pemakaian mereka.






Wednesday, August 26, 2015

PANAS!!! Seorang Pengacara, Atau Pendakwah Di (TV9) Mendapat Waran Tangkap Terlibat Kes KHALWAT?!!! Nauzubillah! Akhir Zaman!!

APA NAK JADI? Waran Tangkap Pendakwah Dan Selebriti Agama Kerana Khalwat

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pendakwah bebas popular dan pasangannya selepas gagal hadir pada prosiding khalwat mereka, dua tahun lalu.

Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain mengeluarkan perintah itu terhadap Sharhan Shafie, 39, dan Umi Masjuri Hassan, 40, selepas kali pertama kes disebut di hadapannya sebentar tadi.

Mahkamah juga turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Zainuddin Abdul Yamin, 44, selaku penjamin yang juga gagal hadir.

Adik kepada Umi Masjuri, Masbellinda, 21, yang turut menghadapi tuduhan sama hadir ke mahkamah dibenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes.

Sharhan merupakan salah seorang mengendalikan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.



sumber : beliabangkit.blogspot

Wednesday, August 19, 2015

PANAS!!! Seorang Pembaca TV3 Membuat Aksi Yang MEMALUKAN Lagi?!! Sungguh Memalukan.




Pembaca Berita TV3 Buang Cabai Di Gigi, Betulkan Rambut Ketika LIVE!!!




Pembaca Berita TV3 Buang Cabai Di Gigi, Betulkan Rambut Ketika LIVE!!!


Jarang sekali kita melihat kesalahan pembaca berita secara langsung(live) tetapi di dalam video ini menunjukkan aksi yang tidak sengaja oleh pembaca berita dirakamkan secara live di TV3. Mungkin ia menyangka kamera hanya fokus kepada pembaca berita lelaki sahaja saat itu.

Tindakan pembaca berita wanita ini sudah pasti memalukan dirinya sendiri kerana ketika ini mereka bersiaran secara langsung di TV3.

Lihat video ini. Sungguh memalukan!


Tuesday, August 18, 2015

PANAS!!! Dalam Banyak-banyak Pakaian MUSLIMAH Yang Boleh Difesyenkan? Kenapa Gaya Sister GEREJA Juga Yang Digayakan?

APA NAK JADI DENGAN ARTIS MALAYSIA?

Jika sebelum ini Elfira Loy ditegur kerana menghidangkan seni kopi dengan gambar babi, kini pelakon dan pengacara ini dikritik kerana berfesyen menyerupai rahib gereja ketika menghadiri sebuah majlis fesyen baru-baru ini.





Elfira menggayakan busana rekaan pereka lain ketika menghadiri sebuah majlis fesyen yang berlangsung di ibu kota. Akibat daripada gambar tersebut, ada yang menasihatkan agar Elfira lebih peka dalam berfesyen dan tidak kurang juga yang mengkritik dengan kasar pelakon tersebut.

Apa pun, Elfira pastinya mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memakai baju berkenaan. Apa yang pasti, rakyat di Malaysia sangat prihatin mengenai perkara sebegini lebih-lebih lagi jika ia melibatkan selebriti.

PANAS!!! Gambar Yang Amat MEMALUKAN Ustazah Mashitah Disebarkan Oleh Sebuah Media Penerbitan



Gambar Panas Ustazah Mashitah Yang Memalukan Tersebar!







Memang agak payah sebenarnya jikalau sesebuah media penerbitan itu sudah tersilap cetak.Contohnya dalam gambar di bawah ini di mana pihak grafik mungkin secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan dalam mengedit gambar Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. [Gambar bawah]

Nampak benar kejanggalan dalam gambar ini kan.Ini membuktikan bahawa pihak editor tidak melakukan penitian dalam kerja-kerja terakhir sebelum dicetak

Diharapkan pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati selepas ini supaya kesilapan mereka ini tidak lagi menjadi viral seperti gambar tersebut.-mynewshub.



Saturday, August 15, 2015

PANAS!!! Aksi Anak MELAYU 100% Bebas Di Laman Instagram Seperti Lupa AGAMA Yang Dianuti Kini Dikecam Masyarakat FACEBOOK!!

SUBAHANALLAH!!!


Dayang Norrin. Memang agak popular di Instagram . Tengok sahajalah gambar-gambar gila yang di upload oleh wanita melayu ini. Mana perginya nilai wanita-wanita melayu?? Hidup bersama air arak. sangat teruk..

Berdasar gambar ini korang boleh agak kehidupan bebas wanita ini. Oh yea., Wanita ini adalah melayu okey!



Friday, August 14, 2015

PANAS!!! Sepatutnya Seorang Artis Harus Menunjukkan Contoh! Bukan Me"NENEN"kan Lagi Keadaan! Fikir DULU!



Gara-gara mempromosikan jenama Flava Nenen (vape) di laman Instagram, Emma Maembong dikritik oleh netizen kerana didakwa tidak sopan dan tidak sensitif.

"We Nenen.. Do you?"

Berikutan itu, Emma dikritik oleh followersnya.

"Sekali pandang, ingatkan 'nenek' lucu je. Lepas itu tengok review dari Emma kata 'Nenen', ketat sesangat dan ada gambar bayi pula tu. Dah tau design ini akan timbulkan kontroversi, tak fikir dulu ke?" kata Nurheedayah Nassim.

"That's a vape flavour, why promote them? I know I can't judge you but, just why? Really," - Dayang

"Sorry to say Emma, what if you do some review on that page first before you share to others. Come on dude, you share the good things, you dapat pahala," kata Dya Sulaiman.

"Rasanya kalau nak promote flavor vape sekali pun, ada cara lain. Ini T-Shirt putih pastu suruh perempuan pakai. Bagus betul perangai.

Rata-rata netizen berang dengan gambar yang dikongsikan oleh Emma yang menunjukkan dua orang gadis memakai baju jenama Nenen dengan tersembul nasi lemak di depannya.

Sebagai artis yang menjadi perhatian peminat sepanjang masa, sewajarnya mereka berfikir dulu sebelum berbuat apa-apa.

Thursday, August 13, 2015

PANAS!!! Gambar Aksi Gadis MELAYU Berparti Sehingga Tidak Sedar Diri Kini Sudah Viral. AMARAN! Untuk Tontonan Dewasa Sahaja.

Panazz.....!!! 9 Gambar Gadis Melayu Berparti Sampai Tak Sedar...Gambar Seterusnya Hanya Untuk Tontonan Dewasa Sahaja....Memang KAW KAW






Apa nak jadi lah dgn budak budak sekarang ni ya..






PANAS!!! Gambar Dan Statement Biadab Seorang Gadis Terhadap Ahmad Maslan.

Memang Jujur betul Budak Ni.... Macam Tengok Pelawak katanya






Jujur betul awek ni.... tak tahan nak ketawa bila tengok muka Ahmad Maslan...
Ada ke dia kata Ahmad Maslan Pelawak....

Aku pun nak ketawa....hihihi

Wednesday, August 12, 2015

PANAS!!! Walaupun Dia Hanya Mempunyai Sebelah Tangan, Dia Harus Dijadikan IDOLA Remaja. SALUTE!





Pekerjaan “runner” ataupun menghantar barang biasanya menjadi pilihan orang muda masa kini terutamanya mereka yang mempunyai motosikal untuk mencari hasil atau duit sampingan.

Mereka akan menghantar apa-apa sahaja barang yang dikehendaki oleh pelanggan dan yang pastinya muatan barang mampu di bawa dengan menggunakan motosikal mereka. Dokumen penting merupakan barang yang selalu di bawa oleh mereka kerana pelanggan mahukan dokumen tersebut segera tiba di tempat yang mereka inginkan.

Mohd Hafis Abdullah 27, atau dikenali sebagai “Hafiz Runner” menjadi popular di laman sosial setelah menawarkan perkhidmatan menghantar barangan melalui akaun Facebook miliknya. Walaupun Hafis merupakan seorang yang kurang upaya, ianya bukan penghalang untuk beliau melakukan kerja “runner” ini dan tidak meletakkan sebarang harga tetap terhadap perkidmatan menghantar barangan.

Sejak mengiklankan perkidmatannya itu di laman sosial, dia tidak henti-henti menerima pelanggan yang ingin mendapatkan khidmatnya untuk menghantar barang sehinggakan dia terpaksa mengupah lagi tiga orang kawannya untuk menjadi “runner”. Dengan menunggang sebuah motosikal Honda EX5, dia menghantar barangan ke seluruh daerah Temerloh termasuk dokumen, makanan, sabun, barangan dapur dan pelbagai barang lagi.

“Saya tak kisah upah, saya ambil sahaja setiap pemberian kerana bagi saya apa yang dapat itulah rezeki, yang penting perkhidmatan saya cepat, jujur dan saya amanah serta ikhlas bantu orang ramai”. ujar pemuda ini

Sehingga kini, iklan itu, yang asalnya dimuat naik oleh laman Facebook Siakap Keli, telah mendapat lebih dari 27 ribu “like” dan lebih tiga ribu perkongsian.



Apa yang menarik perhatian kami ialah ketiadaan sebelah tangannya memberi inspirasi kepada kami tiada apa yang mustahil boleh dilakukan dalam dunia ini. Menceritakan kisah lamanya, pemuda ini menjadi OKU apabila terlibat kemalangan jalan raya kira-kira 10 tahun lalu semasa berkonvoi bersama rakan-rakannya menunggang motosikal ke Kuantan.

Hafis juga menceritakan arwah bapanya juga turut kehilangan penglihatan kerana kemalangan di tempat kerja tetapi boleh menyara mereka sekeluarga. Berbekalkan semangat dan kekuatan dari bapanya, Hafis juga turut ingin mengikut jejak langkah bapanya.

Kebiasaannya pada siang hari, Hafis akan melakukan tugas perkhidmatan menghantar barangan dan pada waktu malam pula, dia akan bekerja sebagai pembuat air di Restoran Rotarium, Temerloh yang menyajikan hidangan stimbot.

Sambutan yang diterima oleh orang ramai sangat menggalakkan sehingga ada pihak yang menawarkan untuk menaja baju untuk dia mempromosikan perkhidmatannya. Kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan menghantar barangan di daerah Temerloh, anda boleh menghubunginya dan jangan risau tentang bayaran kerana Hafis menekankan upah yang diambilnya adalah seikhlas hati dari penerima/pelanggan.

Sumber dari Sinar Harian.

Gambar Belangkas