Saturday, August 29, 2015
PANAS!!! Keadaan Menjadi Lebih Tegang Apabila "KAKA" Masuk Campur Dan Mengatakan Gosip Adalah Punca Tasha Shilla PUTUS!
KUALA LUMPUR: Ramai yang sudah maklum pelakon Tasha Shila dan teman lelakinya yang juga seorang peninju dari Thailand, Han Chen Wong, 24, sudah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, tiada angin tiada ribut, baru-baru ini timbul khabar mengatakan hubungan pasangan itu putus di tengah jalan dan muncul pula cerita mengenai orang ketiga, Kaka Azraff bintang kelahiran program realiti TV, Mentor. Kaka ketika dihubungi hari ini untuk kepastian, terkejut apabila dikaitkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca hubungan Tasha dan Hans putus. "Persoalannya sekarang adalah kenapa Kaka dikaitkan dalam cerita ini? Apa yang boleh saya katakan, saya tidak ada kena mengena langsung dalam hal mereka. "Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini. Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan pihaknya mendapat tahu hubungan Tasha dan kekasihnya terputus disebabkan Kaka. Lebih dramatik lagi, Kaka dan Tasha dikatakan mempunyai hubungan yang sangat rapat sebelum ini, malah mereka pernah bersama-sama ke sebuah pulau peranginan terkenal di Indonesia untuk sesi fotografi pra-perkahwinan seorang rakan artis. Walaupun mengaku berkawan dengan Tasha, Kaka akui langsung tidak pernah terfikir apatah lagi mahu mengambil tahu hubungan wanita itu bersama kekasihnya. "Saya pernah terserempak dengan mereka bersama hanya sekali di sebuah majlis. Itu saja dan kami OK saja. "Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya. "Saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain," katanya yang mahu mengambil isu ini sebagai satu yang positif. Sepanjang bergelar penyanyi, Kaka berkata ini adalah gosip pertamanya dikaitkan dengan lelaki. Dia turut rasa terkilan apabila namanya dikaitkan dalam gosip berkenaan. Bagi Kaka, dia mungkin dikaitkan dengan gosip itu kerana dia peramah. Justeru, sebagai pengajaran, dia akan cuba mengehadkan pergaulan selepas ini. Jelas gadis itu lagi, dia mempunyai banyak perkara lain yang perlu difikirkan termasuk memberi fokus kepada single baharu berjudul Bukan Hal Aku. Dia turut menolak dakwaan yang mengatakan gosip itu sengaja dibangkitkan bagi mempromosikan single baharunya itu. "Mungkin ini hanya kebetulan. Sekarang saya hanya lebih teruja untuk bercakap mengenai single baharu saya. "Single ini menonjolkan siapa diri saya yang sebenar dan saya harap peminat boleh nampak genre dan muzik yang mahu saya bawa. Ia bersesuaian dengan jiwa saya," katanya yang berharap single Bukan Hal Aku itu dapat mencuit hati pendengar. Untuk single baharu itu, Kaka bekerjasama buat kali kedua bersama kumpulan Sleeq. Kali ini juga Kaka akan menampilkan teman rapatnya, Juliana Evans dalam klip video yang turut akan dilancarkan pada 24 Mac ini.
Sumber : Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment