Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

FILEM EPIC THRILLER PERTAMA MALAYSIA BAKAL DI PAWAGAM

Nasir Jani bakal arah filem adaptasi novel thriller nombor satu Malaysia.

Setelah hampir tiga dekad menghilang, pengarah veteran, Nasir Jani tampil mengarah filem baru adaptasi novel thriller nombor satu Malaysia karya Ramlee Awang Murshid.


Kali terakhir Nasir duduk di kerusi pengarah adalah 27 tahun lalu, ketika menghasilkan dua buah filem sekitar tahun 80an iaitu Kembara Seniman Jalanan dan Rosana Cinta 87.

Namun menurut Nasir, dia tidak menghilangkan diri tetapi aktiviti seninya banyak tertumpu di belakang tabir.

“Saya mungkin sudah lama tidak mengarah, tetapi saya tak hilang. Saya masih lagi aktif menulis dan membuat kerja-kerja di sebalik tabir tetapi cuma tak menggunakan nama ‘Nasir Jani’” jelas Nasir yang mempunyai kolum tetap di akhbar Sinar Harian.

Bakal mengarahkan filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’, kata Nasir, kerana minatnya terhadap hasil karya Ramlee membuatkan dirinya tertarik untuk menerima tawaran ini.

“Novel-novel Ramlee telah diperkenalkan oleh anak saya beberapa tahun dahulu dan sehingga kini saya sudah ‘khatam’ kesemua 24 novel hasil tulisan Ramlee.

Apabila Ramlee datang sendiri berjumpa dengan saya dan menawarkan peluang ini, saya terima dengan hati yang terbuka kerana saya sendiri adalah peminat novel-novelnya.

Sebagai pengarah saya akui, tanggungjawab yang digalas amat berat terutama dalam memvisualkan sebuah novel popular” katanya yang ditemui di sidang media filem Tombiruo: Penunggu Rimba.

'Tombiruo: Penunggu Rimba' hasil nukilan Ramlee Awang Murshid telah diterbitkan pada tahun 1998 sehingga kini telah terjual hampir 70,000 naskhah serta telah diulang cetak kali ke 14.

Filem aksi ini merupakan kerjasama antara syarikat Layar Sunan, Karangkraf Media Group dan Ideate Media serta merupakan filemm adaptasi ketiga bagi Karangkraf selepas Ombak Rindu dan Manisnya Cinta di Cappadocia.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba menceritakan mengenai mitos yang wujud di dalam lagenda hutan tebal masyarakat di Sabah yang sebenarnya adalah seorang manusia yang berwajah tidak sempurna yang bertindak sebagai penjaga rimba.

Novel yang diterbitkan pada tahun 1998 ini sehingga kini telah terjual hampir 70,000 naskhah serta telah diulang cetak kali ke 14.

Dalam majlis yang sama, penulisnya Ramlee yang cukup terkenal dengan genre thriller dan pengembaraan aksi berkata, hatinya terbuka untuk membenarkan karyanya kali ini diangkat ke layar perak kerana adanya kerjasama bersama Karangkraf.

“Sebelum ini memang ada lamaran mahu novel saya difilemkan, tetapi saya tolak kerana saya cerewet dalam membenarkan karya saya diolah.

"Apabila ada tawaran begini, dalam masa yang sama Karangkraf turut bertindak sebagai penerbit filem. Saya terima kerana bekerja dengan Karangkraf lebih bebas dan lebih bertolak ansur,” katanya yang sudah menghasilkan 24 novel di bawah terbitan Karangkraf.

Filem yang akan menjalani pengambaran di Sabah ini akan memulakan produksi pada pertengahan tahun hadapan.

Pihak produksi dijangka akan mengumumkan barisan pelakon yang akan membintangi filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini tidak lama lagi.

Tuesday, July 10, 2012

Masjid Duniaku

 Masjid Duniaku
Mengimarahkan Masjid, Membudayakan Ilmu

Salah satu usaha kerajaan Negeri Selangor dalam mengimarahkan masjid, membudayakan ilmu  telah diadakan pada 7-8 Julai 2012 bertempat di Mesjid Negeri Shah Alam..pelbagai aktiviti telah di atur untuk masyarakat Negeri Selangor menghadirinya ... pagi Sabtu, program bedah buku "Badiuzaman Said Nursi " oleh Abdul Latip Talib @ Pak Latip ... bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi bersama buku beliau...diikuti dengan pelbagai bengkel penulisan , acara-acara untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi ... 
Bersyukur lah wahai penduduk Negeri Selangor amnya dan masyarakat Bandaraya Shah Alam khususnya ...
 Alhamdulillah...tidak lama lagi pula Ramadhan akan menjelma ...semoga Allah panjangkan umurku dapat kiranya bertemu sekali lagi bulan Ramadhan yang mulia .. dan dapat menghadiri pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan...masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, suasana sepanjang malam selepas berbuka puasa , solat maghrib, Isya' dan Tarawikh ... suasana yang ku rasa seperti berada di Mesjidil Haram ...
Ya Allah...aku merindui ingin berada beribadah di rumahMU Ya ALLAH ....

 Selepas selesai Pak Latip "bedah buku" Badiuzaman Said Nursi, diikuti oleh Ustaz Zahiruddin, seorang warga Turki tetapi sangat fasih berbahasa Melayu telah tampil untuk membaca petikan dari buku tersebut .  kelihatan sangat familiar rupa beliau, rupa-rupanya beliau ialah Bro Ibrahim ....(tak ingat nama akhir beliau) ... yang pernah muncul dalam rancangan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu suatu masa dahulu...(saya pernah menonton rancangan ini di mana peserta2 dari seluruh dunia menyampaikan pidato mereka dalam Bahasa Melayu! Sungguh kagum dengan mereka yang berbangsa asing berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik..sedangkan ramai kaum Melayu di Malaysia ini sendiri..yang berbangga berbahasa selain dari Bahasa Melayu)

 Ustaz Zahiruddin Zabidi
 Buku hasil nukilan Ustaz Zahiruddin Zabidi : SRIKANDI-SRIKANDI YANG BENAR dan NIAN HATI SALSABILA
 Bersama Pak Latip dan rakan sekerja Jamilah dan suami
 Hana bersama Bro Ibrahim dari Turki yang fasih berbahasa Melayu
 Semasa kami minum di bawah, bertemu pula dengan blogger Abang Long dan anak
Kami duduk minum semeja dengan Cik Haryani ... kecil molek comel orangnya ..rupa-rupanya beliau ialah KETUA UNIT di PTS LITERA UTAMA SDN BHD.
Banyak tips-tips yang kami perolehi dari beliau ..

Sunday, December 5, 2010

Novel terbaru Ramlee Awang Murshid - Rayyan Fantasi

 Novel ke-20 RAM: RAYYAN FANTASI

Sebagai peminat RAMLEE AWANG MURSHID,  Novelis Thriller No. 1 Malaysia, saya tidak ketinggalan mendapatkan novel thriller beliau yang terkini, Rayyan Fantasi. Baharu sahaja di lancarkan semalam di MPH, Alamanda. 

 
Selain dari novel RAM, novel terkini Aisya Sofea juga saya dapatkan dari blogger Abang Long...sesiapa yang berminat hendak mendapatkan novel2 ini boleh lah berurusan dengan beliau...

Gambar Belangkas