Showing posts with label jamu. Show all posts
Showing posts with label jamu. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Maajun... jamu..

Maajun MWK

Hoyehhh.. ! hari ni deena merdeka berpantang selama 44 hari. wlaupun tak sepenuhnya seperti orang lain, semua sedia maklumkan di awal bersalin tempohari deena berulang alik ke hospital. Tapi deena tak abaikan dari segi pemakanan, bertungku dan pakai bengkung. siang malam pakai. cuma bila diluar tu deena kena kan set girdle ' beautiful '. Nak cer skit pemakanan jamu yang biasa deena amalkan iaitu maajun, kira adik beradik jamu gak la. hampir 5 tahun dah makan maajun ni dan ia serasi dgn deena. ada sesetengan pompuan tak suka makan jamu ape lagi jamu yang bancuh tuh.. ermmmm klu deena satu jug pun sanggup minum hehe.. selain sesuwei untuk penjagaan kesihatan luaran dan dalaman jamu ni berfungsi sebagai perancang, cara makan pun sama seperti kita makan perancang seperti marvelon, nordet... dan juga mampu bertindak sebagai ikhtiar untuk mendapat zuriat.. ( p/s: mcm baca buku daa.. ;-)  memang dah terbukti keberkesanannya.

Seeloknya makan maajun ni sebelum tidur, dan perlu minum air masak lebih skit. bagi yang lepas bersalin seperti deena boleh makan pada hari ke 44. andai kata dah bersedia untuk mengandung lagi berhenti makan maajun ni. anak dara pun bleh makan nak plak yg ada masalah keputihan tu haa...samping tu deena ada gak buat beberapa senaman pas bangun tido yg diajar oleh bidan kampung masa bersalin anak pertama dulu, sampai skang deena amalkan.

Klu nak tau ape lagi kebaikan maajun ni tengok jer kat sini yeww..Maajun MWK  sambil layan maajun, deena akan buat sendiri jamu temukunci, senang jer hanya cari daun sirih ( ikut angka ganjil 5,7, or 9 helai ), asam jawa , temu kunci, madu, ibu kunyit skit, dan halia. blend semua amik air nya dan simpan dalam peti ais bagi tahan lama. macam rasa jus pun ada haaa... pas minum, bangun pagi mak aiii badan ringan beb.. semangat dan aktif giteww... ! tunggu next entri coz deena x buat lg jamu ni. kat sini payah tul nak cari temukunci. klu tak faham bleh tanya deena k.. ;-)

p/s : jgn marah peyut dah kembali kempis... :-)

Friday, February 11, 2011

Jamu Temu Kunci !

ini "temu kunci" tau bukan ubi manis..hehe

Penah dengar tak temu kunci ? rasa nyer jarang-jarang orang kenal atau jumpa menda nih, klu orang2 tua tau sgt la. Temu kunci atau nama saintifiknya Kaempferia pandurata... pehhh curlazz munyi nya  =) sejenis tumbuhan kira adik beradik dengan halia.

Temu kunci ni antara bahan yang deena gunakan sebagai jamu selain daun sireh, kunyit, halia, asam jawa, dan madu. Sebenar nya ia elok digunakan sebagai jamu lepas bersalin, fungsi untuk melancarkan perjalanan darah,  mengembalikan kecergasan badan dan yg paling penting dalaman kita, klu lalu minum dan nak cuba mesti akan rasa perubahan nya. citer lebih pun tara guna ada bran buat sendiri dan rasakan keberkesanannya yeww.. :)

Sebelum ni deena amalkan pemakanan jamu dari anak pertama lagi, kira dalam satu hari tu pagi deena telan jamu temu kunci, dan malam plak maajun. klu sehari tak makan macam ketagih  lak . Sesetengah orang tak bleh masuk kt tekak jamu nih, ada tu mau terkeluar balik yer tak ? masing-masing punya citarasa . faham2 jer la orang pompuan tak lari dari masalah keputihan dan bermacam lagi yang berkaitan dengan sakit puan.

Pada deena sejak amal makan jamu (buatan sendiri) dan maajun, alhamdulillah langsung tak penah alami masalah keputihan dan lain-lain.  pas bersalin nanti tak sabor2 nak makan maajun dan jamu semula haa.. opps lupa nak bgtau temu kunci ni payah nak cari kat kedai, biasa nya di pasar tani atau cari jer kat Tesco. klu ada nak tau cara buat jamu ni kasi munyi kat deena k.. :)

p/s : ramuan seperti daun sirih, asam jawa, madu, kunyit dan halia ada fungsi nya yg tersendiri.. yang penting "temu kunci" adalah raja dlm ramuan ni... ;-)    

Saturday, January 8, 2011

Penangan makan jamu....!

“Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.

sumber dari : harian metro

p/s : rindu nak makan jamu buatan sendiri... !

Gambar Belangkas