Showing posts with label MAYAT. Show all posts
Showing posts with label MAYAT. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

PERTANDINGAN `SELFIE DENGAN SI MATI` AGAK MELAMPAU


Polis Russia semalam mula menyiasat satu pertandingan menerusi media sosial popular negara itu yang menawarkan hadiah untuk ‘selfie terbaik dengan mayat.’

Satu komuniti dalam VK, versi Facebook di Russia dengan 70 juta pengguna, mempelawa ahlinya memuat naikkan gambar selfie dengan mayat dan menawarkan hadiah wang tunai kepada gambar terbaik, kata polis, semalam.

Komuniti itu yang menggelar diri mereka ‘Selfie Dengan Si Mati’ menjanjikan hadiah antara 1,000 dan 5,000 rouble (RM60 dan RM300) untuk gambar terbaik.

Pentadbir kumpulan itu meletakkan syarat bahawa mereka yang merakam selfie perlu tersenyum kerana si mati sudah ‘berpindah ke alam lebih baik.’

Laman ‘Selfie Dengan Si Mati’ itu dipenuhi gambar mereka yang berselfie di sisi mayat.







Monday, April 6, 2015

RAKYAT JEPUN DIHANTUI 'MATI DALAM KESEPIAN'


Pada bulan Mac, sisa-sisa tubuh seorang lelaki tua telah dijumpai di lantai pangsapurinya di tengah-tengah bandar Tokyo. Dia telah mati selama sebulan.


Jiran-jiran tidak perasan ketiadaan lelaki yg berusia lapan puluh tahun ini. Bank yang membuat penyewaaan kepada warga tua terbabit menyatakan yang ahli keluarganya langsung tidak melawatnya sehinggakan penemuan mayat yang telah berbau busuk dan mengganggu penyewa lain di tingkat bawah.

Dalam pesat penuaan Jepun, ramai orang yang mati tanpa disedari di negara yang mempunyai 127 juta penduduk itu.

Untuk itu kes seperti ini di panggil "MATI DALAM KESEPIAN".Kini wujud sebuah pasukan yang menjalankan tugas pembersihan yang di kelola oleh Hirotsugu Masuda dan beberapa krew pembersihan datang untuk menyelamatkan pangsapuri di mana mayat penghuni yang telah lama mereput di dalam kediaman mereka tanpa disedari oleh orang ramai.

"Ini telah mula menjadi sedikit lebih biasa di dunia dan ia menjadi lebih diiktiraf yang ada seperti ini kerja," kata Masuda, perkhidmatan yang dikehendaki 3-4 kali seminggu pada musim panas apabila badan mengurai lebih cepat.

Apabila pasukan Masuda hadir di lokasi, polis terlebih dahulu telah mengambil mayat akan tetapi cecair mayat yang mereput telah meresap ke lantai pangsapuri. Kelihatan lalat-lalat di sekitar periuk berisi nasi. Kalendar lama dan kertas bertaburan di bilik-bilik tidak disentuh selama bertahun-tahun.

Pekerja memakai pakaian perlindungan semburan seperti di dalam filem BIOHAZARD dan JANGKITAN VIRUS ZOMBIE dengan pantas menghalau serangga dengan menggunakan tangan bersarung getah. Latihan enam jam diberikan kepada krewnya agar lebih berhati-hati untuk mengelakkan jangkitan kuman mudah merebak.

FOTO KREW PEMBERSIHAN SISA MAYAT




Thursday, March 26, 2015

NENEK DI SAHKAN MATI NAMUN HIDUP SEMULA KETIKA UPACARA PENGKEBUMIAN BERLANGSUNG


Gelsenkirchen (Jerman): Seorang pengurus mayat pengsan kerana terperanjat apabila sebuah keranda terbuka dan kedengaran suara wanita tua di dalamnya bertanya: “Di mana saya?”


Wanita berusia 92 tahun itu diisytihar mati beberapa jam sebelum itu oleh doktor di sebuah rumah penjagaan orang tua di bandar Gelsenkirchen sebelum dibawa ke rumah pengurusan mayat Munstermann.

Apabila pengurus mayat itu tersedar dari pengsan, dia melihat wanita tua berkenaan masih dalam keranda dengan kedua-dua matanya terbuka.

Selepas memeriksa denyutan nadinya, pengurus itu menelefon ambulans yang kemudian membawa wanita itu ke hospital.

Keluarganya yang bersiap untuk upacara pengebumian juga terkejut.Polis sudah memulakan siasatan terhadap doktor yang mengesahkan kematian wanita itu Ahad lalu.

Wanita itu ditemui tidak lagi bernafas oleh seorang petugas rumah kebajikan. Doktor kemudian dipanggil dan dia mengesahkan wanita itu mati.

Pegawai rumah penjagaan orang tua itu Lother Burger berkata: “Kejadian itu memalukan dan sukar diterima. Kami dikritik hebat.”

Monday, February 16, 2015

PEKERJA RUMAH MAYAT MENGAKU 'MAIN' DENGAN MAYAT


Accra (Ghana) - Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital di sini mengaku banyak kali membuat hubungan seks dengan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih.


Lelaki itu, Sharkur Lucas mendakwa perbuatan berkenaan sebahagian daripada latihan biasa di tempat kerjanya.

Lucas memberitahu seorang wartawan stesen televisyen Adom TV bahawa dia sukar untuk mendapatkan teman wanita kerana pekerjaannya itu menakutkan mereka.

“Saya mahu berkahwin, tetapi ramai gadis enggan berkahwin dengan saya kerana saya bekerja di rumah mayat.

“Saya boleh memuaskan nafsu saya di rumah mayat ini kerana tiada wanita di luar sana yang mahu keluar dengan saya,” katanya.

Lucas juga mendakwa dia diminta tidur dengan mayat wanita oleh penyelianya kerana ia sebahagian latihan di tempat kerja. Saya diarah untuk tidur dengan mayat kerana ia adalah satu bentuk latihan sekiranya anda bekerja di rumah mayat.

“Latihan ini perlu dilakukan kerana selepas anda tidur dengan mayat anda tidak takut dengan mayat lagi,” ujarnya.Sejak wawancara berkenaan, Lucas dipecat majikannya dan dia kini diburu pihak polis.

Lucas juga menafikan dia mempunyai masalah mental selepas wartawan stesen televisyen berkenaan bertanyakan sekiranya dia menghadapi masalah kesihatan.
“Saya ok, saya ok,” tegasnya. - Agensi

Sunday, January 25, 2015

SALAI MAYAT DI PUNCAK GUNUNG


Gua gelap terletak ribuan kaki di sisi Gunung Timbac di lokasi terpencil di Filipina menjadi tempat persemadian akhir Ibaloi. Bagi upacara pengebumian mereka, orang Ibaloi menyalai mayat selama beberapa bulan untuk menjadikannya mumia yang digelar 'mumia api' sebelum diletakkan di dalam gua berkenaan.


Amalan pengebumian puak itu dilakukan sehingga penjajahan Sepanyol, 400 tahun lalu malah ada antara mumia disimpan di situ sejak lebih 1,000 tahun lalu tanpa diusik atau dirosak­kan sehingga kurun ke-19.

Sayangnya, walaupun hanya beberapa gua dibuka kepada orang ramai, kebanyakannya menjadi sasaran penjarah dan vandalisme sejak beberapa tahun kebelaka­ngan ini.

Dipercayai hanya beberapa orang tua Ibaloi mengetahui lokasi khusus 80 gua yang dianggap suci itu, malah pelbagai ritual kuno masih dilakukan di lokasi berkenaan sehingga hari ini.

Edgar Alan Zeta-Yep, 31, sanggup mendaki Gunung Timbac untuk merakamkan gambar mumia api berkenaan, dua dekad selepas melihat salah satu mumia berkenaan dipamerkan di muzium di Bangoiu.

"Mumia ini sungguh mempesonakan. Perasaan bercampur-baur ketika merangkak di dalam gua untuk mengambil gambarnya, tidak dinafikan terasa juga seram dan ngeri.

"Selepas membaca mantera, pemandu Ibaloi kami mengangkat kain yang menutup mumia itu. Semuanya terbaring dalam keadaan meringkuk di dalam keranda kayu, malah ada yang tangannya dilihat menutup muka seolah-olah silau dengan lampu suluh kami.

"Mumia ini diawet dengan baik sehingga kami dapat melihat tatu yang masih melekat pada tangan serta kaki," katanya.




Wednesday, January 14, 2015

MINUM AIR PERAM MAYAT


Mexico City: Mayat seorang wanita ditemui di dalam tangki air di sebuah bangunan apartmen tempat dia tinggal, setahun selepas dilaporkan hilang.


Graduan psikologi Carmen Yarira Noriega Esparza (gambar), 27, dilapor hilang Februari tahun lalu. Rakan dan anggota keluarganya sebelum ini mengesyaki dia diculik dan dijual untuk dijadikan hamba seks.

Mayat Carmen yang sudah reput ditemui dalam tangki itu selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh.Polis berkata, mayat Carmen mungkin berada dalam tangki itu sejak dia hilang.

Carmen yang bercita-cita menjadi pelakon dilihat kali terakhir ketika meninggalkan sebuah gimnasium di Mexico City, Februari lalu.

Rakan dan anggota keluarga menubuhkan kempen media sosial untuk mengesan dan mencarinya, termasuk menampal gambar pada tiang lampu di jalan raya.Rakannya, Pal Javier Paz, 30, berkata, Carmen berbakat dan cantik, bercita-cita menjadi pelakon.

“Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia kerja, kami menyangka dia diculik dan dijual untuk dijadikan pelacur.“Mungkin selama ini mayatnya berada dalam tangki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis kini menumpukan siasatan mereka terhadap bekas teman lelaki Carmen, ahli perniagaan kaya yang membayar sewa apartmen itu untuknya.

Carmen kemudian memutuskan hubungan mereka selepas berkenalan dengan seorang peguam kaya dan hilang seminggu sebelum dia keluar dari rumah itu.

Penemuan berkenaan mengejutkan penduduk apartmen itu.Kini baru mereka sedar mengapa air yang mereka minum rasa aneh.

Seorang jurucakap polis semalam berkata: “Pegawai bandar raya dipanggil memeriksa tangki berkenaan dan apabila membukanya, mereka menemui mayat reput itu.”

Sunday, December 21, 2014

TANAH PERKUBURAN SEJUTA MUMIA DI TEMUI DI MESIR!!


Satu tanah perkuburan mengandungi lebih sejuta mumia ditemui di tengah Mesir, menurut arkeologi.Setakat ini saintis sudah mengeluarkan lebih 1,700 mumia yang dalam keadaan baik kerana dilindungi cuaca gurun yang panas dan kering di wilayah Faiyun, kira-kira 96 kilometer ke selatan Kaherah.


Bagaimanapun, pakar percaya mungkin ada sehingga sejuta lagi mumia seumpama itu tertanam dalam batu kapur yang sedalam 22.9 meter.

Mumia itu dipercayai ditanam di situ 1,500 tahun lalu antara kurun pertama dan ketujuh Masihi ketika Mesir dijajah Empayar Rom serta Byzantine.

Bagaimanapun mumia berkenaan dipercayai orang awam kerana ditanam di dalam kubur besar-besaran tanpa barangan peribadi atau keranda, berbeza dengan golongan bangsawan atau orang penting yang disemadikan di dalam piramid atau makam.

Satu lagi perbezaan, organ dalaman mumia ini juga tidak dibuang.

Mumia ditemui itu mengelirukan pakar kerana pekan yang mungkin pernah terletak di situ terlalu kecil manakala bandar terdekat, Philadelphia-yang dinamakan sempena Raja Ptolemy II-mempunyai tanah kuburnya sendiri.

Ada juga antara mumia berkenaan yang pelik, termasuk satu dipercayai lelaki setinggi lebih 2.13 meter, malah ada juga yang dikebumi di lokasi tertentu berdasarkan warna rambut mereka.

Pengarah projek, Profesor Kerry Muhlestein dari Universiti Brigham Young berkata, satu lagi ciri pelik mumia berkenaan ialah gigi mereka hampir semua elok.

Mumia seorang budak dipercayai perempuan berusia 18 bulan juga ditemui masih memakai gelang pada lengannya.

"Mumia ini dibalut elok dan mereka cuba melakukan proses mumia lengkap kerana organ seperti otak dan lidahnya diawet elok. Nyata dia amat disayangi keluarganya," kata Muhlestein.

Sunday, September 21, 2014

AHLI KUBUR DI ARAH BERPINDAH?

Berbekalkan tukul dan topeng bagi melindungi mukanya, seorang pembersih kubur di Guatemala mula menjalankan tugas memecahkan binaan kubur dan mengeluarkan apa sahaja yang berada di dalamnya.

Tengkorak manusia lengkap dengan rambut ditarik keluar daripada sebuah binaan kubur gelap dan sebuah keranda kecil bayi dihias bunga putih dikeluarkan dari satu lagi kubur.

Lelaki berkenaan memindahkan mayat yang warisnya tidak mampu membayar ‘sewa’ tapak kubur peribadi dan sebaik sahaja tempoh sewaan tamat, pekerja pembersihan kubur akan datang dan mengosongkan ruangan berkenaan untuk pelanggan baru.

Mayat yang tidak dituntut akan disimpan di dalam beg plastik, dilabel dan dihantar ke tanah perkuburan besar untuk dikebumikan semula.

Kebanyakan mayat yang dikeluarkan sudah reput namun mayat yang dikebumikan di ‘tingkat atas’ yang berkeadaan panas dan kering, akan terawet secara semula jadi, menjadikannya seperti mumia.

Gambar di bawah menunjukan operasi memeindahkan mayat sedang di jalankan



Penampilan petugas pembersihan kubur di Guatemala tidak jauh beza dengan buruh binaan atau pekerja di pusat kitar semula.

Beg berisi mayat yang reput akan ditimbunkan membuatkannya kelihatan seperti timbunan sampah sebelum dipindahkan menggunakan foklif ke kawasan perkuburan baru.

Dalam satu gambar yang dirakamkan, mayat berambut panjang yang masih elok dilihat ‘tersepit’ dicelah timbunan beg mayat yang akan dipindahkan.

Satu lagi ‘mumia’ dengan kaki dimasukkan ke dalam beg plastik diletakkan di tepi dinding yang tertulis ‘jangan buang sampah disini.’

Apabila mayat sudah dipindahkan, banyak keranda yang akan dilupus diletakkan di tempat pembuangan sampah dan kayu reput berhampiran kawasan perkuburan.

Mayat yang dituntut waris akan diletakkan di dalam kotak kecil dan dihantar ke tanah perkuburan awam.

Jurugambar yang merakamkan proses berkenaan, Jorge Dan Lopez berkata pemandangan itu mengerikan namun sangat menarik.

“Burung hering beterbangan mengelilingi kawasan perkuburan seolah-olah memerhatikan setiap gerak-geri pekerja yang memindahkan mayat berkenaan.

“Saya dapat melihat pelbagai keadaan mayat dan ia suatu pemandangan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Semuanya, dari tapak kubur sehingga hujung rambut mayat mengeluarkan bau yang menusuk hidung,” katanya.

Gambar Belangkas