Showing posts with label pokok panjang usia. Show all posts
Showing posts with label pokok panjang usia. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Pokok Nabi



Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Hingga Kini

Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Hingga Kini | Pohon ini sudah berumur ribuan tahun lamanya, namun dengan izin Allah S.W.T, pohon ini masih hidup dan berbuah hinggalah ke hari ini. Digelar sebagai Pohon Nabi kerana pohon ini dikatakan pernah melindungi Rasulullah SAW dari panas terik matahari.

Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Hingga Kini

Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.

Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi

TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?

1. Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

2. Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.



Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi

Sedikit sejarah mengenainya…

1. Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

2. Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

3. Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

4. Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra

A) Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

B) Kali kedua rasulullah ke Bosra membawa barang dagangan Saidatina Khadijah. Apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

Gambar Belangkas