Showing posts with label wang. Show all posts
Showing posts with label wang. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Rumah Pertamaku

Bajet 2011: Skim Rumah Pertamaku 
bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
Beruntungnya mereka yang baru bekerja sekarang...
baru kerja dah boleh buat pinjaman perumahan 100% ....

Saya masih ingat sewaktu mula bekerja di awal 1990, teringin nak beli rumah pada masa itu. Maklumlah harga rumah sangat murah (jika dibandingkan sekarang)  tapi bila tanya pinjaman perumahan hanya boleh dibuat SELEPAS 5 tahun bekerja!!! Jika nak beli juga boleh tapi kena buat pinjaman bank, di mana % yang dikenakan lebih tinggi.

Jadi rumah pertamaku HANYA dapat dibeli pada tahun penghujung tahun 1995 dan siap untuk diduduki pada 1997 ...

itulah rumah pertamaku beli dan itulah juga rumah yang kududuki bersama keluargaku sehingga sekarang...

Jika difikirkan semula, ada hikmahnya disebalik itu. Jika saya dapat membeli lebih awal, mungkin saya akan beli di tempat lain, sedangkan rumah yang saya duduki sekarang SANGAT strategik tempatnya. Kemudahan yang diperlukan semuanya dalam jarak perjalanan dan masa yang sesuai, begitu juga dengan jarak ke tempat kerja, hanya 5 minit perjalanan...(ini adalah antara ciri-ciri yang saya cari apabila hendak membeli rumah, iaitu dekat dengan tempat kerja. Kerana saya tidak mahu menghabiskan masa yang lama dalam perjalanan pergi dan balik kerja) DAN yang paling utama saya tidak mahu terlibat dalam JAM ...

Alhamdulillah..sesungguhnya Allah itulah sebaik-baik perancang..
 

Berita Gembira!!!

Dengar berita kul 8:00 malam tadi... 

dia kata: Berita GEMBIRA BAGI PENJAWAT AWAM WANITA! 

huhuhu..

Apa dia?

CUTI BERSALIN = 90 HARI!!!

Tapiiiiiiiii....

Saya dah tak boleh ambil ..!!! sebab apa?

Dah terlebih layak!
hehehehe...

tak apalah .. bagi can lah pada ibu-ibu junior ni ...

Thursday, October 14, 2010

Bajet 2011

Hari ini Bajet 2011 akan dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Umumnya rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti apakah topik yang bakal dibentangkan terutama berkaitan pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar. 

Sambil menyifatkannya sebagai ‘bajet oleh rakyat’, Perdana Menteri berkata, lebih 1,000 pandangan untuk Bajet 2011 diperoleh dalam tempoh kurang dua minggu menerusi laman blognya.(tahukan anda semua bahawa PM kita ada blog juga? )

“Ada juga permintaan untuk peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin,” katanya lagi.
“Saya sendiri membaca semua pandangan ini dan mengemukakan sebahagian besar daripadanya kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian lanjut dan kemungkinan menggabungkannya dalam bajet atau program kerajaan yang lain.
“Malah, pejabat saya dan saya sendiri mengkaji pandangan ini dan merancang untuk meneliti dengan lebih mendalam cadangan yang berdaya maju untuk dilaksanakan, tanpa mengira sama ada dimasukkan ke dalam Belanjawan atau pun tidak,” katanya.

Apakah matlamat bajet 2011 ini?
 Matlamat bajet ini adalah untuk menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
 
ok..jom tunggu petang ini !

(tapi bagi kebanyakan rakyat marhaen, adakah anda mengambil kesah berkenaan bajet ini? Saya pernah mendengar beberapa orang berkata, "alaaa...apapun yang dibentang, hidup kita macam ni jugak, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Wallahu'alam ) 

Gambar Belangkas