Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

JARUM KELUAR DARI TUBUH PESAKIT


Seorang doktor di daerah Bihar (INDIA) bingung dengan keadaan dialami seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mengeluarkan jarum dari beberapa anggota badannya sehingga menyebabkan dia terlantar kesakitan.


Doktor Ashok Kumar yang membuat pemeriksaan awal terhadap mangsa berkata, “Kami tidak tahu bagaimana jarum itu boleh dibuat dalam badan mangsa, namun sekilas pandang nampaknya seperti jarum berkenaan dimasukkan ke badannya atau dia sendiri menelannya.

“Kes ini memang pelik namun kami hanya boleh mendapat lebih banyak jawapan selepas menjalankan pemeriksaan penuh terhadapnya,” katanya. 

Anggota keluarga mangsa, Jyoti Kumar berkata, setakat ini 20 jarum berukuran empat hingga lapan sentimeter (cm) keluar dari badannya sejak tiga tahun lalu.

Jarum yang dapat dilihat akan mula keluar dari badannya selepas 10 hingga 15 hari. 
Menurut keluarga Jyoti, jarum-jarum kini tersangkut pada tekaknya menyebabkan mangsa sukar untuk makan.

Namun dari segi fakta pengkaji paranormal, mangsa kemungkinan besar terkena sihir.Melalui fikiran logik pula mustahil bagi mangsa untuk menelan benda tajam seperti jarum yang berkuantiti banyak semata-mata untuk di masukan kedalam badan sendiri.

Saturday, November 10, 2012

IJN

Semalam selepas Majlis Ihtifal di SRI Hira; ...ingat nak terus pergi Institut Jantung Negara (IJN) melawat abang ipar saya yang dimasukkan ke situ... tapi sampai rumah dan buat kerja sikit tengok jam dah pukul satu... terus telefon kakak tanya waktu melawat tengahari sampai pukul berapa ... kakak beritahu sampai pukul 2... tengok ajm dah pukul satu, sempat ke nak sampai KL tu sebelum pukul 2? sudahlah musim hujan sekarang, KL mesti jam ....
Kemudian tanya kakak waktu melawat sebelah petang pukul berapa pula? kakak bagitau dari pukul 4 ptg hingga pukul 8 malam ...
jadi ambil keputusan pergi sebelah petang ...
lebih kurang pukul 3 petang kami pun bertolak lah dari Shah Alam ...nak lalujalan mana ya? sebab hujan sudah mula turun ... nak lalu Federal Highway ke nak lalu NKVE? Akhirnya anak kedua , Zaid ambil keputusan lalu NKVE.... Alhamdulillah trafik nampak taklah heavy sangat...berjalan lancar ajer. Tetapi bila nak masuk jalan Duta ...ya Allah ....trafik sudak mula perlahan ..akhirnya ada ketikanya berhenti terus ... merangkak juga hendak lepaskan 4 km nak sampai tol Jalan Duta ...rupa-rupanya ada kemalangan ..patutlah ..
lepas sahaja tol, trafik sudah mulalancar kembali ..Alhamdulillah ...
akhirnya sampai juga ke IJN ...ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke IJN ...segala-galanya berkenaan JANTUNG di sini....takut pun ada juga ..mengingatkan diri ini agar menjaga pemakanan ..demi jantung yang ibarat nyawa kita itu ... bayangkan jika jantung kita berhenti berfungsi ...??? 
Jantung adalah satu organ yang sangat penting dalam badan kita...tugasnya mengepam darah ke seluruh badan kita ...membekalkan bersama oksigen ke bahagian tubuh yang lain...
Ia ibarat CPU kepada sebuah komputer, jika CPU tidak berfungsi, komputer itu juga sudah tidak boleh berfungsi ...
 (gambar ehsan Mr Google)

 Statistik di Malaysia dan di seluruh dunia juga menyatakan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh no satu dan bilangan kes sakit jantung meningkat tahun demi tahun...
Kita tahu pelbagai kaedah dan cara rawatan sakit jantung secara saintifik dan moden, tetapi Bagaimanakah rawatan penyakit jantung secara holistik? 
 Pencarian di Mr Google menemukan saya ke satu blog (di sini) yang menerangkan rawatan sakit jantung secara holistik ini...

(anda boleh klik di link tersebut atau saya salin di sini sedikit)

'Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan rahmat bagi orang yang beriman'-QS Al-Israk:82.

Cara Pengamalan

1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'

2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3) Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)

4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali)

5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali)

6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-

لَوۡ اَنۡزَلۡنَا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيۡتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنۡ خَشۡيَةِ اللّٰهِ‌ؕ وَتِلۡكَ الۡاَمۡثَالُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُوۡنَ‏


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ ۚ عٰلِمُ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ‌ ۚ هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ‏ ﴿۲۲


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ۚ اَلۡمَلِكُ الۡقُدُّوۡسُ السَّلٰمُ الۡمُؤۡمِنُ الۡمُهَيۡمِنُ الۡعَزِيۡزُ الۡجَـبَّارُ الۡمُتَكَبِّرُ‌ؕ سُبۡحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشۡرِكُوۡنَ‏ ﴿۲۳


هُوَ اللّٰهُ الۡخَـالِـقُ الۡبَارِئُ الۡمُصَوِّرُ‌ لَـهُ الۡاَسۡمَآءُ الۡحُسۡنٰى‌ؕ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ‌ۚ وَهُوَ الۡعَزِيۡزُ الۡحَكِيۡمُ‏

(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23)

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) .

Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)


Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.

7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca

8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.

Nota: Teruskan mengambil ubat-ubat yang sedang anda makan. Jangan ditinggalkan, kecuali selepas dinasihatkan oleh doktor anda!

Monday, August 27, 2012

capit

assalammualaikum..

hari ni kaki saya sakit.. sampai jalan pun capit. sebelum ni memang ada sakit, tapi tak la sampai jalan pun susah, sengal-sengal je.. risau punya pasal, saya gi hospital. takut la kot-kot-kot-kot gaut. sebab seminggu ni saya makan udang, sotong dan tomato. tomato cherry cameron sangat manis dan fresh okey!! saya makan macam kacang!!

masa kat kaunter, petugas tu tanya:

1. kerja kat mana?
2. tetap?
3. belajar sampai mana?

soalan ke 4 baru dia tanya sakit apa.

heemm.....

saya tahu semua maklumat tu sebagai rekod sekiranya saya ditahan di hospital. tapi tak payah la tanya kat kaunter pendaftaran, rasa macam tak sesuai je.

ini cuma pendapat saya.

mereka yang menggubal @ menentukan dimana soalan itu perlu ditanya adalah lebih pakar.

:)

malas pulak nak taip..okeylah
saya dapat MC hari ni, so saya nak berehat.



















lupa nak bagitau, doc cakap bukan gaut dan bukan sakit sendi @ tulang.
alhamdulilah..

nota:hujan tengah turun dan saya perlu berehat **selimut jangan tak selimut! bagi yang sedang bekerja, selamat bekerja.



Monday, May 7, 2012

Koyak Wang Kertas Bernilai 50,000 yuan (RM24,000)

Koyak Wang Kertas Bernilai 50,000 yuan (RM24,000)

Koyak Wang Kertas Bernilai 50,000 yuan (RM24,000)

China – 12 pekerja sebuah bank menghabiskan masa selama enam jam untuk menyambung semula kepingan kecil wang kertas bernilai kira-kira 50,000 yuan (RM24,000) yang dikoyak oleh seorang wanita sakit mental.
Namun selepas berjam-jam berhempas pulas, mereka hanya mampu menyambung sekeping sahaja wang kertas 100 yuan.
Ini kerana wang berkenaan yang dibawa oleh suami wanita tersebut, Lin Zhaoqiang, 31, rosak teruk dan sukar disambungkan semula.
Lin telah mengeluarkan wang berkenaan daripada bank untuk digunakan bagi rawatan penyakit mental yang dialami oleh isterinya itu.

Namun pada suatu hari, selepas pulang dari kerja, dia terkejut selepas mendapati isterinnya telah mengoyak semua wang kertas itu menjadi kepingan kecil.
“Menurut doktor, jika isteri saya menjalani rawatan, penyakitnya itu boleh sembuh, namun kini semua wang itu telah musnah,’’ kata Lin yang telah berhenti kerja bagi membolehkannya menjaga isterinya yang sakit.
Selepas kisahnya itu disiarkan media, Lin menerima simpati seluruh negara malah ada ahli perniagaan yang sanggup membayar nilai wang yang rosak itu.
Sementara seorang pelajar komputer sains pula sedia membantu menyambung semula kepingan wang berkenaan melalui teknologi komputer.
Namun ia mungkin akan mengambil masa selama sebulan manakala seorang artis pula mencadangkan supaya kepingan kecil wang berkenaan dijadikan hasil seni.
Bagaimanapun seorang peguam memberi amaran, tindakan tersebut melanggar undang-undang kerana matawang China tidak boleh dijadikan sebagai produk komersial.

Monday, March 14, 2011

Angin Ahmar - Siri 2

sambungan dari entri lepas: 

Perkembangan seterusnya dikisahkan bahawa pada suatu hari cucu Rasulullah SAW ditimpa satu penyakit yang menyebabkan darah keluar dari rongganya.  Kemudian Malaikat Jibril turun dan memberitahu kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Saidina Hasan telah terkena penyakit angin ahmar.  Lalu baginda Rasulullah SAW menanyakan kepadanya adakah ubat penawarnya.  Jibril pun menjawab bahawa angin ahmar itu ada ubat penawarnya dan tidak lama kemudian iapun menghilang.

Sebentar kemudian Jibril datang kembali dengan memberitahukan kepada Baginda SAW bahawa Allah SWT telahpun mengurniakan doa yang sangat mustajab.  Bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali dalam seumur hidup. Seterusnya Nabi Muhammad SAW membaca satu doa yang dibawa oleh Jibril itu dan dibacakan kepada Hasan r.a. dan tidak berapa lama sembuhlah beliau dari penyakit di atas. Dari peristiwa tersebut Baginda SAW mengajarkan do'a itu kepada para sahabat dan mengarahkan agar mereka yang ada menyampaikan do'a itu kepada sahabat yang lain yang tidak hadir pada kesempatan itu.  Perkembangan seterusnya do'a tersebut diajarkan dari generasi ke geenrasi berikutnya sehinggalah sampai kepada zaman kita sekaran  .

Orang yang terkena penyakit angin ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan bacaan do'a ini seberapa yang kerap terutama setelah selesai solat fardhu. Bagaimanapun syarat utama bagi orang yang mengamalkan do'a ini adalah keyakinan hati yang sangat tinggi terhadap kemustajaban do'a yang dibacanya bahawa Allah SWT tiada menurunkan sebarang penyakit melainkan Dia SWT akan memberikan ubat penawarnya pula

Saturday, March 12, 2011

Angin Ahmar - Siri 1

Tiba-tiba dapat tahu, pembantu rumah sahabatku dah tak boleh buat kerja rumah lagi..sebabnya? kerana semasa dia sedang membuat kerja, tiba-tiba tangan sebelah kanannya tak berasa apa-apa...rasa ringan dan melayang aje...terus dia dah tak rasa apa-apa...
Selepas berjumpa doktor dan buat pemeriksaan, tekanan darah tinggi dia sangat tinggi sehingga mencecah 200...mmg sangat tinggi! Erti kata lain, beliau kena 'mild stroke'!
Lalu semasa kami mengadakan majlis usrah semalam, kami sama-sama turut membacakan doa penyembuh penyakit Angin Ahmar...namun saya baru mengetahui sejarah angin ahmar ini...

(rujukan: Abu Mazaya Al-Hafiz, 2008)
Sesungguhnya penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarah tersendiri. Ia telah ada sejak zaman baginda Nabi Sulaiman a.s. Awal kisahnya adalah ketika baginda Nabi SUlaiman a.s. mengumpulkan segenap rakyatnya dari segala jenis bermula dari bangsa jin, manusia, haiwan dan makhluk halus yang lain maka secara tanpa disedari beliau berasa bangga atau 'ujub diri'.  Dalam lintasan fikiran dan hati kecilnya tersirat satu kenyataan.  "Siapakah makhluk Allah SWT yang enggan tunduk dan taat kepadanya?"
Seketika itu juga menjelmalah satu makhluk Alah SWT seperti lembaga manusia, yang besar, gagah, hebat dan garang. Nabi Sulaiman dengan serta-merta terkejut dan menggeletar, lalu bertanya kepada lembaga tersebut tentang siapa dia dan untuk apa ia datang. Lembaga itupun memperkenalkan dirinya bahawa namanya adalah al-Raihul al-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu suatu penyakit yang amat merbahaya dan susah untuk diubati. Katanya juga ia diberi satu kuasa oleh Allah SWT untuk mendatangkan kesakitan kepada anak-cucu Nabi Adam a.s. termasuklah mampu merasuk ke dalam tubuhnya melalui urat saraf dan aliran darah. Sekiranya ia bersarang di dalam otak ia juga boleh menyebabkan hilang akal dan gila.
Tanpa membuang waktu Nabi Sulaiman a.s. segera menitahkan kepada seluruh panglimanya untuk membunuh dan membinasakan lembaga tersebut. Malangnya lembaga tersebut segera menghilang sambil berkata bahawa tiada sesiapa yang akan dapat membunuh dan membinasakannya dan bahawa Allah SWT telah memberikannya kuasa kepada dirinya dan memanjangan umurnya sehingga batas waktu yang telah ditetapkan kelak. Dengan demikian Angin Ahmar tetap masih ada sampai sekarang.

...... (bersambung ke Siri 2)

Rujukan: Abu Mazaya Al-Hafiz, 2008. Doa Penyembuh Penyakit Angin Ahmar. Al-Hidayah, pp. 14-17.

Wednesday, March 2, 2011

Simpul Biawak

Pernahkah anda mendengar istilah ini: Simpul Biawak? Semasa saya kecil pernah mendengar ibu berkata 'Simpul Biawak'...waktu itu saya tidak pasti apa yang ibu perkatakan...apabila bertanya kepada ibu, ibu pun memberi penerangan. Namun dalam hati tertanya-tanya, "Apa kena-mengena 'biawak' dengan sakit itu?" Adakah keadaan biawak 'tersimpul' sama seperti keadaan urat kaki kita yang seakan-akan tersimpul semasa mengalami sakit tersebut??? 

Sepanjang saya mengandung sebanyak 9 kali, tak pernah sekali pun saya kena 'SImpul Biawak' ini... selalunya mereka mengatakan kebarangkalian orang mengandung hendak mendapat sakit ini adalah tinggi... tetapi malam semalam semasa sedang tidur, tiba-tiba saya merasa sangat kejang di betis saya, memang terasa seperti urat kaki tersimpul...sakitnya bukan kepalang...saya tiba-tiba terjerit mengadoi kesakitan... Alhamdulillah cik abang ada kat sebelah...terkejut dia terus bangun dan buat apa yang sepatutnya, tinggikan kaki dan tegakkan tapak kaki dan tolak ke arah badan kita...sangat-sangat menolong..sekejap saya dah baik semula...
Masih mencari bagaimana orang-orang tua dahulu mengaitkan 'biawak' dengan sakit ini.... ada sesiapa yang tahu?

Gambar Belangkas