Showing posts with label Muzium di Perak. Show all posts
Showing posts with label Muzium di Perak. Show all posts

Sunday, March 30, 2014

Muzium Perak, Taiping

_________________________________________________________________________________

Haghi Sabtu yang lepas (29/03/2014)....
masa tu awok udah kebah demam....
dan dalam perjalanan balik ke Ipoh masa tu...
awok sefamili singgah ke Muzium Perak yang terletak di Taiping.....

kalo kome nak tau lebih lanjut pasei Muzium Perak, Taiping  ni..... 
kome boleh ke sini ....dan jugak ke sini ....
sebab apa ..... kalo kome udah klik link yang awok bagi kat atas ni...
awok tak payah dah ceghite sejarah Muzium ni....

sejarahnya panjang..... daghi 1883 lagi....
kebetulan masa awok ke Muzium Perak, Taiping baghu ni...
deme udah mula bukak Muzium ni untuk kunjungan awam pada waktu malam.....
sehingga pukoi 10.00 malam.....
kalo ikut rancangan deme....
Muzium ni akan dibuka pada waktu malam pada setiap Haghi Sabtu minggu terakhir setiap bulan...
tapi jika mendapat sambutan....
mungkin akan dilanjutkan ataupun di tambah hari lawatannya.....

masa awok melawat Muzium Perak, Taiping ni.....
deme sedang membuat pameran 130tahun Muzium Perak, Taiping......
ape lagi....
pada yang berkesempatan pergilah melawat Muzium Perak, Taiping.....





Murah je tiket masuk nya...
RM2.00 untuk dewasa......
Kanak2 dengan myKid percuma.....
di Muzium Perak, Taiping ni juga ada disediakan Wifi secaghe percuma.....
dan kita juga dibenarkan untuk mengambil gambo di dalam muzium....
tak macam sebelum ni..... jangan haghap le... nak dapat tangkap gambo...





Gambo2 Muzium Perak, Taiping bermula dari tahun 1890 an ....
sehingga yang terkini.....







Awok nak tunjukkan bangunan tambahan di Muzium Perak, Taiping yang dibina pada tahun 1900


Tandas yang selesa dan bersih



Anak dara awok....
beriya-riya dia menangkap gambo...

Thursday, March 20, 2014

Muzium Pendidikan Nasional, Tanjung Malim

Senarai Muzium Sebelum ini :-
Muzium Beruas
Muzium Geologi Ipoh
Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta, Kampar
Muzium Gopeng
Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
________________________________________________________________________________

Muzium Pendidikan Nasional yang terletak di Tanjung Malim...
merupakan sebuah muzium yang dikelola oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris...
tak susah kome nak cari....
sebabnya Muzium ni betoi2 terletak dalam kawasan UPSI.....

lecehnye... kome kene mengadap Pak Gad dulu...
baghu le bulih masuk ke dalam ni....
tapi takpe... kome kabo je nak melawat Muzium...
Insyallah lepas...

tapi kalo kome nak datang dalam kumpulan yang ramai....
kome digalakkan menuklis sedikit surat kepada Pengarah Muzium ni....
bukan apa...
sekughang2 nye nanti ada pegawai yang boleh memberi sedikit penerangan nanti semasa lawatan kumpulan kome tu...

oh yea... Muzium Pendidikan Nasional ni dibuka daghi pukoi 9.00 pagi sehingga ke 4.00 petang setiap hari....
tiada caj atau bayaran dikenakan untuk masuk ke sini....
kalo kome nak tengok balik buku Bahasa Melayu ato matapelajaran lain masa kome darjah satu dulu...
Insyallah kome akan jumpe kat sini....

selain tu Muzium ni juga dihias mengikut tema...
dan tema ni kebiasaanya akan bertahan di Muzium Pendidikan Nasional ni untuk tempoh 3  - 4 bulan...
kebetulan masa lawatan awok ni...
temanya ialah pakaian tradisional setiap negeri......
kome agak le kan.... sape le yang menghias muzium ni???
jangan lupa... Muzium ni dalam kawasan UPSI....
deme guna le pelajar UPSI yang ada .....
kekekek....jimat belanja....

dikabokan jugak.....
bermula daghi bulan depan deme akan bertuko tema...
tema pameran akan datang adalah berkaitan dengan Profesor Awang Had Salleh...
sape dia tu??? kome caghi le sendighi.... hihkhihkhihk.....
kat bawah ni awok letak sedikit gambonya...
kang letak banyak kang...
kome tak nak pergi melawat pulak....


Bangunan Muzium Pendidikan Nasional


Kawasan dalam Muzium...








Monday, March 17, 2014

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar....
merupakan galeri yang mempamerkan koleksi Tuanku selama ini....
galeri ini dibahagikan kepada 2 seksyen....
disebelah kiri merupakan barangan koleksi tuanku yang bersaiz kecil..
sementara galeri di sebelah kanan merupakan barangan koleksi tuanku yang bersaiz besar seperti kereta...

Mudah nak kesini...
pada yang berada di lebuhraya PLUS...
kome susur keluo ke Kuala Kangsar....
dan perhatikan papan tanda menuju ke Bandar Kuala Kangsar...

senang cerita ...
keluo je dari highway tu...... kome ambik ke kanan...
dan terus jeeee....... sampai di roundbout tengah2 Bandar Kuala Kangsar...
pun kome terus je......
kome dalam perjalanan ke Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar...
kome perhatikan disebelah kanan kome....
Insyallah akan jumpa.....

Dibawah ini awok sertakan caption yang awok dapat dari website Majlis Perbandaran Kuala Kangsar...














Map data ©2014 Google, MapIT
Map
Satellite

:
Galeri Sultan Azlan Shah : Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Telefon : 05 - 777 5362
Faks : 05-777 4957
Email : gsas@perak.gov.my
website : http://gsas.perak.gov.my (lupa kan le niat kome.... laman web deme tengah naiktaraf).

"Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.
Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak"

Sementara gambo2 dibawah adalah koleksi peribadi awok semasa membawa pelancong dari luo ke Kuala Kangsar sebelum ini...
dan yang tak semapt awok nak up kan entri nye sebelum ni.....
awok kumpoikan sekali......
Beso tempat ni kome....


Kalo kome ada le Labu Sayong beso ni...
takde masalah catuan air kat tempat kome...
ye le... kome udah nyimpan air siap2......

Masa ni awok membawa rombongan keretapi E & O yang singgah di Kuala Kangsar....
golongan ekspatriat yang kebanyaknya bermastautin di Singapura  dan Hong Kong.....

Antara koleksi tuanku yang disini.....
di galeri yang ni awok berani le tangkap gambo...
kalo di galeri yang satu lagi tu...
awok tak berani...... 





Monday, February 24, 2014

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

Kalo semalam kita udah ke Muzium Gopeng...
kali ni kita ke Daerah Kampar pulak...
oh yea Kampar ni merupakan daerah terbaru di Perak..
daerah yang kesepuluh....

Perak dengan Bijih Timah ni memang tak dapat dipisahkan...
tambah2 lagi kalo di Lembah Kinta...
Kampar yang terletak di dalam Lembah Kinta pun tak terkecuali...
dan kewujudan Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta ni ...

yang awok rasa ramai yang tak tau kan???..
even awok pun baghu tau sebenonye...
sebabnye awok ingatkan Muzium ni sama dengan Warisan Kapal Korek di Tanjung Tualang, Batu Gajah....
macam gambo kat bawah ni...

Warisan Kapal Korek Biji TImah di Tanjung Tualang yang takde kena mengena dengan entri awok kali ni...

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta ni terletak berhampiran dengan Grand Kampar Hotel.....
dan diusahakan oleh Malaysia Smelting Corporation...
dan tiada tiket masuk yang dikenakan...
waktu beroperasi nye macam gambo kat bawah ni....



Disini....
Kome boleh tengok caghe macam mana Bijih Timah tu dicaghi....
sama ada secaghe mendulang..... tekanan air.. 
serta peralatan yang digunakan.....
semua caghe ditunjukkan balik di Muzium ni....
malahan mesin2 beso yang digunakan pun dipamerkan disini (kecuali  kapal korek)....
apelagi ..moh kite layan gambo macam biasa....

















Gambar Belangkas