Showing posts with label zombie. Show all posts
Showing posts with label zombie. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

FILEM TERBARU MR. VAMPIRE VERSI MALAYSIA?


Sudah bergelar penyampai radio dan pengulas sukan, Kieran kini melebarkan langkah dalam bidang lakonan pula menerusi filem Zombie vs The Lucky Exorcist arahan Jaguar Lim yang mula ditayangkan hari ini.


Menerusi filem genre komedi aksi kungfu ini, Kieran membawakan watak bomoh bernama Osman yang berlawan dengan Zombi yang menyerang sebuah kampung.

Saya memang suka filem kungfu dan waktu kecil dulu suka juga layan filem Cina. Tak sangka tiba-tiba datang pula tawaran untuk berlakon filem Cina tempatan. Saya memang tak pernah terfikir nak berlakon filem Cina.

Saya terima tawaran ini kerana wataknya yang tak berat. Jaguar hubungi saya dan seterusnya saya diberikan skrip. Saya juga diberitahu pelakon Hong Kong, Bobby Yip dan Hidy Yu turut berlakon sekali gus membuatkan saya lagi bersemangat,” katanya.

Kieran berkata, dia pernah didatangi tawaran lain, tapi terpaksa menolak kerana terikat dengan kerjayanya sebelum ini sebagai penyampai radio di Hot FM.

Agak susah kerana saya bekerja pada waktu petang dan penerbit sukar membuat jadual. Tapi Jaguar Lim sanggup buat penjadualan dan tak ganggu masa bekerja saya. Bahkan dia sanggup ikut kesesuaian masa saya untuk penggambaran.

Saya pun tak sukar nak bawa watak Osman kerana dah tahu karakter bagaimana yang dikehendaki pengarah, sekali gus memudahkan saya berlakon. Menariknya, saya juga bertutur beberapa dialog bahasa Mandarin dalam filem ini,” katanya.

Menurutnya lagi, penggambaran filem ini dibuat dua tahun lalu ketika bulan Ramadan dan baru sekarang ditayangkan.

Ia bukanlah filem pertama lakonan Kieran kerana sebelumnya dia sudah berlakon filem berjudul Kantoi.

Saya pun tak tahu perkembangan filem ini, tapi saya sekarang terfikir nak serius berlakon sekiranya ada tawaran. Tambahan lagi saya dah tak terikat dengan tugas sebagai penyampai radio dan hanya bekerja secara sambilan dengan Sinar FM setiap Sabtu.

Sekiranya ada penerbit yang tawarkan peluang berlakon, tak salah untuk saya mencuba. Secara peribadi saya dikenali dengan karakter keras, jadi tentunya saya sukakan watak antagonis seperti gangster dan mafia kerana lebih mudah dihayati, katanya.

Fokus pada perniagaan
Selain bertugas secara sambilan di Sinar FM, Kieran juga selesa dengan perniagaan sejuk Kieransfoodproducts sejak 8 Oktober tahun lalu.Dia gembira kerana sambutan yang diterima semakin hari semakin menggalakkan.

Saya lebih senang menjual secara online atau menerusi pengedar kerana setakat ini saya belum ada kedai tetap. Ejen pengedar saya kini berkembang di Alor Setar dan Johor Bahru dan saya menyasarkan banyak lagi kawasan akan dimasuki nanti.

Sebenarnya bukan mudah terbabit dengan perniagaan kerana saya perlu fokus dan banyak habiskan masa di sini. Saya lebih senang pasarkan produk sendiri dan bukan ambil barang orang kemudian labelkan dengan jenama saya, katanya.

Biarpun sibuk, Kieran tetap bersyukur kerana bidang ini memberikan lebih banyak masanya untuk bersama dua anaknya, Muhammad Adam, 6, dan Muhammad Iman, 4, serta ibunya, Kamariah Akbar Ali, 60.

TRAILER Zombie vs The Lucky Exorcist

Thursday, December 11, 2014

REC. 4 APOCALYPSE 2014



Plot
Survivors of a strange contagion which turns humans into ghouls find themselves aboard a ship where a doctor is trying to isolate the source of the outbreak.Torrent

TRAILER!!

Sunday, October 12, 2014

CETUSAN FENOMENA "THE WALKING DEAD" SEASON 5


Di angkat ke drama siri pula, jika secara kasar tidak banyak boleh diolah mengenai kisah zombie yang dipenuhi adegan bunuh membunuh dan suspens. Popular sejak dulu, bagaimanapun kisah zombie barangkali sekarang tidak lagi terlalu mengujakan penonton.

Bagaimanapun, The Walking Dead (TWD) mencetuskan gelombang tersendiri yang jelas setiap musim mengumpul semakin ramai pengikut. Tidak dinafikan, drama itu ada keistimewaan sehingga peminat tegar tidak sabar melihat apa berlaku pada episod seterusnya.


Ura-ura sebelum ini yang mengatakan siri itu bakal dihentikan pula, apatah lagi awal dulu pengikutnya tidak seramai sekarang jelas tidak akan berlaku. Bahkan, permintaan semakin tinggi menuntut produksinya mencari formula terbaik menjadikan ia kekal relevan untuk diikuti.

Sekian lama menanti, musim kelima TWD akhirnya bakal memulakan tayangan episod pertamanya hari ini, jam 9 malam di saluran FOX (Astro 710) yang tentu sekali menjawab pelbagai persoalan pada musim sebelumnya. Terkandas di Terminus dan menjadi tawanan, apakah nasib kumpulan Rick (Andrew Lincoln) pada musim ini?

Semestinya sangat mendebarkan, apatah lagi bukan saja perlu berhadapan ancaman zombie, musim lalu Rick dan rakan-rakannya terpaksa mengenepikan rasa belas kasihan mereka. Kekejaman memaksa mereka untuk turut membunuh sesiapa juga yang mendatangkan ancaman termasuklah manusia.

Bukan itu saja, mereka yang mulanya bergerak secara kumpulan dan saling bersatu walau apa juga ancaman mendatang dihambat dugaan besar selepas masing-masing terpisah. Terutama buat Rick, dia tidak tahu langsung bagaimana agaknya nasib anak kecilnya, Judith selepas keadaan memaksa mereka berpisah.

Bersempena kembalinya siri itu untuk musim kelima di mana tayangannya di negara ini pada hari sama di Amerika Syarikat hari ini, FOX International Channels (FIC) turut mengadakan sesi pratonton eksklusif kepada media baru-baru ini. Berlangsung di Black Box, Publika, Kuala Lumpur, Rap menjadi yang bertuah menonton episod pembuka musim baru itu.

Ternyata makin hebat dan mendebarkan, banyak khabar gembira nampaknya akan mengisi musim baru berkenaan. Tidak bermakna mereka sudah bebas daripada sebarang ancaman, sebaliknya khabar gembira itu baru permulaan kepada dugaan besar yang bakal dihadapi mereka kelak.

Mana tidaknya, cukup percaya Terminus adalah tempat yang mereka cari-cari selama ini untuk memberikan harapan dapat kehidupan lebih baik, ternyata impian itu sia-sia. Jelas Terminus hanyalah sebuah jerat yang tidak ada bezanya dengan bahaya ancaman zombie di luar sana.

Episod penutup musim keempat lalu meninggalkan penonton dalam keadaan berdebar selepas Rick, Daryl (Norman Reedus), Glenn (Steven Yuen), Maggie (Lauren Cohan), Carl (Chandler Riggs), Michonne (Danai Gurira) dan yang lain dikurung menjadi tawanan tanpa tahu apakah nasib mereka seterusnya.

Yang pasti, mereka tahu mereka sudah membuat kesilapan paling besar kerana mempercayai Terminus adalah rumah perlindungan. Sebaliknya, di situlah pengakhiran sebenar takdir mereka, adakah boleh meneruskan kehidupan atau tidak.

Menerusi episod pertama malam ini, penonton akan menyaksikan beberapa babak gembira, namun tidak kurang babak menyedihkan serta kejutan. Bahkan, nyawa watak-watak penting juga ternyata berada di hujung tanduk yang mana mereka bagaikan sudah tiada harapan untuk hidup.

Paling menarik, selain watak asal yang ada, satu lagi watak di masa silam bakal muncul kembali dan semestinya itu petanda warna cerita TWD bakal berubah lagi. Sesudah Terminus, satu-satunya harapan tinggal adalah mencari dalang di sebalik berubahnya dunia apabila manusia bertukar zombie demi mengakhiri zaman gelap itu.

Banyak persoalan akan turut dirungkai musim ini terutamanya berjayakah mereka menemui penawar yang dicari-cari selama ini? Berjayakah mereka dipersatukan dengan orang tersayang yang terpisah daripada mereka? Nyawa siapakah pula akan jadi taruhan selepas ini?

Pada sesi pratonton itu juga, pihak FOX tidak ketinggalan menghangatkan suasana dengan membawa sebuah tong besar sebagai promosi kepada musim kelima siri itu. Dinamakan 'Terminus, Sanctuary No More', pengunjung Publika tidak ketinggalan boleh merasai sendiri pengalaman diserang zombie.

Bercakap mengenai kembalinya semula siri itu dengan musim baru, Pengarah Pemasaran FIC, Penny Tan menyifatkan TWD kini bukan saja menakluk AS bahkan di Malaysia sendiri pengikutnya sudah cukup membanggakan.

"Kami tentu sekali gembira dapat membawakan musim baru siri ini apatah lagi di AS sendiri TWD menjadi kegilaan dan begitu juga di Malaysia. Tidak ketinggalan, kami serikan acara kali ini dengan replika tong kotainer seperti dalam Terminus itu sendiri bagi pengunjung merasai pengalaman bersama zombie," katanya.

SEASON 5 TRAILER 

Friday, February 12, 2010

Zombie benar-benar wujud?

Costas J. Efthimiou, seorang ahli fizik di University of Central Florida telah mengkaji kisah kematian Wilfred Doricent pada tahun 2006. Wilfred Doricent adalah mayat remaja yang dikuburkan di Haiti. Remaja itu dipercayai muncul semula ke kampungnya selepas setahun dari tarikh kematian dengan gaya seperti seorang zombie yang mengerikan.

Walau bagaimanapun kes kematian ini dianggap berpunca dari keracunan. Kemungkinan Wilfred Efthimiou telah memakan ikan puffer hati yang mampu membuatkan seseorang itu seakan-akan mati walaupun masih hidup pada hakikatnya. Remaja itu telah dikuburkan dalam keadaannya masih hidup!

Menurut DR Costas J. Efthimiou, Wilfred menderita kekurangan oksigen di dalam kuburnya yang menyebabkan otaknya rosak. Setelah penyakit keracunan menjadi reda, Wilfred terbangun dan keluar dari kuburnya dan terus pulang ke rumah.



Dalam pada itu Dr Roger Mallory, seorang ahli saraf di Haiti melakukan scan MRI terhadap otak Wilfred. Beliau berpendapat bahawa otak Wilfred rosak akibat kekurangan oksigen. Berdasarkan kisah ini, ia menunjukkan kejadian zombi yang di rasakan benar kemuwujudannya hanyalah terjadi akibat dari keracunan makanan.

p.s: Kisahnya sama seperti filem 'Zombie Kampung Pisang'??

http://www.csicop.org/si/show/cinema_fiction_vs._physics_reality/
http://dsc.discovery.com/news/2006/10/31/ghosts_hum.html?category=human&guid=20061031090000

Gambar Belangkas