Showing posts with label Pesta Songkhran 2014 Pengkalan Hulu. Show all posts
Showing posts with label Pesta Songkhran 2014 Pengkalan Hulu. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail

Sebagaimana yang awok janjikan .....
awok akan kembali bersiaran pada hari Selasa ni...

Alhamdulillah...
awok baru sahaja menjelajah daerah kecil Pengkalan Hulu yang terletak di Daerah Hulu Perak......
program Fam Trip - Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail ini  dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia Pejabat Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Pengkalan Hulu......
bermula dari 12 - 14 April yang lalu...
disertai oleh pihak media, blogger dan agensi pelancongan...
bertujuan untuk menyelongkar keindahan dan kawasan berpontesi untuk pelancongan di Pengkalan Hulu yang berada jauh dipenghujung negeri Perak.....

Sebelum tahun 1909 ....
Pengkalan Hulu adalah sebuah daerah dibawah jajahan Kerajaan Reman dari Siam....
hanya pada tahun 1909 barulah Pengkalan Hulu ataupun nama lamanya Kroh diserahkan kepada Kerajaan Negeri Perak pada masa itu....

Untuk makluman kome juga ...
Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh sehingga tahun 1984...
dan dituko oleh Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II)..
kenapa Pengkalan Hulu dikenali sebagi Kroh sebelum 1984 akan awok ceritakan dalam entri awok akan datang......

dibawah awok sertakan dahulu gambo2 untuk tatapan kome...
sebelum entri sebenonya keluar nanti..
errr...awok tak habis pening lagi ni....


Pengkalan Hulu
Singgah makan tengahari di Restoran Tasek Raban, Lenggong pada 12 April 2014...

Pengkalan Hulu
Melawat Lombong Bijih Timah terbesar di Malaysia...

Pengkalan Hulu
Pesta Songkhran di Kg Tasek, Pengkalan Hulu...

Pengkalan Hulu
Batu Sempadan Malaysia - Thailand...
yang berada di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dibahagian Malaysia...
dan di kawasan Betong dibahagian Thailand...

Pengkalan Hulu
Pintu Gerbang masuk ke Thailand...

Pengkalan Hulu
Gua Gendang dan Gua Itik...
Awesome!!!!

Pengkalan Hulu
Antara Blogger dan Media serta Agensi Pelancongan yang terlibat...

Pengkalan Hulu
Gua Gendang!!

Pengkalan Hulu
Bergambar di Pintu Keluar di Gua Gendang!

Pengkalan Hulu
Nasi Buluh Kalatia

Gambar Belangkas