Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Mr Ong

Sempena perayaan Chinese New Year ini, saya teringin menulis satu entri mengenai seorang guru berbangsa Cina di sekolah menengah saya dahulu. Nama beliau ialah Mr Ong Teik Min, tetapi lebih dikenali sebagai Mr Ong sahaja dan kami selalu bahasakan diri beliau "sir".

Beliau mengajar kami mata pelajaran Matematik Tambahan, salah satu mata pelajaran yang paling saya minat...awal 80an.....waktu itu beliau masih muda lagi, mungkin baru sahaja keluar dari maktab perguruan dan terus mengajar di sekolah kami..boleh dikatakan beliau lah guru yang paling kami senangi kerana sentiasa tersenyum sepanjang masa (walaupun kadang-kala terpaksa melayan kerenah dan kenakalan kami remaja-remaja yang baru meningkat naik). 

Sir sentiasa berpakaian kemas dan bertali-leher, yang paling kami geli hati ialah tali-leher sir semuanya besar-besar ..berbanding badan sir yang kurus itu..

Peristiwa yang paling kami tidak boleh lupa ialah sewaktu hendak menyambut Hari Guru, kami satu kelas sudah mengumpulkan wang untuk membeli hadiah-hadiah buat guru-guru kesayangan kami, tetapi untuk sir, kami buntu tidak tahu hendak membelikan hadiah apa... akhirnya salah seorang dari kami memberi cadangan agar suruh sir beli sendiri aje... tapi bagaimana kami nak cakap??? Akhirnya kami mendapat idea..
Nak tahu tak......?

Kami beritahu sir bahawa salah seorang rakan kami nak beli hadiah untuk ayahnya yang akan menyambut harijadi tidak lama lagi...tapi kami tidak boleh keluar sekolah kerana tidak boleh keluar outing minggu tersebut... lalu kami kata,
"Sir, boleh tolong belikan hadiah tak? 
Ayah Minah ni nak sambut birthday tak lama lagi..."
Sir tanya, "Nak beli hadiah apa?"

Kami cakap, " sir belilah hadiah tie (tali leher) .... belilah color apa pun ...ikut citarasa sir lah"

Sir pun dengan tersenyum menganggukkan kepala...

Beberapa hari selepas itu, Sir pun masuk ke kelas kami sambil membawa sebuah kotak ..
lalu kami semua meluru lah ke depan ..tak sabar-sabar nak tengok tie yang sir beli...
dalam hati masing-masing dah agak ..mesti tie besarrrrrr punya!

Yes! betul....lalu sir pun panggil lah Minah tadi...nak bagi tie tersebut...lalu ketua kelas pun segera cakap ...
"Sir...sir....SELAMAT HARI GURU SIR!" 
"Tie tu hadiah dari kami untuk sir!"

Sir pun dengan muka terkejut sekejap, tapi lepas tu terus tersenyum simpul...
lalu ucapkan terimakasih kepada kami...

**********************
Bulan lepas bila saya buka website sekolah saya itu, terkejut juga baca berita yang tertulis...
rupanya Sir Ong sudah bersara pada November 2010 yang lalu... 
ada gambar Sir Ong ...masih seperti dahulu..cuma sudah lebih berisi dari dahulu...
masih lagi tersenyum seperti dahulu...

Dari mula ia berkhidmat sebagai guru  sehinggalah bersara pun di sekolah saya itu, satu catatan sejarah hanya sebuah sekolah sahaja sepanjang beliau bergelar guru selama 31 tahun!!!

Gambar Belangkas