Showing posts with label Masjid Muhammadiah Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Masjid Muhammadiah Ipoh. Show all posts

Friday, July 4, 2014

Perak Mosque Trail / Jejak Masjid Perak 2014




Alhamdulillah ....
Semalam bertempat di PORT (Place Of Remarkable Talent) di Ipoh...
telah selamat dilancarkan program Jejak Masjid Perak 2014 / Perak Mosque Trail 2014 ....
Program inisiatif PORT dan Tourism Malaysia Perak ini...
Insyallah akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan ni...

sebanyak 7 buah Masjid (dalam banner kat atas tertera 8 buah masjid) telah dipilih untuk program perintis....
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid India Muslim Ipoh, Masjid Pakistani Ipoh, Masjid Negeri Ipoh, Masjid Paloh Ipoh, Masjid Dato Panglima Kinta Ipoh, Masjid Muhammadiah Ipoh (Masjid Cina Muslim)...
pelbagai program Insyallah akan diatur untuk mengimarahkan Masjid selain dari meraikan Masjid2 yang ada nilai sejarah...
kebanyakan masjid yang dipilih merupakan antara masjid yang berusia lebih dan hampir 100 tahun.....

lebih meriahnya semalam....
sebabnya Majlis Pelancaran ni juga serentak dengan Program Ziarah Ramadan 3 Buraq Oil......
selain itu jugak, semalam Imam dari Syria didatangkan khas untuk mengetuai Solat Tarawikh ....
serta ada persembahan bercirikan Islamik dipersembahkan....

Majlis Pelancaran telah dilakukan oleh YB EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian ....
Dato' Nollee Ashilin Dato Mohamed Radzi bersama-sama dengan Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC) Encik Zul Said, Pengarah Tourism Malaysia Perak Tn Hj Ibrahim Seddiqi Talib dan Pengerusi Buraq Oil Encik Khairul ......
Gambo copy dari FB bro Dino ...
photographer rasmi Program Ziarah Ramadan3 Buraq Oil ...
antara pihak media dengan pihak agensi pelancongan yang hadir....
awok?? macam biasa... menyelit ....hikhihkikh....

Ana Raffali turut sama mengikut program Ziarah Ramadan 3 Buraq Oil ....
Gambo copy dari FB bro Dino ...

Tuesday, July 30, 2013

Masjid Cina Ipoh






Selama ni kite tau pasei Masjid Cina di Kelantan je kan???
di Ipoh pun ade satu Masjid Cina yang dibangunkan oleh MACMA (Persatuan Cina Muslim Malaysia Perak)....
Insyallah akan dirasmikan pada 4 Ogos 2013 bersamaan dengan 26 Ramadan 1434h.....
moge2 Islam akan terus tersebar ke semue ceruk alam...
dan kepada semua bangsa......

P/S: Gambo2 kredit kepada pesbuk Xifu Naser II

Gambar Belangkas