Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

"Saya bukan nak raih simpati"

kisah viral lelaki bawa anak naik motor untuk pulang beraya

"Saya bukan nak raih simpati"|Ini adalah kata-kata yang keluar dari bapa yang kisah mereka menjadi viral baru-baru ini. Rakyat malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan simpati. Aku juga turut sama simpati, tetapi bila aku terbaca kata-kata dari lelaki ini. Terasa sedikit sebak dalam jiwa aku. Yelah, benar juga kata-kata dia, mana-mana ayah dalam dunia ni pun, akan lakukan apa sahaja untuk anak mereka. Dan niat beliau bukanlah untuk meraih simpati sesiapa, hanya untuk mengembirakan anak-anaknya sahaja. Respeks! 

“Tak perlulah susah payah sampai hendak kumpul duit belikan saya kereta kerana bukan niat saya untuk meraih simpati orang ramai dengan cara menunjukkan kesusahan hidup kami empat beranak.

“Saya bukan hendak tolak rezeki, tetapi sejak gambar kami empat beranak menaiki sebuah motosikal ‘kapcai’ dari Sepang ke Pulang Pinang menjadi viral dua minggu lalu, terlalu ramai rakyat Malaysia tampil membantu membuatkan saya rasa bersalah.”

Demikian luahan Ahmad Reza Samsuddin, 38, yang gambarnya menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak lelakinya berusia antara tiga hingga lapan tahun menjadi viral di media sosial sejak kira-kira dua minggu lalu.

Menurut mekanik jalanan itu, dia juga tekejut apabila mendapat tahu ada antara individu di media sosial turut mencadangkan supaya setiap mereka yang simpati terhadapnya menghulurkan sumbangan RM1 seorang untuk dikumpul bagi membelikannya sebuah kereta.

“Bagi saya itu sudah ‘melampau’ kerana penghargaan itu terlalu besar sedangkan saya tidak pernah meminta mereka berbuat demikian walaupun mungkin ia rezeki yang ditentukan Allah.
“Sesiapa saja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya, tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian rakyat yang prihatin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini hari ini.

Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang membonceng motosikal jenis Honda EX5 menjadi viral awal Ramadan lalu ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang sejauh hampir 400 kilometer.
Keadaan motosikal dipenuhi dengan beg pakaian yang diikat pada motosikal sambil anak ketiganya tertidur mengundang pelbagai reaksi pemilik laman sosial yang simpati terhadap kepayahan hidup keluarga berkenaan.

Terbaru, semalam, salah seorang pengguna FB mencadangkan setiap pengguna FB yang ‘like’ gambar berkenaan menyumbang RM1 seorang dan wang berkenaan dikumpul untuk membeli sebuah kereta kepada Ahmad Reza sebagai hadiah pengorbanannya itu.
Ia kemudian mendapat pelbagai reaksi yang menyokong niat murni itu sehingga mendapat lebih 6,300 ‘like’ setakat petang semalam.

Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga seorang duda berkata, dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan selama 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah ibu bapanya di Salak Tinggi, Sepang ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.

“Awal Ramadan lalu, cuma saya dan anak kedua yang tinggal bersama saya di Pulau Pinang, Rafique Danial, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut awal puasa bersama dua lagi anak yang tinggal bersama ibu bapa di sana selepas bercerai dua tahun lalu.

“Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang, sedangkan ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50 saja dan memang sikap saya tidak suka menceritakan kepayahan hidup kepada sesiapa termasuk keluarga,” katanya.

Dalam keadaan terdesak, menurut Ahmad Reza, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segala-galanya kepada kuasa Tuhan untuk melindungi perjalanannya empat beranak daripada sebarang musibah.

“Kami bertolak pada jam 6 pagi selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 buah kenderaan berhenti untuk melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu, namun saya menolaknya secara baik dengan mengatakan itu adalah ujian Allah buat saya.

-Metro

Tuesday, July 14, 2015

Kad raya sudah pupus?

Kad raya sudah pupus?|Fenomena kad raya sudah semakin di lupakan. Jika ada pun, mungkin tidak semeriah dahulu. Kalau dulu, pasti seronok mengumpul kad raya yang di hantar kenalan. Yang kemudiannya, digantung dan dijadikan perhiasaan di pagi raya. Indahnya raya waktu dahulu.

Sekarang, segala macam ucapan hanya melalui media sosial. Lagi hebat jika ianyanya di ucapkan di corong radio dan televisyen. Habis setakat itu sahaja. Tiada kenangan yang boleh di abadikan. Anak-anak kecil lebih kepada gadget yang datangnya daripada ibubapa sendiri. Mereka sendiri kurang pasti apakah sebenarnya hari raya aidilfitri ini.

Mungkin ramai yang ternanti-nanti apakah wayang gambar yang terbaru. Ataupun rancangan menarik di kaca televisyen. Kalau dulunya, aku adik beradik di paksa ikut oleh kedua orang tua aku, ke rumah saudara mara kami. Memang aku sangat memberontak ketika itu. Tapi sekarang aku faham kenapa perlu perkara sedemikian.

Zaman sekarang, semuanya dihujung jari. Tanya kabar melalui media sosial, lihat keadaan saudara mara juga melalui media sosial. Bila mana ramai yang berkumpul? Bila tubuh kaku tidak bernyawa. Waktu itulah baru nak kenal saudara mara. Yang sebelum ini adalah "rakan-rakan" mereka. Hari raya aidilfitrilah yang merupakan hari dimana saudara mara berkumpul. Disinilah harinya kita mengenali antara satu sama lain.

Aku teringat sewaktu aku kecil, yang mana ibu aku meminta aku mencari sekeping kad raya. Yang ingin dihantarkan kepada rakannya nun jauh di sana, sabah. Yang menjadi suatu keseronokan adalah bila rakannya itu, balas semula kad raya ibu aku tu *setahun selepas ibu aku hantar*. Sampai sekarang ibu aku simpan kad raya tu. Bertapa bernilainya kad itu pada beliau. Cuba bayangkan jika yang dihantar itu adalah dalam bentuk mesej di media sosial. Sudah pasti ianya akan di padam kelak. Kan?

Orang-orang muda mungkin dah tak merasa seronoknya raya dengan kad raya ni. Tak keterlaluan untuk aku katakan yang kad raya dah semakin pupus. Mungkin 1 hari nanti, orang dah tak kenal lagi dengan kad raya ni. Dan ianya akan menjadi kenangan sahaja. Hmm

Monday, July 13, 2015

Tolong peka dengan keadaan sekeliling.

Tolong peka dengan keadaan sekeliling|Entry khas untuk rakan-rakan atau anak-anak kecil yang suka main mercun. Tolonglah peka dengan keadaan sekeliling. Malam tadi, dekat kawasan perumahan, bukan dekat area kampung ya. Dekat kawasan perumahan. Ada ke patut main mercun bola depan rumah. Huhuhu.

Anak aku 2 orang kecik lagi. Yang sulung 2 tahun lebih, yang bongsu baru nak masuk 3 tahun. Baru nak tertidur, dah terperanjat. Nak tidurkan semula bukan mudah. Ini semua sebab ada jiran yang langsung tak peka dengan keadaan sekeliling mereka. Nak main mercun, pergilah ke padang bola, ha, dekat situ luas, boleh main dengan puasnya, ini main depan rumah. Duduk dekat pagar, bakar, lepas tu campak depan pagar. Hish!

Yang seronoknya, bila aku keluar nak tengok siapa yang main tu, cepat-cepat anak-anak ini berlari masuk rumah. Tak ada masalahnya kalau main di kawasan kampung *main mercun tu salah sebenarnya* sebab kawasan kampung luas, banyak pokok-pokok, jadinya bunyi yang terhasil kurang kuat jadinya.

Yang jadi masalah kalau main dekat kawasan taman perumahan. Rumah dalam kawasan perumahan ni rapat-rapat. Tak usah cerita pasal pokok-pokok yang ada dalam kawasan perumahan, berapa batang je yang ada. Oleh hal yang demikian, bunyi yang terhasil tersangatlah menyakitkan hati. Huhuhu.

Yang buatkan jadi lebih tak seronok adalah, bila di tegur kang, bermasam muka pula dengan jiran. Aii, lebih baik tegur dari terus buat report polis. Kan? Tolonglah peka sedikit dengan keadaan sekeliling anda. Orang tak marah kalau nak main tu, tapi carilah tempat yang sesuai, bukan main depan rumah. Kan?

Cuti raya aidilfitri semakin dekat, jalan dah mula sesak!

Cuti raya aidilfitri semakin dekat, jalan dah mula sesak!|Orang ramai dah mula berpusu-pusu mencari barang keperluan untuk hari raya aidilfitri 2015 ini. Baju raya, seluar raya, kasut raya, kuih raya, ha, apa lagi raya, semualah. Bila semua orang dah mula keluar, secara automatiknya, jalan raya akan menjadi sangat sesak.

Untuk kawasan negeri melaka sahaja, sekatan jalan raya dari pihak berkuasa dah mula dijalankan. Hampir setiap jalan-jalan utama dijalankan sekatan jalan raya. Ini pada aku menambahkan lagi kesesakkan jalan raya, tetapi sebenarnya sangat berguna di dalam mencari pesalah trafik. 

Manakan tidak, boleh dikatakan perjalanan aku dari telok mas ke alor gajah, ada lebih daripada 4 atau 5 kemalangan jalan raya. Yang aku sendiri tak pasti kondisi mangsa macamana. Kebiasaannya aku akan berhenti tengok, tapi disebabkan anak aku masih kecil, terpaksalah aku teruskan sahaja perjalanan aku.Hmm.

Fokus kepada keadaan sekeliling amat penting ketika musim perayaan ni. Kena bagi 200% tumpuan pada jalan raya. Kadang tu, kita ni pandu elok-elok je, cermat je, tapi ada rakan-rakan pemandu atau penunggang lain *yang mungkin sedikit cuai* menyebabkan perkara yang tidak kita ingini berlaku.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, hari raya aidilfitri akan menjelma. Dan beberapa hari inilah akan menunjukkan peningkatan kenderaan yang sangat mendadak. Sentiasalah berhati-hati di atas jalan raya ya. Jangan esok beli baju cantik-cantik tapi tak boleh pakai sebab kena pakai baju hijau. ye.

Wednesday, July 8, 2015

9 Perkara yang perlu anda syukuri ketika bulan ramadan.

9 Perkara yang perlu anda syukuri ketika bulan ramadan|Bulan ramadan semakin melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar kita dah berada dalam 10 hari terakhir ramadan. Banyak kelebihan yang ada di dalam bulan yang mulia ini. Sedar tak sedar juga, ada 9 perkara yang perlu kita semua syukuri ketika berada di dalam bulan ramadan. Apakah 9 perkara itu?

9 Perkara yang perlu anda syukuri ketika bulan ramadan.

5515

1) Perkara paling utama adalah kita semua masih berpeluang berjumpa dan berada di dalam bulan keberkatan ini. Itu adalah yang paling utama. Kita masih diberi peluang untuk hidup dan sihat. Satu perkara yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Jadi, bersyukurlah.


2) Rezeki yang berlebihan. Ya. Bazaar ramadan hanya muncul pada bulan puasa sahaja. Pelbagai juadah yang biasa kita lihat dan tak pernah kita lihat ada di jual di bazaar ramadan. Kita sepatutnya bersyukur dengan rezeki yang terhidang di hadapan kita. 


3) Punya masa bersama keluarga. Ya. Dibulan ramadan ini, kita akan lebih masa bersama keluarga. Ianya dalam bentuk, makan bersama keluarga. Kita akan berbuka bersama, bersahur bersama. Satu perkara yang agak kurang untuk kita peroleh jika bukan berada di dalam bulan ramadan.

Terlalu banyak perkara yang perlu kita syukuri ketika berada di dalam bulan yang mulia ini. Ayuh! Teruskan bacaan anda di sini : 9 Perkara yang perlu anda syukuri ketika bulan ramadan.

Monday, July 6, 2015

Apakah itu malam lailatul qadar?

Apakah itu malam lailatul qadar?|Pengertian malam lailatul qadar. Mungkin sudah ada yang mengetahui akan malam istimewa ini dan mungkin juga ada yang langsung tidak mengetahuinya. Apakah dia malam lailatul qadar? Kenapa ia menjadi sangat istimewa? Kenapa ianya hanya datang sekali dalam setahun? Semoga perkongsian ini memberi makna kepada anda semua. InsyaAllah.

Pengertian Malam lailatul qadar.

‘Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر‎) adalah suatu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Quran yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Quran dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Saat terjadinya malam lailatul qadar ini tidak pula dinyatakan. Tetapi menurut beberapa hadis, malam lailatul qadar terjadi pada 10 malam terakhir ramadan atau lebih tepat lagi pada malam-malam ganjil. Antara hikmah kenapa malam istimewa ini dirahsiakan adalah supaya seluruh umat islam rajin beribadah sepanjang malam khususnya pada 10 malam terakhir.

“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Apakah tanda-tanda malam lailatul qadar?

Nabi S.A.W pernah menggambarkan beberapa tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang

Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Thursday, June 18, 2015

Pahala setiap malam tarawih

Pahala setiap malam tarawih|Solat tarawih hanya ada pada bulan ramadan. Ianya di tunggu-tunggu oleh seluruh mukminin dan mukminat. Ganjaran bagi mereka yang menunaikan solat tarawih adalah berbeza-beza pada setiap malam. Aku kongsikan di blog ceritaejoy, pahala setiap malam tarawih. Semoga ianya memberi manfaat pada semua. InsyaAllah.

1. Malam Pertama.

Seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.

2. Malam kedua.

Diampunilah dosanya dan dosa kedua orang tuanya jika mereka adalah orang mukmin

3. Malam ketiga

Berteriaklah malaikat dari bawah arasy "Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".

4. Malam keempat.

 Diberi pahala seakan-akan membaca Taurat, Injil, Zabur dan Alquran

5. Malam kelima.

Diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid Madinah dan masjid Al-Aqsa

6. Malam keenam.

Diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir

7. Malam ketujuh

Ia seakan-akan telah mengalami masa Nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman

8. Malam kelapan.

Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.

9. Malam kesembilan.

Seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW

10. Malam kesepuluh.

Dikurnia Allah kebaikan dunia akhirat

11. Malam kesebelas.

Ia keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seperti ia dilahirkan oleh ibunya

12. Malam keduabelas.

Ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama

13. Malam ketigabelas.

Akan tiba dihari kiamat terhindar dari keburukan

14. Malam keempatbelas.

Ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan kerananya ia tidak menghadapi hisab

15. Malam kelimabelas.

Pada malaikat membacakan selawat untuk dia

16. Malam keenambelas.

Allah mencatat kebebasannya dari api neraka

17. Malam ketujuhbelas 

Diberi pahala nabi-nabi

18. Malam kelapanbelas. 

Ia dipanggil oleh malaikat "Hai hamba Allah,ketahuilah bahwa Allah telah meredhai engkau dan meredhai kedua orang tuamu"

19. Malam kesembilanbelas.

Allah mengangkat darjatnya dalam Syurga Firdaus

20. Malam keduapuluh

Diberinya pahala para syuhada dan orang-orang soleh

21. Malam keduapuluh satu

Allah membangunkan baginya sebuah rumah dari cahaya di syurga

22. Malam keduapuluh dua.

Tiba dihari kiamat terhindar dari segala rasa duka dan sesak hati

23. Malam keduapuluh tiga.

Dibangunkan oleh Allah sebuah kota di dalam syurga

24. Malam keduapuluh empat.

Dikabulkan oleh Allah dua puluh empat doa daripadanya

25. Malam keduapuluh lima.

Dibebaskan oleh Allah dari azab dalam kubur

26. Malam keduapuluh enam.

Diberinya pahala 40 tahun

27. Malam keduapuluh tujuh

Ia akan melalui Siratul Mustaqim secepat kilat

28. Malam keduapuluh lapan.

Akan diberinya seribu tingkat di Syurga

29. Malam Keduapuluh sembilan.

Diberi Allah pahala 1000 kali perjalanan haji yang makbul


30. Malam ketigapuluh

Berfirman Allah kepadanya "mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari ir kautsar, Aku tuhanmu dan engkau hambaKu".

Wednesday, June 17, 2015

Perkara yang membatalkan puasa.

Perkara yang membatalkan puasa|Apakah perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seseorang? Adakah ia secara sengaja atau tidak sengaja? Jom kita belajar sama-sama ya. Aku senaraikan 8 perkara yang boleh membatalkan puasa.

1. Makan dan minum dengan sengaja.

Saja-saja je dia nak makan atau minum. Jika ini berlaku, maka puasa mereka secara automatiknya batal. Bagaimana pula dengan keadaan tidak sengaja? Jika secara tidak sengaja, tidak batal puasa mereka. Jika tersedar, janganlah diteruskan makan atau minum itu. Dan jika masih ada lagi makanan di dalam mulut, keluarkanlah makanan itu dan bukannya ditelan terus. Ya.

2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka.

Secara permahaman aku, memasukkan apa sahaja benda ke dalam rongga mulut, hidung, telinga. Jika ini berlaku, maka puasa mereka terbatal dengan sendirinya.

3. Muntah dengan sengaja.

Aii, ada ke yang muntah dengan sengaja? Ya. Ada. Ada di antara kalangan kita, yang memaksa diri mereka untuk muntah. Contoh situasi, jika perut mengalami ketidakselesaan, mereka akan cuba memuntahkan isi kandungan perut mereka. Aku pernah jumpa dengan manusia semacam ini ya. 

4. Keluar haid dan nifas.

Jadual pengeluarannya tidak sama setiap bulan. Jadi, jika dalam proses berpuasa, keluar haid dan nifas, maka puasa mereka akan terbatal dengan sendirinya.

5. Gila.

Tiba-tiba masuk bulan puasa je, jadi gila. Jika perkara ini terjadi,maka puasa mereka akan terbatal. Kalau yang buat-buat gila tu, ha. Sila jangan buat ya, kang kalau gila betul-betul, sendiri mau ingatlah ye.

6. Murtad.

Keluar daripada islam, maka puasa mereka terbatal. Dosa besar bagi mereka yang murtad ya. Jangan main-main dengan hukuman Allah di neraka kelak.

7. Keluar mani dengan sengaja.

Onani. Jika ini berlaku semasa mereka dalam keadaan berpuasa, maka puasa mereka akan terbatal. Onani juga adalah berdosa.

8. Bersetubuh (Siang hari)

Pasangan suami isteri. Jika mereka bersetubuh di siang hari, sewaktu puasa, maka puasa mereka juga akan terbatal dengan sendirinya. Hmm, kenapa tidak di malam hari?

Baiklah, inilah antara perkara-perkara yang membatalkan puasa seseorang itu. Diharap ianya dapat membantu anda. InsyaAllah. Amin.

Niat berpuasa ramadhan dan niat puasa sebulan.

Niat berpuasa ramadhan dan niat puasa sebulan.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Syarat wajib dan sah puasa.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Syarat wajib dan sah puasa|Alhamdulilah, berjumpa lagi kita dengan bulan yang penuh dengan barakah dan bulan yang penuh dengan pahala yang berganda. Dan hari ini, adalah hari pertama puasa. Bila sebut je hari pertama, hampir kebanyakkan orang akan kelihatan mengantuk di awal pagi kerana bangun sahur. Al-maklumlah, mereka sebelum ini "jarang" bangun di awal pagi, cuma dalam bulan puasa ni, ada istimewa sedikit. :)

Baik. Bila sebut je puasa, apakah syarat wajib dan sah berpuasa? Atau tiada langsung syarat? Boleh sahaja puasa dengan apa sahaja keadaan. Sebenarnya ada. Di sini aku cuba kongsikan dalam blog ceritaejoy ini, apakah syarat-syarat itu. Jom belajar sama-sama ya.

Syarat wajib puasa:

1. Islam.

Yang pertama sekali mestilah beragama islam. Apa agama lain tidak boleh berpuasa ke? Boleh kalau mereka ingin turut sama berpuasa, cuma tidaklah wajib bagi mereka untuk berpuasa di bulan ramadan ini. Wajib bagi orang islam sahaja.

2. Baligh.

Akil baligh. Ya. Mestilah akil baligh. Bagi mereka yang tidak memahami apakah maksud akil baligh, bolehlah rujuk di sini : Akil baligh.

3. Berakal.

Apa maksud berakal? Ia bermaksud mereka yang mampu berfikir dengan baik. Macamana pula dengan orang gila? Mereka tidak mampu berfikir dengan baik. Ya! Tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa.

4. Sihat.

Keadaan diri bagi seseorang yang ingin berpuasa adalah mestilah sihat tubuh badan. Jika dengan berpuasa mampu memudaratkan diri mereka, maka tidak wajiblah bagi mereka untuk berpuasa. Tetapi, jika tubuh badan mereka kembali sihat, maka bolehlah digantikan puasa mereka itu. Islamkan indah.

5. Tidak bermusafir.

Musafir ini bermaksud mereka yang melakukan perjalanan yang jauh. Jarak perjalanan itu pula disebut dalam pelbagai bentuk. Ini aku kurang pasti, anda boleh tanyakan dengan guru agama atau ustaz yang berdekatan dengan anda ya. Yang pasti, jika anda tidak bermusafir, anda wajib berpuasa ya.

6. Suci (haid &nifas)

Ini adalah untuk orang perempuan ya. Orang lelaki jangan ada yang sibuk nak mengata mereka ada perkara ini. Istimewanya orang perempuan adalah mereka akan mengalami perkara ini pada setiap bulan. Jadi, bila mereka mengalaminya, maka tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa. Tetapi, mereka perlu juga mengantikan puasa mereka itu apabila mereka dalam keadaan yang bersih.

Ok, aku dah kongsikan apakah syarat wajib puasa, sekarang aku nak kongsikan pula apakah syarat sah berpuasa.

Syarat sah puasa:

1. Islam.

Jika ia beragama islam, maka sahlah puasa mereka, dan jika sebaliknya, maka tidak sah la puasa mereka itu.

2. Berakal & mumayyiz

Tidak sah puasa mereka yang hilang akal atau belum mumayyiz. Apakah maksud mumayyiz ini? Ia bermaksud kanak-kanak yang belum mampu membezakan antara yang kotor atau yang suci. Untuk lebih memahami apakah maksud mumayyiz ini, bolehlah rujuk disini : Maksud mumayyiz.

3. Suci.

Ini adalah untuk orang perempuan ya. Jika tubuh mereka suci daripada haid dan nifas, maka sahlah puasa mereka.

4. Pada hari yang sahnya puasa.

Ya, puasa mereka sah pada hari yang di bolehkan berpuasa. Perlu tahu ya, ada hari-hari yang tidak dibolehkan berpuasa.

Alhamdulilah. Inilah Syarat wajib dan sah puasa. Semoga penerangan ringkas aku ini, mampu membantu anda, untuk lebih memahami apakah syarat-syarat untuk berpuasa. Semoga ramadan kali ini, membawa seribu makna kepada anda. InsyaAllah. Amin.

Gambar Belangkas