Showing posts with label Pameran pengkebumian. Show all posts
Showing posts with label Pameran pengkebumian. Show all posts

Monday, August 25, 2014

KEANEHAN DAN KEUNIKAN PAMERAN PENGKEBUMIAN

Pameran pengebumian tarik perhatian 5,000 pengunjung di Tokyo baru baru ini.

SEORANG pembuat keranda membuka tingkap sebuah keranda ketika seorang wanita berbaring di dalamnya dalam satu pameran pengebumian di Tokyo kelmarin.


TOKYO - Lebih 5,000 pengunjung menghadiri pameran pengebumian atau lebih dikenali sebagai Shukatsu Festa 2014 yang berlangsung di sebuah pusat pameran di bandar ini kelmarin.

Pameran tersebut disertai sebanyak 50 rumah pengurusan mayat termasuk badan-badan keagamaan yang mempamerkan pelbagai produk terbaru mereka.

Antara produk yang dipamerkan dalam pameran tersebut termasuk pelbagai jenis keranda dan pakej pengebumian mayat.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang merasai pengalaman berbaring di dalam keranda dan mencuba pelbagai alatan pengebumian termasuk pakaian untuk mayat.

- AFP

Gambar Belangkas