Showing posts with label HILANG. Show all posts
Showing posts with label HILANG. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

PASANGAN KEKASIH DITELAN BUMI??


Viral kini di laman Youtube, satu rakaman CCTV yang memaparkan sepasang warga Korea Selatan kelihatan melalui detik cemas apabila terjerumus secara tiba-tiba ke dalam laluan pejalan kaki.


Menerusi video kejadian yang berlaku di Seoul itu, pasangan itu pada mulanya turun dari sebuah bas kemudiannya ketika berjalan pada bahagian jubin yang kelihatan timbul, ia terus runtuh dan menyebabkan pasangan tersebut jatuh pada kedalaman 10 kaki.

Pihak penyelamat dihubungi dan segera ke tempatkejadian untuk membantu keluarkan mangsa. Mujurlah pasangan itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil siasatan awal mendapati lubang itu terbentu di bawah jubin dan mungkin berpunca dari pembinaan pangsapuri 39 tingkat di kawasan berhampiran.

Setelah itu laluan itu ditutup untuk kerja pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

Wednesday, January 14, 2015

MINUM AIR PERAM MAYAT


Mexico City: Mayat seorang wanita ditemui di dalam tangki air di sebuah bangunan apartmen tempat dia tinggal, setahun selepas dilaporkan hilang.


Graduan psikologi Carmen Yarira Noriega Esparza (gambar), 27, dilapor hilang Februari tahun lalu. Rakan dan anggota keluarganya sebelum ini mengesyaki dia diculik dan dijual untuk dijadikan hamba seks.

Mayat Carmen yang sudah reput ditemui dalam tangki itu selepas penduduk mengadu air minuman mereka rasa aneh.Polis berkata, mayat Carmen mungkin berada dalam tangki itu sejak dia hilang.

Carmen yang bercita-cita menjadi pelakon dilihat kali terakhir ketika meninggalkan sebuah gimnasium di Mexico City, Februari lalu.

Rakan dan anggota keluarga menubuhkan kempen media sosial untuk mengesan dan mencarinya, termasuk menampal gambar pada tiang lampu di jalan raya.Rakannya, Pal Javier Paz, 30, berkata, Carmen berbakat dan cantik, bercita-cita menjadi pelakon.

“Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia kerja, kami menyangka dia diculik dan dijual untuk dijadikan pelacur.“Mungkin selama ini mayatnya berada dalam tangki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis kini menumpukan siasatan mereka terhadap bekas teman lelaki Carmen, ahli perniagaan kaya yang membayar sewa apartmen itu untuknya.

Carmen kemudian memutuskan hubungan mereka selepas berkenalan dengan seorang peguam kaya dan hilang seminggu sebelum dia keluar dari rumah itu.

Penemuan berkenaan mengejutkan penduduk apartmen itu.Kini baru mereka sedar mengapa air yang mereka minum rasa aneh.

Seorang jurucakap polis semalam berkata: “Pegawai bandar raya dipanggil memeriksa tangki berkenaan dan apabila membukanya, mereka menemui mayat reput itu.”

Saturday, December 27, 2014

ANAK SULUNG GHAIB DALAM KANDUNGAN

Si isteri yang turut bingung kehilangan kandungan


Yogyakarta: Seorang lelaki semalam mendakwa anak yang dikandung isterinya hilang secara tiba-tiba beberapa hari sebelum isterinya melahirkan cahaya mata pertama mereka."Selepas 17 tahun berkahwin, ini kali pertama isteri saya mengandung. Tetapi ketika menanti hari untuk melahirkan, bayi itu hilang dari perut isteri saya," kata Sumarno kepada wartawan di Nitikan Barat Semanu Gunung Kidul.Menurut Sumarno, 49, isterinya Susilah yang sudah sembilan bulan mengandung menjerit seperti orang hilang akal pagi kelmarin sebaik terjaga dari tidur."Sebaik mendengar jeritannya, saya meluru ke bilik. Dia meraung dan berkata kandungannya dicuri. Saya melihat perutnya yang besar sebelum ini kempis," kata Sumarno.Dia sendiri menyaksikan perut Susilah, 41, besar, seperti orang mengandung sembilan bulan sebelum tidur malam itu.

Wednesday, November 12, 2014

REMAJA HILANG DI ALAM GHAIB SELAMAT DI TEMUI

Mangsa yang selamat di temui di peluk ibu


Jitra Kedah: "Naluri saya kuat mengatakan anak saya yang hilang sejak petang semalam (kelmarin), masih berada di Hutan Lipur Bukit Wang ini. Alhamdulillah, dia ditemui selamat walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Dengan iringan doa, bacaan Yasin dan solat hajat di lokasi pencarian malam tadi (kelmarin), dia selamat ditemui," kata Sahidah Azizan ibu Mohd Yahya Ahmad Bakri, 24, yang ditemui pada jam 10.15 pagi semalam, tiga kilometer (km) di hilir Sungai Bukit Wang dari lokasinya dilaporkan hilang petang kelmarin ketika berkelah bersama keluarga.

Sebaik mangsa ditemui, keluarga, terutama ibu bapanya, Ahmad Bakri Rejab, 55, kelihatan sebak dan berpelukan.

Mangsa ditemui tidak bermaya di kawasan sungai oleh penduduk kampung kebetulan melalui kawasan itu. Ketika ditemui dia hanya berseluar panjang tanpa baju dan tidak berkasut.

Sahidah, 52, berkata, dia gembira sebaik anak kedua daripada tujuh beradik itu diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Tuesday, November 4, 2014

TUBUH AHMAD RAFIKIN DITEMUI SELEPAS LAUNGAN AZAN DAN BACAAN YASIN

Tangisan anggota keluarga dan sanak saudara menyelubungi suasana di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu di sini apabila Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang Sabtu lalu semasa menyertai acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom 2014 ditemui mati.



Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir  mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam  6.40 petang.

“Berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.



“Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Gambar Belangkas