Showing posts with label TERBAKAR. Show all posts
Showing posts with label TERBAKAR. Show all posts

Friday, February 6, 2015

BEBOLA API MISTERI HINGGAP DI RUMAH KETIKA BERSAMA ANAK

IBU mentua Nor Hawa, Hamimah (kiri) bersama Hafsah melihat kesan kebakaran di rumahnya di FELDA Kahang Timur.

Kluang: Seorang ibu dari Felda Kahang Timur di sini, terpaksa berpisah buat sementara dengan anak perempuan berumur 10 tahun bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan kebakaran misteri yang dicetuskan oleh bebola api berterusan berlaku setiap kali dua beranak itu bersama.


Nor Hawa Ahmad, 34, mendakwa kejadian pelik itu berlaku sejak November tahun lalu, apabila mula diganggu perkara pelik seperti pintu dan tingkap rumah ditutup dan dibuka sendiri.

Katanya, gangguan itu berpanjangan sehingga beberapa barangan dalam rumahnya seperti telekung, langsir, tilam, selimut serta pakaian pula tiba-tiba terbakar.

“Selepas beberapa minggu melalui kejadian pelik itu, kami bercadang menumpang di rumah ibu mentua berhampiran, namun kebakaran itu berlaku pula di rumahnya.

“Ia berlarutan apabila kami berpindah ke rumah ibu saya di Kulaijaya dan keadaan menjadi lebih teruk kerana kebakaran berlaku lebih besar sehingga memerlukan bantuan bomba untuk memadamkan api,” katanya yang ditemui di rumahnya di felda itu, semalam.

Wednesday, January 21, 2015

BAYI API


Seorang bayi berusia enam hari yang dikatakan terbakar tiba-tiba kini diperiksa oleh doktor di India.
Bayi itu dimasukkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Kilpauk di Chennai selepas didakwa terbakar sendiri. Dia kini dipantau sepanjang masa oleh petugas perubatan.


Ibu bayi itu, K Rajeswari berkata, kaki anaknya tiba-tiba terbakar Khamis lalu, enam hari selepas dilahirkan.Sekumpulan doktor di hospital itu, termasuk pakar kanak-kanak, psikiatri dan pakar bedah plastik menjalankan pemeriksaan terhadak kanak-kanak berkenaan.

Dekan hospital Dr N Gunasekaran berkata: “Kami sudah mengambil sampel kecederaan untuk ujian makmal. Keputusannya diketahui beberapa hari lagi.”

Sementara itu, Rajeswari, 22, berkata, ini bukan kali pertama dia melalui pengalaman itu. Pada 2013, anak sulungnya yang berusia tiga bulan ketika itu, juga terbakar tiba-tiba.Dia mendakwa anaknya mengalami kejadian itu empat kali.

Bagaimanapun, doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap anak sulung Rajeswari merumuskan, dia tidak terbakar tiba-tiba.Mereka sebaliknya berkata, kanak-kanak itu mungkin didera atau melecur akibat kebakaran yang tidak disengajakan.

Dalam pada itu, beberapa saintis berkata, elektrik statik mungkin menjadi punca kejadian seumpama itu.

Gambar Belangkas