Showing posts with label #Jumaat. Show all posts
Showing posts with label #Jumaat. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

Biar Allah sahaja yang menilai.


Sumber : Google

Biar Allah sahaja yang menilai|Manusia kini seakan melebihi yang maha pencipta. Manakan tidak, keputusan dan hukuman seperti terletak di tangan manusia. Siapa manusia? Yang menjadi hamba kepada penciptanya. Siapa hamba? Seluruh manusia, apa layaknya hamba menjatuhkan hukuman?

Semakin pelik aku dengan sikap manusia sekeliling. Yang dengan mudahnya menjatuhkan hukuman dan menilai manusia. Manusia menilai manusia? Mereka yang merasakan diri mereka ini sudah cukup sempurna, pun masih belum melihat keadaan sebenar di dalam syurga. Bagaimana mereka tahu manusia yang di nilai itu akan masuk neraka?  Biar Allah sahaja yang menilai.

Yang baik pada awalannya, tidak mustahil menjadi jahat pada akhirannya. Begitulah sebaliknya, yang jahat pada awalnya, tidak mustahil menjadi sangat baik pada akhirannya. Itu adalah kekuasaan Allah. Dia mampu mengubah segalanya jika menginginkannya.

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

Surah Yassin : 81-83

Apabila ia menghendaki sesuatu, hanyalah berkata kepadanya, jadilah, maka jadilah ia. Allah maha berkuasa. Jadi biar Allah sahaja yang menilai. Tak perlulah kita yang bergelar hamba ini, dengan mudahnya menilai dan menjatuhkan hukuman. Tidak ada lagi manusia sesempurna Nabi Muhammad S.A.W. Apakah ada sifat sombong dan angkuh di dalam hati Nabi kesayangan kita ini walaupun menjadi sesempurna manusia?

Tak usahlah mendabik dada dengan keilmuaan yang ada. Ilmu itu sendiri milik Allah. Dia hanya pinjamkan sahaja. Pernah merasa? Pada satu-satu masa, ilmu yang dah lama kita gunakan, tiba-tiba hilang. Semacam ayat ini:

" Aduh, boleh lupa pulak, aku ingat benda ni. Tapi boleh pulak lupa sekarang ni, sekejap aku ingat balik". 

Ini menunjukkan ilmu yang kita ada ni, bukan milik kita. Ia milik Allah. Kalau ilmu itu pun sekadar pinjaman, kenapa dengan mudah sahaja kita nak menilai orang lain? Kenapa tidak biar Allah sahaja yang menilai? Mereka yang menilai ini, belum tentu cukup sempurnanya. Takut kalau perkara yang dinilai itu, adalah tentang diri mereka sendiri. Sentiasalah beringat, tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Thursday, July 23, 2015

Amaran yang tidak di endahkan.

Amaran yang tidak di endahkan|Manusia sememangnya mudah lupa kan? Macam-macam bentuk amaran diberikan, tetapi tidak semua yang benar-benar sedar. Alam dah semakin tua. Dah tak tertampung dek dosa manusia yang semakin menjadi-jadi. Apa perlu satu bentuk kejadian yang terlalu besar untuk menyedarkan sekalian makhluk manusia?

Semakin menjadi-jadi pula perangai manusia zaman sekarang ni. Baru kejap tadi aku baca dekat 1 blog ni, Cerita bayi yang di rogol. Nafsu jenis apakah manusia semacam ini? Dalam bentuk apa keghairahan manusia kepada seorang bayi? Bayi itu sudah pasti tempatnya di syurga. Sang perilaku tu macamana pula? Apa perlu bencana alam baru mahu tersedar? Amaran ini yang manusia tidak pernah endahkan.

Tak perlu lihat ke luar negara. Lihat sahaja apa yang sudah berlaku di negara kita. Bencana alam, perpecahan, penyakit dan macam-macam lagi. Apakah kalian tidak sedar atau tidak mahu ambil tahu? Apa lagi yang kalian mahukan? Amaran demi amaran diberikan. Apabila manusia benar-benar tidak mahu ambil tahu dan sengaja di endahkan, bencana di turunkan. Waktu inilah, kita akan melihat manusia menadah tangan di mana sahaja. Waktu inilah manusia akan berbicara mengenai agama di mana sahaja.

Kenapa perlu sampai ke tahap itu? Kenapa tidak kita beringat sebelum terkena? Aku bukan ustaz, guru agama mahupun alim ulamak. Tetapi ia bukanlah penghalang untuk aku berkongsi dan mengingatkan rakan-rakan. Tiada salahnya bukan. Kerana, jika turunnya musibah yang besar, ia bukan sekadar terkena pada seseorang, malahan semua turut merasanya. Ini semua kerana amaran yang tidak di endahkan.

Thursday, July 9, 2015

Sukarnya memuaskan hati seorang manusia.

Sukarnya memuaskan hati seorang manusia|Yup. Sangat sukar memuaskan hati seorang manusia. Tersangat sukar. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Entah apa lagi mahu dilakukan? Pelik! Orang selalu cakap, rambut sama hitam, hati lain-lain *tapi sekarang macam-macam warna rambut ada* Mungkin ada benarnya. 

Aku pelik dengan sikap manusia yang semacam ini. Jenis manusia yang penuh dengan hasad dengki dan sentiasa tidak puas hati dengan apa sahaja. Jenis manusia yang sakit hati kalau kita dapat rezeki lebih. Dah kenapa kan? Rezeki masing-masing. Bersyukurlah. Dah belum ada rezeki korang, tak usahlah sakit hati dengan orang lain. Kan? Betul tak?

Satu lagi jenis manusia ni, jenis tak suka tengok kita senang. Pada mata mereka, kita mesti hidup susah. Aiks. Macam ni pun ada? Kalau kerja kita senang je, ada sahaja yang akan buat ianya jadi susah. Yang buatkan aku jadi lagi pelik adalah, kerja mereka juga senang! Dah tu kenapa nak sakit hari dengan orang lain?

Ini yang dinamakan rezeki masing-masing. Jaga periuk nasi sendiri sudah. Tak usah nak ganggu periuk nasi orang lain. Kenapa orang lain boleh terima, tetapi diri anda seorang tak boleh. Ini aku pelik. Sungguh aku pelik.

Malas nak cerita banyak-banyak. Menambahkan dosa aku je. Aku cuma doakan rezeki anda sentiasa bertambah dan melimpah ruah. Semoga dengan itu, anda boleh membantu orang lain yang lebih memerlukan. InsyaAllah. Amin.

Thursday, May 21, 2015

Rahsia zikir nama-nama Allah.

Rahsia zikir nama-nama Allah|Asmaul Husna adalah 99 nama Allah. Kalau kita tengok dekat tv sekarang ni, ada slot iklan yang berzikir dengan nama Allah atau Asmaul husna ini. Mungkin ada yang tak tahu, nama-nama Allah ini, jika dizikir, ia boleh memberikan sesuatu kebaikan kepada anda. Semoga perkongsian ini, memberi makna kepada semua. InsyaAllah.


(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. “Ya Allah!” 

apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. “Ya Rahman!”

 apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. “Ya Rahim!” 

apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. “Ya Malik!” 

apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. “Ya Quddus!” 

apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. “Ya Salam!”

 apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan  menjadi segar sihat & sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” 

apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” 

apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. “Ya ‘Aziz!”

apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10.”Ya Jabbar!” 

apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. “Ya Mutakabbir!” 

apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.”Ya Khaliq!” 

dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13.”Ya Baarii’!”

 sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14.”Ya Musawwir!” 

sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15.”Ya Ghaffaar!” 

sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16.”Ya Qahhaar!”

 dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. “Ya Wahhaab!”

 dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. “Ya Razzaq!” 

dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. “Ya Fattah!” 

dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. “Ya ‘Aalim!” 

dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. “Ya Qaabidhu!” 

dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. “Ya Baasithu!”

 Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. “Ya Khaa’fidh!” 

dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. “Ya Raafi!”

 dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau  di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. “Ya Mu’izz!” 

dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. “Ya Muzill!”

 Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. “Ya Samii’!”

 Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. “Ya Bashiir!” 

Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. “Ya Hakam!” 

dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. “Ya Adllu!” 

dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. “Ya Lathiif!” 

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. “Ya Khabiir!” 

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. “Ya Haliim!”  

Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. “Ya ‘Aziim!” 

dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. “Ya Ghafuur!” 

bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. “Ya Syakuur!” 

dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. “Ya ‘Aliy!” 

Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. “Ya Kabiir!” 

Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. “Ya Hafiiz!” 

dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. “Ya Muqiit!” 

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. “Ya Hasiib!” 

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. “Ya Jaliil!” 

Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan –  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. “Ya Kariim!” 

Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak  masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. “Ya Raqiib!” 

Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….

45. “Ya Mujiib!”

 Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. “Ya Waasi!” 

Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. “Ya Hakiim!” 

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. “Ya Waduud!” 

Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. “Ya Majiid!” 

Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. “Ya Baa’its!” 

Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. “Ya Syahiid!” 

Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. “Ya Haq”! 

Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. “Ya Wakiil” 

Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. “Ya Qawiy!” 

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. “Ya Matiin!” 

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. “Ya Waliy!” 

Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. “Ya Hamiid!”

 Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. “Ya  Muhshiy!”

 Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. “Ya Mubdiu!” 

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….

60. “Ya Mu’id!” 

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. “Ya Muhyiy!”

 amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. “Ya Mumiit!” 

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. “Ya Hayyu!” 

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. “Ya Qayyuum!” 

Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap  manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. “Ya Waajid!”

 Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. “Ya Maajid!”

Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. “Ya Waahid!”

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah…

68. “Ya Somad! 

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. “Ya Qaadir!” 

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. “Ya Muqtadir!” 

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. “Ya Muqaddim!” 

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil”.

72. “Ya Muahkhir”!

 Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. “Ya Awwal!!” 

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. “Ya Aakhir!” 

Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. “Ya Dhaahir!” 

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. “Ya Baathinu!” 

Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. “Ya Waaliy!” 

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. “Ya  Muta’aAliy!” 

Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. “Ya Bar!” 

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. “Ya Tawwaab!” 

Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. “Ya Muntaqim!”

 Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita  memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. “Ya ‘Afuww!” 

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. “Ya Rauuf!” 

Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. “Ya Maalikul Mulki!” 

Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!”

 Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. “Ya Muqsith!” 

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,  InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. “Ya Jaami’!” 

Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. “Ya Ghaniy!” 

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. “Ya Mughniy!” 

Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. “Ya Maani’!” 

Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. “Ya Dhaarr!” 

Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. “Ya Naafi’ “! 

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. “Ya Nuur!” 

Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. “Ya Haadiy!” 

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya  Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. “Ya Baadii!”

 Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. “Ya Baaqy!” 

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. “Ya Waarits!” 

Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. “Ya Rasyiid!” 

Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.


99. “Ya Shabuur!” 

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Thursday, May 14, 2015

Kenapa dia jodohku.

Kenapa dia jodohku|Ini bukan cerita novel, ataupun drama terbaru di tv, ini adalah luahan rasa aku. Yelah sekarang ni, macam-macam tajuk drama yang muncul, kadang-kadang tu, macam pelik pun ada. Hahahahha.

Kenapa dia jodohku adalah 1 soalan yang wujud dalam diri aku setelah aku mendirikan rumah tangga dan sudahpun mempunyai sepasang anak. Punca dan kenapa soalan ni wujud dalam diri aku adalah kerana, perkenalan aku dan isteri aku cumalah dalam masa yang singkat. Hati budi pun tak habis kenal lagi, tetapi terus membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Aku masih tertanya-tanya, walaupun dah hampir 3 tahun usia perkahwinan kami. Kenapa dia? Dan bukannya orang lain. Kenapa mesti dia? Kalau tanya pada kawan-kawan, jawapan mereka semuanya sama, dah jodoh kau, bersyukurlah, ada orang yang sampai ke tua takda isteri, anak lagi lah kan?

Betul, dah jadi ketentuan dia adalah jodoh aku. Tapi tak salah kalau aku nak cari jawapan kepada soalan aku tadi kan? Kenapa dia jodohku. Jenis aku, aku suka ambil masa duduk sorang diri dan mencari jawapan.

Alhamdulilah, banyak perkara yang berlaku di dalam usia perkahwinan kami selama 3 tahun ni. Ia bukanlah perkara yang mengembirakan. Dari situ, Allah mahu aku berfikir, kenapa dia menjadi jodoh aku. Dia mahu aku melihat dengan mata hati.

Benar! Perkenalan hampir berbelas atau berpuluh tahun pun, jika ia bukan jodoh kita, tak kemana perginya hubungan itu. Allah menjadikan manusia berpasang-pasang, dan menjadikan pasangan manusia itu, untuk menyempurnakan pasangan mereka. Allah tidak menjadikan seorang manusia menjadi begitu sempurna.

Itulah jawapan yang aku terima. Pasangan aku menjadikan aku begitu sempurna. Menutupi kelemahan yang ada dan menerimanya seadanya. Ada juga aku terbayangkan, jika aku dijodohkan dengan orang lain, adakah mereka mampu menerima aku seadanya?

Kehidupan rumah tangga tidak seindah yang dibayangkan. Terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi. Dan sudah pasti, ianya memberikan kematangan di dalam hubungan. Aku percaya, setiap perkara yang berlaku, pasti ada sesuatu yang ingin di sampaikan. Tapi biasalah, manusia, bila berhadapan dengan masalah, pasti wujud banyak perasaan di dalam hati. Perasaan tidak bersyukur.

Aku berterima kasih kepadamu Ya Allah, kerana mencipta diriku dan menjadikan pasangan buatku. Kurniamu dengan sepasang anak juga menjadi harta yang tidak ternilai kepada kami. Semoga hubungan kekeluargaan yang terjalin mendapat rahmat darimu Ya Allah. Amin.

*Selamat ulang tahun perkahwinan buat isteriku*

Haffizul Iskandar.

Kata-kata wanita bertudung perihal aurat.

Kata-kata wanita bertudung perihal aurat|ceritaejoy.


Dasyat dan Hebat !! Debat awek tudung VS awek tak bertudung, mari kita baca kisah debat awek bertudung vs awek tidak bertudung ini.

Seorang yang tak bertudung bernma Lia post status pasal isu bertudung di laman sosial FB. Status yang ditulis adalah seperti berikut..."Semua yang tutup aurat tu dah kompom asuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tiba-tiba, ada seorang muslimah yang bernama Suri membalas komen Lia tersebut.
Suri: Yang pasti tak tutup aurat kompom masuk neraka.

Lia: Ala..tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri: Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..." Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan," pakai tudung tak semestinya baik...bla-bla-bla..."

Li: Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku, ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri: Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorng yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwa kepada kaumnya. Maksudnya, dakwaan itu satu tuntutan. Selagi awak Islam dakwaan itu wajib..At least, orang yang kita dakwa itu insaf dan bertaubat.

Lia: Weh pompuan...Kau ingat kau jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri: Adakah awak mendakwa diri itu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamim maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia: Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kau tak suka tak payah tengok ok!

Suri: Awak berani jamin ke yang semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia: Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yang melihat...so what..??

Suri: Seksi atau tidak..hukumannya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut.

Lia: Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau juga..!

Suri: Awak yakin ibadat itu diterima? Awak ykin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia: Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain...

Suri: Awak sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik dan suami menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia: Apa yang aku pakai...ini antara aku dengan Tuhan.

Suri: Dalam dunia berani cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia: Bukan aku tak nak tuutup aurat...cuma macih belum sampai seru lagi.

Suri: Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia: Relak la... Perubahan bukan boleh but terus..kena la slow-slow..

Suri: Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suru tunggu kejap? LLepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi...Boleh..?

Lia: Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas.

Suri: kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama Islam.

Lia: =.= ok baiiii..................................................

Sekadar renungan kita semua.

Thursday, April 16, 2015

Tidak mensyukuri nikmat Allah.

Tidak mensyukuri nikmat Allah|ceritaejoy.

Tidak mensyukuri nikmat Allah. Sebenarnya cerita ni 2-3hari lepas, tapi baru harini aku dapat nak kongsikan. Ia lebih kepada pendapat aku semata-mata. Yelah, kalau kita bercakap dengan orang tu, di cakapnya kita ni lebih dari ustaz pulak. Tapi apa salahnya cakap kalau ianya betul. Kan?

Ceritanya, 2-3 hari lepas hujan lebat. Hujan waktu petang, waktu habis kerja. Jadinya, mana-mana pekerja yang bawa motosikal, dah tentulah akan kebasahan kan? Macam aku, aku memang selalu bawa baju hujan, jadi takda masalah kat situ. Tapi kalau aku tak bawak pun, aku tetap juga akan redah hujan tu, sebabnya, waktu balik kerja. Sampai rumah, terus mandi. Kalau waktu pergi kerja, kena fikir banyak kali la kan. Hehehehe.

Nak di jadikan cerita, keesokkan harinya, aku duduk lepak-lepak dekat rest area tempat kerja aku. Aku terdengar perbualan seorang pekerja yang "kebasahan" waktu balik kerja. Antara ayatnya macam ni:

" Aku nak balik cepat semalam, hujan pulak, aduh, babi betul"

Aku yang ngah sedap minum nescafe ni, macam tersentak sekejap dengarnya. Hujan yang turun tu adalah rahmat. Kita sepatutnya bersyukur dan bukannya mengeluh atau menyalahkan. Bila bumi ni panas je, orang duk minta-minta hujan. Waktu hujan, orang duk minta-minta panas. Dah kenapa kan? Hujan yang membasahi bumi ni, menyejukkan tanah. Pokok-pokok kat hutan sana tu, hidup segar dengan air hujan ni. Mana ada orang yang suka-suka nak siram pokok dekat hutan. Ada ke? 

Manusia yang tak tahu bersyukur macam ni, patutnya kita hantar dia ke negara yang langsung takda hujan. Biarkan dia rasa macamana. Orang-orang dekat negara tu, sangat-sangat menghargai air hujan yang turun. Mereka yang dekat sini, dok maki-maki. Inilah manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah.

Lagi satu yang buat aku terasa dengan ayat saudara tu adalah, "aduh, babi betul". Ayat tu sebenarnya ditujukan pada apa? Pada hujan ke? Atau pada sang pencipta? Dari mana datangnya hujan jika tidak dengan izin Allah? Atau ada manusia yang kerjanya menghasilkan hujan?

Hujan yang dihasilkan manusia, tidak akan sama dengan apa yang dihasilkan oleh Yang maha esa. Mana mungkin ia sama! Manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah, jadi, mana mungkin manusia mampu menandingi kuasa Allah.

Kita ni hamba, setiap kejadian di bumi ni, ada hikmahnya. Bukan saja-saja je dia nak buat. Bukan saja-saja je dia turunkan hujan tu hari isnin, atau selasa atau hari apa-apa pun. Pasti ada hikmah dekat situ. Kita ni sepatutnya bersyukur, bukannya maki hamun. Hai, manusia-manusia.

Kang di baginya kita banjir nak? Air jugak, sama macam hujan. Itu dah bukan nikmat, itu bala dari Allah. Dah diberinya kita hujan kita tak tahu bersyukur. Kan? Sebenarnya, manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah ni, mereka tidak akan pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pendek kata, mereka tak tahu apa maksud syukur tu. Kena ada seseorang yang ajarkan pada mereka, hari-hari atau setiap masa erti syukur dan barulah mereka akan belajar bersyukur. Takkan sampai macam tu sekali kan?

Aku hanyalah insan kerdil yang selalu mengingatkan diri aku, alhamdulilah jika ada rakan-rakan blogger malaysia yang turut sama mengingatinya. Tak perlu jadi ustaz atau alim ulama jika kita nak kongsikan kebaikan agama. Jadilah manusia yang tahu bersyukur dan bukannya manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Jangan sampai dah di timpa bala, baru nak sedar. Yer.

Haffizul Iskandar.

Thursday, March 26, 2015

Lebih Baik Berzikir.

Kelebihan Zikir.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Pernah jumpa dengan mereka yang menunggang motosikal sambil menyanyi semacam dalam konsert besar? Kalau tak pernah jumpa, aku cuma nak kasitau yang aku kerap jumpa. Hahahahha.

Kadang-kadang tu, tengah syok cakar daun kering kat luar rumah *takkan dalam rumah kan? Hehehe, boleh tertoleh dengan mereka ni. Aku cuma berfikir, bukankah lebih baik berzikir?

Cuba bayangkan kalau jarak perjalanan dari rumah ke destinasi yang di tuju tu jauh, tak ke habis 1 album di nyanyinya? Kalau jarak tu lagi-lagi-lagi jauh? Hamboi, mau 2 ke 3 orang artis punya album dia nyanyi. Tak gitu?

Tak sakit tekak ke bang? Kuat awak nyanyi tu. Ke ada siap spare air dalam raga motor? Hahahaha. Betul macam dalam konsert besar nih!

Apa salahnya kalau nyanyian itu dalam bentuk zikir memuji yang maha esa. Lebih baik berzikir daripada menjerit tak tentu hala. Pahala pun berganda. Kalau jaraknya jauh, maka lagi lamalah anda boleh berzikir. Kan?

Kalau tak tahu nak zikir apa, zikir je subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah allahu akbar. Ini antara zikir yang di sukai Allah.

Boleh baca dekat sini : Asal Usul Zikir subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah allahu akbar

Nyanyian dalam bentuk zikir, dalam masa yang sama, beroleh pahala. Perjalanan kita ke destinasi juga, insyaAllah dalam keadaan selamat.

Kalau berlaku perkara yang tidak di ingini, biarlah ia berlaku sewaktu mulut kita mengucapkan kalimah memuji Allah, dan bukannya menyanyi lagu-lagu yang tiada maksud.

Kan ke lebih berfaedah. Betul tak? Tapi macam biasalah, bila kita bercerita perihal agama, pasti akan ada manusia yang akan menyamakan diri kita dengan alim ulama.

Bang, tak perlu jadi alim ulama kalau nak bercerita perihal agama ni. Kalau ianya lebih kepada kebaikan, apa salahnya kan?

Hish, manusia-manusia. Kita cuma kasi idea yang bermanfaat. Hiburan pun dapat, pahala pun dapat. Silap-silap, orang yang tepi jalan tu dengar, dia pun boleh terikut sekali. Kan? Lebih baik berzikir daripada menyanyi lagu yang bukan-bukan tu.

Benda mudah tapi tak semua orang mampu lakukan.

Friday, February 27, 2015

Permulaan Ke Akhir Zaman?

Pandangan ini hanyalah pendapat peribadi dan pandangan dari mata aku. Aku bukanlah ustaz atau alim ulamak. Mereka lebih arif dalam bidang ni. Aku cuma meluahkan pendapat, adakah kita berada dalam zaman permulaan kepada akhir zaman?

Kenapa aku cakap macam ni? Baik. Kalau tengok keadaan sekeliling kita. Nyawa manusia semacam tiada nilai lagi. Tak suka, bunuh, sakit hati, bunuh, asal gaduh je bunuh. Macam takde nilai nyawa manusia ni. Dah macam zaman jahiliyah dulu. Dan cara kematiannya juga sangat zalim. Takut pulak nak tengoknya keadaan macam ni. Dan ini juga antara petanda akhir zaman.

Kemudian, aku teringat satu ceramah yang aku dengar kat utara tanah air. Yang mana ustaz tu cakap, akhir zaman nanti, akan ada 1 fenomena. Yang mana, manusia akan mati beramai-ramai atau serentak. Macam contoh, ini contoh ya. Dalam sekandang kambing. Hari ini sihat, keesokkan harinya, satu kandang mati. Ha, macam tu. Dan kematian mereka semacam angin yang lalu. Ia juga salah satu petanda akhir zaman. Ia dah berlaku kini. Adakah kita berada dalam permulaan ke akhir zaman?

Apa maksud kematian semacam angin yang lalu? Ustaz tu cakap, biasa dengar tak, orang cakap, eh semalam sihat, tau-tau harini dan meninggal. Ha, itulah maksudnya. Tambah ustaz tu lagi. Kematian kini, tak mengira umur. Maksudnya, sekarang ni, ramai orang muda yang meninggal dunia. Penyakit-penyakit yang dulunya banyak dihidapi golongan emas, kini banyak dihadapi orang muda.

Belum cerita yang kemalangan lagi. Lepas tu, banyak penyakit-penyakit baru yang muncul. Virus-virus yang tak pernah dengar pun dah ada sekarang ni. Hmm. Takut tak?

Tengok jugak pada pentadbiran. Bila yang jahil itu diangkat sebagai pemimpin dan ulamak di hina. Rasanya, ini tak perlu aku hurai. Takut ada yang mengata aku ni, macam-macam. Bukan takat di malaysia, malahan di dunia juga berlaku perkara ni. Adakah kita berada di permulaan akhir zaman?

Tengok pada negara berpasir yang semakin membangun. Bangunan-bangunan tinggi yang mencecah langit. Bukankah ia petanda akhir zaman? Banyak petanda-petanda besar akhir zaman. Dan kita bukan berada di zamannya. Persoalan aku, adakah kita berada di permulaan akhir zaman?

Thursday, February 26, 2015

Peluang Menunaikan Umrah.

Alhamdulilah. Seorang rakan aku, yang aku kenal dengan kenakalannya, berpeluang menunaikan umrah. Hehehe, kalau tengok pada tajuk entry aku, macam aku pulak yang berpeluangkan? Tapi, ikutkan, memang aku teringin benar ke sana.

Siapa yang tak ingin ke mekah? Terlalu ramai umat islam, malahan manusia yang ingin ke sana. Kan? Sebelum cuti raya cina, rakan aku ni ada kasitau yang beliau nak g umrah. Aku pun macam tak percaya jelah. Dalam fikiran aku, mungkin dia ni bergurau. Rupanya, betul-betul dia pergi. Hish. Alhamdulilah la kan, dia berpeluang ke sana.

Aku pulak dah terlepas 1 peluang. Aku sebenarnya, nak kirim "doa" dengan dia. Untuk dia bawak ke tanah suci mekah. Aku taknak lain, cuma nak kirim doa je. Hmm, terlepas la aku. Mungkin Allah belum izinkan lagi. Mungkin kalau ada rakan-rakan lain yang turut sama berpeluang menunaikan umrah, insyaAllah, aku nak kirim. Yer. :)

Kalau bercerita tentang peluang menunaikan umrah ni. Ikutkan mampu untuk pergi sana. Tetapi secara bersendirian. Memandangkan aku sudah bekeluarga, dah tentu la wife nak ikut sekali kan? Kemudian aku dah ada anak. Sudah tentu juga lah wife mahu anak kami juga turut serta. Ni, insyaAllah, kami bakal menimang cahaya mata kedua. Nampaknya, aku perlu bekerja keras untuk membawa kesemua mereka turut sama menunaikan umrah. InsyaAllah.

Anak sulung baru berumur 2 tahun. Ini bermakna aku punya cukup masa, untuk aku menyimpan aset kesana. Mana tahu, jika aset itu berkembang. Boleh juga aku daftar haji terus. Apa pun, tahniah kepada rakan aku ( Yang terkenal dengan sifat nakalnya itu) kerana berpeluang menunaikan umrah. Berpeluang ke tanah suci bagi seluruh umat islam.

InsyaAllah, aku dan keluarga akan menyusul di kemudian hari. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Amin.

Risiko Penunggang Motosikal.

Aku lebih gemar menggunakan motosikal ke tempat kerja. Jarak antara rumah ke tempat kerja dalam 20minit jer. Aku mula kerja pukul 0745. Dan kebiasaannya, jam 0630, Aku dah keluar rumah. Awal tak? Hehehe? Kenapa aku keluar awal? Ha, inilah yang nak cerita perihal risiko penunggang motosikal ni.

Laluan yang aku guna boleh dikatakan sangat sibuk. Ada 1 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah. Jalan rayanya pula tidaklah terlalu besar. Bila aku lewat, yang mana, waktu ibubapa dan bas sekolah hantar pelajar ke sekolah, waktu inilah risiko terbesar bagi penunggang motosikal.

Kereta dengan sesuka hati keluar simpang. Itu kereta, kalau bas lagilah kan? Kita yang kecik ni, idok nye di pandang. Kita pula yang kena fokus dan fokus dengan keadaan jalan raya. Bukan tak pernah berlaku kemalangan. Banyak kali dah. Tapi, ianya tidak di ambil pusing oleh orang ramai. Yang penting, tujuan mereka tercapai. Hmm, dah pilih motosikal, kenalah terima risikonya kan?

Jenis aku pulak, tak suka tekan hon. Rasanya, dalam hidup aku sepanjang jadi penunggang motosikal ni. Sangat-sangat jarang bunyikan hon. Ha. Itu la bahayanya ( Kata wife aku la). Sebab orang tak perasan penunggang kecil macam aku ni. Kereta besor-besor, lori besor-besor. Manakan nak pandang motosikal kan? Inilah antara risiko penunggang motosikal.

1 lagi yang aku paling tak suka adalah, jenis yang kejar traffic light. Lampu kuning nak masuk merah dah. Tak payah cakap lah, dah merah pun, dia redah jugak. Ada jenis penunggang motosikal, dia dah hafal laluan traffic light ni. Dah tahu mana laluan yang akan hijau dulu. Jadi, tak tunggu beberapa minit, dia jalan je. Kereta yang langgar traffic light ni main jalan je. Ha, itu yang leh jadi kemalangan tu. Bahaya tak? Besar kan risiko penunggang motosikal ni?

Sebenarnya, apa-apa kenderaan pun ada risiko bila berada kat atas jalan raya ni. Cuma, pada aku, risiko yang paling besar adalah pada penunggang motosikal. Sebabnya mereka terdedah kepada kecederaan yang lebih teruk.

Bukan nak cakap apa, kalau sama-sama menjaga keselamatan, insyaAllah, kita dapat kurangkan kemalangan jalan raya. Cuma, dalam setandan pisang, pasti ada yang buruk kan? Yang inilah, kadang-kadang menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya. Sama-sama fikir yer.

Gambar Belangkas