Showing posts with label Perak FA. Show all posts
Showing posts with label Perak FA. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

D'Warung Kari-Kari


Bukan... bukan...
yang sebenonye entri ni bukan lah entri Food Review....
tapi lebih kepada majlis ringkas penyerahan plak kepada bekas pemain pasukan Perak...
Danial Fadzly @ Wirat Nom ... oleh pihak Yob4ever.com sebagai menghargai sumbangan beliau semasa bersama dengan pasukan Perak sebelum ini......

dan kini beliau udah berhenti bermain dan dah pun bukak restoran di Ipoh...
walopon beliau anak jati Perlis....
tapi Perak merupakan negeri yang beliau pilih untuk bermastautin....

restoran ni bukan lah restoran pertama yang beliau bukak...
sebelum ni beliau pernah bukak restoran Tom Yam berhampiran dengan AEON Kinta City, Ipoh...
dan terpaksa ditutup disebabkan tiada yang  menguruskan restoran pada masa beliau masih lagi aktif bermain pada masa itu....

kali ini restoran yang dibuka adalah lebih kepada masakan Melayu citrasa kampung....
dan lokasi restoran beliau kali ini  adalah di kawasan Pekan Razaki, Ipoh....
berhampiran dengan SJK (C) Min Sin, Ampang Baru...... dan Politeknik Ungku Omar, Ipoh.....

waktu restoran beliau beroperasi adalah dari 11.00 pagi - 4.00 petang....
sebelum ini beliau pernah beroperasi pada waktu malam...
tapi disebabkan kesihatan isteri beliau yang tidak mengizinkan ketika ini...
restoran beliau hanya dibuka pada waktu siang sahaja....

oklah....
pada yang nak merasa masakan dan makanan disini....
ataupun nak mengimbau memori kehebatan pasukan Perak pada masa itu...
dan melihat aksi2 beliau ketika masih bersama Perak ...
silakan berkunjung ke restoran D'Warung Kari-Kari....
Daniel Fadzly ... No 2 dari kanan dibawah.....


Plak sumbangan Yob4ever.com kepada Daniel Fadzly

Menu dan senarai harga...
maaf le...awok bawak kamera kecik je....
tak muat gambonya...

Wakil Yob4ever.com menyerahkan plak kepada Danial Fadzly....

Banyak menu nya kome.....
kome pilih mana yang kome suka...
harganya pun berpatutan...


Favourite awok....
Pecal........ 


Gaya seorang tokeh....
dibelakang beliau...
didinding diletakkan gambar2 beliau bersama-sama pasukan yang pernah beliau sertai....



Karier Daniel Fadzly @ Wirat Nom
semasa sebagai seorang pemain bolasepak....
YearsTeam

2004-2005Kedah FA
2006-2008Perak FA
2009Perlis FA
2010ATM FA
2011Kelantan FA
2012ATM FA
2013Penang FA

Gambar Belangkas