Showing posts with label Fahami Alquran. Show all posts
Showing posts with label Fahami Alquran. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Bersama Dr Danial Zainal Abidin

Aku baru berangan nak hantar anak belajar hafaz AlQuran. Mana tau esok dapat alhafiz. Tapi Dr kata x payah p pondok ka mahad ka nak belajar alquran. Katanya ramai yg pandai baca, siap lagu, dengungnya lagi tp x semua faham alquran.

Katanya lagi Dr Gary Miller, seorang pakar matematik masuk Islam selepas memahami AlQuran. Padahal dia x pandai baca alquran, mcamana dia temui kebenaran Alquran?????

Dia terima hadiah sebuah alquran terjemahan dalam Inggeris. Dia x pandai baca tp buleh baca makna, faham makna. Yang tu lagi berkesan ke dalam hati.

Kalu tuk imam baca doa panjang, bahasa Arab, sedangkan kita xtau pun makna dia, seolah kita x minta apa2 la. Len a kalu kita tahu makna, baru la kita dikatakan kita minta atau berdoa....Silap baca silap mintak la....

Mantap
Di mahad tahfiz, pelajar boleh hafaz alquran 30 juzuk, skor tertinggi dalam akdemik tp berapa ramai yg hafal tu faham isi alquran. Contoh, makan nasi, naik kenderaan, masuk tandas semua doa diajar kepada anak, tp sayang anak x tau pun maknanya.....macamna kalu kita ajar doa ni dalam bahasa melayu. Contoh bismillahirrohmanirrohim....kita ajar dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasihani....doa makan jadi ya Allah ......mmmmmmm...aku pun x ingat dah apa maknanya walau  pun aku selalu  baca....isk isk isk......cik google tolong.......

maknanya doa seblon dan slepas makan

Kita terlalu bangga buleh baca doa dalam bahasa arab tp makna x tau. Makna la ila ha ill lallah....apadia...muhammadarr rosulullah....apadia....subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah allah huakbar.....
maksud syahadah
Kalu anda pernah solat jumaat di Masjid Timah kg Masjid Timah, ada sorang tuk Imam ni selalu baca doa selepas solat dalam bahasa melayu, memang semua faham. Semoga doa itu dimakbulkan Allah....amiiiiiinnnnn.....Kita tahu apayang kita aminkan....apa yang kita minta....kalu yg dah ingat makna tu, dah faham lagi baguih la....

zikrullah
Jadi lebih baik fahami maknanya dari sekadar membacanya. Apabila dah faham maknanya, baru la bacaan kita akan terkesan ke dalam hati dan jiwa........InsyaAllah...

Wallahua'lam..........

Gambar Belangkas