Assalammualaikum..
Saya ni jenis tangan kayu. Apa sahaja benda-benda yang renyah ni memang saya tak suka & tak tahu. Tapi sejak dua menjak ni saya macam minat je.. Macam suka je dengan benda-benda yang penuh merapu ni. hehehehhee..
Projek DIY saya yang pertama. Tengok..dah tua camni baru la nak ber DIY kan..
Saya buat pun sebab benda ni perlu.
PROJEK 1
TEMPAT CUCUK JARUM
Saya pengguna jarum. Siapa pun yang pakai tudung akan guna jarum kan. So...kena la ada tempat cucuk jarum. Sebelum ni saya pakai bekas jarum yang beli kat kedai je. tapi sebab semangat,saya buat la tempat jarum ni. Sesaja je.
kain ikut saiz frame yang nak dibalut |
budak jual tu cakap benda ni nama fiber, betul ke fiber? |
gunting kain,gamkan macam gambar tu. |
pastu masukan fiber. bagi gebu. |
siap!! pastu hiasla ikut selera anda. |
PROJEK 2
TEMPAT SANGKUT KERONGSANG
Saya sangat suka kerongsang yang berjurai-jurai, yang besar, yang nampak tradisional. Sebelum ni simpan dalam kotak je. Bacam tak best pula simpan je dalam kotak, so sebab tu la saya buat tempat sangkut.
gunting kotak lama & tuala panjang ikut saiz frame. |
susun macam gambar, lagi tebal lagi bagus. lagi nampak kemas. |
balut. buat banyak2 sampai cukup untuk papan frame.gamkan sekali. |
taraaa.....dah siap dah. ni la koleksi kerongsang kesayangan. |
Best rupanya buat DIY ni kan. Rasa macam kewanitaan sangat.hahahhahaa....
Okey..wassalam... sehingga kita bertemu lagi..
;)