Showing posts with label SPM 2012. Show all posts
Showing posts with label SPM 2012. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Keputusan Peperiksaan SPM 2012

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu .... anak ke parents yg berdebar-debar??? Lihat anak relaks saja...tapi mana tahu dalam hati kan ....emaknya lagi lah ... butterflies in the stomach ...macam kitalah pula yang ambil peperiksaan SPM ! ..


Ok ... nantikan laporan petang nanti ...sekarang sedang bersiap-siap hendak ke sekolah anak ...

Wslm.

Monday, December 3, 2012

SPM 2012

Tinggal 2 subjek lagi untuk anak ke-5, Wafa' menuju ke arah "Kemerdekaan" ...bak kata pelajar-pelajar tingkatan 5 yang menghadapi peperiksaan SPM ... 
Manakala bagi pelajar-pelajar aliran Sains Tulen dan bukan aliran agama, mereka sudah pun "Merdeka" terlebih dahulu ...
Esok 5hb dan 6hb kertas agama dan LK ...
Ummi dan Abi dan adik-beradik mendoakan agar Wafa' dikurniakan ketenangan dan kelapangan fikiran, kelancaran dalam kata-kata dan penulisan , dikurniakan ilham dan idea yang akan memudahkan dan melancarkan proses menjawab soalan-soalan peperiksaan...Ameen..
Semoga ALlah Permudahkan Segala Urusan ,...Ameen

Sunday, November 4, 2012

10 peringatan: Selamat Menduduki SPM 2012


  1. Semoga dapat jawab soalan dengan  pantas dan tepat. 
  2. Jgn lupa tgk jadual hari2....takut terlupa pi exam lak. 
  3. Study jgn sampai lewat2 takut pagi esok tak terbangun. 
  4. Bagitau mak ayah atau bg je jadual kt mak ayah supaya diorang pun boleh tolong ingtkan.
  5. Jgn lupa sarapan sebelom pi exam sebab kalau perut lapar otak payah nak pikir, sama gak kalau terlalu kenyang. 
  6. Kelengkapan exam macam ic, pensil semua tu letak dalam satu kotak, simpan elok2, takut terlupa.
  7. Kenderaan utk ke sekolah pun perlu dipastikan dalam keadaan 110% baik.
  8. Sentiasa keluar 1 jam awal, tiba ditempat exam 1 jam awal. Kalu lupa apa2 dan lagi balik ambik.
  9. Baca doa bila  nak study, bila nak tido, bila nak kuar rumah pi exam, bila naik kenderaan, bila masuk dewan exam, bila nak mula jawab exam.
  10. Ucapkan alhamdulillah lepas sarapan, lepas study, sampai kat tempat exam, bila buleh jawab, bila abis exam, bila sampai rumah..............

spm oh spm!!!!

SPM 2012

InsyaAllah beberapa minit lagi anak ke-5 saya, Wafa' akan mula memasuki medan perjuangan yang sebenardi alam persekolahan, iaitu menghadapi Peperiksaan Besar SPM ...baru sebentar tadi beliau menalipon saya dan suami, memohon restu dan do'a, Semoga diPermudahkan dan semoga beliau diberi ketenangan fikiran dan kelancaran bahasa dalam menjawab soalan peperiksaan..
InsyaAllah Wafa''..ummi, abi dan adik beradik akan sentiasa mendoakan kejayaan Wafa'...
Apa yang penting ..selama ini Wafa sudah berhempas-pulas berusaha ..kini tiba masanya semuanya hanya kita serahkan kepada Allah dan bertawakkal kepadaNYA .. mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh ...semoga sepanjang peperiksaan berlangsung Wafa diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan kelancaran bahasa dan di Berkati segala ilmu yang Wafa sudah pelajari selama ini...
InsyaAllah ...

Saturday, September 22, 2012

SPM 2012 - lagi 42 hari

Pagi ini sewaktu sedang berkemas-kemas barang-barang yang hendak dibawa ke sekolah Wafa' di Rawang, teringat hendak check berapa hari lagi peperiksaan SPM 2012 akan berlangsung. Wafa' anak saya ke-5 akan menduduki peperiksaan SPM 2012.

Terus tanya Mr. Google.. tiba-tiba berdebar rasa hati ...(macamlah saya pulak nak menduduki peperiksaan SPM kan...hehehe) 
Lagi 42 hari! 

ok...Insyaallah saya akan update semula entri ini...nak pergi melawat Wafa' di sekolahnya...

Gambar Belangkas