Showing posts with label gaya lelaki. Show all posts
Showing posts with label gaya lelaki. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Gaya lelaki dengan seluar pendek

Gaya lelaki dengan seluar pendek|Gaya lelaki dengan Seluar pendek atau short pant boleh di lihat di mana-mana. Ia adalah gaya pilihan terutamanya bagi mereka yang sukakan cara ringkas dan mudah. Aku sendiri sentiasa mengenakan gaya dengan seluar pendek ini. Di sini aku kongsikan beberapa gaya lelaki dengan seluar pendek yang boleh dijadikan inspirasi untuk korang dalam mengayakan lagi fesyen cara ini.



Mens Summer Fashion Shorts Photography

Mens Summer Fashion Shorts Photos

Mens Summer Fashion Shorts Online

Mens Summer Fashion Shorts Inovation

Mens Summer Fashion Shorts 2014

Trend rambut pendek lelaki 2015.

Trend rambut pendek lelaki 2015|Lelaki kini mula meneroka alam fesyen dengan lebih serius. Jika dahulu hanya golongan tertentu yang menitik beratkan penampilan mereka, tetapi kini, boleh dikatakan hampir segenap mereka yang bergelar lelaki, akan mengambil tahu setiap perkara mengenai fesyen, dan salah satunya adalah trend rambut pendek terkini. Koleksi terkini trend rambut pendek 2015 memberi banyak ruang kepada lelaki untuk jadi lebih maskulin! Jom lihat koleksi Trend rambut pendek lelaki 2015.









Sunday, July 12, 2015

Siapa omar borkan al gala?

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Siapa omar borkan Al-gala?|Aku saja lah bukak keyword dalam blog aku. Nak juga tengok apa yang orang search dekat blog aku ni. Dalam banyak-banyak keyword, keyword omar borkan lah yang membuatkan aku terbuka mata. Sebenarnya dah lama dah aku baca tentang lelaki ini, yang dihalau keluar dari arab saudi kerana terlalu handsome. Ha, sebab terlalu handsome, omar borkan di halau keluar dari arab saudi. Di sebabkan dah ada keyword ni, aku pun nak lah jugak kongsikan siapa pemilik nama omar borkan al-gala ni.

Omar borkan adalah seorang pelakon dan seorang jurugambar dari arab saudi. Dia di halau keluar dari arab saudi sewaktu menghadiri 1 majlis di sana. Khabarnya, ramai wanita yang jatuh cinta dan tidak keruan ketika melihat wajah lelaki ini. Dan atas sebab itulah, dia di halau keluar dari arab saudi. Hmm, teringat kisah nabi yusoff. Yang di dakwa kerana memiliki wajah yang terlalu tampan.


http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/


http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Ok, aku dah kongsikan sedikit gambar omar borkan al gala. Apa korang rasa? Macam aku orang lelaki ni, rasa biasa je, untuk orang perempuan, tak pasti la kan. Hahaha. Kalau korang minat dia, bolehlah follow ig beliau ya. Hahahhahahah. Semoga ia membantu rakan kita yang mencari siapa omar borkan al gala. 

Monday, June 15, 2015

Dr martens red cherry malaysia.

Dr martens red cherry malaysia|Dah lama sebenarnya aku mengidam kasut ni. Kalau bukan kerana "harganya", sudah pasti aku dah memilikinya. Tapi itu dulu, kini ianya bukan lagi menjadi masalah. Hehehe. Alhamdulilah, walaupun nilai ringgit menunjukkan kejatuhan, aku masih diberi rezeki berlebihan dan alhamdulilah, memiliki kasut idaman aku ni: Dr martens red cherry.

Sejarah kasut DM dengan aku tidaklah sama dengan sejarah pembuatan kasut ini. Mulanya aku tak pernah tahu pun tentang kasut ini. Ceritanya bermula dengan pergaulan aku dengan rakan-rakan "skinhead". Waktu tu, rakan aku ni, kerap memakai doc mart warna hitam. Kemas je pakaian mereka. Hehehehe. Bermula dari saat itulah, munculnya minat dalam diri aku ni.

Kasut dr martens

Sumber : google.

Kalau dulu, kasut ini lebih banyak dikaitkan dengan mereka dari kalangan "skinhead", tetapi sekarang ia sudah dikomersialkan. Mana-mana pun boleh jumpa. Aku juga sangat pasti, ada di kalangan blogger malaysia yang meminati kasut ini. Kan? Ini di antara contoh-contoh gaya lelaki bersama kasut dr martens.

Kasut dr martens

Kasut dr martens

Kasut dr martens

Amacam? Smart tak? Pada mata aku sangat smart. Hehehe. Aku ada juga buat research tentang gaya pemakaian kasut ini. Dan hampir kebanyakkannya, mengenakan jaket. Samada jeans atau kulit. Ia semacam pelengkap kepada gaya fashion dr martens. Tapi, jika anda seseorang yang pandai bergaya, tak pakai jaket pun, anda masih mampu bergaya. Kan!

Aku asyik letak gambar orang lain je,mana gambar kasut aku? Hahahaha. Ok lah, inilah kasut Dr martens red cherry aku. Lepas ni, kenalah aku cari gaya lelaki malaysia dengan Dr martens red cherry. Bolehlah dijadikan inspirasi kepada gaya aku nanti. Wah. Hehehe.

Kasut dr martens

Thursday, May 28, 2015

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa|Apa kebendanya ni kan? Hahahaha. Inilah nama kasut hasil rekaan dari seorang fashion designer bernama Yohji yamamoto.  Ok. Apa kaitannya dia dengan aku? Jawapannya adalah, tiada kaitan apa-apa pun. Hahahahha. Tapi serius aku suka kasut rekaan dia ni. Sekali tengok macam kasut ninja pun ada. Tak percaya? Cuba tengok gambar kat bawah ni:

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa
Sumber : google

Soalan aku, apakah tanggapan pertama anda bila melihat kasut ini? Buruk? Kenapa design dia macam ni? Macam pelik je, ada ke orang yang nak pakai? Jawapan ini mungkin bermain dalam fikiran korang tetapi tidak bagi aku. Hehehehe. Sebabnya, bila pertama kali aku tengok kasut ni, aku terus terpikat. Sebab pada aku, kasut ni unik. Tak seperti kebanyakkan kasut yang ada atau yang biasa kita tengok. Kan?

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa

Sumber : google.

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa

Sumber : google.

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa

Sumber : google

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa

Sumber : google.

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa

sumber : google.

Ini di antara koleksi gambar kasut Adidas yohji yamamoto y-3 qasa. Dah macam ninja dah kan? Hehehe. Yang reka kasut ni pun, orang jepun. Dah tentu pereka ini mengambil design daripada kasut yang biasa dipakai oleh ninja. Aku dah pun mencuba kasut ni. Tanggapan awal aku, mesti ianya sedikit sukar dan panas. Tetapi selepas pakai, ternyata ianya sungguh selesa! Betul! Sangat selesa. Lembut je. Selesa untuk perjalanan jauh. 

Untuk mereka yang sukakan kelainan, kasut ini perlu ada di dalam koleksi anda. Tetapi sayang sungguh, ianya tidak dijual di malaysia. Korang boleh beli secara online atau melalui peniaga-peniaga online yang ada. Confirm sangat berpuas hati memilikinya. Ok. Gambar kat bawah ni, gambar kasut Adidas yohji yamamoto y-3 qasa aku yang baru sampai semalam. Hehehehe.

Adidas yohji yamamoto y-3 qasa

Friday, May 22, 2015

Koleksi Gaya Rambut Lelaki : Man Bun.

Koleksi Gaya Rambut Lelaki : Man Bun|Gaya bun sebelum ini adalah salah satu gaya rambut bagi golongan wanita. Tetapi kini, kaum lelaki juga mengunapakai gaya ini. Dan ternyata ianya adalah suatu gaya yang menarik! Aku juga meminati gaya rambut semacam ini, cuma, rambut aku masih pendek. Jika ianya panjang, sudah pasti gaya ini menjadi pilihan aku. Aku kumpulkan gaya man bun dari koleksi gambar google untuk tatapan kaum lelaki yang meminati gaya rambut ini. 

Koleksi Gaya Rambut Lelaki : Man Bun.












Gambar Belangkas