Showing posts with label bab hukum. Show all posts
Showing posts with label bab hukum. Show all posts

Thursday, March 19, 2015

Bagaimana dan bila kena samak atau sertu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Saya cuma nak kongsikan bagaimana nak kena samak atau sertu.  Kebetulan saya di Sekolah Jenis Kebangsaan di Sabah memang nak kena menjaga bab ni terutama yang beragama Islam sebab pergaulan murid islam dan bukan islam sangat rapat di situ..

Masalah terjadi apabila sorang budak islam terpegang kertas yang membalut nasi yang bercampur dengan ''pork'' atau khinzir yang dibawa oleh murid bukan islam..Tiba-tiba budak ini berasa was-was dan bertanya soalan apa hukumnya dia apabila terpegang kertas tu..So, saya cakap esok saya akan bagi jawapan sebab nak kena tanya yang arif bab ni...



Ini adalah jawapan kepada persoalan tersebut..

Ini adalah perbualan saya dengan seorang ustaz ni:

Ustaz: Terpegang @ sengaja pegang sesuatu yang hukum najis mughalazah wajib menyamaknya sama ada bercampur atau basah.

Cara-cara nak samak atau sertu

Basuh dengan air 1x air tanah dan 6 x air mutlak. Tanah yang dipijak tu pon boleh atau mana-mana tanah yang kita nampak.

Kuantiti tanah macam mana?
Ambil segenggam tanah kat mana-mana yang tidak ada  najis ke atasnya. Masuk dalam bekas atau baldi kemudian isi air. Basuh  tangan dengan air tanah tu kemudian cuci dengan 6 x air mutlak. Contoh air mutlak  spt tujuh jenis air : telaga, salji, hujan, sungai, embun, laut.. Air paip pon boleh digunakan untuk basuh najis tu..

Hukum
Wajib menyamaknya  atau sertu untuk kelangsungan ibadah yang akan dilakukan spt solat, puasa dan sebagainya.


Thursday, August 21, 2014

MH 17

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..

Tadi semasa dok kemas rumah tu sambil mendengar radio ikim tentang kisah pasal MH 17. Apa yang didengar tu seorang ustaz tu ada menceritakan tentang hukum bertafakur dan berkabung..Sebab sebelum ni, ada terbaca kat fb kata semasa zaman Rasulullah s.a.w tiada bertafakur. So, kebetulam dalam mengemas rumah tu terdengar kat radio ikim ..aku cuma dengar je so kesimpulan yang aku dengar tu..


  • tak salah bertafakur ni walaupun bertafakur ni tak dibuat semasa zaman Nabi muhamad s.a.w.. sebab itu juga mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya bersifat  sementara, akhirat dan  kekal abadi. .Cukup ke amalan kita? macam mana kalau kita mati tiba-tiba tanpa sempat bertaubat..Ini juga adalah sebagai salah satu muhasabah diri..(boleh rujuk kat laman web ikim)

Hukum Tafakkur Dan Berkabung


Submitted by FatwaMalaysia on 21 August 2014 - 8:31amAkidah
ISU:
Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
PENJELASAN:
Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.
Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.
Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.
Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.
Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662
Wallahu a'lam.


  • cuma nak tambahkan apabila kita dengar kematian, lebih baik tulis innalillah wa inna ilaihi rajiun(Daripada ALLAH kita datang, Daripada ALLAH kita kembali ) daripada tulis al-fatihah sebab berapa orang yang akan baca surah  al-fatihah tu...TAPI kalau nak tulis al-fatihah lebih elok print screen ayat surah al-fatihah.

tahziah diucapkan kepada MH 370 dan MH 17..Al-Fatihah


Gambar Belangkas