Showing posts with label Bukit Merah Laketown Resort. Show all posts
Showing posts with label Bukit Merah Laketown Resort. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Cat Carnival di Bukit Merah Laketown Resort





Pada penggemo dan yang suka pada kucing....
apa kata kome luangkan masa  pada 22 - 23 November 2014 ni nanti...
Bukit Merah Laketown Resort akan menganjurkan Karnival Kucing pada tarikh tersebut.....
untuk keterangan lebih lanjut kome boleh ke fb Bukit Merah Laketown Resort...


Thursday, November 3, 2011

6) Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort



Entri Tahun Melawat Perak 2012
10 Ikon Pelancongan Perak

1. Taman Rekreasi Air Panas, Sg Klah
2. Taman Herba Negeri Perak
3. Taman Negeri Royal Belum
4. Gua Tempurung
5. Zoo Taiping & Night Safari

Errr.... saje awok selitkan gambo anak daghe awok dengan sepupu die....
gambo ni sebenonye kat Bukit Merah....
sebelom nak ke Pulau Orang Utan tu lee...

Awok sambong lagi entri Tahun Melawat Perak 2012 awok ni...
macam kome tau entri2 awei (awal) ni semuenye berkaitan dengan 10 Ikon Pelancongan Perak....
dan bile entri yang bersifat informasi ni...
awok ambik direct daghi (dari) brosur yang ade kat awok...
makenye bahase nye awok takkan edit sikit pun....

Untok entri kali ni ....
awok tumpu pade Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort.....
yang terletak di Bukit Merah, Gunung Semanggol...

Pulau orang utan ini berkeluasan kira-kira 14 hektar,merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.
Pulau ini berada di dalam kawasan Bukit Merah Laketown Resort dan hanya 5 ekar digunakan untuk tujuan pemuliharaan, pembiakan dan tempat perlindungan di mana orang utan bebas berkeliaran.

Banyak terdapat di Malaysia dan Indonesia,orang utan ini adalah spesies beruk terancam dan akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.
Untuk ke Pulau Orang Utan,masa yang diambil hanya 10 minit dengan menggunakan feri khas dari Bukit Merah.
Pulau ini menempatkan bayi orang utan yang dapat dilihat tidur dalam buaian,memeluk anak patung dan memakai lampin pakai buang serta diawasi oleh pasukan perubatan khas.

Bagi orang utan dewasa yang membina tempat tinggal di luar kawasan lindungan,pengunjung dapat melihat spesies ini melalui laluan 100-meter yang bertutup yang dibina khas.
Taman ini dibuka bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.
Perkhidmatan feri yang disediakan pula akan berangkat setiap setengah jam pada hujung minggu dan 45 minit pada hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

a) Bukit Merah Laketown Resort,
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol, Perak

Tel: +605-8908888
Fax: +605-8908000
E-mel : sales@bmlaketown.com.my
Website: www.bukitmerahresort.com.my

Gambar Belangkas