Showing posts with label kuil erawan. Show all posts
Showing posts with label kuil erawan. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Travel to Thailand


03 September 2015 12:33 AM

Thailand namakan suspek warga Turki

BANGKOK 2 Sept. – Polis Thailand hari ini buat kali pertama menamakan seorang warganegara Turki, Emrah Davutoglu sebagai suspek serangan pengeboman di Kuil Erawan, tengah Bangkok, ketika waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.
Emrah merupakan suami kepada suspek wanita warganegara Thailand, Wanna Suansan, yang menafikan penglibatannya dalam insiden berkenaan kepada AFP, baru-baru ini.
Wanna mengakui dia kini menetap di bandar Kayseri, tengah Turki dan pernah mengunjungi Thailand tiga bulan lalu.
Perkembangan baharu itu membuatkan pihak berkuasa Thai percaya, serangan pengeboman tersebut ada kaitan dengan negara Turki.
“Dia merupakan seorang warga Turki,” kata jurucakap polis, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri kepada wartawan hari ini.
Jelas beliau, waran tangkap itu dikeluarkan kerana suspek memiliki ‘peralatan perang’.
Pihak polis kini yakin satu rangkaian yang disyaki dari Turki atau menggunakan pasport palsu dari negara itu, bertanggungjawab melakukan serangan.
Setakat ini, sebanyak lapan suspek dikehendaki berhubung serangan pengeboman itu dengan dua daripadanya yang juga warganegara asing yang tidak dinamakan kini berada dalam tahanan tentera.
Media Thailand mendakwa, serangan mempunyai kaitan dengan etnik Uighur yang berang selepas dihantar pulang dari negara ini ke China, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Prawut berkata, cap jari lelaki asing dikenali sebagai Yusufu Mieraili yang ditahan semalam, sepadan dengan yang terdapat pada botol membuat bom yang dijumpai dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Bangkok, Sabtu lalu.
travel to thailand ? like or not

Gambar Belangkas