Showing posts with label PUNTIANAK. Show all posts
Showing posts with label PUNTIANAK. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

LOKI SI KUCING `VAMPIRE`


DIGELAR KUCING VAMPIRE, seekor kucing yang diberi nama Loki menjadi perhatian selepas mempunyai gigi bertaring seperti pontianak.


Keunikan giginya itu menjadikan Loki popular di media sosial malah dia turut mempunyai 21,000 pengikut di laman Instagramnya. Walaupun rupanya garang, namun Loki disukai peminatnya kerana karakternya yang manja.

Menurut pemiliknya, Kaet, dia tidak mengetahui mengenai rupa kucingnya itu sebelum itu, namun ketika mengambil Loki dari pusat perlindungan haiwan, ternyata ia berbeza dari kucing-kucing lain. Keunikan giginya itu menjadikan Loki mempunyai ramai peminat di laman sosial



Thursday, November 6, 2014

TERAKAM IMEJ POCONG SEDANG DUDUK

Foto dari Sinar Harian


Belum pun reda pasal kelibat puntianak di Hospital Banting, kini muncul pula si pocong yang sedang duduk di perkarangan Hospital Kulim.

Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.

Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.

“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya. - Sumber Sinar Harian

Monday, November 3, 2014

RAKAMAN JELMAAN PUNTIANAK HOSPITAL BANTING


Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.


Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.


Berhenti sebar gambar!!

“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma... jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat.

"Lagipun hospital... biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat.

“Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium.

Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

"Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.

Bukan rakaman CCTV hospital

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital.

“Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai.

“Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang... hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.

Simpan buat koleksi peribadi

Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus.

"Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya... bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu.

"Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main... jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius... bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya.

Wednesday, September 24, 2014

BENARKAH ISTANA "DRACULA" WUJUD?

"Istana Hunedoara ialah Istana Dracula"

Sejarah Istana Hunedoara: Telah dibina pada tahun 1446 , pembinaannya bermula pada zaman pemerintahan John Hunyadi iaitu Hunyadi János panggilan orang Romania. Istana ini pada asalnya diberikan kepada bapa John Hunyadi ini , Voyk ( Vajk ), dengan Sigismund iaitu Raja Hungary,



Hunedoara istana , yang terletak di Transylvania , Romania adalah sekitar 185 batu barat laut Bucharest di Lembah Hitam dalam julat Gunung Carpathian dan terletak di tepi sungai Zlasti itu. Istana ini pernah didiami oleh seorang lelaki yang di gelar Count Dracula dan sehingga kini kelibatnya rohnya didakwa kelihatan merayau-rayau. Istana Hunedoara, juga dirujuk sebagai " Hunyad Castle" dinamakan sempena Dinasti Hunyadi , raja-raja yang paling berkuasa di Transylvania. Istana ini dibina pada abad ke-13 atau ke-14 .

Ramai orang telah diseksa dan dibunuh dengan kejam dalam tembok istana itu , tentera berpangkat tinggi membawa mereka ke sini untuk diseksa dengan kejam , digantung , dipancung dan banyak perkara kejam yang lain. Walaupun istana ini mempunyai dinding batu yang tebal, jeritan mampu kedengaran di seluruh desa. Satu kaedah penyeksaan biasa adalah " penyulaan " yang melibatkan penggunaan pegangan kayu yang telah disapu dengan minyak. Mangsa kemudian disula dengan kayu yang dimasukkan melalui dubur mereka hingga terkeluar dari mulut hingga membuatkan kesakitan yang tidak terperi akhirnya mati dengan penuh seksa.

Istana ini juga dapat gelaran 'Tempat Paling Seram Di Dunia'.Banyak pihak pengkaji paranormal yang datang dari setiap pelusuk dunia mengakui tempat ini adalah tempat paling berhantu.Ikuti kajian paranormal yang pernah di dokumentarikan di istana terbabit.

PART 1


PART 2

Gambar Belangkas