Perkara sudah berlaku, nyawa sudah terkorban, ramai yang masih cedera samada parah atau ringan. Ramai yang terlibat tetapi selamat menyifatkannya ibarat mati hidup semula.
Setiap kali berlaku tragedi sebegini, maka perkara yang sama berlaku. Budaya tuding-menuding, salah menyalah. Dalam mencari punca nahas kemalangan ngeri yang melibatkan bas ekspres tempohari, pihak-pihak yang terlibat masing-masing kata-mengata, masing-masing bersikap defensif, masing-masing menafikan. Namun punca sebenar masih dalam siasatan.
1. Dakwaan Besi penghadang lebuhraya tidak cukup kuat
Kelmarin, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata besi penghadang lebuh raya tidak cukup kuat untuk menghalang kenderaan daripada memasuki ke laluan bertentangan. Datuk Ashfar berkata, rel penghadang tidak cukup kuat turut menyebabkan kemalangan bas ekspres di Kilometer 229 PLUS di Bukit Gantang, Perak, pada tahun 2007 sehingga meragut 20 nyawa.
Jawapan: Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata pemasangannya adalah mengikut spesifikasi dan piawaian ditetapkan serta mendapat kelulusan pihak berkuasa.
2. Dakwaan Angin Lintang
Dakwaan seorang pemandu bas persiaran berpengalaman lebih 10 tahun memandu di kawasan selatan lebuh raya PLUS, bahawa lokasi kemalangan bas ekspres yang meragut 12 nyawa itu adalah kawasan angin lintang.
Azmi Ibrahim, 47, mendakwa kebanyakan pemandu bas mengetahui kawasan itu berbahaya, kenderaan mudah hilang kawalan seperti rasa ditolak secara tiba-tiba dan stereng sangat berat untuk dipusing kembali ke arah dikehendaki.
Azmi yang pernah terbabit dalam kemalangan disebabkan angin lintang pada 2002 ketika memandu bas persiaran membawa pelancong Singapura, mengakui kejadian menimpa bas Ekspres Delima itu seolah-olah sama dengan pengalaman dilaluinya.
Seorang lagi penunggang motosikal berkuasa tinggi, Salimat Arifin, 44, yang sering berulang alik antara Kuala Lumpur-Melaka, turut mendakwa pernah ditolak angin lintang di tempat sama, dua tahun lalu.
Jawapan: Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha, berkata had kelajuan ditetapkan di kawasan itu adalah 110 km/jam berbanding kawasan angin lintang hanya 90km/jam.
Beliau berkata, mengikut Jabatan Keselamatan Trafik hanya satu kawasan saja di sepanjang laluan PLUS dikenal pasti sering berlaku fenomena itu, iaitu di antara Simpang Ampat/Alor Gajah menuju ke Ayer Keroh, Melaka
“Kawasan itu diletakkan papan tanda amaran supaya pengguna mengurangkan had laju kepada 90km/jam ketika melintasi jalan berkenaan.
“Justeru, saya mengesahkan kawasan itu bukan kawasan angin lintang seperti yang didakwa, bagaimanapun pemantauan akan dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya PLUS,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
3. Dakwaan Memandu Laju
Bagaimana pula dakwaan pemandu (salah seorang yang terkorban) memandu laju? dari petikan berita di TV, ada di kalangan penumpang yang terselamat mengatakan bas dipandu laju dan sedang dalam keadaan hendak memotong sebuah kenderaan sejurus sebelum kemalangan, apabila bas kelihatan terhoyong hayang sebelum melanggar pembahagi jalan dan menjunam ke arah yang bertentangan.
Jawapan: (Pembaca blog ini harap dapat memberi pendapat atau pengalaman anda sendiri menaiki bas ekspres di sepanjang lebuhraya )
Pengalaman saya sendiri melalui lebuhraya Utara-Selatan berulang-alik ke kampung saya di Johor, memang kebanyakan bas ekspres dipandu laju. Kadang-kadang pemandu bas ini seperti berlawan dgn kenderaan lain, pernah beberapa kali, apabila saya memotong bas ekspres ini, selang beberapa minit kemudian bas itu pula memotong saya. Bayangkan saya bawa kereta dengan kelajuan 110 km/j, jika bas itu memotong saya bermakna bas itu dipandu dengan kelajuan MELEBIHI 110 km.j !!! Sedangkan kita tahu bahawa bas ini sepatutnya dipandu HANYA dengan kelajuan 90km/j !!!
Kadang-kadang mahu saja saya mengambil no plet bas tersebut dan membuat aduan....
Lagi satu saya dapati kebanyakan bas-bas ekspres dipandu di lorong tengah dan juga lorong sebelah kanan... di mana sepatutnya bas ekspres ini HANYA DIBENARKAN DIPANDU DI LORONG SEBELAH KIRI SAHAJA!!!! Sama seperti kenderaan berat yang lain...
Sekarang ini apakah langkah yang sepatutnya diambil oleh pihak yang berkenaan?
Memang kebanyakan kes-kes kemalangan yang melibatkan bas ekspres ada berpunca dari SIKAP PEMANDU bas itu sendiri.
Samada mereka ini:
- Tidak mempunyai kelayakan yang sah utk memandu bas (kurang pemantauan dari pihak yang berkuasa)
- terlibat di bawah pengaruh dadah
- tidak diberi penerangan khas/kursus sebelum memulakan tugas sebagai pemandu bas ekspres (Syarikat bas ekspres main tangkap muat kerana kekurangan pemandu)
- bekerja lebih masa sehingga menjejaskan tahap pemanduan (mengantuk, penat. Semalam saya dengar di TV ada yang mengatakan sesetangah pemandu bas ini bekerja part-time, maksudnya mereka mempunyai tugas lain di siang hari, dan bertugas sebagai pemandu bas ekspres di malam hari! )
Marilah kita sama-sama berdoa ke atas mereka yang terkorban, dan semoga jalan penyelesaian yang terbaik akan tercapai untuk kebaikan semua pihak (terutama penumpang) ..Kita tidak mahu perkara ini hanya diambil berat APABILA SUDAH terjadi perkara yang tidak diingini...
Seperti suatu masa dahulu pihak berkuasa pernah mencadangkan penggunaan KOTAK HITAM (spt black box dlm kapalterbang) yang akan dipasang pada semua bas ekspres... tetapi selepas beberapa ketika, ianya hilang begitu sahaja...mungkin ada syarikat bas ekspres yang memasangnya (tapi tidak semua)..
Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga bagi kita semua,
silalah baca doa memulakan perjalanan sebelum anda memandu, atau menaiki kenderaan. Mohonlah agar Allah akan memelihara kita sepanjang perjalanan kita. Doa yang sangat pendek tetapi sangat bermenafaat dalam hidup kita:
Maksudnya: (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami , sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah , kami akan kembali )