Hari ini sudah masuk hari ke-8 dalam bulan Syawal..... 2 perkara masih belum dapat ku tunaikan ...
Pertama, masih belum dapat mula berpuasa 6... InsyaAllah ...Nurazzah, tanamkan azam, pasti boleh mula berpuasa secepat mungkin sebelum bendera Jepun naik lagi! ..masih bercuti tetapi setiap hari ada sahaja rakan anak-anak hendak datang berhari raya, so, ummi kena masak dan menyiapkan segalanya ...cubaan betul hendak berpuasa... rasanya akan mula berpuasa apabila mula bekerja pada minggu hadapan.
Kedua, Tahun ini tidak dapat mencapai apa yang dihajati. Walaupun tadarrus di pejabat dapat khatam sepenuhnya sebelum Syawal bermula, tetapi tadarrus di rumah bersama keluarga masih belum khatam lagi. Ini kerana semasa Ramadhan, ramai anak2 masih di asrama dan kolej, selalunya tinggal hubby, saya dan anak bungsu Hana yang dapat bertadarrus bersama-sama selepas pulang dari Solat Terawikh. Oleh itu, progress sangat perlahan. Di tambah lagi diri ini ABC (Allah Bagi Cuti - istilah anak-anak) selama 1/3 Ramadhan, lalu lama lah tak dapat mengaji ...namun tidak mengapa, sambung lagi di bulan Syawal sehingga khatam kelak ... betapa malunya apabila teringat kisah Imam Shafie yang boleh khatam Al-Quran 2 kali sehari @ 60 kali dalam bulan Ramadhan! Ya Allah, sedangkan diri ini sekali sepanjang Ramadhan pun tidak dapat !!! Ya Allah...Ampunkan daku Ya Allah ...
Terasa sungguh lemah dan kerdilnya diri ini ...
Showing posts with label tadarrus. Show all posts
Showing posts with label tadarrus. Show all posts
Thursday, August 15, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...