pic from google
Saya memulakan kajian tentang percutian di Korea Selatan bermula awal minggu ini. Sambil kaji, saya akan tulis di sini sebagai panduan kita bersama (harapnya bila En. Suami baca post ini nanti, akan terbukalah hatinya untuk ke sana..)
KAJIAN BERMULA...
Perkara pertama kena ambil tahu sebelum merancang percutian ialah anggaran kos untuk percutian itu. Bila kita dah tau berapa nak kena bajet, barulah kita leh plan percutian tu. Iyelah, kan... kena amik masa juga nak simpan duit tu kan (kecuali jika anda cop duit sendiri.. huhu..).
Sebagai basis, saya anggarkan berada di sana selama 5hari/4malam. Kos adalah berdasarkan kepada 2 dewasa dan 3 kanak2. Saya memulakan kajian dengan melihat pakej2 yang disediakan oleh kebanyakan syarikat pelancongan di Malaysia. Di bawah ini adalah kesimpulan daripada kajian tersebut.
Pilihan pertama : Tour Group :
Adult = RM4,500/pax, Kanak-kanak = RM4,000/pax.
Pros : Dah tak perlu risau apa2 sebab semuanya dah 'All-In' iaitu dah termasuk tiket kapal terbang, penginapan, makan-minum di sana, tiket masuk tempat2 lawatan dan segala pengangkutan. Korang bawa badan je pergi.
Cons : Jadual aktiviti yang ketat dan kena naik bas/van ramai-ramai dengan kumpulan rombongan.
Jika saya dan keluarga pergi dengan tour group seperti ini, kos kami adalah
RM4,500/pax x 2pax + RM4,000/pax x 3 pax = RM17,000.
Adoi!!
Pilihan kedua : Beli tiket kapal terbang sendiri dan ambil ground package sahaja
Kos Pakej :
Adult = RM2,900/pax, kanak-kanak = RM2,500/pax.
Pros : Yang ini tiket kapal terbang kita kena beli asing, so kita leh cari tiket kapal terbang yang ada promosi.. so leh jimat. Lagi satu, takde strangers dalam kumpulan ni.. hanya kita jer.
Cons : Jadual aktiviti yang tetap.
Untuk keluarga saya;
RM2,900/pax x 2 pax + RM2,500/pax x 3pax = 10,800.00
Tiket kapal terbang :
Kena ada strategi jika nak beli tiket murah, kalu tidak kita kenalah redha dengan harga tiket kelas ekonomi dalam RM400-RM800/pax/trip. Pergi balik dalam RM800-RM1,600/pax. Apakah strategi saya? Huhu... ada beberapa, iaitu :
1. tunggu Air Asia buat promo RM0.. biasanya setahun paling kurang sekali dorang akan buat
2. kumpul Enrich Miles sampai cukup
3. beli tiket awal-awal, seawal 6bulan sebelum terbang untuk harga yang murah (50%)
Katakan saya dapat beli awal, kos tiket untuk keluarga saya;
RM400/pax x 5 pax = RM2,000.00
Jadi total untuk pilihan kedua ialah RM10,800 + RM2,000 = RM12,800.00
Wah, murah RM5,000 daripada pilihan pertama!
Pilihan ketiga : Tiket kapal terbang dan penginapan sendiri, tapi ambil tour guide sahaja
Pros : jadual aktiviti kita yang tentukan.
Cons : setakat ni tak nampak lagi cons nye..
Tiket kapal terbang = RM2,000.00 untuk kami berlima
Kos penginapan di apartment 2 bilik atau hotel 3 bintang = RM300/night x 4 nights = RM1,200.00
Cincai kira RM1,500.00 untuk kami semua. Saya dapatkan kos anggaran ini dari airbnb.com, wimdu.com dan home2stay.com.
Anggaran kos apartment dari Wimdu.com = USD72/night (lebih kurang RM230/night)
Kos tour guide termasuk pengangkutan dan entrance fees untuk sekeluarga = RM1,000/day x 5days = RM5,000.00
Kos makan-minum = RM300/day x 5 days = RM1,500.00
Total = RM2,000 + RM1,500 + RM5,000 + RM1,500 = RM10,000.
Wow-wee!! RM2,800 lebih murah daripada pilihan kedua!
Pilihan keempat : DIY - Semuanya sendiri2...
Pros : Jadual bebas ikut suka-hati kita.
Cons : Mungkin akan banyak sesat-barat dan kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan yang boleh membuatkan kita tensen dan penat. Bawa anak2 kalu sesat memang kalut weyy!
Tiket kapal terbang = RM2,000.00 untuk kami berlima
Kos penginapan di apartment 2 bilik / hotel 3 bintang = RM300/night x 4 nights = RM1,200.00
Cincai kira RM1,500.00 untuk kami semua.
Kos pengangkutan sepanjang berada di sana (katakan RM100/day/pax) = RM500/day x 5 days = RM2,500.00
Kos makan-minum = RM300/day x 5 days = RM1,500.00
Entrance fees = RM2,000
Jumlah = RM2,000 + RM1,500 + RM2,500 + RM2,000 = RM9,000
Hmm.. cuma RM1,000 lebih murah daripada pilihan ketiga.
SO, YANG MANA YANG SESUAI? HMMM... SAYA PERLU MEMBUAT KAJIAN LEBIH DETAIL. KALAU BOLEH NAK TARGET RM5,000 JE TOTAL UNTUK 1 FAMILI. LOGIK TAK AGAKNYA?