As-Salam...tidak lama lagi Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban bakal menjelma. kebanyakan IPTA juga menjadualkan cuti pertengahan semester bersamaan dengan Cuti Hari Raya Haji ... maka berbondong-bondong lah orang bandar pulang ke kampung halaman masing-masing...
Dinasihatkan berhati-hati sepanjang pemanduan anda di lebuhraya tidak kira samada anda memandu sendiri atau pun menaiki kenderaan awam... jika kenderaan awam, pemandu nya harusla lebih berhati-hati kerana anda membawa ramai penumpang...hargailah nyawa mereka..
Rata-rata sibuk orang memperkatakan tentang AES.. Apa itu AES? atau Automated Enforcement System ? Ia adalah kamera yang dipasang di jalanraya untuk mengambil gambar kenderaan yang memandu melebihi had pemanduan yang dibenarkan..
Ada yang menyokong dan ada yang membantah..biasalah kan ...mana pernah setiap sesuatu perkata yang di implimentasi itu mendapat persetujuan 100% rakyat Malaysia...
Tujuan utama AES adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Khabarnya akan terdapat 831 kamera AES yang akan dipasang di seluruh negara...huiii banyakkk tu ... bayangkan jika anda memandu dari Johor Bahru ke utara ... kemungkinan mendapat 'surat Cinta" adalah besar ... dan jumlahnya mungkin melebihi 1 ...kecuali anda memang pemandu berhemah ...
Senarai lokasi kamera ada disenaraikan di website Jabatan pengangkutan Jalan di sini.