Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts
Friday, June 19, 2015
Kisah Haru Dibalik Terciptanya Bakso
Yoechua Blog - Siapa yang tidak menyukai makanan bakso, makanan yang mudah sekali di temukan ini merupakan makanan yang hampir semua orang menyukainya baik kalangan berada ataupun kalangan menengah kebawah. Bahkan presiden Amerika serikat saat ini, Obama, pernah menyatakan menyukai bakso.
Bakso identik dengan daging berbentuk bulat serta mie dalam sebuah mangkung berisi air dengan rasa yang
Monday, May 18, 2015
Projek Segenting Kra bakal bankrupkan Malaysia?
1. Kecoh jugak sekarang pasal pemotongan kat Segenting Kra untuk membina laluan air seperti Terusan Panama dan Terusan Suez.. Ada yang kata ‘matilah ekonomi kita…”. Tapi sebenarnya banyak juga faedah kepada kita kalau kita bersedia.
2. Seingat saya perkara cadangan yang bersungguh-sungguh ni dah timbul di zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad (Tun M) pada pertengahan 80an lagi, time tu saya masih belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
2. Seingat saya perkara cadangan yang bersungguh-sungguh ni dah timbul di zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohamad (Tun M) pada pertengahan 80an lagi, time tu saya masih belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
3. Saya pernah berkesempatan membaca sinopsis projek ini yang diberi oleh teman saya, seorang pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dalam merangka benda ni dan kalau tak salahnya time tu, kos dalam lingkungan USD 30 bilion dengan jangkamasa projek lebih sepuluh tahun.
4. Serentak dengan itu, PM masa tu (Tun M) mula membuat persiapan dan mengarahkan satu projek menaik-taraf jalan keretapi dari Johor Bahru ke Padang Besar juga mesti dibuat.
5. Korek-korek jumpa baliklah sedikit dokumen yang identikal tapi dah masuk dalam perbahasan kat forum – yang mana saya percaya ia adalah dokumen telah saya tengok [klik di sini]
6. Tu lah.. Bila saya ceritakan tentang hal-hal macam ni dulu, banyak yang melenting kata berangan-angan besar sangat, mimpi basahlah dan macam-macam lagi. Bila sentuh bab ghaib, kurapat lah.. Syirik lah.. Maaf cakap, kalau sayalah ilmu saya belum sampai ke situ, lebih baik saya diam, takut nanti saya jadi ‘bodo’ sendiri..
7. Sebenarnya jalan keretapi berkembar tu adalah satu projek mega merentasi Asia Tenggarake China dan dari China disambungkan ke Eropah melalui Russia. Sekarang ini, China dan Russia sudah pun memulakan projek ni yang khabarnya bernilai lebih USD 240 bilion. Dua puluh tahun lagi kita boleh menjelajah Eropah dari Setesen KL Sentral..Tu kalau sempat dipanjangkan usialah.. So..Yang ni mimpi lagi ke..?
8. Landasan KTM berkembar tu adalah untuk pengangkutan kontena dan barangan dari selatan Semenanjung ke Padang Besar lalu dipunggah-naik ke kapal di pelabuhan di pintu Terusan Siam sama ada pintu barat atau timur, tertakluk kepada destinasinya dengan masa perjalanan separuh hari sahaja dari Johor Bahru.
9. Malangnya, pentadbiran selepas Tun M banyak kerenah. Pak Lah dan tak ketinggalan PM sekarang ini (Najib) bukanlah seorang visionaris, mereka tidak nampak kepentingan perkara-perkara ini. Mereka cuma nampak, keretapi kelajuan tinggi macam TGV atau Shinkansen – tetapi keuntungan daripada pengenalan teknologi ini dalam sudut yang lebih jauh, mereka tidak lihat.
10. Cuba bayangkan kargo perishable yang memerlukan masa perkapalan yang singkat sudah tentu boleh diangkut dengan mudah, cepat dan pada kos yang lebih murah ke destinasinya sama ada Timur Tengah / Eropah atau Timur Jauh.
11.Bagi kapal-kapal minyak mentah dari Timur Tengah ke Timur Jauh (China, Jepun, Korea Selatan) pulak terutama ULCC dan VLCC, mereka dengan mudah boleh memuat-turun muatannya di pelabuhan di pintu barat Terusan Siam dan disalurkan melalui paip ke tangki / bunker transit di pintu timur Terusan Siam untuk dimuat-naik ke kapal satu lagi.
12.Penjimatannya amat signifikan sebab tak perlu nak pusing sampai belakang Sumatera.VLCC ni adalah ‘Very Large Crude Carrier’ dan ULCC ni pula ringkasan kepada ‘Ultra Large Crude Carrier’.
13.Nak tau pasal saiz-saiz kapal, bacalah kat sini, bak kata arwah pakcik astro dulu – macam-macam ada… Al Fatihah untuk beliau yang sering minum cendol tapai kat Kg Baru dengan saya – sebab rumahnya dekat rumah sewa saya dulu. Ni linknya... [klik di sini]
14.Kita tahu Selat Melaka hanya membenarkan kapal bersaiz sederhana kerana kedalaman minimun perairan adalah 25 meter dan dikenali sebagai ‘Malaccamax’ dan had kedalaman operasi ditetapkan pada 18 meter sahaja. Jadi, ULCC dan VLCC memang tak boleh lalu kat sini. Sape cakap boleh..? Boleh kerat jari la brader…(Nota Tambahan – ULCC dan VLCC sekarang ini mengikut laluan di luar Selat Melaka, iaitu melalui Selat Sunda)
SEBAB-SEBAB TAMBAK JOHOR PERLU DIGANTI
15.Dengan perancangan terperinci tu, makanya Tambak Johor juga perlulah diganti kepada satu jambatan yang boleh menyediakan sambungan air terus antara Pelabuhan Pasir Gudang di timur ke Pelabuhan Tanjungg Pelepas di barat.
16.Bab Singapura tu toksah pikir. Tu negara orang, kita pikir negara kita tapi malangnya ada Perdana Menteri yang lebih dengar rintihan negara orang, jadilah kita macam ni..
17.Berbalik kepada bab haulage. Sebarang kargo yang dipindah-naik dari kapal kontena mega yang menurunkan barang di Tg Pelepas terus boleh dimuat-naik ke kapal kecil yang boleh juga berlabuh di Pasir Gudang melalui Selat Tebrau tanpa perlu tawaf tiga-suku pusingan pulau Singapura – perairan orang.
PEMBUKAAN SELAT TEBRAU AKAN MENGHALANG KERJA TAMBAKAN SINGAPURA
18.Bila dah ada laluan kapal di Selat Tebrau, makanya penambakan laut oleh jiran kita di selatan menuju ke arah Johor akan berkurangan kerana pasir-pasir tambakan tadi akan terkobar diputar oleh kipas-kipas kapal yang lalu-lalang. Jadi, kurang produktiflah kerja penambakan mereka.
19. Okey.. Secara umumnya, sempadan perairan di antara dua buah negara diambil di titik terdalam (jika di air) atau titik tertinggi (jika di pergunungan). Ini kerana adanya perbatasan semulajadi yang nyata dan berbentuk fisikal.
20. Tak percaya, lihatlah Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Fraser. Semuanya berada di Pahang kerana cerun yang menghadap ke barat (Cameron Highland – Perak, Genting Highland dan Bukit Fraser – Selangor) curam tetapi cerun yang menghadap ke timur (arah Pahang) agak melandai dan boleh buat penempatan.
21. Makanya atas dasar inilah juga Pahang bertuah mendapat kasino tunggal di Malaysia yang mana salah satu pemegang saham utamanya adalah milik yayasan atok seorang pemimpin negara kita..! Yayasan ni jugalah yang berkongsi syer syarikat bas yang terjun gaung pada bulan Ogos 2013 dulu. Bertuah kita.. Tuah untuk mudah kita mendapat bala.
22. Berbalik kepada Selat Tebrau. Bila dah tak ada laluan kapal, maka arus air kat dasar akan lebih tenang dan pasir-pasir penambakan mudah mendap dan senanglah kerja penambakan di buat.
23. Bila ditambak dan ditambak, pasir-pasir ni akan bergerak ke arah titik terdalam dan lama-kelamaan titik terdalam ni akan cetek dan akan terganjak ke arah sebelah yang tak di tambak – dalam kes ni ke arah Johorlah.
24. Tunggu sajalah beberapa dekad akan datang, time anak cucu kita pasti akan berlaku pengukuran semula titik sempadan di dasar laut kawasan ini untuk mengemas-kini pancang sempadan (maya, di atas peta), mesti banyak terganjak.
25. Cuba bayangkan kalau keseluruhan 50km pesisir terganjak 0.5km, senang-senang jiran kita dapat 2,500 hektar @ 25 km persegi kawasan baru (bersamaan separuh keluasan Putrajaya @ keluasan Putrajaya 49 km persegi).
26. Kita sebenarnya tak cukup cerdik dan malas belajar dari sejarah. Cuba tengok balik macamana
kerajaan Thai dapat kawasan penerokaan minyak di JDA (Joint-Development Area) di Teluk Siam.
27. Bagi yang tak biasa dengan persempadanan perairan antara dua negara yang dipisahkan oleh sungai (Sungai Golok). Sempadan kat tengah laut didefinasikan secara garis lurus tepat kepada garis-lurus dua titik tebing kuala (tebing kuala Sungai Golok sebelah Thai dan Tumpat) di titik sempadan terdalam muara. Macam tangen la..
28. Awal-awal kita merdeka, kita seronok sangat berpolitik hingga lupa bahawa jiran kita kat sebelah Takbai (Thailand) telah menambak dan menonjolkan tebingnya ke arah laut atas alasan nak buat padang.
29. Dengan anjakan ni, bila dibuat persempadanan semula laut (pasal jumpa telaga minyak kat luar pantai), titik tebingnya dah teralih.
30. Masalahnya masa dia orang buat, kita tak bantah, macamana nak bantah sebab kita tengah hangat berpolitik macam cerita pak kaduk bergumbira sampai lupa telaga minyak kita tergadai.
31. Jadinya bila dibuat ukuran sempadan… Nah..! Tu dia.. Telaga minyak tu dah terbelah dua.. Serong setakat dua-tiga minit, bukan darjah pun di pangkal (muara) mungkin kita kata kecik, tapi kat tengah laut dah berpuluh-puluh km makan ke dalam kawasan kita.. Last-last kita beralah.. Kongsilah.
32. Sebab tu juga sahabat kita kat Kelantan tak dapat royalti. Alasannya tu kawasan JDA, bukan Petronas sepenuhnya. Tapi ada alasan lain, kalau Petronas bagi kat Kelantan, saudara kita kat negeri Yala-Pattani-Nara akan mintak juga dgn alasan Kelantan dapat… At the end – perang… Ni bila potong kat Segenting Kra, tak taulah macamanan sebab Selatan Thai dan terpisah dari Utara.. Mau perang besar lagi kot..
33. So, kesudahan dua-dua (Patani dan Kelantan) pihak gigit jari.. Dan di Kelantan pulak, bermulalah gerakan menuntut hak negeri yang dirompak “R” – royalti… Tapi sebenarnya terlupa nak mengaku dah silap dari awal lagi – alpa dengan membiarkan persempadanan ni berganjak.. Rezeki terpihak untuk orang Thai kot…
34. Namun kita belajarlah jugak.. Akhirnya JPS buatlah satu rumah hantu (galeri) kat pantai kuala Sungai Golok kat sebelah kita tu semata-mata nak bagi tau kehadiran kita.. Nasi dah hangit… Kalau setakat jadi bubur masih boleh dimakan.. Jelasnya, banyak yang tersirat berbanding tersurat.. Dan terbaik buat masa ni, redha lah saja, tak perlu diungkit-ungkit cerita lama.
35.Tak percaya, gogellah lokasi rumah JPS ni.. Saya tak payah gogel, dah naik pun rumah tu dengan linangan air-mata.. Ingatkan sedara Kelantan ni cerdik sangat, ada guru politik ternama tapi tak kasyaf bab-bab kepentingan rakyat.
[via]
p/s: Berita ini mungkin mencetuskan kerisauan dikalangan negara yang bergantung kepada Selat Melaka termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Kerana kewujudan terusan ini pasti akan memberi kesan kepada Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Singapura. Perlu diingat bahawa salah satu sebab Benua Afrika mundur adalah kerana kewujudan Terusan Suez yang menyebabkan kurang kapal dagang melalui perairan benua tersebut.
Sunday, May 17, 2015
Pasukan Iblis dalam Perang Badar
Setelah Allah memerintahkan orang-orang mukmin untuk ikhlas dalam berjihad di jalannya dan banyak berzikir menyebut nama-Nya, maka Allah S.W.T melarang mereka bersikap menyerupai perbuatan orang-orang musyrik yang keluar dari negeri mereka dengan langkah-langkah yang angkuh menolak perkara yang hak serta melakukan riya', yakni bersikap sombong dan takabur terhadap orang-orang mukmin.
Ketika dikatakan kepada Abu Jahal, "Konvoi kafilah Quraisy telah selamat (dari penghadangan pasukan kaum mukmin), maka kembalilah." lalu Abu Jahal berkata. "Tidak, demi Allah, kami tidak akan kembali sebelum sampai di mata air Badar, lalu menyembelih unta dan minum-minum khamr serta mendengarkan nyanyian para biduan yang menyanyi untuk kami. Kemudian kelak orang-orang Arab semuanya akan membicarakan perihal kekuatan kami pada hari itu untuk selama-lamanya."
Tetapi kenyataannya terbalik, tidaklah seperti yang dia duga, kerana ketika mereka sampai di mata air Badar, ternyata mereka mendatangi air yang panasnya bergolak dan mereka dimasukkan ke dalam sumur Badar dalam keadaan terhina, kecil lagi celaka kerana dimasukkan ke dalam azab.
Muhammad ibnu Ka'b mengatakan bahawa ketika kaum Quraisy keluar dari Mekah menuju Badar, mereka keluar dengan membawa para penyanyi dan alat-alat muzik. Maka Allah S.w.t. menurunkan firman- Nya;
"Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya' kepada munusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan." {1}
Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan; "Tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadap kalian pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian. "{2}, hingga ke akhir ayat.
Syaitan laknatullah menjadikan mereka memandang baik niat dan kedatangan mereka itu, dan memberikan semangat kepada mereka melalui bisikannya bahawa tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan mereka pada hari itu. Syaitan pun melenyapkan rasa takut dari mereka kerana mereka merasa khuatir bila kampung halaman mereka yang ditinggalkan akan diserang oleh Bani Bakar. musuh mereka. Maka syaitan berkata kepada mereka, "Sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian."
Demikian itu terjadi setelah syaitan menyerupakan dirinya dengan rupa Suraqah ibnu Malik ibnu Ju'syum. pemimpin Bani Mudlaj. orang yang disegani di kawasan itu. Padahal semuanya itu adalah perbuatan syaitan belaka, seperti yang disebutkan oleh Allah S.W.T dalam firman- Nya;
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkit-kan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." {3}
Ibnu Juraij mengatakan bahawa Ibnu Abbas mengatakan sehubungan dengan makna ayat ini, "Ketika Perang Badar terjadi, iblis bergerak dengan membawa panjinya beserta pasukannya bersama pasukan kaum musyrik. Lalu iblis membisikkan ke dalam hati pasukan kaum musyrik bahawa tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkan mereka, dan sesungguhnya dia adalah pelindung mereka."
Ketika mereka bersua dengan pasukan kaum muslim dan syaitan melihat bala bantuan para malaikat di pihak pasukan kaum muslim, "syaitan itu berbalik ke belakang (mundur)." {4}
Syaitan itu lalu mundur melarikan diri seraya berkata, seperti yang disebut oleh firman-Nya;
Tetapi ketika kedua belah pihak berdepan, Rasulullah S.a.w mengambil segenggam pasir dan melemparkannya ke arah wajah orang-orang musyrik, maka mereka mundur ke belakang. Dan Malaikat Jibril a.s. datang mengejar iblis. Ketika iblis melihatnva (saat itu tangan iblis memegang tangan salah seorang dari pasukan kaum musyrik), maka dengan serta merta iblis menarik tangannya, lalu lari bertempiaran bersama pasukannya. Maka lelaki yang dipeganginya itu berkata. "Hai Suraqah, bukankah kamu tadi mengatakan bahawa kamu adalah pelindung aku?" Iblis berkata yang seperti dalam firman-Nya;
Syaitan itu lalu mundur melarikan diri seraya berkata, seperti yang disebut oleh firman-Nya;
"Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat." {5}Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari lbnu Abbas, bahawa iblis datang pada hari Perang Badar bersama pasukan syaitan yang dibawanya, sedangkan panjinya dia sendiri yang memegang. Iblis saat itu menyerupakan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari kalangan Bani Mudlaj, iaitu dalam rupa Suraqah ibnu Malik ibnu Ju'syum. Lalu syaitan berkata kepada kaum musyrik, "Tidak ada seorang pun yang dapat mengalahkan kalian pada hari ini, dan sesungguhnya aku ini adalah pelindung kalian."
Tetapi ketika kedua belah pihak berdepan, Rasulullah S.a.w mengambil segenggam pasir dan melemparkannya ke arah wajah orang-orang musyrik, maka mereka mundur ke belakang. Dan Malaikat Jibril a.s. datang mengejar iblis. Ketika iblis melihatnva (saat itu tangan iblis memegang tangan salah seorang dari pasukan kaum musyrik), maka dengan serta merta iblis menarik tangannya, lalu lari bertempiaran bersama pasukannya. Maka lelaki yang dipeganginya itu berkata. "Hai Suraqah, bukankah kamu tadi mengatakan bahawa kamu adalah pelindung aku?" Iblis berkata yang seperti dalam firman-Nya;
"...sesungguh-nya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat keras siksa-Nya." {6}Demikian itulah yang terjadi ketika syaitan melihat para malaikat. {7}
1. QS al-Anfal: 47
2. QS al-Anfal: 48
3. QS an-Nisa: 120
4. QS al-Anfal: 48
5. QS al-Anfal: 48
6. QS al-Anfal: 48
7. Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Anfal, ayat 47 - 48 oleh Ibnu Katsir
Tuesday, May 12, 2015
[Gambar] Keadaan Titanic setelah laut kering
Bayangkan sekiranya air laut di Lautan Atlantik mampu dikeringkan, bagaimanakah dengan segala misteri yang menyelebungi lautan paling mengerikan di dunia itu? Bagaimanakah keadaan bangkai Titanic yang kini bersemadi di dasar lautan Atlantik? Pernahkah anda cuba membayangkannya? Artikel kali ini akan membawa anda meninjau lokasi kemalangan kapal persiaran mewah, Titanic yang begitu ikonik di seantero dunia. Are you ready to go back to Titanic?
Setelah berabad lama ia berada di dalam ruangan gelap Lautan Atlantik, kini dengan kelebihan teknologi pemetaan dasar laut yang digabungkan dengan teknik terkini grafik komputer, sebuah pasukan khas mampu menggambarkan keadaan bangkai kapal yang bersemadi di dasar laut.
Setelah berabad lama ia berada di dalam ruangan gelap Lautan Atlantik, kini dengan kelebihan teknologi pemetaan dasar laut yang digabungkan dengan teknik terkini grafik komputer, sebuah pasukan khas mampu menggambarkan keadaan bangkai kapal yang bersemadi di dasar laut.
Penenggelaman RMS Titanic berlaku pada malam hari 14 April 1912 hingga pagi 15 April 1912 di Utara Lautan Atlantik, setelah melakukan pelayaran sulungnya selama empat hari dari Southampton ke New York. Pelbagai teori telah diketengahkan, tentang mengapa dan bagaimana ia boleh tenggelam. Dari teori saintifik hinggalah yang bersifat 'ghaib' atau 'spiritual'.
Teori Saintifik:
1. Dikatakan bahawa kapal ini dibina dengan bahan yang lemah. (Namun, selepas seratus tahun teori ini telah disahkan oleh para pengkaji sebagai - salah)
2. Kapten kapal dikatakan bertindak mengekalkan kelajuan kapal meskipun menerima amaran.
3. Banyak lagi teori yang diketengahkan. (Sila rujuk dokumentari bertajuk Titanic 100 Mystery Solved. klik disini)
3. Banyak lagi teori yang diketengahkan. (Sila rujuk dokumentari bertajuk Titanic 100 Mystery Solved. klik disini)
Teori Ghaib atau Spiritual:
1. Titanic dikatakan menjadi mangsa sumpahan mumia firaun yang dikatakan turut sama dibawa ketika pelayaran bersejarah ini. (Para pengkaji berjaya membuktikan bahawa teori ini hanya rekaan seorang penulis yang diragui - salah)
2. Titanic dikatakan tenggelam setelah ada yang mengatakan bahawa Tuhan juga tidak mampu menenggelamkannya. (Dakwaan ini tidak dapat dipastikan benar - tidak diketahui)
Misteri bagaimana RMS Titanic boleh tenggelam, bagaimanapun telah dijelaskan dalam sebuah lagi dokumentari terbitan History Channel bertajuk Titanic 100 Mystery Solved. Berikut pula adalah snapshot daripada dokumentari terbitan Discovery Channel bertajuk Drain The Titanic yang memaparkan gambaran - bagaimana sekiranya Lautan Atlantik berjaya dikeringkan dan keadaan Titanic yang berada di dasarnya.
Hebat bukan?. Kehebatan teknologi pemetaan dasar laut yang digunakan dalam ekspedisi ini secara tidak langsung membuatkan penulis terfikir, bagaimana objek sebesar pesawat Boeing 777 yang dihebahkan berakhir di Lautan Hindi masih tidak dapat dikesan hingga ke hari ini. Mengarut! Betul cakap Tun Dr Mahathir Mohamad, mustahil objek sebesar pesawat Boeing 777 boleh hilang tanpa dikesan.
Dokumentari Drain the Titanic boleh di tonton dibawah:
Tragedi yang melibatkan kapal persiaran mewah ini mula menjadi popular selepas James Cameron, seorang pengarah filem Hollywood mengangkat sejarah Titanic ke layar perak pada tahun 1997. Diantara filem-filem berkisarkan kapal persiaran mewah, Titanic ini adalah - Saved From Titanic (1912), Titanic (1943), Titanic (1953), SOS Titanic (1979), Raise the Titanic (1980), Titanic (1997), dan Titanic II (2010).
Saturday, April 18, 2015
Teori Interstellar
Pernahkah anda terfikir, bahawa masa atau waktu yang anda miliki kini, sama dengan 'seseorang' yang berada 5 juta tahun cahaya dari planet yang anda diami kini? Adakah masa atau waktu yang anda rasakan sekarang sama dengan 'seseorang' yang berada di bibir lohong hitam yang sedang berada pada tahap klimaks daya gravitinya? Adakah masa atau waktu yang anda tahu kini,sama dengan 'seseorang' yang berada di tengah-tengah pusat bumi? Pernah tak anda terfikir,jika suatu ketika... semua sel-sel dan zarah-zarah tidak berubah, atau pegun...adakah masa dan waktu itu benar-benar wujud ketika itu?
Teori Sains - Interstellar secara mudahnya memberitahu kita bahawa:
Alam semesta yang kita lihat yakni jasad-jasad di langit itu sebenarnya imej yang wujud pada masa lampau. Pertimbangannya ialah imej matahari yang sampai kepada kita itu adalah lewat 8 minit dari imej terkini matahari pada masa-nyata. Yakni, jika seseorang berada hanya satu meter di hadapan matahari, maka dia melihat matahari 8 minit lebih awal dari kita di bumi.
Wednesday, January 7, 2015
KEWUJUDAN KOTA IBLIS DI NEGARA CHINA?
Di China, wujud sebuah kota misteri yang di beri nama Xinjian. Di kota ini, terdapat satu daerah usang dan terbengkalai yang digelar sebagai kota iblis (Devils Town). Disana ada beberapa buah istana kuno yang masih masih wujud dan kekal misteri. Orang-orang tempatan menggelarnya Kota Moguicheng yang bererti Kota Iblis.
Moguicheng, yang merupakan padang pasir terletak di wilayah Xinjian. Daerah ini merupakan daerah yang terbengkalai dan tidak ada seorang pun yang tinggal disini.
Disebut kota iblis kerana kota ini menyimpan misteri. Jika kita berjalan pada hari yang cerah kearah istana-istana ditemani tiupan angin sepoi, maka kita akan mendengar alunan melodi yang menyerupai dentingan loceng ataupun petikan gitar yang dimainkan dengan lembut.
Namun ketika badai datang, pasir yang beterbangan membuatkan langit menjadi gelap seketika. Alunan melodi itu akan berubah menjadi suara ngauman harimau, tangisan bayi, suara haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita dan akhirnya semua akan berubah menjadi suara teriakan, tangisan dan kemarahan.
Sehingga saat ini, fenomena ini tetap jadi misteri. Tidak ada yang cuba untuk membongkar misteri apa sebenarnya yang menyebabkan terdengarnya suara sedemikian. Mitos yang mengatakan bahawa mereka adalah suara hantu.
Sunday, December 21, 2014
TANAH PERKUBURAN SEJUTA MUMIA DI TEMUI DI MESIR!!
Satu tanah perkuburan mengandungi lebih sejuta mumia ditemui di tengah Mesir, menurut arkeologi.Setakat ini saintis sudah mengeluarkan lebih 1,700 mumia yang dalam keadaan baik kerana dilindungi cuaca gurun yang panas dan kering di wilayah Faiyun, kira-kira 96 kilometer ke selatan Kaherah.
Bagaimanapun, pakar percaya mungkin ada sehingga sejuta lagi mumia seumpama itu tertanam dalam batu kapur yang sedalam 22.9 meter.
Mumia itu dipercayai ditanam di situ 1,500 tahun lalu antara kurun pertama dan ketujuh Masihi ketika Mesir dijajah Empayar Rom serta Byzantine.
Bagaimanapun mumia berkenaan dipercayai orang awam kerana ditanam di dalam kubur besar-besaran tanpa barangan peribadi atau keranda, berbeza dengan golongan bangsawan atau orang penting yang disemadikan di dalam piramid atau makam.
Satu lagi perbezaan, organ dalaman mumia ini juga tidak dibuang.
Mumia ditemui itu mengelirukan pakar kerana pekan yang mungkin pernah terletak di situ terlalu kecil manakala bandar terdekat, Philadelphia-yang dinamakan sempena Raja Ptolemy II-mempunyai tanah kuburnya sendiri.
Ada juga antara mumia berkenaan yang pelik, termasuk satu dipercayai lelaki setinggi lebih 2.13 meter, malah ada juga yang dikebumi di lokasi tertentu berdasarkan warna rambut mereka.
Pengarah projek, Profesor Kerry Muhlestein dari Universiti Brigham Young berkata, satu lagi ciri pelik mumia berkenaan ialah gigi mereka hampir semua elok.
Mumia seorang budak dipercayai perempuan berusia 18 bulan juga ditemui masih memakai gelang pada lengannya.
"Mumia ini dibalut elok dan mereka cuba melakukan proses mumia lengkap kerana organ seperti otak dan lidahnya diawet elok. Nyata dia amat disayangi keluarganya," kata Muhlestein.
Monday, December 8, 2014
MAYAT BERUSIA 500 TAHUN DIJUMPAI SEMPURNA DI PUNCAK GUNUNG
Penemuan ajaib ini terjadi sekitar tahun 1999 di mana beberapa orang penyelidik telah menjumpai mumia seorang gadis yang dianggarkan berumur 15 tahun ketika dia dikorbankan untuk dijadikan persembahan bagi dewa dewa kuno.
Gadis ini tidak dibunuh, bahkan ia diletakkan di sebuah puncak gunung untuk mengawasi kawasan, seperti malaikat pelindung . Ritual itu dinamakan Capacocha .
Berbanding penemuan mumia - mumia pada umumnya , mungkin inilah mumia dengan bentuk tubuh yang paling sempurna. Ia seperti baru meninggal seminggu sebelumnya, bukan seperti sudah bertahun -tahun. Setelah diteliti , gadis ini meninggal kerana ada jangkitan bakteria , rambut dan organnya utuh , darah juga masih mengalir pada paru- paru dan jantung. Ia juga mempunyai kulit yang halus dan wajah yang masih sempurna .
Para saintis sedang memeriksa keadaan mayat..
Sunday, November 2, 2014
SEJARAH DAN KISAH MISTERI ASAL USUL KAMPUNG LUBUK PUSING
Siapa sangka, sebelum tahun 1950-an, Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap dulunya adalah sebuah sungai yang merbahaya disebabkan pusaran airnya yang berpusing-pusing dengan deras hingga menenggelamkan kapal dagangan dan mengorbankan banyak nyawa.
Tidak hairanlah, apabila nama kampung itu berasal daripada perkataan ‘lubuk pusing’ yang diambil sempena sebuah kawasan sungai yang mempunyai sebuah lubuk dengan airnya berpusing-pusing.
Mengikut sejarahnya pula, sebahagian besar Kampung Lubuk Pusing asalnya dari Sungai Bernam yang menjadi laluan kapal-kapal besar menjalankan aktiviti perdagangan, namun terdapat misteri disebalik sungai itu!.
Kisah sungai berpusing-pusing ini menjadi igauan ngeri kepada penduduk kampung dan kapal dagang setiap kali melalui kawasan ini ia seolah-olah tak ubah seperti kawasan Segi Tiga Bermuda yang seringkali dikaitkan sebagai kawasan misteri berikutan ratusan kapal laut dan kapal terbang dilaporkan hilang di kawasan yang menjangkau keluasan sehingga 1.2 kilometer persegi.
Diasaskan pada tahun 1914
Kampung Lubuk Pusing terletak di Mukim Sungai Panjang ini diasaskan Tuan Haji Chik atau namanya sebenar Sheikh Ahmad Marzuki pada 1914.
Sheikh Ahmad Marzuki berasal dari Kepulauan Sumatera, Indonesia dan dipercayai bersama 40 rombongannya terdiri dalam kalangan ahli keluarga dan rakannya datang ke kampung itu bagi mewujudkan penempatan baharu ketika itu.
Sheikh Ahmad Marzuki yang terkenal sebagai seorang alim dan berbudi pekerti luhur amat dihormati penduduk setempat.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lubuk Pusing Bagan Terap, Mohd Razif Md Maini berkata, terdapat dua dakwaan yang menyebabkan pusaran air itu menjadi surut seperti yang diketahuinya melalui pembacaan dan ceritaan lisan daripada penduduk lama.
“Menjadi kebimbangan penduduk dan pedagang setiap kali melalui sungai berpusing ini, maka mereka minta kewalian Sheikh Marzuki ini untuk hentikan pusaran lubuk.
“Maka, Allahyarham Sheikh Marzuki bersama penduduk mengadakan solat hajat bagi menghentikan pusaran air berpusing di sungai terbabit yang menenggelamkan beberapa buah kapal dagang yang melalui sungai ini.
“Ada satu cerita lagi, Sheikh Marzuki dipercayai melontarkan serbannya ke dalam lubuk pusaran sungai itu hingga Allahyarham memberitahu dengan rakan dan saudara terdekat bahawa suatau masa kawasan ini akan jadi daratan,” katanya.
Menurut Mohd Razif, sejak peristiwa itu, berlaku perubahan pada aliran sungai dan dasar sungai yang menyebabkan pusaran air semakin cetek.
“Dengan mendapan demi mendapan berlaku, akhirnya kawasan pusaran air atau lubuk pusing ini menjadi daratan dan menjadi kawasan pertanian subur.
“Kini pusaran air tersebut sudah tiada lagi disebabkan bentuk muka bumi yang berubah. Air sungai tersebut juga sudah kering dan kini menjadi daratan. Yang tinggal kini hanyalah empat tempat yang berbentuk kolam-kolam air,” katanya.
Masjid berusia 100 tahun
Di sebalik cerita pusaran itu, Mohd Razif memberitahu, terdapat beberapa cerita menarik kampung itu seperti pembinaan masjid yang turut diasaskan Sheikh Marzuki di sebelah tapak rumahnya sejak kedatangannya ke kampung berkenaan.
Nazir Masjid Marzukiah Kampung Lubuk Pusing, Norrodin Khalil, 55, berkata, di masjid itu terdapat sebuah bangunan kayu lama yang suatu ketika dahulu pernah dijadikan tempat pengikut tarikat Naqshabandariah dari Sumatera bersuluk iaitu membersihkan hati dengan berzikir.
Katanya, bangunan itu kini kosong, namun ia masih dikekalkan bagi memastikan ia terus menjadi bahan sejarah kepada generasi akan datang termasuk sebuah perigi tempat mengambil air solat yang terletak bersebelahannya.
“Jemaah suluk suatu ketika dahulu dari segenap pelusuk tanah air setiap kali bulan Rejab dan Syaaban akan tinggal beberapa hari di pondok ini untuk berkumpul beramai-ramai dengan menunaikan ibadah dan berzikir,” ujarnya.
Pengunjung singgah ambil air kolam
Selain itu, Norrodin yang juga sebahagian daripada keturunan Sheikh Marzuki memberitahu, di sisi kiri hadapan masjid, terdapat makam Sheikh Marzuki dan anaknya, Muhammad Ilham atau lebih dikenali sebagai Haji Ikhsan.
“Sheikh Marzuki berkahwin dua iaitu seorang isterinya di kampung ini dan seorang lagi di Indonesia. Beliau mempunyai dua anak iaitu Muhammad Sulamuddin dan Haji Ikhsan. Muhammad Sulamuddin berhijrah ke Kampung Terjun Pelabuhan Keli Sumatera, manakala Haji Ikhsan terus menetap ke kampung,” jelasnya.
Berhadapan makam itu, Norrodin berkata, terdapat sebuah kolam yang didakwa pernah digunakan Sheikh Marzuki untuk mengambil wuduk dan mandi.
Kata Norrodin, air dari kolam itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan ramai pengunjung yang datang dari jauh semata-mata ingin mengambil berkat air dari kolam terbabit.
“Setiap hari pasti ada yang singgah ke sini untuk mengambil berkat air kolam yang pernah digunakan Sheikh Marzuki. Mungkin ini ikhtiar kita untuk merawat tetapi kuasa ALLAH yang menyembuhkan,” jelasnya yang memberitahu masjid yang berusia 100 tahun itu masih mengekalkan ciri-ciri binaan tradisionalnya sehingga sekarang.
Friday, October 10, 2014
Review Buku Penghuni Bumi Sebelum Kita 2014
Baru-baru ini, Hijjaz Record Publishing telah menerbitkan semula sebuah buku yang sangat popular sekitar tahun 1997 dan 2010/2011 dahulu. Buku itu bertajuk Penghuni Bumi Sebelum Kita. Buku ini sebenarnya sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia, tetapi hanya pada tahun 1997, barulah ianya diterbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini.
Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika danVariasari.
Persoalan-Persoalan Utama
Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-
- Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.
- Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
- Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
- Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
- Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
- Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.
- Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
- Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
- Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
- Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak, manuskrip-manuskrip kuno, al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.
Ulasan Mengikut Topik
Kita, Sebelum Berbicara Tentang Mereka (ms 1)
Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernama Zemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.
Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagu mengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) diSungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?
Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.
Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan.
MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.
Isi-Isi Penting Topik
- Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno oleh para arkeologi.
- Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.
Pembahasan Mengarut Tentang Bahtera Nabi Nuh (ms 33)
Sub-topik ini membicarakan sepenuhnya pembohongan orang-orang Yahudi yang cuba menyatakan kebenaran Taurat palsu mereka mengenai tempat sebenar bahtera Nuh mendarat. MID mengupas fakta-fakta yang dikemukakan oleh John Leiby yang yakin bahawa bahtera Nuh terdampar di Gunung Ararat, Timur Turki.
MID juga menegaskan orang Yahudi sanggup melalukan ekspedisi untuk membuktikan bahawa kenyataan Taurat mereka adalah benar (walaupun mereka tahu ianya palsu belaka). MID memberikan contoh ekspedisi yang dilakukan oleh Frederick Barot dari Jerman yang melakukan pendakian di sebuah gunung di Armenia.
Selain itu, terdapat ekspedisi lain iaitu oleh Gordon Gaskeil, Christian Herald dan George Jefferson Green. Kesemua mereka cuba membenarkan perkara yang palsu.
Seperti biasa, perbahasan tentang Nuh di bawah topik ini terhenti pada mukasurat 46. MID menamatkan perbincangan bahtera Nuh dengan menghuraikan dengan panjang lebar tentang kepalsuan fakta-fakta Taurat. Kemudian perbincangan itu diselitkan secara tidak langsung tentang makhluk-makhluk aneh sebelum kedatangan Adam.
Isi-Isi Penting Topik Ini
- Hampir kesemua fakta-fakta yang dikemukan oleh pengkaji Yahudi tidak boleh dipercayai terutamanya berkisarkan bahtera Nabi Nuh.
- MID mendedahkan bahawa kita perlu berhat-hati dalam meneliti setiap ekspedisi yang dilakukan oleh pengkaji barat tentang peninggalan-peninggalan para nabi.
- Penulis sendiri dengan yakin ingin mengatakan bahawa ekspedisi ini banyak difilemkan khususnya dalam rencana Discovery Channel danNational Geographic.
- Kesimpulannya, fakta-fakta bahtera Nuh dari kedua-dua siaran (channel) ini tidak semuanya boleh dipercayai.
Kenyataan Di Bumi, Kebatilan-Kebatilan Dalam Taurat Dan Kontradisi Dalam Injil (ms 55)
Di dalam topik ini penulis amat tertarik dan masygul kenyataan berikut :
“…..Al-Quran Al-Karim adalah kitab pertama yang dikenal manusia, yang mengkaji tingkatan-tingkatan lapisan bumi, menyingkapkan ketersembunyiannya melalui penggalian-penggalian dan peninggalan-peninggalan di perut bumi. Itu adalah kajian yang sekarang disebut, Geochronologic Study. Kerana kita sebagai manusia tidak menyaksikanpenciptaan bumi dan penciptaan diri kita sendiri. Allah SWT membukakan untuk kita pintu kajian hakikat-hakikat ini tempat kita hidup dan melimpahinya. Dan kita merupakan bahagian daripadanya, agar kita melihat, belajar dan memahami…”
Isi-Isi Penting
- Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah SWT. Tinggal hanya untuk umat Islam mencar dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi.
- Penentuan jarak masa antara Adam dan Nabi Isa tidak kurang dari 10 juta tahun. Penentuan masa ini dibahas berdasarkan pendapat beberapa tokoh iatu Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman.
- MID dalam membincangkan umur manusia tertua seperti biasa memasukkan unsur-unsur sains dalam perbincangannya. Dalam topik ini, MID menjelaskan bagaimana atom-atom proton, eon dan neutron digunakan bagi menentukan umur terhadap fosil-fosil yang dijumpai. Perbahasan kaedah saintifik ini agak panjang iaitu dari mukasurat 65 hingga 73.
- MID juga menjelaskan kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucasdan Injil Mathew dalam membincangkan soal umur manusia tertua.
- Selain itu, kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.
Lima Juta Tahun Sebelum Nabi Adam (ms 85)
- Terdapat penemuan fosil-fosil yang membuktikan adanya kehidupan sebelum turunnya Adam. Fosil-fosil itu bukanlah dinasour tetapi makhluk seperti manusia cuma ianya mempunyai banyak tangan, sayap dan perbezaan pada beberapa anggota tubuh yang lain.
- MID juga menyelitkan perbincangan mengenai kisah-kisah individu yang pernah terserempak dengan makhluk aneh dan juga menghadapi situasi dalam dimensi lain. Contohnya, kisah Leinigh Herbert, Blatsber,William Morrow, Charles Thomas, Ashley Montagu dan Alfred Kroeber.
- Perbincangan terpenting adalah pada rahsia firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya danmenumpahkan darah…“
- MID menegaskan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
- Akhir topik ini MID cuba membuka permasalahan Jin dengan menjelaskan kehidupan-kehidupan masyarakat jin yang engkar dalam melaksanakan syariat. Kemudian kisah keengganan Iblis sujud kepada Adam.
Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Nabi Adam (ms 109)
- MID membuka persoalan tentang keadaan bumi yang sebenarnya sebelum Adam turun. Menurutnya ijtihadnya, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam.
- Beberapa manuskrip dari Sweeden dijadikan bukti walaupun masih dalam perdebatan para cendekiawan. Perbincangan juga terarah kepada bentuk-bentuk muka bumi di negara-negara Skandinavia terutamanya negara Sweeden dan Norway.
- Perbincangan terhenti seketika apabila MID mengetengahkan buku yang dikarang oleh Von Deikin berkenaan kenderaan dewa-dewa. MID menyatakan rasa tidak setujunya dengan buku Von Deikin yang dianggap bercampuran perkara-perkara mitos.
- Kemudian perbincangan diteruskan dengan merungkai permasalahan jin. MID membahaskan tentang kemampuan fizikal jin menurut bukti-bukti dari al-Quran.
- Perbincangan diakhiri dengan mengulas buku karangan Dr. Jamaluddin Muhammad Musa yang bertajuk “Perang Nuklear Yang Akan Datang“.
Adam Dan Hawa Di Atas Serpihan Benda Yang Terbang Dari Syurga (ms 131)
- Perbincangan topik ini dimulakan dengan mengisahkan pengembaraan seorang arab bernama Harith bin Syadid yang ingin mencari datuknya diZimbabwe. Dalam pengembaraan itu cuba mengungkap kisah lagenda yang mengatakan adanya kehidupan misteri di sebuah kota lama.
- MID juga mengulas dengan panjang buku karangan Van K.Razanhoveryang bertajuk “Sebelum Manusia Datang Ke Bumi”. Buku ini membahas tentang keyakinan penulis tersebut bahawa sejarah manusia bermula dari Belanda berdasarkan penemuan-penemuan batu-batu kuno.
- Perbincangan paling menarik adalah pada mukasurat 149 yang mengutarakan pemikiran Ibnu Qayyim dalam kitabnya yang bertajuk “Hadiy al-Arwah Ila Bilad al-Afrah“. Ibnu Qayyim membahas secara kontroversi apakah syurga (seperti yang disebutkan dalam al-Quran) yang diduduki Adam dan Hawa sebelum turun ke bumi adalah syurga hakiki atau syurga planet lain?
- Perbincangan ini amat menarik dimana diambil beberapa bukti dan tafsiran dari beberapa surah yang berkaitan seperti surah al-A’raf dan An-Nabaa’.
- MID meneruskan perbincangannya berkenaan planet-planet dari luar bumi dengan mengulas kisah seorang lelaki misteri yang memberikan hasil kajiannya kepada seorang pembentang kertas kerja di bandar Bonn, Jerman.
Misteri Di Tasik Kematian, Api Yang Mengerikan Dan Misteri Terbesar Disebalik Setiap Bebatuan Dan Peninggalan (ms 151)
- Perbincangan dimulakan dengan menghuraikan misteri Gunung Berapi Saint Helen di Montana, Amerika Syarikat.
- Huraian misteri gunung berapi ini kemudian diakhiri dengan ulasan tentang sejarah penemuan negara Amerika dan asal usul namanya sekali.
- Kemudian, perbincangan yang panjang-lebar telah ditumpukan pada sejarah kuno negara Australia melalui lagenda-lagenda yang dituturkan oleh suku-suku orang asli di sana seperti Aborigin, Arunta, Warra Munga, Binbinga dan Kamiliol.
- Perbahasan tentang negara Australia diketengahkan kerana Muhammad Isa Dawud cuba membuka persoalan berkemungkinan bahawa negara Australia yang seperti pulau besar itu adalah bongkahan dari jatuhan serpihan-serpihan planet lain.
- Muhammad Isa Dawud kemudian membongkar pula bukti-bukti dari lagenda-lagenda di Peru, Amerika Selatan. Perbahasan mengenai Peru tertumpu kepada misteri bentuk-bentuk fizikal tempat-tempat ibadatnya. Bukti-bukti penemuan ahli paleantologi mengenai lembah-lembah di Peru juga dibahaskan dengan panjang.
- MID menyimpulkan di akhir topik ini bahawa penemuan-penemuan dan misteri di Montana, Australia dan Peru itu masih belum ada jawapannya.
- MID memulakan topik ini dengan mengisahkan dengan panjang lebar berkenaan seseorang yang ‘aneh‘ yang datang ke kota London. Orang aneh tersebut telah bekerja di sebuah ladang yang besar. Sebuah peristiwa aneh telah berlaku di ladang itu dan penjaganya. Perisitiwa itu disaksikan sendiri oleh tuan punya ladang yang kemudiaanya telah dianggap gila orang masyarakat setempat kerana menuturkan tentang ‘daerah makhluk asing’.
- Perbincangan diteruskan dengan menghuraikan kisah kedua iaitu berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang terjatuh ke alam lain di sungai berdekatan rumahnya.
- Budak perempuan yang bernama Karen itu telah mengalami satu pengalaman mengembara ke alam lain (dimensi kelima) yang tidak disengajakannya.
- Kanak-kanak itu mengisahkan kepada keluargaya bahawa dia telah melihat suatu peradaban yang lebih maju tetapi hampir musnah.
- Malah Karen juga berbicara dan berjalan bersama-sama makhluk di alam misteri itu. Namun percakapannya tidak dipercayai kerana ia masih kanak-kanak. Sehinggalah dewasa, budak perempuan itu membukukan kisah misterinya.
Misteri Mada’in Saleh, Kekal Tanda Tanya (ms 191)
- Topik ini membicarakan dua hujah dari dua orang penulis, yang pertamanya seorang dari Sweeden iaitu F.N. Mubirg dan seorang lagi penulis Muslim iatu Abd Hamid Murdad. Kedua-dua penulis itu membicarakan misteri bagi tempat dan kaum yang sama iaitu kaumTsamud, ‘Ad dan daerah Mada’in Salleh di Semenanjung Arabcumanya berbeza dari segi pendapat dan hipotesis.
- Pertamanya Muhammad Isa Dawud membentangkan hasil tulisan F.N. Mubirg yang mengambil kisah dari seorang pengembara zaman Viking Kuno. Pengembara itu menceritakan pengalamannya melihat tempat-tempat di kawasan Timur Tengah yang menunjukkan adanya peradaban yang maju dengan bangunan-bangunan yang tinggi.
- Pengembara itu juga melalui manuskripnya mengisahkan bagaimana nenek moyangnya yang berkerja sebagai perompak telah terdampar di suatu tempat yang agak aneh. Bangunannya dari logam dan mempunyai kapal-kapal yang dapat terbang ke udara tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.
- Bahagian kedua pula MID membentangkan sebahagian kisah yang dipetik dari buku bertajuk Madain Saleh, Tilka Al’A’jubah karangan Muhammad Abd Hamid Murdad. Penulis buku ini mengisahkan pengalamannya melawat lembah Mu’azam, Gunung Al-Hiwar dan Al-Hijr. Tempat-tempat ini adalah peninggalan peradaban kuno kaum Tsamud yang dilaknat Allah SWT.
- Muhammad Abd Hami Murdad juga menceritakan legena-lagenda fiksyen yang menjadi pegangan kaum-kaum Badwi yang tinggal di kawasan-kawasan itu. Menurut beliau lagi terdapat pelbagai mitos yang direka-reka kaum Badwi terutamanya bagi kawasan Wadi Al-Anbiya, Wadi Ar-Rajiim, Gunung Bakrah, Gunung Al-Ibrah, Gunung Al-Muruuj dan Lembah Al-Mazham serta Madain Salleh.
- Akhir sekali, Muhammad Isa Dawud menyimpulkan bahawa dia sendiri bersetuju dengan penulisan penulis barat dan muslim itu tentang peradaban-peradaban yang wujud di Madain Salleh. Menurutnya lagi, peradaban itu telah pun diberitakan dengan jelasnya dalam kitab yang paling dipercayai iaitu Al-Quran.
Mungkin Ada Penghuni Marikh Tetapi Inilah Kenyataannya (ms 217)
- Topik akhir ini Muhammad Isa Dawud mulakan (seperti topik sebelumnya) dengan ulasan terhadap buku bertajuk Di Tepian Alam Semesta, karangan Carter F. Washington.
- Buku Carter ini membincangkan penemuan terhadap kerangka-kerangka makhluk kuno yang membuktikan wujudnya kehidupan sebelum turunnya Adam. Dalam perbahasannya, Carter dengan tegas mengatakan huruf-huruf Latin dimulakan oleh makhluk-makhluk ini.
- Beliau juga dengan yakin menegaskan peradaban di bumi adalah berpunca dari peradaban yang wujud dari planet-planet lain.
- Seorang ahli astronomi bernama Liwel. Penyelidik ini telah membangunkan teleskop bintangnya sendiri untuk mengkaji keadaan-keadaan di planet Marikh.
- MID mengakhiri perbahasannya dengan mengetengahkan suatu kesimpulan yang ringkas tetapi menarik dan kukuh (pada pandangan penulis). Kesimpulannya ialah ;
“Nabi Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban mereka.
Kemudian Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari sepantas kilat.”
Fakta-Fakta Menarik Yang Perlu Direnungkan dan Dibahaskan
- Iblis adalah bangsa Jin yang dididik oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
- Kemampuan jin dalam menghasilkan teknologi atom dan fusion
- Persoalan yang dibangkitkan oleh Ibnu Qayyim iaitu adakah Adam, Hawa dan Iblis berada bukan di syurga sebenar tetapi syurga dari planet lain yang hampir sama indahnya dengan syurga sebenar.
- Malaikat mengetahui telah adanya peradaban yang moden sebelum Adam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu:“Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“
- Taurat Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat mengeja mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar itu telah menulisnya di dalammanuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh anak cucu mereka
Pembaca yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah mencarinya di bookstore seperti Popular, MPH, Hasani dll. Atau anda boleh dapatkannya secara online di www.hijjaz.my/store
Penulis asal adalah ibnuyaacob
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...