Showing posts with label Barang Lama. Show all posts
Showing posts with label Barang Lama. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

Keris Lama

Sebenarnya aku bukanlah antara yang tahu tentang keris, aku hanya meminati barang-barang lama termasuk keris. Aku tak pernah tahu nama-nama keris kecuali diberitahu kepada aku.

Keris ini kalau dilihat dari bentuk dan keadaannya nampak dah terlalu tua. Mungkin usia dah lama dan dipakaikan dengan ulu dan sarung yang baru. Walau bagaimana pun jangan anda semua yakin semua besi sedemikian adalah besi lama, kadang kala ada yang merendamkan keris yang baru dibuat dalam air asid untuk menjadikan keris kelihatan seperti keris lama.
Apa pun, bagi orang yang pakar tentang keris dapat membezakan antara yang lama dengan yang baru. Hanya jauhari yang mengenal maknikam.

Friday, January 22, 2010

Dulang Tembaga Lama

1. Bergaris pusat 18 inci dengan berat 1.6kg.(TELAH DITEBUS OLEH HAMBA ALLAH DARI TAIPING, PERAK)

2. Bergaris pusat 17 inci dengan berat 1.1kg

3. Bergaris pusat 17inci dengan berat 1.1 kg

4. Bergaris pusat 17 inci dengan berat 1.1 kg

5. Bergaris pusat 17inci dengan berat 0.9 kg.

Dulang atau talam tembaga ini pernah digunakan untuk mengangkut hidangan untuk dihidang kepada tetamu. Juga digunakan sebagai tempat meletakkan makanan bagi orang yang makan setalam bersama. Aku pernah makan setalam dengan menggunakan dulang sebegini semasa kenduri di surau kampung kami.

Saturday, June 6, 2009

Tetuang Dari Tanduk Kerbau




Bahagian hujung ( tempat meniup).

Alat ini aku pun tak tahu apakah sebenar namanya. Masa aku budak-budak dulu orang kampung aku panggil "ttuang", mungkin tetuang atau tuang-tuang. Ada kawan aku panggil stuang. Diperbuat daripada tanduk kerbau. Bukan semua orang boleh meniup alat ini, kerana jika tidak betul caranya, tidak akan mengeluarkan bunyi kuat seperti yang dikehendaki.

Alat ini adalah alat perhubungan iaitu apabila ditiup akan mengeluarkan bunyi yang kuat. Orang kampung aku akan faham apabila terdengar bunyi dari alat ini, samada untuk berkumpul atau ada kecemasan.

Menurut cerita arwah datuk aku dulu, alat ini telah digunakan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu iaitu sekitar tahun 1942. Apabila terdengar bunyi dari alat ini tandanya Jepun telah masuk kampung dan orang-orang muda harus bersembunyi dari Jepun. Kalau tidak akan ditangkap untuk dijadikan buruh paksa.

Alat ini digunakan di kampung aku sehingga tahun 70an. Apabila orang kampung dah mampu pakai basikal dan motosikal, kaedah memanggil dari rumah ke rumah lebih praktikal.
Aku simpan kenangan ini walau pun bukanlah terlalu bernilai.

Sudu Lama


Tulisan "TONIC CHOP GAJAH" terdapat di bahagian depan.

Ukiran logo bagi jenama ini juga ada terdapat di bahagian depan.

Bahagian belakang terdapat Syarikat Pengedar tonic ini.


Sudu di atas adalah sudu Tonik Chap Gajah. Digunakan untuk meminum tonik keluaran syarikat ini sekitar tahun 60an dan 70an.

Sudu ini mengingatkan aku kepada arwah datuk aku serta atuk sedara aku. Mungkin ianya bukanlah barang yang terlalu bernilai, tapi kenangan yang lama menyebabkan aku menyimpannya sampai ke hari ini .

Friday, June 5, 2009

Jam Lama



Jam lama jenama RADO, aku jumpa masa selongkar cari sudu lama dalam laci almari aku. Sayang sekali sebab disimpan dengan cara begitu. Bila aku cuba, masih bergerak secara automatik. Jam ni dah lama dalam simpanan aku. Cerminnya anti calar.
Saja aku upload dalam blog aku ni kalau-kalau ada kawan peminat jam lama yang berkenan. Aku tak dapat beri jaminan jam ini asli atau tiruan sebab aku bukan pakar dan minat dalam hal ini. Bahagian belakang ada tertulis jenama RADO begitu juga dengan talinya pun tertulis jenama yang sama.

*SOLD.

Tepak Sirih Hantaran 2



Diperbuat daripada tembaga.

Tepak Sirih Hantaran





Bila tiba musim cuti sekolah macam ni. Teringat aku pada tepak sirih yang digunakan untuk hantaran perkahwinan.

Friday, February 20, 2009

Periuk/belanga tembaga







Periuk tembaga yang biasa digunakan oleh nenek moyangku untuk memasak.

2 unit untuk dijual RM350.00

Kuali Tembaga






Seperti kuali tetapi tiada telinga, dibuat daripada tembaga dengan ukiran naga di bahagian luarnya. Di bahagian dalam tertera tulisan cina. Digunakan oleh moyangku untuk 'menyangai' (menggoreng tanpa minyak) tepung untuk membuat baulu. Juga biasa digunakan untuk memasak buah berangan.

Thursday, February 12, 2009

Tempat bara/tempat membakar kemenyam


Bekas yang diperbuat daripada tembaga ini digunakan untuk membakar kemenyam bagi tujuan tertentu oleh orang-orang yang tertentu. Aku simpan jer sebagai koleksi.




Lampu....







Cuba teka lampu apakah ini?



Lampu gasoline.

Lampu gasoline, masih cantik dan baru. Siap dengan mentolnya sekali. Masa aku kecik2 dulu lampu beginilah yang menerangi ruang surau di kampungku. Teringat aku saat permainan makyung dan main puteri dipersembahkan di kampung dulu.

Alat Timbang lama







Kalau tak silap aku, alat ini digunakan untuk menimbang barang-barang runcit. Ia sebenarnya penimbang berbagai fungsi kerana ada penyangkut berupa hook di bahagian depannya. Yang bagusnya alat timbang didatangkan dengan no. siri. Ini bermakna batang timbang, batu timbang dan piring tembaga mempunyai no siri yang sama.

Gambar Belangkas