Showing posts with label Daerah Kampar. Show all posts
Showing posts with label Daerah Kampar. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Air Terjun Batu Berangkai, Kampar

Gambo ni awok copy paste dari laman web Majlis Daerah Kampar...


Ahad yang lepas, macam yang kome tahu...
awok ada menyertai acara Perak International Mount Bujang Melaka Challenge 2014 ....
tapi bukan itu awok nak cerita....

di kaki Gunung Bujang Melaka tu...
ada satu kawasan air terjun iaitu Air Terjun Batu Berangkai....
dan ini merupakan salah satu antara tiga kawasan air terjun yang ada di daerah Kampar...
selain dari Air Terjun Sungai Salu di Kuala Dipang
dan Air Terjun Sri Kampar...

lepas je mendaki Gunung Bujang Melaka tu....
kome terus pergi mandi Air Terjun Batu Berangkai ni....
perghhhh.... sejuk sampei ke tulang kome.....
tak susah nak sampei ke sini...

kalo kome ke Pekan Kampar....
kome cari jalan ke Masjid Daerah Kampar....
dan kome tengok papantanda Taman Ros / Batu Berangkai....
disebelah kiri kome... (kalo kome dari Ipoh le)

kome susur jalan tu...
Insyallah kome akan jumpa...
tapi kome kena tempuhi perkampungan orang asli dulu...
baru sampei ke kawasan air terjun Batu Berangkai...

satu je nasihat awok...
kalo kome kesini...
beli ayo minum ato makanan siap2 dari bawah...
sebabnya kat atas tu memang takde gerai atau kedai makan......

kali terakhir awok ke sini (Gunung Bujang Melaka) lebih kurang 10 tahun yang lalu...
dan awok pernah up kan entri pasal tempat ni dulu...
(jangan baca kalo kome penakut)
Kisah Mistik I
Kisah Mistik II
Kisah Mistik III

daerah Kampar ni sebenonye beruntung.....
sebabnya deme banyak tarikan pelancongan yang ada...
Muzium Gopeng..
Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta...
Homestay Gopeng...
White Water Rafting
Gua Tempurung

sayang kalo pihak Majlis Daerah kampar tak ambik peluang ni promosikan tempat2 pelancongan yang ada ni secara agresif.....


Ini udah dibawah...
tapi airnya masih jernih....
dan sejuk...


Mendamaikan ditambah dengan bunyi unggas yang bersahutan..
perghhhh...ayat.....


Tengok air terjun mendamaikan betoi le...

Kawasan yang ni sesuai untuk famili...
tapi kena berjaga-jaga sebabnya musim hujan dah mula...
batu2 nya agak licin...

Antara wakaf yang disediakan disini...
Pada yang nak duduk diwakaf yang disediakan..
awok galakkan kome bawak tikar kome sendighi....
baru selesa kan??


Kawasan parking yang tidak berapa luas....
tapi mampu memuatkan dalam 6 - 7 kereta dalam satu2 masa....
bomba dalam gambo standby masa acara PIMBC 2014 tu le...

Monday, February 24, 2014

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

Kalo semalam kita udah ke Muzium Gopeng...
kali ni kita ke Daerah Kampar pulak...
oh yea Kampar ni merupakan daerah terbaru di Perak..
daerah yang kesepuluh....

Perak dengan Bijih Timah ni memang tak dapat dipisahkan...
tambah2 lagi kalo di Lembah Kinta...
Kampar yang terletak di dalam Lembah Kinta pun tak terkecuali...
dan kewujudan Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta ni ...

yang awok rasa ramai yang tak tau kan???..
even awok pun baghu tau sebenonye...
sebabnye awok ingatkan Muzium ni sama dengan Warisan Kapal Korek di Tanjung Tualang, Batu Gajah....
macam gambo kat bawah ni...

Warisan Kapal Korek Biji TImah di Tanjung Tualang yang takde kena mengena dengan entri awok kali ni...

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta ni terletak berhampiran dengan Grand Kampar Hotel.....
dan diusahakan oleh Malaysia Smelting Corporation...
dan tiada tiket masuk yang dikenakan...
waktu beroperasi nye macam gambo kat bawah ni....



Disini....
Kome boleh tengok caghe macam mana Bijih Timah tu dicaghi....
sama ada secaghe mendulang..... tekanan air.. 
serta peralatan yang digunakan.....
semua caghe ditunjukkan balik di Muzium ni....
malahan mesin2 beso yang digunakan pun dipamerkan disini (kecuali  kapal korek)....
apelagi ..moh kite layan gambo macam biasa....

















Gambar Belangkas