Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts
Monday, November 2, 2015
Wednesday, June 22, 2011
Bersalin dalam air mengurangkan sakit ?
Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.
Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari
Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.
Kurang Diterima
Di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.
Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini.
Suami Turut Dalam Air
Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.
Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Bayi Tidak Lemas
Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.
Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.
Kelebihan
Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.
Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.
info credit to: www.sihatselalu.com.my
Wednesday, February 9, 2011
Bersalin biasa ? atau ikut tingkap ?
picture credit to flickr.com |
Masa kat klinik pagi tadi doktor bgtau kemungkinan besar deena akan bersalin secara pembedahan, mengikut pada rekod yg deena ada kencing manis, asthma, dan sejarah bersalin ketiga-tiga anak dulu semua vakum.kalau di beri pilihan dah tentu deena nak bersalin normal jer, biar pun sakit nya tak terkata. mau seriau tapi sekejap jer serik nya hehe...
Yang deena pikir kan penjagaan masa dalam pantang klu bersalin secara pembedahan ? dah tentu tak bleh bertungku, berurut dan yg penting pakai bengkung ! Dah la pengalaman masa anak-anak yg lain deena takde masalah coz smua normal walaupun vakum, di buat nya kali ni ikut tingkap mau tension kot.. bab-bab penjagaan dalam pantang ni memang deena titik beratkan dari minum air akar kayu, jamu hingga la pakai bengkung, disiplin giler jaga beb. orang-orang tua kan ada kata masa dlm pantang la nak dibela badan tu betul-betul.
Harap-harap sampai due nanti deena dapat bersalin normal. tapi klu sampai tarikh due tak gak ada tanda2 nak bersalin nak taknak deena kena tahan wad juga dan bersiap sedia la samada doktor ikut procedur biasa ataupun pembedahan...
p/s: dari awal ngandung sampai la ni emosi tak menentu, stress sgt kot.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...