Ketika lawatan mengejut (spot check) tersebut didapati ramai kakitangan awam yang melakukan kesalahan tersebut di waktu berkerja.
“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” menurut kenyataan yang telah dimuat naik di laman Facebook beliau.
Beberapa gambar yang dimuat naik, menunjukkan 4 orang pegawai audit 5S didapati terkantoi sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.
Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit maklumlah baru dapat gaji.
“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu.
Kredit : hypemedia