Assalammualaikum...
Kali ni Mrs. Yan nak cerita pasal berjimba-jimba makan nasi arab kat Al-Rawsha Kg. Baru. Mrs. Yan g ngan officemate Nisa, Nora ngan Kak Jue :)
Dulu Mrs.Yan penah gi Al-Rawsha kat Jalan Damai, Ampang. Sedap makan kat sana. Tapi lepas kat sana tutup, kami tak pernah lagi makan nasi arab Al-Rawsha. Kami g dekat Saba Restaurant, Cyberjaya pulak.
Perjalanan yang sungguh mencabar tok pegi ke sini. Disebabkan semua tak pernah g, Nisa penah g tapi tak ingat jalan sebab Nisa tak drive... Kekekeke... Kami pun menggunakan khidmat nasihat Mr. Google Map. Tapi cer korang bayangkan kalo da 3 map bukak serentak termasuk map kat keta, pastuh tambahan idea map dari penumpang-penumpang kereta yang ada... 'Rasa jalan ni dekat, rasa patut ikut jalan ni' (Mrs. Yan lettew). Sangat cemas ok situasi dalam keta. Kesian driver of the day, Ms. Nisa. Kami pusing-pusing KL dengan jalan yang agak jammed time tuh... Wahahahaha... Next time kita repeat lagi kayhh :)
Nisa, Nora ngan Kak Jue in da house
Yang kecik tuh pun menu. Kita boleh bawak balik buku menu kecik tuh.
Lamb Madghud ngan Guteau Soiree. Lamb Madghud ni dia agak spicy compared dengan kabsa. Daging dia pun lembut jugak macam kabsa. Sape yang nak rasa lain sikit boleh try madghud. Mesti korang suka jugak. Mrs. Yan tak berapa suka mandy sebab daging dia kering. Hohohohoh...
Menu kami hari tuh:
1. 1 Set Gateau soiree, RM4.00
2. 2 Set Lamb Madghud Half Portion, RM60.00
3. Al-Rawsha Cocktail, RM12.00
4. 2 Hawaii Blended, RM28.00
5. Lemonade with Mint, RM10.00
6. Mineral Water Large, RM8.00
Total semua skali kami makan RM120.00. Gambar kat atas tuh kaunter depan restoran. Sila abaikan pelayan-pelayan tuh semua ok :) Rasa nasi arab ni sama macam yang Mrs. Yan makan kt Jalan Damai... Tak ingat dah la exactly rasa dia tapi sedap la. Lagi 1, portion dia besar, kalo korang jenis tak makan nasi banyak, takyah la berangan nak makan sorang sepinggan. Portion yang kami amik masa ni lebih kurang 3 orang makan la.
Kalo korang nak datang kat sini, dia dekat dengan bulatan Kg. Pandan. Dibuka 24 jam kalo tak silap. Ada yang kata sampai pukul 2 pagi je. Papepun, kat bawah ni alamat dia :)
Al-Rawsha Restaurant
No. 8, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur.
Website: www.alrawshakl.com
Email: alrawsha.restaurant@gmail.com
Tel: 03-9200 6600
Fax: 03-9281 4585
-Thanks for reading-