Showing posts with label HOSPITAL. Show all posts
Showing posts with label HOSPITAL. Show all posts

Saturday, July 18, 2015

ALAH BISA TEGAL BIASA BERAYA DENGAN MAYAT


BUKAN semua orang boleh dan sanggup bekerja di jabatan ini. Setiap hari terpaksa berdepan dengan mayat untuk dibedah. Untuk tujuan bedah siasat bagii mengetahui punca kematian.


Ada ketika,  bukan semua keadaan mayat itu sempurna sebaliknya ada yang hancur akibat kemalangan yang dialaminya.

Namun bagi, jururawat terlatih di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Aney Azura M Salih, 41, dia seperti alah bisa tegal biasa dengan mayat.

Baginya apa yang menguatkannya ketika berdepan dengan sekujur tubuh kaku itu adalah niatnya iaitu ingin membantu keluarga mencari punca kematian si mati.

“Alhamdulillah sepanjang saya bertugas dengan mayat ini,  saya tidak pernah ‘diganggu’. Amalan saya  ketika memulakan tugas saya akan baca al-Fatihah, ayat Kursi dan surah-surah ‘empat kul’…

"Apa yang penting adalah niat kita hendak bantu arwah untuk dapatkan sebab kematian daripada awal hingga akhir, kita kalau boleh tidak mahu apa-apa kelewatan itu sahaja.

“Ketika pengalaman pertama berdepan dengan mayat, saya bertekad dalam hati: kalau dapat kes busuk ke apa, saya akan tetap hadapi…Memang mula-mula tidak dapat tahan tetapi bila niat kita ikhlas, Insya-ALLAH kerja ini mudah dilakukan.

“Bagi saya kerjaya ini memang satu cabaran besar, bukan ramai orang yang di luar sana yang hendak kerja seperti ini…sebab bila saya tanya kawan-kawan di bahagian lain, mereka pun tidak mahu bertugas di jabatan ini.

"Cuma pesanan saya kalau hendak kerja di bidang ini jiwa kena kental!” katanya ketika ditemui di HKL, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai kerjanya, Aney berkata antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika dia menjalankan bedah siasat ke atas mayat seorang bayi.

“Kes seorang bayi yang dipotong kepalanya adalah antara kes yang saya ingat sampai sekarang. Kes itu betul-betul menyentuh perasaan saya,” katanya lagi.

Sementara ketika ditanya tentang bagaimana dengan kerjanya ketika sambutan hari raya Aidilfitri, Aney berkata sudah lima tahun dia bertugas ketika Aidilfitri.

“Sudah tugas kita, terima sahajalah. Cuma waktu bertugas di Aidilfitri itu suasana raya itu tetap ada sebab masing-masing kawan yang lain akan bawa juadah raya di pejabat. Jadi tidaklah sepi dan sedih sangat.

“Tetapi tahun ini, giliran saya beraya di kampung pula,” katanya.

Dalam pada itu, Aney berkata,  pernah satu ketika dahulu mengurus mayat orang ternama pada hari raya.

“Kejadian itu memang ‘dahsyat’. Kes itu menjadi tumpuan seluruh negara, bayangkan hari kedua saya terpaksa ke Johor untuk mendapatkan DNA emak si mati bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Alhamdulillah walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan ketika itu, saya dapat tempuhinya dengan baik…Cuma pesanan saya kepada masyarakat di luar sana jangan ‘taboo’ dengan pekerjaan kami," katanya.

Unit Forensik HKL menerima secara purata 20-25 mayat sehari.  Ketika proses bedah siasat dilakukan sekurang-kurangnya empat orang kakitangan akan bertugas dan mereka akan diketuai oleh seorang doktor.

Monday, December 1, 2014

PARANORMAL AKTIVITI DI HOSPITAL LAMA DAERAH PILGRIM


Apa pendapat anda tentang rakaman cctv ini?Ianya telah di rakam oleh kamera litar tertutup pengawal di bangunan 55 Brentwood iaitu salah sebuah bangunan lama Hospital Daerah Pilgrim yang sangat terkenal dengan paranormal aktivitinya.


Di setiap penjuru bangunan terbabit telah dipasang dengan cctv kerana terdapat aduan mengenai remaja-remaja yang suka merosakan harta benda awam di situ.Bangunan lama itu turut menempatkan sebuah unit rawatan rapi sakit mental yang menakutkan.

Pernah juga kakitangan pejabat baru di kawasan itu diganggu oleh perkara-perkara aneh hingga membuatkan mereka berasa takut untuk bekerja hingga lewat malam.

Saksikan `footage ini`..

Thursday, November 6, 2014

TERAKAM IMEJ POCONG SEDANG DUDUK

Foto dari Sinar Harian


Belum pun reda pasal kelibat puntianak di Hospital Banting, kini muncul pula si pocong yang sedang duduk di perkarangan Hospital Kulim.

Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.

Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.

“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya. - Sumber Sinar Harian

Monday, November 3, 2014

RAKAMAN JELMAAN PUNTIANAK HOSPITAL BANTING


Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.


Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.


Berhenti sebar gambar!!

“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma... jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat.

"Lagipun hospital... biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat.

“Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium.

Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

"Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.

Bukan rakaman CCTV hospital

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital.

“Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai.

“Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang... hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.

Simpan buat koleksi peribadi

Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus.

"Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya... bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu.

"Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main... jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius... bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya.

Monday, March 31, 2014

Hantu Askar Rom Ganggu Pekerja Hospital

Hospital cari pengusir hantu askar Rom

Pihak pengurusan sebuah hospital di sini meminta bantuan seorang 'pengusir hantu' selepas beberapa pekerja melaporkan terserempak dengan hantu yang merayau-rayau di wad dan koridor, lapor sebuah akhbar semalam.


Pengurus Hospital Diraja Derby, Debbie Butler menghantar satu e-mel kepada para pekerja bagi memaklumkan rancangan untuk mendapatkan khidmat seorang paderi bagi mengusir hantu tersebut.

"Beberapa pekerja melaporkan mereka terserempak dengan hantu dan saya mengambil serius laporan itu kerana tidak mahu anda semua berasa tidak selesa berada di tempat kerja," katanya.

Menurutnya, dia meminta pihak pengurusan sebuah gereja untuk menghantar seorang paderi bagi menjalankan upacara menghalau hantu.

Hospital berharga £334 juta (RM1.72 bilion) itu dibina di tapak sebuah hospital lama yang dibina pada tahun 1920-an.

Hospital lama itu dipercayai dibina di laluan purba Rom dan terdapat spekulasi bahawa hantu yang dijumpai itu mungkin askar Rom yang terbunuh.

Seorang pakar paranormal, Lionel Fanthorpe memberitahu, Derby merupakan tempat yang paling banyak hantu di Britain.

Bandar itu mencatatkan paling banyak laporan berhubung pertembungan dengan hantu, serigala jadian dan pelbagai fenomena paranormal lain.


Saturday, November 5, 2011

MISTERI HOSPITAL TINGGAL

Kali ini kru PAG bersama kru PF ingin membawa anda ke sebuah hospital lama.(Lokasi Rahsia).Boleh dikatakan masih banyak struktur bangunan hospital zaman jajahan British ini masih utuh dan belum dirobohkan lagi.Apa yang ingin kami kongsikan bersama adalah keadaan dan suasana sebenar keadaan hospital tersebut pada waktu malam.Ada juga cerita cerita orang tempatan yang mengatakan tempat itu berhantu dan banyak kali kelihatan kelibat kelibat lembaga.Jadi untuk mensahihkan kisah bualan mulut orang itu,kru PAG dan PF pergi melakukan siasatan..

Sedikit gambar yang di ambil di lokasi sebenar..
 Kru PAG bersama 2 penduduk tempatan (guider).
 Lorong gelap yang menyeramkan.
 Keadaan sisi pejabat kakitangan hospital yang sudah lusuh.
 Lokasi yang tidak di ketahui.Menyerupai pintu,tapi sebenarnya tidak.
 Az PAG bersama Tengku Ash
 Tengku AJ bersama Tengku Ash
 Atoi bersama Az PAG
 Blok hospital yang jauh di mamah usia.
 Sampel darah di bilik PATOLOGY (Wad Bedah Mayat).

 Tengku Ash bersama Boy 666.
 Kru sedang mendengar taklimat dari Abang Mazidul Akmal Sidik (Pengasas 666).
 Boy dan Abang Razali sedang `setup` IR Motion Sensor.
IR CCTV PAG diletakkan dihadapan pintu bilik mandi jenazah.

Selamat menonton

Gambar Belangkas